August 3, 2016

PENDEKATAN KITAB AL-WARA`


BBB, 28  Syawal 1437 = 02 Ogos 2016 (Selasa):
Kitab  al-Wara`  yang dihasilkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal sungguhpun membicarakan persoalan tasawuf sebagaimana Kitab al-Zuhd yang sama dihasilkan oleh Al-Imam bin Hanbal, tetapi berbeza pendekatan berbanding dengan Kitab al-Zuhd.
Kitab al-Zuhd yang lebih tebal (480 hlm.) diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut di Lubnan (1403H./1983), tidak diberi kata pengantar, kecuali oleh Penerbit secara ringkas bersama dengan bio-data Al-Imam Ahmad dan terus kepada kandungan persoalan. Ini berlainan dengan Kitab al-Wara`, kitab ini  juga diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah , Beirut Lubnan (1403H./1983M.) – Sebelumnya pernah diterbitkan di Mesir pada tahun 1340H. dan pada kulitnya (terbitan Lubnan) ditulis diedar dan disebarkan oleh Dar al-Baz, Makkah al-Mukarramah.
Jika pada Kitab al-Zuhd tidak disebut siapa yang mentahqiq dan menyelenggarakan naskhah hingga diterbitkan, tetapi bagi Kitab al-Wara` yang lebih nipis  (208 hlm.) berbanding dengan Kitab al-Zuhd. Kitab al-Wara` disebut Pentahqiq dan Penyelenggaranya, iaitu al-Doktorah Zainab Ibrahim al-Qarut. Pada permulaan kitab ini diberi tentang bio-data atau Tarjamah bagi al-Imam Ahmad bin Hanbal           Penulis berpeluang memiliki kitab ini, iaitu dengan  membelinya di Madinah pada 6 Muharram 1406H. bersamaan  20 September 1985 di Madinah al-Munawwarah dalam rangka menunaikan Haji bagi kali pertama.  Pada masa ini Penulis sedang giat menghimpunkan bahan-bahan tasawuf dalam rangka menulis tesis Ph. D. Penulis yang juga di dalam bidang tasawuf.
Pendekatan Kitab al-Wara` yang ketara berbeza dari Kitab al-Zuhd, bahawa Kitab al-Zuhd ditulis  dalam gaya Hadith berdasarkan kepada nama-nama tokoh (53 tokoh)  yang meriwayatkan gaya Hadith, bahkan sebahagian daripadanya ialah Hadith-Hadith   Rasulullah s.a.w. tentang zuhud.
Bagi Kitab al-Wara` adalah bertolak dari tajuk-tajuk persoalan – bukan tokoh seperti Kitab al-Zuhd. Persoalan-persoalan ialah mengenai tajuk-tajuk yang berhubung dengan tasawuf seperti Keperluan kepada bekerja, tentang perlunya tinggalkan takabbur, Larangan riba` dan sebagainya yang di bawah topik-topik berkenaan disertakan riwayat gaya Hadith, bahkan ada  yang langsung Hadith Nabi s.a.w.
Kitab al-Wara` walaupun nipis berbanding dengan kitab al-Zuhd, tetapi ianya terbahagi kepada dua bahagian  (juz`) satu dari hlm. 1 hingga 97  (45 bab - persoalan) dan bahagian dua dari hlm. 99 – 208 (51 bab - persoalan). Tidaklah jelas perbezaan antara juz` pertama dan kedua. Mungkin pemecahan semata pemecahan kepada dua juz` yang jumlah setiap bahagian berhampiran dari segi jumlah bab.
Tentang Kitab al-Wara` sebagai kitab yang disusun oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, maka pada permulaan bagi juz` pertama bagi Kitab al-Wara` dicatat riwayat  sebagai permulaan secara gaya Hadith:
Kitab al-Wara`
Daripada Imam Abi `Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Shaibani r.`a, karangan Abi Bakr Ahmad bin Muhammad al-Maruzi, riwayat Shaykh Abi Bakr  Ahmad bin Muhammad bin `Abdil Khaliq daripadanya, riwayat Abi Bakr Ahmad bin Ja`afar bin Muhammad bin Salam bin al-Khatli daripadanya. Riwayat al-Shaykh Abi Bakr Muhammad bin Musa al-Khayyat  al-Muqri al-Hanbali daripadanya. Riwayat Shaykh Abi Talib `Abdul Qadir bin Muhammad Ibn Abi al-Qasim daripadanya. Riwayat oleh dua Shaykh Abi Nasr `Abdil Rahim bin `Abdul Khaliq bin Ahmad bin `Abdul Qadir  dan Shaykh Abi al-Hasaan `Ali bin `Asakir bin al-Murahhib al-Talihi daripadanya.
(Sebahagian dari tokoh dalam sanad ini diberi huraian tentang  tarjamah dan bio-data mereka oleh  Pentahqiq – Al-Doktorah Zainab).
Usaha Pengkaji dan Pentahqiq
Sementara itu pihak Pengkaji dan Pentahqiq, iaitu al-Doktorah Zainab Ibrahim  al-Qarut selain melengkapkan Kitab al-Wara` dengan latar dan profile al-Imam Ahmad bin al-Hanbal, beliau menyebut beliau tidak mengetahui/menyaksi Kitab al-Wara` di dalam tulisan khat – tangan, yang diketahui dan digunakan ialah cetakan awal di Mesir pada tahun 1340H. Teks inilah digunakan bagi kajian, tahqiq dan pembaikan.
Antara usahanya ialah memberi latar tokoh-tokoh yang ada di dalam sanad-sanad  bagi Kitab al-Wara` -pada permulaan di  bawah – 9 orang, namun kata Al-Doktorah Zainab, beliau tidak mampu mendapat maklumat bagi tokoh-tokoh di dalam sanad- yang nenyebut  Al-Imam Ahmad bin Hanbal.  Latar bagi  ahli-ahli sanad yang disertakan ialah:
1)      Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj al-Maruzi yang didapati dari Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Bagfhdadi
2)      Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Muhammad bin `Abd al-Khaliq juga dari Tarikh al-Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi
3)      Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Ja`afar bin Muhammad bia Salam al-Khatali daripada al-Wafi bi al-Wafiyyat li al-Safadi
4)      Tarjamah al-Hafiz Abi al-Fath Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Abi al-Fawaris daripada Al-Wafi  dengan al-Wafiyyat al-Safadi
5)      Tarjamah Abi Bakr Ibn `Ali bin Muhammad bin Musa al-Khayyat al-Muqri` daripada Tabaqat al-Hanabilah li Ibn Abi Ya`la
6)      Tarjamah Abi Talib `Abd al-Qadir bin Muhammad bin Abi al-Qasim daripada al-Muntazin bagi Ibn al-Jauzi
7)      Tarjamah Abi Nasr `Abd al-Rahim bin Muhammad al-Khaliq daripada `Abd al-Dhahabi
8)      Tarjamah Abi al-Hasan `Ali bin `Asakir bin al-Murahhib bin al-`Awwam al-Batta`ihi daripada Dhay Tabaqat al-Hanabilah bagi Ibn Rajab, dan
9)      Tarjamah Taqiyyuddin Abi Muhammad `Abd al-Ghaniyy bin `Abd al-Wahid bin `Ali bin Surur al-Maqdisi daripada Tadhkirat al-Huffaz oleh al-Dhahabi.
Dan bagi menyempurnakan tahqiq bagi Kitab al-Wara` ini Pentahqiq dan Pentashih telah membuat 30 buah rujukan, antaranya dari kitab-kitab hadith al- Imam al-Sittah seperti  Bukhari, Muslim, Nasai, Tirmidhi, Ibn Majah dan Abu Daud dan juga al-Musnad al-Imam Ahmad, al-Muwatta` al-Imam Malik, al-Mundhiri dan al-Darimi., kitab-kitab sejarah, kitab-kitab Tabaqat dan sebagainya..
Dengan usaha Al-Doktorah Zainab, maka dapat melengkapkan kandungan dan pendekatan Kitab al-Wara` oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment