December 31, 2009

Simpang Jalan Kajang Bangi Ke Dengkel Wajar Dinaiktaraf dan Diadakan `Traffic Light`

Pekan Bangi, 13 Muharram = 30 Disember (Rabu):

~Laluan Bangi-Dengkil~


Pada 29 Disember 2009 ADUN Bangi menerima satu salinan surat dari Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Kg. Bahagia, Pekan Bangi diketuai En. Norazlan Bin Nordin selaku Ketua Kampung, Kampung Bahagia bertarikh sama (29 Disember) yang ditujukan kepada Jurutera Daerah, di JKR Daerah Hulu Langat memohon kepada JKR memasang Lampu Isyarat di persimpangan Jalan Bangi-Dengkil. Permohonan ini dibuat oleh kerana jalan tersebut makin sibuk digunakan terutama waktu-waktu puncak. Jalan ini menjadi pilihan dan laluan penduduk dari Kajang dan Bandar Baru Bangi, dari Semenyih, Seri Putera, Bukit Mahkota dan Pekan Bangi dan dari Dengkel, Sepang, Jenderam, Nilai dan KLIA. Pengguna tetap pula ialah pekerja-pekerja UKM, KUIS, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Perlesenan Atom, Pusat Ujian Memandu JPJ dan Institut Genom di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang bakal dibuka tidak lama lagi. Institusi-institusi berkenaan berdekatan dengan jalan tersebut dan pekerja-pekerjanya menduduki taman-taman berdekatan.

~Laluan bagi kenderaan-kenderaan berat~


Hari ini selepas menyertai upacara penyerahan rumah Kerajaan Prihatin Negeri Selangor kepada seorang penduduk di Kampung Bahagia, Pekan Bangi, ADUN bersama pengiring Saudara Shahrom singgah dilokasi berkenaan membuat perhatian dan mengambil gambar-gambar lokasi dari berbagai sudut. Cadangan JKK penduduk didapati amat wajar dan perlu diadakan lampu isyarat bagi mengawal lalu lintas, mengelakkan dari berlaku kemalangan dan melicinkan lalu lintas dipersimpangan berkenaan.

~Bangunan baru MOSTI dalam pembinaan~


Adalah dicadangkan sehubungan dengan cadangan mengadakan lampu isyarat untuk kepentingan masa depan kawasan persimpangan ini hendaklah dinaiktaraf dan diperluaskan hingga membolehkan lorong terus dari UKM ke Pekan Bangi, lorong terus dari Pekan Bangi ke Dengkel dan lorong terus dari Dengkel ke UKM. Yang lain-lain adalah melalui sekatan lampu isyarat. Contoh pelan bagi kawasan lampu isyarat adalah seperti di bawah.

~Cadangan Plan dari Pihak ADUN Bangi~

Sehubungan dengan penaikan taraf di persimpangan Kajang ke Pekan Bangi, Pekan Bangi ke Dengkel dan Dengkel ke Kajang dan Pekan Bangi, adalah dilihat jalan dari UKM ke Pekan Bangi ini juga perlu dinaiktaraf dengan melebarkan jalan kepada 4 lane dengan ada divider dan mengurangkan jalan yang banyak bengkang-bengkok agar menjadi lebih lurus. Adalah didesak untuk menjamin keselamatan, jalan dari Kajang ke Pekan Bangi ini hendaklah mempunyai tiang api sepanjang jalan bagi menjamin keselamatan pengguna pada waktu malam.

Serah Rumah Kerajaan Prihatin Negeri Selangor Kepada Rakyat

Kampung Bahagia, Pekan Bangi, 13 Muharram = 30 Disember (Rabu):

Pagi ini ADUN Bangi bersama En. Zulkefli bin Khalid, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Hulu Langat hadir ke Kampung Bahagia Pekan Bangi bagi menyerahkan Rumah Kerajaan Prihatin Negeri Selangor kepada penerimanya Encik Ramli Jurin di kampung tersebut. Hadir ke Majlis Penyerahan ialah Encik Rusli bin Muhibat, Ketua Penghulu Daerah Hulu Langat, En. Adzman bin Omar Penghulu Mukim Semenyih/Beranang, Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampung Sungai Ramal Luar, Encik Nor Azlan Nordin Ketua Kampung, Kampung Bahagia Selaku Tuan Rumah, imam, penduduk dan jiran-jiran rumah Encik Ramli Jurin.

~Penyerahan replika kunci rumah kepada Encik Ramli Jurin~

~Encik Ramli Jurin dan isteri~

Dalam Majlis Ringkas di hadapan rumah bakal diserahkan itu En. Zulkefli memaklumkan di dalam ucapan ringkasnya bahawa projek perumahan di Kampung bahagia ini adalah dari peruntukan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor bagi Daerah Hulu Langat bagi tahun 2009 berjumlah sebanyak RM290,000/=. Daripada peruntukan ini RM176,000/= adalah bagi membina 6 buah rumah. Daripada 6 buah ini:

1 buah di Kampung Bahagia Bangi
3 buah di Semenyih
1 buah di Lembah Jaya
1 buah di Dusun Tua.


Selebih dari peruntukan di atas, iaitu RM114,000/= digunakan untuk pembaikan 14 buah rumah uzur. Rumah yang diserahkan pada hari ini berharga RM30,000/= bagi sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik tidur, satu ruang tamu, ruang dapur, bilik air dan tandas. Syarat untuk mendapat rumah sedemikian hendaklah seorang rakyat negeri Selangor yang miskin dan mempunyai tanah sendiri untuk didirikan rumah. Pendek kata menurut En. Zulkefli, rumah ini agak selesa. Beliau berharap dengan rumah ini akan memberi keselesaan dan membahagiakan En. Rusli dan keluarganya.

ADUN Bangi dalam ucapan ringkasnya mengucapkan tahniah kepada keluarga Encik Ramli Jurin kerana terpilih menerima skim bantuan rumah dari Kerajaan Negeri Selangor terhadap rakyat yang miskin. Ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat bersifat prihatin sebagaimana prihatin terhadap warga mas, anak lahir di negeri Selangor sejak 2008, ibu tunggal, bantuan ke sekolah dan pinjaman pelajaran. Menurut ADUN Bangi Islam menggalakkan kita berusaha menyediakan tempat tinggal yang selesa, kenderaan yang baik dan pendapatan yang mencukupi selari dengan keperluan asas dari segi ekonomi iaitu tempat tinggal, makanan dan pakaian. Beliau berterima kasih kepada semua yang memungkinkan siapnya rumah dari pegawai-pegawai di Pejabat Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung. Menurutnya En. Ramli Jurin hendaklah bersyukur kepada Allah dengan menjadi orang yang baik dan taat kepada perintah Allah dan hidup bersama jiran tetangga dengan aman.

Encik Ramli Jurin adalah anak jati Kampung Bahagia. Ayahnya berasal dari Kg. Sungai Buah dan menetap di Kampung Bahagia ini di atas tapak tanah seluas satu perempat ekar yang kini terdiri di atasnya 4 buah rumah bagi empat beradik, termasuk En. Ramli. Mereka mewarisi tanah dari ayah mereka. Encik Ramli berkahwin dengan Puan Hamidah Sharif yang berasal dari Sungai Ramal. Mereka mempunyai 5 orang anak. Empat lelaki dan seorang perempuan. Tiga daripada mereka sudah bekerja selepas menamtkan pengajian pada peringkat SPM. Yang lain masih bersekolah. Belum ada anak yang berkahwin. En. Ramli pernah bekerja sebagai pengawal di Syarikat Tuah Guard Bandar Baru Bangi dan kini pengawal di Pangsapuri Mewah di Bandar Seri Putera dengan gaji RM500/= sebulan ditambah dengan overtime yang kadang-kadang pendapatannya boleh sampai RM1,000/= sebulan.


December 30, 2009

Dato' Hasan Berbasikal Mengelilingi Dataran Dunia - Tauladan Bagi Belia

Dataran Usahawan, BBB, 09 Muharram = 26 Disember (Sabtu):

~Orang ramai yang memenuhi ruang khemah Medan Usahawan BBB~

Lanjutan dari siri mempopularkan Dataran Usahawan, Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi, malam ini diadakan 'Promosi Puncak' bagi menarik minat dan semangat, terutama golongan belia di BBB. Lantaran itu jemputan Khas dibuat terhadap Dato' Hasan Nawawi Abd Rahman YDP-MPKj, 'Wira Daratan' yang telah menempa nama dan Sejarah sebagai anak Malaysia Pertama Berbasikal Mengelilingi Dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002). Majlis juga diseri dengan lagu-lagu semangat, nasyid dan sajak yang bertemakan pengembaraan. Sememangnya malam itu, walaupun pada petangnya hujan lebat, ramai dihadiri oleh golongan belia. Berucap sebelum 'Wira Daratan' melakarkan pengalaman ialah Dr. Tajul Ariffin Nordin mempromosikan Dataran Usahawan dan ADUN yang menggesa golongan belia mencontohi Dato' Hasan Nawawi mencetuskan cita-cita, menyalakan azam dan berusaha mencapai kejayaan di dalam apa jua lapangan pilihan. Menjelajah muka bumi dan alam adalah tuntutan Islam sebagaimana firman Allah bermaksud:
"Katakanlah! Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah mulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya" (al-'Ankabut, 29: 20). Manakala Imam Shafie membandingkan, "Air berlari jernih berseri, manakala air tidak bergerak di lopak berkeladak!".

~ADUN Bangi bersama Dato' Hasan Nawawi (tengah) dan Dr. Tajul Ariffin Nordin~

Tidak mudah mencapai kejayaan, menuju ke arahnya perlu ada katalis, azam, misi dan visi yang menggerak ke arah menjayakannya. Ungkapan-ungkapan yang membakar semangat seperti "Betapa jauh perjalanan, tak berjaya, tanpa bermula dengan langkah pertama," 'Malaysia Boleh' "Di mana ada kemahuan di sana ada jalan" dan sebagainya. Contoh tauladan mereka yang berjaya jadi aspirasi semangat kepada kejayaan baik dari contoh klasik dalam pengembaraan seperti Ibn Battutah, I Cheng, Magellan dan Colombus, manakala yang paling hampir dan baru mencapai kejayaan dan menjadi icon bagi Dato' Hasan ialah anak Malaysia, Dato' Azhar Mansur yang berjaya berlayar merentasi lautan mengelilingi dunia (11 Ogos 1999) dan terkenal dengan gelaran 'Wira Samudera'.

~Persembahan nyanyian, deklamasi sajak dan nasyid turut menyerikan lagi majlis~

Bagi menjayakan sebarang cita-cita perlu ada perancangan, bukan spontan dan sembrono. Cita-cita kembara Dato' Hassan tersemai subur di dalam dirinya sejak muda. Sebelum kembara, beliau membuat persediaan dan latihan. Beliau mendaki Gunung Kinabalu (berkali-kali), Gunung Tahan, Gunung Ledang dan Gunung Korbu. Beliau juga melatih diri berkayak di beberapa buah sungai dan laut. Ketika berumur 35 tahun (1989), bersama seorang rakan dari Kluang, Johor – Encik Jailani Kamson, mereka berbasikal mengelilingi Negeri Johor selama 4 hari. Pada tahun yang sama beliau berdua berbasikal dari Johor Bahru ke Padang Besar. Dari latihan itu memberi keyakinan kepada dirinya akan kemampuan untuk mengelilingi dunia. Namun latihan diteruskan, kali ini mulai keluar Negara. Pada tahun 1993 beliau berkayuh ke Thailand, pada tahun 1994 ke India selama sebulan dan menjelajah Mindanao selama dua minggu (1996). Setelah membuat keputusan berbasikal mengelilingi dunia beliau membuat persiapan terakhir dengan menjelajah secara solo dari Hanoi ke Ho Chi Minh City (1999).

Di samping persiapan fizikal, persiapan logistik, kewangan dan keselamatan perlu diatur. Selepas semuanya dikira siap beliau berlepas secara meriah dari Port Dickson tempat beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah bersama adiknya Ridhwan pada 4 Januari 2001, ketika beliau berumur 46 tahun dan adiknya berumur 37 tahun menuju Bukit Kayu Hitam memasuki Thailand memakan masa selama 389 hari merentasi sebanyak 18 Negara, iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Turki, Greece, Itali, Perancis, England, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Laos dan Thailand yang melibatkan perjalanan sejauh 26,565 kilometer.Sudah tentulah dalam kembara yang mengambil masa lebih dari setahun melalui 18 negara, merentasi sejauh 26,565 kilometer ini berdepan dengan banyak cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal, mental dan emosi. Cabaran seperti kesihatan kerana melalui kawasan yang berubah dari segi cuaca, panas, sejuk, hujan, kawasan perkampungan, bandar, hutan, padang pasir, bukit bukau, gunung ganang, sungai dan lautan. Ujian dari segi perbezaan makanan dari sebuah Negara ke sebuah Negara yang lain, ujian dari tempat tidur dan penginapan dan kemungkinan menghadapi situasi cemas seperti berdepan dengan penjahat, binatang liar dan kemalangan jalan raya dan ujian kenderaan basikal yang mengalami kerosakan.


~Dato Hasan Nawawi berucap ketika menceritakan pengalamannya dalam ekspedisi jelajah dunia dengan berbasikal~

Pada malam itu Dato' Hasan bercakap mengenai pengalaman pengembaraannya selama satu jam setengah. Namun dalam masa yang singkat ini tentulah tidak sempat diceritakan semua. Banyak kelucuan yang diselitkan di dalam penceritaannya, di samping peristiwa suka duka yang dihadapinya dalam pengembaraan yang memakan masa lebih dari setahun itu. Misalnya pengalaman suka di Krabi, Thailand semasa musim buah yang gerainya sepanjang jalan dengan buah-buah rambutan, cempedak, durian dan manggis bagai di Malaysia dan harganya murah. Begitu juga gembira berpeluang melawat Taj Mahal di Agra secara percuma (kerana bersembahyang Jumaat), berada di Masjid terbesar di Pakistan Masjid Faisal, Islamabad yang diderma oleh Raja Faisal Su`udi boleh memuat 100,000 orang jamaah. Keselesaan semasa di Iran, keindahan alam dalam menuju ke Tabriz dan keramahan penduduknya, keindahan pandangan di Turki dan juga keramahan penduduk, mengelilingi kota Istanbul, menaiki bot ke Bosphoros, Keseronokan dalam perjalanan di Itali dengan ladang dan bunga-bungaan dan gunung-ganangnya yang indah, berada di lading gandum di Perancis, Keseronokan berada di London, merentasi lautan Atlantik dan berada di Florida, Alabama, Texas, Los Angeles dan ke Jepun, seterusnya ke daratan Asia di Korea Selatan, turun ke China, Vietnam Laos dan turun ke Thailand.

Suasana duka pula tatkala adik yang menemaninya –Ridhuan keracunan makanan semasa di Etawah dalam perjalanan ke Agra, India, perjalanan terpaksa ditangguh dan terpaksa menggunakan ubat yang memang dibawa bekal dari Malaysia. Dalam perjalanan ke Agra tayar Ridhuan pancit bagi kali keempat (kali pertama di Thailand), Tidak boleh tidur di masjid di Thailand, kerana takut dianggap pejuang pemisah dan terpaksa tidur di tepi pantai, kesusahan mendapat visa ke Iran dan kegersangan tanah yang berbukit bukau ke Iran, ketiadaan penghuni, kecuali sekali sekala bertemu dengan pengembala kambing. Lebih keras lagi tatkala merentasi Padang Pasir Thal ke Kohat di Pakistan, kebimbangan di Kashmor tempat terkenal dengan penculikan dan dilarang keluar malam, menempuh padang pasir Kacchi yang keadaannya kering kontang, bertahun-tahun tidak turun hujan dan sangat sukar mendapat air. Demikian kerasnya suasana perjalanan ke Quetta sebuah Bandar Pelancongan (Ibu Kota Baluchistan) dan sebelum tiba mengalami ribut pasir yang menyukarkan perjalanan, menghadapi kemungkinan dibaling batu dan lastik oleh budak-budak nakal di Padag. Memasak dan bermalam di perjalanan di bawah jambatan-jambatan, di padang pasir; merentasi 1,000 km padang pasir dari Pakistan ke Iran dan kawasan bergunung ganang dan kontang di Bam Iran, harga barang dan sewa penginapan yang mahal di Greece dan kesukaran merentasi Benua Amerika dan berbagai-bagai lagi kesukaran dihadapi.

Oleh kerana sifat pengembaraan ini merentasi keliling daratan ada beberapa benua yang tidak dilalui, iaitu Australia beserta New Zealand, Afrika, Amerika Selatan dan kawasan Kutub Utara dan Selatan. Kalau tempat-tempat ini dilawati tentulah memakan masa yang lebih lama lagi.

Dengan kekuatan azam Dato' Hasan Nawawi bersama adiknya berjaya menghadapi kesukaran-kesukaran perjalanan. Ajal maut di tangan Tuhan. Orang takut keluar mengembara pun akan mati, mungkin di tempat tidurnya. Allah menyelamatkan pengembaraan Dato' Hasan bersama adiknya Ridhuan dan selamat kembali ke tanah airnya pada 27 Januari 2002 dan disambut sebagai Wira Daratan Negara. Keazaman dan kejayaan Dato' Hasan perlu dicontohi golongan muda-mudi Negara untuk mengikut jejaknya mencipta kejayaan, tidak semestinya hanya di dalam pengembaraan, tetapi di dalam apa jua lapangan. Kisah pengembaraan Dato' Hasan ini boleh diikuti secara lebih detail melalui buku yang telah diterbitkan (2003) berjudul: "Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia" di dalam dua bahasa Melayu dan Inggeris setebal 310 halaman.

~Buku "Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia"~

December 29, 2009

Keputusan PMR Cemerlang di Bangi


Seluruh anggota rakyat di Kawasan Bangi mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada para pelajar PMR 2009 yang telah memperoleh keputusan cemerlang tahun ini sehingga melayakkan SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi menjadi sekolah harian terbaik di Malaysia.

Tidak dilupakan kepada usahasama dan penat jerih guru-guru sekolah yang telah mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan persediaan yang rapi hingga berjaya dengan cemerlang dalam PMR.

TAHNIAH diucapkan sekali lagi kepada para PELAJAR PMR dan GURU-GURU SMK JALAN 4 BANDAR BARU BANGI. Semoga kejayaan cemerlang ini dapat dilestarikan untuk kesejahteraan bersama.


"Bangi Bandar Ilmu"

Pantun, Haiku dan Syair

I

Pantun (Bentuk Puisi Melayu Asli)

Berbalam gunung menghampar sawah
Padi menguning bakal dituai
Keinsafan merenung kejadian Allah
Zikir beriring, tasbih merangkai

Dari Bangi ke Bukit Mahkota
Untuk menyertai sambutan Hijrah
Bila berjanji hendaklah dikota
Tidak menyalahi hukuman Allah

Tasik Cempaka taman rekreasi
Pagi hari orang beriadah
Asyik berduka setiap hari
Lupa takdir ketentuan Allah


II

Haiku (Bentuk Puisi Ringkas Jepun)

Ceria rumah dengan persiapan pertunangan
Tiba-tiba bas dinaiki, tunang mati kemalangan
Duka bertandang disambut reda ketentuan.

Langit hitam menggugurkan hujan di perbatasan
Berita banjir menenggelamkan rumah dan kenderaan
Seorang ayah lemas berempat beranak mau diselamatkan.

Setiap pagi pekan sebok dengan pekerja
Seorang ibu muda membonceng motosikal suami
Tiba-tiba Si Ibu jatuh mati diragut tanpa kemanusiaan


III

Syair (Bentuk Puisi Pengaruh Islam)

Anak-anak inilah nasihat * Pada ibu bapa hendaklah taat
Suruhan Allah segera buat * Sabda Rasul jangan dighalat


Ilmu itu bekalan utama * Tuntutlah dia biar di mana
Dengan ilmu manusia berguna * Mengenal Allah paling utama


Kehidupan pula hendaklah berakhlak * Sesama manusia hendaklah beradab
Dengannya Nabi sempurnakan umat * Insya Allah di akhirat dapat syafaat

Rukun Tetangga Taman Seroja Mengadakan Jamuan Ramah Mesra

Jalan Reko, 10 Muharram = 27 Disember (Ahad):


Tanpa ditemani pengiring, ADUN Bangi berseorangan ke Majlis di atas. Jemputan telah disampaikan sebelumnya di Pejabat oleh Ketua Rukun Tetangga Taman Seroja Encik Kandasamy. Majlis diadakan bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk, meraikan mereka yang kurang upaya (OKU) dan warga emas serta membincangkan masalah keselamatan setempat. Taman Seroja mempunyai 100 rumah dengan penduduk lebih kurang 600 orang.

Ketibaan ADUN disambut oleh En. Kandasamy dan Timbalannya En. Arumugum. ADUN dibawa ke bawah khemah berhampiran bangunan Rukun Tetangga. Turut hadir bersama Datuk Yap Pian Hon, Bekas Ahli Parlimen Serdang dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain di kalangan Melayu dan Cina. ADUN berbincang tentang keselamatan dan skim-skim peruntukan Kerajaan Negeri yang sepatutnya diambil peluang oleh penduduk.

Seingat ADUN penduduk di Taman Seroja belum membuat sebarang permohonan bantuan dari Pejabat ADUN. En. Kandasamy berjanji akan melihat keperluan penduduk setempat dan akan membuat permohonan yang bersesuaian. Selepas minum dan berbincang dengan pimpinan, ADUN menemui penduduk di khemah jamuan dan bertanya khabar sebelum memohon diri meninggalkan majlis yang pada masa itu Datuk Pian Hon juga turut sama meninggalkan majlis.

December 28, 2009

Percakapan Antara Sasterawan Dan Seniman Negara

(Anekdot)

Semasa rehat dan makan tengahari dalam satu Seminar Agung Menghormati Sasterawan dan Seniman Negara yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, beberapa sasterawan dan seniman Negara berada pada satu meja makan. Seorang sasterawan Negara bertanya kepada seorang Seniman Negara,

"Macam mana dengan projek puisi yang mau diilustrasikan ke dalam lukisan itu ?"
Sasterawan Negara berkenaan telah menyerahkan sebuah puisi tulisan tangannya kepada Seniman Negara itu sudah agak lama, ``Masih dalam proses ciptaan," jawab seniman Negara.

"Mengadaptasi puisi ke dalam lukisan jauh lebih sukar, kerana melibatkan sekurang-kurangnya dua tahap. Pertama menghayati puisi yang mungkin kita tidak dapat fahami sepenuhnya apa yang dihasrat dan ingin diluahkan oleh penyair dan yang kedua menghasilkan karya lukisan mungkin berlainan dan tidak sehasrat apa yang diluahkan oleh penyair. Amat sukar menghasilkannya dan mustahil untuk mencapai kesamaan!." tegas Seniman Negara.
"Tapi saya percaya (nama disebut) amat mampu menghasilkannya," kata Sasterawan Negara.`` Beliau menambah secara bergurau.
"Saya sebenarnya rasa cemburu terhadap pelukis yang karyanya dipamer di Balai Seni Lukis Negara, sebuah lukisan harganya meningkat kepada ratus ribuan ringgit! Sedang sebuah puisi yang sebenarnya tidak mudah dihasilkan hanya ratusan ringgit. Sebuah antologi puisi pula hanya puluhan ringgit," kata Sasterawan Negara. "Kalau puisi saya diadaptasikan ke dalam lukisan oleh Seniman Negara, dapat meningkatkan harga bersama lukisan Seniman Negara!" Tambah Sasterawan Negara secara bergurau.

"Tak apa," jawab Seniman Negara, "Makin lama puisi asli bertulisan tangan disimpan, makin antik nilainya dan bila jadi antik makin mahal harganya!" ujar Seniman Negara mewajarkan mengapa puisi berilustrasi lukisan belum disiapkan kerana sebenarnya lebih disebabkan oleh kesuntukan masa.
"Pada asalnya saya mahu jadi pelukis, tapi tak berbakat," kata Sasterawan Negara.
"Saya juga pada asalnya mau mencipta puisi," kata Seniman Negara," dan menambah,
"Kata orang pelukis ialah orang yang tak pandai bercakap. Memang saya kesukaran mengekspresikan bahasa," kata Seniman Negara.
"Sebab itu tangan saya lebih mahir mengekspresikan minda dan jiwa ke dalam lukisan dari mengekspresikannya ke dalam kata dan bahasa!" tambah Seniman Negara.
Seorang sasterawan yang ikut sama berkata,
"Tapi ada mereka yang berbakat di dalam lebih dari satu bidang seni."
"Itu kelebihan yang diberi Tuhan." jawab seorang sasterawan lain yang berada bersama.
"Walau bagaimana, kalau pun menguasai lebih satu bidang, ada satu bidang yang lebih dikuasai berbanding dengan bidang yang lain," kata teman sasterawan.
"Tapi Seniman Pelukis wajar menerima harga yang lebih bagi kerja seninya, kerana menghasilkan sebuah lukisan perlu ketekunan yang lama, lagi pula dia menghasilkan lukisan, sifatnya yang universal, boleh dihayati oleh semua mengatasi puisi yang hanya difahami oleh orang yang memahami bahasa puisi berkenaan," katanya.

Sasterawan yang lain pula menjawab, "Sebenarnya sebuah karya seni bermutu, tak kira apa bidang tidak mampu dinilai dengan kewangan! Dia meningkat kepada Khazanah Negara, mungkin dunia dan merentasi masa. Tiap seni mempunyai kekuatan estetikanya sendiri yang perlu dihargai!"

Masjid Jamek Kajang Himpun RM220,080/= Peruntukan Bantuan


Kajang, 09 Muharram = 26 Disember (Sabtu):

Sepanjang tahun 2009 Masjid Jamek Kajang berjaya menghimpunkan sejumlah RM220,080/= sebagai bantuan kepada faqir miskin dan anak-anak sekolah yang miskin. Sebahagian dari tabung telah diagihkan sebelum Raya Idulfitri. Hari ini sempena anak-anak miskin yang akan pulang bersekolah, termasuk faqir miskin yang sebelum ini belum menerimanya dijemput hadir ke masjid menerimanya.

~ADUN Bangi ketika berucap semasa majlis perasmian~


Untuk itu ADUN Bangi atas kapasitinya selaku Pembantu Exco Agama dijemput merasmikannya. Turut hadir ialah Datuk Ungku Abdul Ghani Orang Kaya Daerah Hulu Langat, YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Tuan Haji Hanafi Nazir Masjid Kajang dan Setiausaha Sdr. Azmi Ahmad, Ustaz Zuraidi dari MAIS dan Ustaz Fadhil dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Pada hari ini pihak Masjid mengeluarkan peruntukan sebanyak RM67,600 dengan ditambah oleh pihak MAIS pada hari ini sebanyak RM11,500 lagi. Hari ini penyampaian diagihkan kepada lebih dari 100 orang.

ADUN Bangi, ketika merasmikan pengagihan menyebut tentang keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat. Begitu juga pihak masjid sendiri yang telah menghimpun peruntukan dari derma orang ramai untuk mereka yang berkelayakan menerimanya pada hari ini. Beliau menyebut tentang bantuan kerajaan kepada warga emas, anak yang baru lahir di Selangor, bantuan masuk universiti dan pinjaman pelajaran dari Kerajaan Negeri tanpa faedah. Beliau meminta kepada ibu bapa dan anak-anak sekolah menggunakan wang diterima kepada perkara yang bermanfaat seperti untuk perbelanjaan anak-anak yang bakal kembali bersekolah.Ybhg. Datuk Ungku Abdul Ghani, Orang Kaya menyampaikan bantuan, juga oleh YB Dr. Che Rusli dan ADUN Bangi.

~Datuk Ungku Abdul Ghani menyamapaikan bantuan kepada penerima~

December 27, 2009

Conference and Resolution: Question and Implementation

BBB, 9 Muharram = 25 December (Friday):

For the first week of Muharram, new year of Muslim Calendar, we have two significant and historic events, the visiting of Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi President of World Ulama` and The 7th World Conference On Muslim Education. A good starts that could inspire Muslims for more `barakah` in their life up to the end of the year.

Compare the impact of both events, it seems that Allamah Professor Dr.Yusuf al-Qaradhawi who was invited to Malaysia and honored in conjunction of Hijrah is a very popular Allamah, he wrote many valuable books about Islam that study, read, quote, refer and teach by Muslims all over the world. So when he was invited by State of Selangor to Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque, thousand of people come to see and hear his speech and salat together with him at the mosque, he was greeted by Islamic Leaders of a Party (Pas) and invited by Prime Minister as a guest at his office. His visit to Malaysia covered by daily papers and other media .

However the 7th World Conference of Muslim Education we felt very poor publicity, we only know about it by invitation and the conference covered only by an article in Berita Harian, Do that because the Conference organized by a state not under Umno-BN ? However we respect the hard working of organizers especially the National Scholars Association Malaysia and Selangor International University College, although the participants were from small number of Islamic countries. To refer to the objectives of conference that to bring together scholars, analyze the impact of globalization and to Islamize education, its seemed that from the first up to 7th conference, the same problems raised and brought that could not solve problems, that Islamic Education facing the secular and now globalization that almost same and how to Islamize Islamic Education. Here I refer the same problem state by Muhammad Omar Zubair, President, First World Conference on Muslim Education and Former President, King Abdulaziz University about the Social Sciences and natural Sciences. For the social sciences he said:

``The problem is most acute in the sphere of social sciences. As these sciences influence not only individuals in their personal private thought and action but the whole society, they create an environment and complex economic, political and social infrastructures which are difficult to alter, modify or remove. It is high time therefore that we substituted the secularist, metaphysics by Islamic concepts and built up an Islamic infra-structure to replace the already entrenched secularist system (Social and Natural Sciences: The Islamic Perspective, Jeddah: 1981, Hodder And Stoughton, V).

While for the natural Sciences, Muhammad Omar Zubair said,
``In natural sciences the philosophical concepts and the methodology which deny the presence of Allah`s will in this creation, are creating an anti-Islamic attitude. A new metaphysics and a modified methodology with a drastically Faith-oriented approach are long overdue``. (Ibid, VI).

It seemed after thirty two years from the first World Conference On Muslim Education the same problems - secular, globalization of education and Islamize of knowledge still chained and lingered in the field of Muslim education. Again the objective of The 7th World Conference On Muslim Education mention the same problems, especially to Islamize knowledge and education. In fact it is the resolution to establish an International Academy of Muslim Education.This is a sweet fruit for Selangor International Islamic University College as the Academy would set up at the University College and benefit and popularize the University College as it is an International Academy at and together with International University College. Congratulation ! and the International University Colledge may get yearly grant from Selangor Government and for the beginning RM500,000 for research with other Islamic institutions over the world. The RM500,000 grant in fact very small amount for research, even not enough for a small group of researchers for a normal topic. More amounts needed for co-research with other international Islamic Institutions.

Back to the discussion that for the purpose of Islamize of knowledge and education that IIUM established and already produced graduates, but for the time being the Ummah still in thirsty for well Ulama` produced by IIUM or respected Muslim leaders or world class research and books, in fact as we were informed, there are not clear about the Islamize of Knowledge or Education and not clear of approach. There are could like still the old body with new clothes. Under IIUM too was established International Islamic Thought Research Institute, but the situation is still same. We are still in waiting that Research Institute produce distinguished and world class scholars. ulama` and books. The situation is still same. Is it the International University College and the Academy of Research at state level just a duplicate and repeat what the IIUM have and would operating the same field and normal exercise and would not producing any distinguish product. We hope it would be not so, and we welcome the establishment of Academy and we hope it would be better than IIUM International Islamic Thought and Research. Be more Islamic institutions for the betterment of Islam. In that case and mention about Islamic departments and research, we are not only having the IIUM-Institute of Islamic Thought and Research, Selangor Islamic University College and the Academy that would be established, but there are more departments and research institutions such as IKIM, YADIM, JAKIM and every state government has their state religious department, education and research. We ask, so many institutions and so vast of money spent yearly, but how about their contribution toward implementing Islamic education, research and dakwah ? Our multiracial society are the very good place for dakwah, but haw far dakwah was succeeded ? It seems every institution is working on their own way, so the Islamic University and Islamic College University and their Research Institute that duplicating. We hope not so, let us have many institutions that produce quality and significant products.

December 26, 2009

Jamboree Nisa' Selangor (I'm Proud To Be A Muslim)

Pejabat DUN Bangi, 8 Muharram = 25 Disember (Jumaat):

~Para peserta sibuk dengan urusan pendaftaran dan berkenalan dengan teman-teman baru~

Jika petang kelmarin ADUN melepaskan pemuda 30 orang bermotosikal dari Teras Jernang, berexpedisi dan beramal ke Pulau Pangkor, maka pada petang ini Nisa` Serdang pula berhimpun di hadapan Pejabat ADUN untuk Jamboree ke Kem Belia Bukit Lagong, Selayang.

Menurut Saudari Lina Setiausaha Nisa` Serdang, "Jamboree ke Bukit Lagong ini adalah anjuran Nisa' Negeri Selangor. Setiap kawasan dikehendaki menghantar peserta ke sana."
"Berapa ramai dari Serdang ?" tanya ADUN.
"36 orang semua termasuk peserta, AJK dan Fasilitator," jawabnya. "Seluruh kawasan di negeri Selangor"
"Dijangka 300 orang semuanya," katanya.
Sementara itu Saudari Norshida Johan, Pengarah Jamboree dari Nisa' Serdang memberitahu,
"Tujuan mengadakan jamboree ini adalah untuk mengisi waktu lapang Nisa' dengan kegiatan bermanfaat seperti latihan fizikal, ujian mental dan sesi kerohanian." Bila ditanya, "Berapa lama ?" "Dua hari dua malam," katanya

Bila ditanya tentang peruntukan, Saudari Yaqeen, Ketua Kontinjen Serdang merangkap Fasilitator memberitahu, "Daripada Yuran dan tajaan dari individu, termasuk sedikit dari Pejabat ADUN."

Peserta-peserta yang berhimpun depan Pejabat ADUN yang setengahnya dihantar ibu bapa diberi taklimat oleh Saudari Haslina.

ADUN di dalam ucapan ringkasnya, meminta peserta menjaga keselamatan dan menjaga imej kawasan dan DUN Bangi bila bersama perwakilan-perwakilan dari kawasan-kawasan lain. ADUN berharap melalui jamboree dapat memupuk tali persaudaraan, semangat berpasukan dan kerjasama di dalam jemaah.

~Sebelum bertolak, Doa Selamat dibaca oleh ADUN~


~Peserta bertolak ke tempat program dengan menaiki bas sekolah~

Selamat Menyambut Hari Krismas

Selamat Menyambut Hari Krismas

BBB, 07 Muharram = 25 Disember 2009 (Juma`at):

ADUN Bangi dan kakitangan di Pejabat ADUN mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS

kepada semua penganut Agama Kristian. Semoga semua Aman Bahagia.

December 25, 2009

A Visit of A Professor From Japan

Office of ADUN, 6 Muharram = 23 December (Wednesday):

He comes exactly at 4.00 p.m. as appointed and I pleased him into my room. He brings with him a bundle of photo-copies that when I asked he said, "That photo-copies about YB, I photo-copied from YB blog". That means he studied about me before he comes to interview me.
He is Dr Soda Naoki, Associate Professor from Graduate School of Global Studies, Faculty of Foreign Studies, Tokyo University of Foreign Studies, 3-11-1, Asahi-cho, Fuchu-shi, Tokyo 183-8534, Japan.



A week before Dr. Soda Naoki has sent me an e-mail to make an appointment to interview me during his visit to Malaysia from 20 – 29 December 2009, that I agreed to meet him today. After sitting in my office he draws a clip papers of an article and shows to me about paper research that he wrote. The paper written in Japanese , but the title only translated in English, "The Muslim Community in a New Town. A Note on a suburban Religious Network in Malaysia" in Journal of Southeast Asian Studies, Tokyo University of Foreign Studies That paper refers to last interview that he ever came to interview me at my office before the 2004 election. According to him he also came to interview me before the 2008 election. According to Prof. Soda Naoki he also did research about the History of Modern Malaysia at FSKK, UKM from 1996 – 1999. Dr. Soda Naoki could master Malay language and speak fluently.


As he is interested in history, politic, social and community, especially in new town, his focus interview about my carrier in politic, the support of people in my constituency, the relationship with other parties in 'Pakatan Rakyat' and with Umno-BN. He also emphasized about the communities in Bandar Baru Bangi, the function of mosques and suraus that we considered very important institutions in Malay-Muslim community. The interview lasted about an hour.


December 24, 2009

KEMBARA GUNUNG NUANG

CERAMAH MAAL HIJRAH DI MASJID AL-HASANAH

KONVOI MESRA RAKYAT KE PANGKOR 2009


Seramai tiga puloh tiga orang belia berusia dari sembilan belas sehingga tiga puloh tiga tahun dari Kampung Sungai Tangkas, Bangi telah menyertai Konvoi Gerak Mesra Pangkor 2009. Program yang bermula dari 23 sehingga 27 Disember itu dianjurkan oleh Kelab Bermotor Teras Jernang (TJMC) mendapat tajaan dari pihak Maxoil dan ADUN Bangi.
Dr. Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi dalam ucapannya sewaktu majlis melepaskan konvoi tersebut berharap para peserta dapat memikirkan bersama perihal keselamatan semasa pergi dan balik. Beliau juga berharap pengalaman yang ditimba sewaktu konvoi nanti dapat digunakan untuk membentuk jati diri yang lebih mantap dari segi fizikal dan mental.

“Saya juga amat-amat berharap sebagai duta kecil Bangi, peserta konvoi dapat menampilkan disiplin diri yang tinggi sebagai mewakili imej belia-belia yang lain diBangi. Saya berdoa semoga semua peserta konvoi selamat pergi dan kembali,’’ ucapan Dr. Shafie mengakhiri majlis tersebut.

Sewaktu berkonvoi peserta akan mengikuti program tazkirah, solat berjemaah dan bergotong-royong membersihkan kawasan masjid di Pulau Pangkor.

Attending the Opening of the 7th World Conference of Muslim Education

Shah Alam, 4 Muharram = 21 December (Monday):

As the conference is a high level – A World Conference On Muslim Education attracted me to respond the invitation and attended the conference which held at Dewan Perdana, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam, Selangor from 21st – 23rd December 2009. That conference came after the first held in Jeddah, Makkah 1977. The organizers of the conference are Selangor International Islamic University College, The Islamic Academy Cambridge and the National Scholars Association Malaysia (Ilmuan).

The official ceremony of the conference launched by Hon. Dato' Seri Chief Minister of Selangor Tan Seri Abdul Khalid bin Ibrahim that urged the scholars, educators and researchers would exchanged, ideas, knowledge and experience for the benefit of the ummah and how to face the impact of globalization, not only to protect, but at the same time develop the ummah especially through the education that lead to the new era of the ummah. However that target is not an easy, but development of education is a long investment and need more ideas, energy and money to practice the finding of the conference in Muslim society.

~Chief Minister of Selangor Tan Seri Abdul Khalid bin Ibrahim with Dr. Hajjah Halimah Ali~


The Hon. Dr. Hajjah Halimah Ali Minister of state education and Human Capital Development in her welcoming speech hope the conference would provide an ideal platform to discuss important issues of education to reform and develop the teaching and learning of education and toward the Islamisation of knowledge for the sake of Muslims. While Professor Dr.Mohamad Khazani Abdullah Director of the Conference questioned the lacked of human resources development in Muslim world, the education level quality, the syllabi, curriculum and the institutions of learning that could be discuss in the conference.

~Hon. Bangi State Assemblyman with other particapants of the conference~

The objectives of the conference as states in the booklet are:

To bring together a large number of scholars and researchers from around the world and give them the opportunity to interact and network with each other, to discuss and analyze the impact of globalization and its challenges to the development of Muslim education in the world, to suggest solutions to some of the issues in Muslim education and to support the initiatives of the state of Selangor, Malaysia in its aim to Islamize education.

To cope with the objectives.
For that purpose, regarding the world standard, participants of the conference were invited from all over the world especially from Islamic countries, universities, intellectual and academicians, the respond of participants were limited. They came from such as Syria, Bangladesh, Kazakstan, Islamic Academy Cambridge, Pakistan, Indonesia, Hong Kong, Turkey and Malaysia. However according to the agenda in the booklet no participants from the well known Islamic countries such as Saudi Arabia, where the first conference held, Egypt, Jordan, Iran, Sudan, Morocco, Tunisia, Palestine, India, Turkistan, or from Islamic scholars of non-Islamic countries such as America, French, Holland, Canada, German or Australia.

The conference might be less significant compare with the first conference held in Jeddah or with some other related conference.
It is understood that more than a hundred papers contributed by participants, but not all of the papers stated in the booklet or provide to participants. To overview the contain of the conference may be refer to the working-papers provided.

Two keynote papers addressed by two key-persons, one by Professor Dr. Wahbah al-Zuhaily Faculty of Shari`ah, Damuscus University, title – Managing Global Challenges in education, The Contemporary Fiqh Approach, while the second key note paper, addressed by Ustaz Abdul Ghani bin Shamsudin, Chairman of secretariat Asia Assembly of Ulama . paper title – Globalization Its Impact and Challenges to Education in The Muslim World. Both of papers provided in Arabic and delivered in Arabic.

The other papers delivered in the sessions are:Re-evaluation of Integration of Knowledge by Professor Dato` Dr. Sidek Baba (IEIIUM), Malaysia, Islamic Scientist Prospects and Challenges by Professor Dr. Anuar Ahmad (UNISEL), Malaysia, Knowledge Excellance during the Islamic Civilization: Andalusia Experiences by Professor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (USM), Malaysia, Islamization Education Movement With Special Reference to The 6th World Conference On Muslim Education, by Ass. Professor Isharaf Hussain (Darul Ehsan University) Bangladesh.

The other sessions are: Open Discuss on The Roles of Government in Managing The Impact of Globalization In The Muslim World Education.

Follow by invited speech 1(Second Day): Globalization Its Impact On And Challenges To Education In The Muslim World – From The Perspectives of Sciences by Professor Dr. Sheikh Abdul Mabud (Islamic Academy Cambridge) UK and Invited Speech 2, Globalization Its Impact On & Challenges To Education In The Muslim World – Cross Culture and Da`wah Perspective by Professor Dr. Anis Ahmad (Riphah International University), Pakistan.

That follow by Invited Paper 1, The Mind of Muslim Intellectual (Ulul Al-Bab): The Qur`anic Model of Integration of Knowledge, by Prof. Tan Sri Dr.Mohd Kamal Hassan (IIUM), Malaysia.
Invited Paper 2: Revisiting Sunnah On Early Education System by Professor Dato` Dr. Zulkifli Mohd Yusoff (Islamic Academy, UM), Malaysia.

Invited Paper 3: Political Influence On Islamic Education: Contemporary Experiences by Ass. Professor Dr Kamaruzzaman Yusoff (UKM), Malaysia
Invited Paper 4: Interfaith Dialogue As A New Approach In Islamic Education by Professor Emiratus Datuk Dr. Osman Bakar (International Institute of Advance Islamic Studies). Malaysia. And Public Forum: On Muslim Education: Its Impact To Contemporary education System For The Last Day filled by Academic Discourse and Invited Paper:
Islamic Education: The Modern Discussion, Gontor Pondok Experience by Dr. Hamid Fahmi Zarkashyi (Institute Study Islam Darussalam), Indonesia.
Profiling Islamic Educational Institutions: Understanding The Madrassah Attraction by Dr. Hikmatullah Babu Sahib (IIUM), Malaysia.
Islamic Education: The Kelantan Experience, by Dr. Fadzli Dato` Hassan (State Minister), Kelantan. Islam And Education: Experience In Muslim Minority Community Hong Kong, by Mr. Mohd Shah Abdullah, Hong Kong.

And last by invited Paper, Turkey Experiences In Islamic Education Past, Present and Future and end with Resolution.

As the Conference organized, leaded and took place in Malaysia, many of the papers delivered by Malaysians that considered normal. It is a historic for Malaysia. No doubt all the papers, discussion and resolution could contributed to Islamic education in Malaysia, while there are various type of religious institutions in Malaysia facing their problems of building, lack of infra-structures, teachers without training and financial constrain. They are not speak about globalization but about discrimination to religious education. Who want to take responsible and eradicate the problems and raise the standard of Islamic or religious schools at least at the par standard of government schools ? That the low standard of religious schools provided the students for the high Islamic institution or universities that lowered the standard of the universities itself. So to upgrade the Islamic education must upgrade every level of Islamic education.

We asked the impact of World Conference On Muslim Education from the First to the Seventh, what the conference could contribute to world Islamic Education? We accept that first conference leaded to established two Islamic University, one in Malaysia and the other in Pakistan and papers delivered in the First Conference compiled and published in three volumes of books. After that, although there were five other conferences, no impact and contribution to the Islamic education (I might be wrong !). However the 7th onferences at least could fulfill the academic exercise. But the best approach such that conference must be part of OIC program that could solve any problem or resolution at governments level. However OIC itself is a sick organization. Could that seventh conference contributed significant benefit to Islamic Education in Malaysia rather than an academic exercise? Yes, at least for some of Islamic University College and Islamic University in Malaysia ! But we hope it could extended at all levels of Muslim education.

~Dr. Shafie with Prof. Tan Sri Dr.Mohd Kamal Hassan~

December 23, 2009

Program Kembali Ke Sekolah: Motivasi Dan Sumbangan

Bangunan PKNS, 3 Muharram = 20 Disember (Ahad):


Pada kali ini program hujung tahunan ini dipertingkat dan jumlah anak-anak dari kalangan ibu bapa yang miskin diberi bantuan "Kembali Ke Sekolah" bertambah kepada 60 orang. Mereka adalah pelbagai kaum dari berbagai-bagai cawangan di DUN Bangi. Menurut Pengarah Program, Saudara Azmalee Hamzah, "Peruntukan bagi Kembali Ke Sekolah ini, bukan saja dari ADUN, tetapi terdapat penyumbang-penyumbang dari agensi-agensi, pusat perniagaan dan juga orang-orang perseorangan." Syabas kepada Lajnah Kebajikan dan Jawatankuasa Program yang berjaya mendapat tajaan-tajaan. Turut hadir bersama dalam program, Ustaz Shafie Ngah, Timbalan YDP dan Ahli MPKj, Sdr. Adhram Musa Ketua Pemuda, Pn. Zuryati Ketua Muslimat dan Hj. Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan.

~Saudara Azmalee Hamzah memberi ucapan alu-aluan~

~Kehadiran tetamu yang memenuhi Bilik Cempaka, PKNS~

ADUN Bangi di dalam ucapan ringkasnya, menyatakan bahawa pihak Kerajaan dan DUN Bangi amat menekankan perhatian pada pendidikan sesuai dengan Bangi Bandar Ilmu. Menurutnya, "Kita memberi bantuan kepada anak-anak miskin dan kita juga memberi insentif kepada anak-anak cemerlang."

~YB ADUN Bangi memberi ucapan perasmian~

Kerajaan menyediakan banyak kemudahan bagi anak-anak belajar. Setiap anak yang lahir di Selangor sejak 2008 diperuntukkan caruman yang bila mereka masuk ke universiti, dapat digunakan untuk pengajian. Anak yang layak masuk ke universiti diberi wang sebanyak RM1,000 dan kalau tidak mendapat bantuan, mereka boleh meminjam dari skim pinjaman pelajaran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.Pinjaman tidak dikenakan sebarang bunga. Jika pelajar di universiti berjaya dengan cemerlang, maka pinjaman ditukar kepada biasiswa. Sebelum bantuan disampaikan oleh ADUN kepada anak-anak yang setengah daripada mereka disertai atau diwakili ibu bapa menerimanya satu ceramah motivasi disampaikan oleh Yang Bhg. Ustaz Tuan Syed Norhisham bin Tuan Padang yang menekankan kejayaan di dalam kehidupan ialah kejayaan di dunia dan akhirat. Bagi mencapai kejayaan itu, menurut Pakar Motivasi itu, "Ibu bapa hendaklah sama berperanan di dalam mendidik anak-anak," katanya,


~YB Dr Shafie menyampaikan sumbangan kepada penerima yang hadir~

Kejohanan Bowling Z0n 21 Sungai Ramal

Metro Point, Kajang, 3 Muharram = 20 Disember (Ahad):

Bagi merapatkan hubungan antara belia setempat Ahli MPKj Zon 21 Sungai Ramal En. Yusof Bachik menganjur pertandingan bowling di Metro Point, Kajang. Menurut En. Yusof, "Inilah julung kali pertandingan sedemikian dijalankan." Menurutnya lagi, "Bagi menjayakan pertandingan ini peruntukan RM5,000 disediakan."

Menurut Saudara Asmandi, selaku Pengarah Program, "Seramai 100 peserta mengambil bahagian. 18 team x 3 orang dari kalangan belia lelaki, 16 team beliawanis x 3, manakala 18 orang peserta veteran secara individu."

Pertandingan berlangsung dari pagi. ADUN Bangi dijemput menyampaikan hadiah jam 12.00 tengahari. Dalam ucapan ringkas ADUN Bangi mengucapkan syabas kepada En. Yusof yang menganjurkan pertandingan. ADUN sukacita kerana difahamkan golongan belia dan beliawanis ini akan meluaskan kegiatan pada masa akan datang kepada kegiatan gotong royong, motivasi, kursus usahawan dan sebagainya. Johan belia dan beliawanis nampaknya dimonopoli oleh perwakilan dari Sungai Ramal Luar, manakala johan bahagian veteran dimenangi oleh En. Yusof Bachik sendiri.

~Acara Penyampaian Hadiah kepada peserta~

~Bergambar kenangan pada akhir majlis sebelum bersurai~

December 22, 2009

Peluang Bersama Dengan Allamah Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Shah Alam, 2 Muharram 1431 = 19 Disember 2009 (Sabtu):

Jemputan daripada Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim aku anggap istimewa, kerana ini memberi peluang bagiku, sekurang-kurangnya berada sama di dalam satu majlis Syarahan Perdana Tuan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi seorang Allamah Besar Islam semasa yang juga selaku, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bagi mempastikan aku dapat bersembahyang maghrib berjamaah dijangka bersama Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, maka dengan berpakaian baju Melayu sepasang bersamping dan berkupiaqh putih mulai jam 6.00 petang aku bertolak ke Shah Alam dan tiba sebelum jam 7.00 petang. Melalui gerai-gerai jualan di medan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri aku naik ke masjid. Tiba ke atas, aku bersalam dan bertanya seseorang kemungkinan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, sudah tiba. Orang itu menjawab, "Belum", lantas aku ke tengah dan kehadapan bahagian masjid. Al-Hamdulillah bagai dijanji-janji bila aku ke hadapan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bersama pengiring-pengiring sedang berjalan tiba. Aku tidak melepas peluang terus ke depan dan bersalam dengan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ! Dengan pertolongan seseorang dapat diambil gambar dengan telefon bimbit semasa aku bersalam dan beberapa gambar lain. Aku turut bersalam termasuk dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Dr. Hasan Ali dan yang lain-lain. Tidak berapa lama azan dialunkan dan kami bersembahyang sunat. Al-Hamdulillah kami bersembahyang berjamaah Maghrib bersama Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan aku berada pada saf pertama di hadapan. Keadaan pada masa itu agak tenang. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kelihatan sedikit uzur dan mengimami sembahyang Maghrib secara duduk di atas kerusi. Pada rakaat pertama beliau membaca ayat dari Surah al-Baqarah (ayat 284-286), manakala bagi rakaat kedua beliau membaca ayat dari Ali Imran (ayat 26-29).

~Ketibaan Allamah Sheikh Yusuf Al-Qardhawi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah~

Selepas sembahyang sunat Maghrib ba'diyyah, keadaan menjadi kecoh. Ramai yang ke hadapan untuk mengambil gambar beliau. Makmum dan yang datang memenuhi masjid yang dijangka berjumlah antara empat hingga lima ribu bergerak ke hadapan, kerana mau melihat Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dari dekat. Kami yang berada pada saf hadapan bersama termasuk YB Dato` Seri Anwar Ibrahim dan YAB Dato' Seri Menteri Besar tertolak ke belakang. Mereka yang ke depan diminta berundur dan memberi sedikit ruang untuk permulaan majlis yang mana Sheikh Yusuf mulai berada di atas kerusi di hadapan dan ditemani oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar.

YAB Dato' Sri Abdul Khalid di dalam ucapan alu-aluannya bagi pihak negeri bersyukur kerana dapat menerima tamu istimewa Allamah dan Pemikir semasa sempena dengan awal tahun Hijrah. Buku-buku beliau popular menurut Menteri Besar, dibaca dan dijadikan rujukan. Kitab Fiqh ad-Daulah karangan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menjadi kitab pengajian mingguan setiap malam Jumaat di pengajian di Kediaman Menteri Besar. YAB gembira melihat masjid dimakmurkan dengan kegiatan pengajian dan ceramah agama. Menurut Tan Seri Abdul Khalid, Kehadiran Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke Malaysia, khususnya menjadi Tamu Kerajaan Negeri, oleh kerana wujudnya hubungan baik antara YB Dato' Seri Anwar dengan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.
~Hadirin jemaah yang membanjiri majlis untuk bersua muka dengan Ulama' tersohor~
Dalam Syarahan Perdananya Sheikh al-Qaradhawi yang menyampaikannya di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, menyatakan:

Kita memohon kepada Allah dengan kehadiran Tahun Hijrah yang baru 1431, menjadikannya Tahun yang baik bagi umat di Malaysia, juga khususnya bagi umat Islam di Baitul Maqdis yang sedang berjuang untuk membebaskan diri dari cengkaman Zionis. Hubungan saya dengan Malaysia, kata Sheikh al-Qaradhawi sejak lama dari tahun 1980an dalam mana saya telah menziarah ke sini pada masa Gerakan Islam ABIM begitu aktif dan saya telah menziarah beberapa bahagian Negara ini. Saya juga diberi penghormatan dengan Ijazah Kehormat UIAM berikutnya.

~ADUN Bangi tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Ulama Agung Yusuf Al-Qardawi~

Berhubung dengan Hijrah ia adalah anugerah dan pertolongan dari Allah "Nasrun minallah" setelah jihad Rasulullah di Makkah selama tiga belas tahun. Semasa di Makkah ada antara pengikut Islam terkorban. Belaiu menyebut antaranya Sumayyah sebagai syahidah terawal. Termasuk yang diseksa 'Muammar'. Umat Islam dalam masa menghadapi sekatan ada yang terputus makanan dan terpaksa memakan rumput dan daun ! Beliau menceritakan tentang peranan Saidina Ali karramallahu wajhah, Saidina Abu Bakar r.a. dan Asma' bt. Abu Bakar r. anha di dalam berhijrah.

Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan pentingnya melakukan sesuatu secara berjemaah sebagaimana ibadat-ibadat seperti sembahyang, haji dan umrah secara berjamaah. Demikian menurutnya Islam ditegakkan secara jamaah termasuk membentuk masyarakat dan Negara Islam di Madinah adalah secara berjamaah. Contoh seperti mempersaudarakan kabilah Aus dan Khazraj sebagai golongan Ansar yang bekerjasama dengan golongan Muhajirin di Madinah. Perhubungan antara Muhajirin dan Ansar begitu rapat. Beliau mengambil contoh hubungan sahabat Abdul Rahman bin Auf dari kalangan Muhajirin dan Sa`ad bin al-Rabi` dari kalangan Ansar. Saad sanggup menawarkan sebahagian daripada hartanya kepada Abdul Rahman untuk dijadikan modal perniagaan, bahkan menawarkan untuk menceraikan satu daripada isterinya untuk dikahwini oleh Abdul Rahman, tetapi beliau menolak dan berterima kasih. Beliau memulakan perniagaan dengan modal yang ada padanya. Kedua-duanya menjadi peniaga-peniaga yang berjaya.

Menurut Sheikh al-Qaradhawi bagi kepentingan ibadat dan kemasyarakatan Islam mementingkan pembinaan masjid dan bagi kepentingan ekonomi Rasulullah memerintah membina pasar awam. Sebelumnya hanya ada sebuah pasar di Madinah yang dimiliki secara perabdi oleh orang Yahudi. Dengan pendirian Pasar Awam dapat memecahkan monopoli orang Yahudi dan masyarakat awam dapat berniaga dan meningkatkan ekonomi Negara Madinah. Di dalam hal ini Islam mengatur etika perniagaan, hutang piutang dan memperingatkan agar tidak melakukan penipuan. Sesungguhnya Rasulullah mengingatkan siapa yang menipu mereka bukan dari golongan kami. Islam juga menegakkan dari segi sosial yang mana semua masyarakat adalah sama, tidak ada kelebihan antara orang Arab dan ajam, kecuali dari segi taqwa dan Islam juga menegakkan perundangan. Beliau membicarakan tentang fitnah dengan mengambil contoh fitnah yang dilemparkan kepada Aishah r.a. yang amat menyakiti Rasulullah, tetapi dibersihkan oleh Allah. Tuduhan fitnah (zina) memerlukan empat saksi, sekiranya dusta yang membuat fitnah dihukum. Sheikh Yusuf al-Qardhawi menyampaikan Sharahan Perdananya selama dua jam (termasuk terjemahan). Majlis berakhir selepas sembahyang Isyak yang diimami oleh Imam Masjid Negeri.

~ADUN Bangi bergambar bersama Sheikh Yusuf Al-Qardawi~

Sekian.

Bukti Tuan Guru Dato` Nik Aziz Suka Membaca

(Satu Anekdot)

Tokoh seperti YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas, merangkap Menteri Besar Kelantan yang banyak mengarang kitab dan buku seperti dibicarakan dalam Forum Politik Dan Dakwah (Jumaat 01 Muharram 1431), banyak menyampaikan kuliah, pengajaran dan tazkirah serta banyak menyampaikan ceramah dan berucap di dalam persidangan sudah tentulah banyak membaca, bermutalaah, membuat rujukan dan kajian.

Tetapi TG yang begitu sebok dengan pentadbiran, pengajaran, penulisan dan penyertaan di dalam berbagai kegiatan, bilakah masa TG membaca, bermutalaah, membuat kajian dan penyelidikan ?

Ada beberapa maklumat berhubung dengan kegiatan TG dengan pembacaan. Maklumat antaranya didapati dari Sdr. Annual Bakri Setiausaha Politiknya yang di dalam Forum mengatakan, "TG tidak menggunakan dompet duit." Menurutnya lagi,
"TG pada kebiasaannya membawa duit di dalam sampul surat di dalam poket bajunya."Bila ditanya mengapa dibawa di dalam sampul surat ?"
"Kerana kebiasaan orang menderma dengan meletakkan wang di dalam sampul surat, mudah disampaikan kepada yang diderma. Begitu juga orang menyampaikan sumbangan menghadiri jemputan perkahwinan, memberi wang melalui sampul surat." kata Annual.
"Ini bermakna TG seorang yang suka menderma dan sentiasa bersedia kewangan di dalam sampul surat !"
Beliau menambah TG tidak terikat dengan kawalan protokol, contoh apabila melihat jualan buku yang menarik minatnya.". Satu hari semasa menghadiri Majlis Ceramah di Markas Tarbiyyah di Melewar, semasa beliau diiring ke Markas, TG melihat jualan buku dan tajuk menarik minatnya, menurut Annual, TG berhenti dan ke tempat jualan buku memilih dan membelek buku yang agak tebal dan berkenan membelinya. TG bertanya kepada penjual buku berkenaan harganya. Beliau mengunjuk sampul surat kepada Annual untuk dibilang duit di dalam sampul. Oleh kerana buku tebal dan agak mahal harganya. Duit di dalam sampul sedikit berkurangan. Menurut Annual, sedang ia menyeluk poket untuk menambah wang mencukupi harga buku, tetapi penjual buku berkata,
"Tak payah tambah, cukup dengan duit beserta sampul TG." tambah penjual,
"TG beli dari kedai saya adalah satu rahmat dan berkat !"

Menurut seorang peserta Forum Pemikiran Politik dan Dakwah TG,
"Saya pernah melawat rumah TG di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan, TG menyambut kami sendiri dan TG juga yang mengangkat air minuman kepada kami sebagai tamunya. Di ruang tamu rumah yang amat sederhana itu berselerak dengan buku-buku dan lembaran kitab-kitab. Saya bertanya TG,
"Mengapa buku-buku dan lembaran kitab berselerak ?", TG menjawab,
"Ambo tak ada masa untuk bersimpan (menyusun) !"

Pada satu petang TG tiba di Bangi, kerana memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah di Pejabat ADUN Bangi. Tuan Guru sampai dengan keluarganya sebelum Maghrib dan dibawa mereka berehat di rumah ADUN yang berdekatan dengan pejabat terlebih dahulu. Selepas sembahyang maghrib berjamaah dan makan malam dan sementara menantikan masa untuk berceramah TG memilih-milih buku dari perpustakaan ADUN. TG kelihatan duduk di atas kerusi di sudut perpustakaan dan asyik membaca sebuah buku yang berjudul "Al-Falsafah al-Insaniyyah" yang ADUN beli di Makkah bila menunaikan Haji 1985. Bila sampai masa TG dijemput ke Pejabat ADUN untuk berceramah, beliau masih membaca buku berkenaan, seolah-olah berusaha untuk menghabiskannya, tetapi tidak mungkin habis, kerana buku berkenaan agak tebal. Melihat minat dan keasyikan TG begitu tinggi terhadap buku berkenaan, ADUN menghadiahkan buku itu kepada TG. Kata TG,
"Buku ini baik kandungannya, ambo suka."

Demikian beberapa maklumat yang menunjukkan betapa tingginya minat TG kepada buku/kitab dan pembacaan.

Terima kasih.

December 21, 2009

Azhan Atan di Bangi


video

Forum Pemikiran Bangi, Bicara Politik Dan Dakwah TG Dato` Nik Aziz

Surau al-Nur, 02 Muharram = 19 Disember (Sabtu): Ketokohan Tuan Guru dan panel-panel pembicara forum di atas menarik minat peserta forum memenuhi ruang Surau Al-Nur yang baru diperluaskan itu. Ahli panel terdiri dari Sdr Annual Bakri Haron selaku Setiausaha Politik Tuan Guru yang juga seorang penulis, Prof. Madya Dr Abu Hasan Hasbullah Penganalisa dan Pengkritik Politik tajam yang merupakan Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dan Profesor Madya Dr. Badlihisham M. Nasir, Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah, UKM. Dr. Tajul Ariffin Noordin dijemput oleh Moderator Ustaz Jameer Saad, mengalu-ngalukan kehadiran ke Forum anjuran bersama ADUN Bangi, Persatuan Penduduk dan Surau Al-Nur.

~Hadirin yang memenuhi ruang solat Surau Al-Nur~

Menurut Dr. Tajul Forum kali ini paling berjaya berbanding dengan tiga forum yang lepas, kerana dihadiri ramai peserta yang lebih kurang 500 orang. Forum merupakan salah satu kegiatan bagi meningkatkan imej Bangi Bandar Ilmu. Menurut beliau pemilihan Tuan Guru bagi pembicaraan memang bertepatan lantaran beliau seorang tokoh politik tanahair. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian para panel hadir menjayakan forum.


~Dr. Tajul Ariffin Noordin semasa menyampaikan ucapan kata alu-aluannya~

~YB ADUN Bangi berucap untuk ucapan perasmian Forum Pemikiran Bangi IV~

ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar yang diberi penghormatan merasmikan forum dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas kejayaan forum. Menurutnya kajian (oleh Royal Islamic Society) meletakkan Tuan Guru antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia. Sebagai tokoh ulama yang telah melibatkan diri di dalam politik dan dakwah keislaman lebih 40 tahun dan memerintah negeri Kelantan selama 22 tahun dan menjadi Murshidul Am Pas, memang TG menjadi sumber dan memiliki sumber, khususnya tentang politik dan dakwah. Beliau tidak saja berpolitik, tetapi menghasilkan buku-buku yang berjumlah lebih 10 buah antaranya Kitab Tafsir, 2 jilid Sirah Nabawiyyah, Hidayah, Telaga Budi, Tundukkan Hati, Bunga Kebahagiaan. Antara buku Tentang Latar Belakang Tuan Guru dan Sdr. Abdul Shukur Harun dan Sdr. Annual Bakri menghasilkan Kilau Kemilau Peribadi. Bahan-bahan yang lain ialah dari pengajaran-pengajaran, ucapan-ucapan, tindakan-tindakan dan perjalanan pentadbiran TG dan artikal-artikal yang banyak ditulis orang berhubung dengan ketokohan beliau.. Menurut ADUN Bangi, buku-buku TG bukan saja untuk dibaca, dikaji, tetapi boleh dijadikan teks pengajaran, usrah dan tazkirah. Bahasa karangannya lembut dan menyentuh hati nurani, kelembutan tercermin juga pada peribadi dan pembawaan TG. Menurut ADUN sungguhpun TG lembut, tetapi tegas dari segi pendirian. Contoh penentengannya terhadap gagasan kerajaan perpaduan (dengan UMNO). TG dihormati oleh semua kaum di Negara ini. Beliau pernah dicadang sebagai Ketua Kerohanian Pakatan Rakyat, bahkan turut disebut sebagai Ketua PR sendiri.

~Para panelis bersama Moderator, Us Jameer Saad di meja forum~

Sdr. Annual Bakri berpendapat: TG sebagai ahli politik dan Pendakwah mempunyai wilayah pemerintahan. Beliau tidak hanya bercakap, tetapi mempraktikkannya di dalam pemerintahan. Ulama lain mungkin ada madrasah dan pelajar, tidak sama dengan pengalaman TG.
Pemimpin lain membawa briefcase yang di dalamnya berbagai perkara. Ada fail hal hartanah, ada mengenai saham, politik dan berbagai lagi, bagi TG Dato` Nik Aziz tiada di dalamnya hanya Islam. Berpolitik Islam, dakwah Islam, pentadbiran Islam dan berbagai lagi semuanya Islam. Dakwah bi lisanil halnya, setiap kali masuk pejabat, beliau tidak duduk, melainkan terlebih dahulu bersembahyang Duha 2 x 2 rakaat.
Annual pernah Tanya TG. Apa yang diminta dalam doanya selepas sembahyang Duha yang dilakukan di pejabatnya. TG berkata, "Memohon kepada Allah di dalam membuat keputusan tidak menyusahkan rakyat !" Berhubung dengan doanya kepada pemimpin negara yang dianggap kontroversi, "Doa sudah naik, Allah tentukan. Terima atau tidak pada Allah. Kalau zalim tanggung, kalau tidak, apa susah ?" Pemerintahan Kelantan hasil dari dapatan kerajaan Negeri. 95% digunakan dan 5% disimpan TG kecam sikap Kerajaan Persekutuan berdolak dalik berhubung dengan Royalti Petroleum terhadap negeri itu dan tuntut dilaksanakan menurut perjanjian. Kadang-kadang tindakan TG dan ungkapan kontroversinya tidak difahami, ternyata selepas dipertikai, persoalan difahami dan jawapan datang sendiri. Sejak dilantik menjadi Menteri Besar, TG memotong 40% dari elaunnya dan 5% untuk parti.


Profesor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah
Kewibawaan dan kelangsungan Pas di Kelantan adalah dengan adanya TG. Beliau bertanya,"Apa jadi jika tiada TG ?" Beliau mengakui keistimewaan TG, kerana ada wilayah pemerintahan, berlainan dengan contoh Hassan al-Banna dan lain-lain tiada wilayah. Pendekatan dakwah dan politik TG dapat dikaji sejak beliau kembali dari pengajiannya ke Kelantan sejak 1975.
TG menekankan Islam bukan semata-mata agama, tetapi adalah satu cara hidup
Ekonomi Kelantan diperkukuh, selain dari pertanian, ialah perniagaan. Daripada 11,246 kedai di Kelantan, 9,000 dimilii umat Islam. Perniagaan di pasar didominasi oleh kaum wanita. Dengan kewibawaan TG dapat pertahankan Kerajaan Kelantan 2004-2008, walaupun dengan majoriti satu kerusi. Kajian dibuat menunjukkan 73% beri sokongan padu kepada TG TG tidak saja berwibawa di dalam pemerintahan, mendalami bidang fiqh, tetapi jiwanya disirami pendidikan dan amalan kerohanian tasawuf. Sebagai pemimpin TG amat memberi berat tentang penjagaan fizikal dan penampilan dirinya di tengah khalayak.
TG bersifat pragmatik. Mendoakan Perdana Menteri agar dengan izin Allah memberi royalti pada Kelantan dan memuji Perdana Menteri dengan pendekatannya berhubung dengan masalah politik kawasan Melayu di Selatan Thailand.
Ekonomi rakyat Kelantan adalah baik dan kuasa beli adalah tinggi.


Profesor Madya Dr Badlihisham M. Nasir
Pendapat umum ulama tak wajar libat dalam politik dan tak berkemampuan berpolitik. Pandangan ini berubah dengan kewibawaan berpolitik TG dan ulama-ulama yang lain. Bila beliau memerintah, secara sinis dikatakan, selepas tiga bulan, tak akan dapat bayar gaji kakitangan dan akan gagal, tetapi ternyata tidak sedemikian. Slogan dibawa Pas, termasuk di bawah pimpinan TG dengan ungkapan "Membangun Bersama Islam" dan kemudian "Pas untuk Semua" lebih berjaya dan memberi kesan dari Slogan Umno-BN seperti "Penerapan Nilai-nilai Islam", dan Islam Hadhari, Pemerintahan TG merujuk kepada al-Qur`an dan Hadith Kelantan mempunyai pengajian agama dan pondok yang secara tidak langsung mampu mengukuhkan pemerintahan keislaman di negeri Kelantan.

Persoalan Yang Ditimbulkan melalui perbincangan. TG memberi ruang pada kebebasan mengeluarkan pikiran dan pendapat dan beliau bersedia mendengar berbagai idea dan pendapat TG mempunyai hikmah dan wisdom. Ini digunakan di dalam pendekatan politik dan dakwahnya. Krisis politik penting bagi menyerlahkan kepimpinan dan tindakan yang diambil. Kepimpinan keagamaan penting. Pengikut-pengikut menurut ketua mereka. Demikian perbincangan di dalam forum mengenai Pemikiran Politik Dan Dakwah TG Dato' Nik Aziz Nik Mat. Tentulah banyak lagi fakta dan analisis dapat dibuat, tetapi dalam masa terhad tentulah tidak semua perkara dapat diperkatakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sekian.