March 23, 2017

PESANAN BERNAS DARI ABU BAKAR AL-T*AMASTANI


BBB, 23 Jamadil-Akhir 1438H. = 22 Mac 2017M. (Rabu):
Senarai seterusnya ialah Abu Bakar al-T*amastani al-Farisi, sebagaimana dinisbahkan kepada namanya, ia adalah berasal dari Parsi. Dia disifatkan oleh al-Sulami sebagai semulia-mulai shaykh dan tinggi dari segi hal. Satu-satunya pencapaian dari segi hal pada zamannya, tidak ada menyamainya seorang dari kalangan shaykh, bahkan tiada yang medekatinya dari segi pencapaian. Adalah Abu Bakar al-Shibli mengangkatnya dan dia mengenal kedudukannya. Dia bersahabat dengan Ibrahim al-Dibbagh dan yang lain-lain dari shaykh-shaykh Parsi dan adalah shaykh-shaykh pada waktunya menghormatinya. Dia datang ke Nisabur dan meninggal di sana selepas  tahun (m. 340H.).
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Nikmat yang besar ialah keluar dari nafsu dan nafsu ialah sebesar-besar hijab antara engkau  dan antara Allah.``
Aku mendengar Aba `Abdillah al-Shirazi berkata, aku mendengar Mansur bin Abdullah  al-Is*bahani berkata, aku mendengar Aba Bakr al-T*amastani berkata,
``Apabila  tidak betul hati ia diakibatkan oleh waktu.`` Dan katanya, ``Jalan adalah terang dan kitab dan al-Sunnah penegak yang kukuh yang mengzahirkan akan kita. Dan kelebihan sahabat termaklum kerana mereka terdahulu dari segi hijrah dan persahabatan mereka. Siapa daripada kita bersahabat akan Kitab dan al-Sunnah dan mendekati diri dan berakhlak dan berhijrah dengan hatinya kepada Allah dia adalah sahabat bersebab.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Dunia keseluruhannya hikmah yang satu, dan setiap satu daripada mereka menepati menurut qadar barang yang dibuka baginya.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tidak ada kehidupan melainkan pada lematian, ya`ni tidak ada kehidupan hati, melainkan mematikan nafsu.``
Dan berkata Abu Bakar , `` Al-Yaqz*ah (sedar), ialah di kalangan ahli yaqz*ah bagi mengimarahkan akhirat, sebagaimana lalai, ialah bagi ahli yang lalai bagi mengimarahkan dunia.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Tidak mungkin keluar nafsu dengan nafsu, dan adapun yang memungkinkan keluar daripada nafsu dengan Allah Ta`ala. Yang demikian dengan sihat iradat dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Jalan kepada Allah Ta`ala sebilangan makhluk``. Kemudian katanya, ``Jalan bagiNya dan bukan jalan kepadaNya.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,  ``Siapa yang melebihkan orang faqir ke atas orang kaya dan orang kaya di atas orang faqir, maka dia terikat dengan keduanya dan keduanya juga merungkaikan masalah-masalah.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Ingatlah engkau dari implikasi `semoga` dan  `mudah-mudahan.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tiap-tiap yang lari dari kematian, maka dia kembali kepada  ta`wilan ilmu.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Kematian adalah satu pintu daripada pintu-pintu akhirat dan tidak sampai hamba kepada Allah Ta`ala melainkan dengan memasukinya.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Duduklah kepada Allah banyak-banyak, dan duduklah kepada manusia sedikit.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Sebaik manusia ialah orang melihat kebaikan pada yang lain dan dia mengetahui jalan kepada Allah banyak, iaitu jalan lain dari yang dia di atasnya, supaya dia melihat taqsir dirinya pada barang yang ia di atasnya.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani,``Sayugia adalah gerakan seseorang dan diamnya kerana Allah Ta`ala, atau dharurah yang dia terpaksa kepadanya. Maka adalah selain daripada itu, maka tiada suatu.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Siapa yang suka dari kalangan yang berakal di dunia yang fana, maka sesungguhnya menyukainya berlazat dengan munajat kepada Tuhannya, dia taat menurut kemampuannya dan di bawah suruhan dan laranganNya. Namun yang berakal lebih suka kepada yang Kekal dan membenci yang fana`.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Yang berakal bercakap sekadar hajat, dan meninggal lebihan yang tidak berfaedah.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tiap-tiap orang menggunakan kebenaran di antaranya dan di antara Tuhannya dan kebenaran  juga menuntut dilakukan kepada makhluk Allah bila berpeluang.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Siapa yang tidak mementingkan diam, maka dia berkelebihan (walaupun dia dalam keadaan  tenang).``
Dan berkata al-T*amastani, ``Siapa yang bertemankan ilmu, , maka tidak dapat tidak  hendaklah ia mempastikan tentang suruhan dan larangan.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Ilmu memutuskan engkau dari kejahilan, bersungguhlah agar ia tidak memutuskan engkau daripada Allah Ta`ala.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Tasawuf adalah menggetarkan, dan apabila berlaku keheningan, maka tidak lagi tasawuf.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Nafsu seperti api, apabila padam dari satu tempat, menyala dari tempat yang lain. Demikian nafsu apabila tenang pada satu pihak, menyala dari pihak yang lain.``
Berkata seorang lelaki kepada Abu Bakar al-T*amastani,  ``Wsiatkan daku,`` maka katanya, ``Berhemahlah !, Berhemahlah !, kerananya permulaan bagi sesuatu. Padanya berlegar dan kepadanya kembali.``.
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Tidak ketara `al-Haqq` kepada makhluk, melainkan nama dan garisan. Dan tidak bercakap berkenaan dengannya, melainkan orang yang tidak mendapat taufik.
Demikian pesanan-pesanan bernas dari Abu Bakar al-T*amastani.

Sekian.

March 22, 2017

PELBAGAI PENDAPAT DAN PENGALAMAN BUNDAR BIN AL-HUSAIN


BBB, 22 Jamadil Akhir 1438H. =  21 Mac 2017M. (Selasa):
Bundar bin al-Husain, iaitu Bundar bin al-Husain bin Muhammad bin al-Muhallab, kunyahnya Abu al-Husain daripada Shibraz dan tinggal di Arrajan. Adalah dia alim di dalam bidang usul. Dia mempunyai `lidah` yang masyhur di dalam bidang hakikat. Dan adalah Abu Bakar al-Shibli memuliakannya dan membesarkan kedudukannya. Beliau meninggal di Arrajan pada tahun (m. 353H.).
Berkata Bundar bin al-Husain, ``Jangan engkau memusuhi diri engkau, kerana dia bukan untuk engkau. Tinggalkannya kepada Pemiliknya membuat apa yang Dia kehendak.``
Berkata Bundar lagi,  ``Bersahabat dengan ahli bid`ah mewariskan penentangan terhadap kebenaran. Katanya, ``Tinggalkan apa yang dikehendak nafsu kepada  apa yang engkau pastikan kebaikan.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Ahmad al-Isbahani, berkata, aku mendengar Bundar bin al-Husain, dan aku menyoalnya perbezaan antara yang bersifat  tasawuf dan  mendekati (Allah). Dia berkata, ``Bahawa orang sufi ialah orang yang dipilih Allah bagi dirinya, maka dia dibersihkan.  Dia menjaga kesucian diri. Ia adalah sifat diri tanpa dakwa. Allah mencukupinya dan diberi balasan oleh Allah dengan keaslian pembawaannya. Adapun al-mutaqarrib adalah dari usaha diri mendekati Allah dengan suruhan-suruhan dari segi lahir dan batin. Dia adalah orang yang ta`at.``
Katanya, aku mendengar Bundar bin al-Husain berkata,  tangisan adalah berbagai-bagai.
Tangis gembira  dengan adanya yang sebelumnya tidak ada.
Tangis kecewa, dengan hilang hal yang sebelumnya dia dengannya.
Tentang tangis gembira, sebagaimana firman Allah bermaksaud:
 ``Apabila mereka mendengar  apa yang diturunkan kepada Rasul (Al-Qur`an) engkau melihat mata-mata mereka itu limpah dengan air mata dari sebab mereka tahu tentang kebenaran ( Al-Ma`idah:  83).
Dan firman Allah Ta`ala tentang tangis kecewa bermaksud:
`` Berpaling mereka itu, dan mata-mata mereka itu tergenang dengan air mata dukacita. Bahawa mereka tidak mempyunyai sesuatu pun untuk mereka belanjakan (untuk pergi berjihad di jalan Allah.``         (Al-Taubah: 92).
Aku mendengar  `Abd al-Wahid bin Muhammad berkata, aku mendengar Bundar berkata, `` Secara jamaah adalah di atas kebenaran, manakala secara berpecah tidaklah bagi kebenaran.``
Katanya dan berkata Bundar, ``Bukanlah daripada adab setakat bertanya sahabat engkau, ke mana dan bagaimana.``  (Sepatutnya meraikannya lebih dari itu).
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, `` Tinggalkan apa yang diingini nafsu, sebaliknya perhati dan nilai.``  (Berfaedah atau sebaliknya).
Katanya, ``Aku mendengar Bundar (menjawab), aku menyoalnya perbezaan antara mahabbah dan malu. Dia berkata:
``Al-Mahabbah ialah kemahuan yang menggerakkan, manakala malu ialah, tidak berterang – yang mengasihi ialah tuntutan yang ghaib, sedang yang malu adalah hadir. Antara duanya berbeza, kerana mahabbah sah dalam keghaiban, dan malu bersama penyaksian. Maka sudah tentulah berbeza antara ghaib dan asing dengan hadir yang dekat.``
Katanya, dan aku mendengar Bundar berkata, ``Kesufian sepakat dari segi wahdaniyyah (akidah) dari segi jumlah – kata, tetapi mereka berpecah dari segi cara menyampaikan, cara dan kaedah. Masing-masing mengalami hal yang berbeza dari segi gambaran seperti dari aspek mujtahid, zuhud,, `abid, kha`if (takut), harap, , kaya, faqir, murid, murad, sabar, redha, tawakkal, kasih, getaran, jinak, rindu, luahan, dambaan, wajdan, fana, baqi dan berbagai ahwal. Dan terhimpun keseluruhan ahwal pada satu secara himpunan.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, `` Hujjah ahli bid`ah mewarisi penyelewengan dari kebenaran.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, ``Siapa yang tidak mengarah kepada Kiblat  secara benar (hakikat), maka  menyebabkan rosak solatnya.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata:
``Siapa yang tidak terkesan dengan kebenaran, maka tidak terbuka baginya hakikat. Yang Haqq ialah Allah Subhanahu wa Ta`ala.``
Menasyidkan kami oleh Muhammad bin `Abdullah al-Razi, berkata, menasyidkan kami Bundar:
Perjalanan masa mengadabkan daku
Sesungguhnya dia berterusan  menasihatku
Aku mengecapi manis madu pahitnya hempedu
Demikian ragam kehidupan pemuda  yang dilalu
Tidak  melalui kejahatan, tidak jua kenikmatan
Melainkan  menjadi  ramuan  dalam kehidupan.
Demikian kepelbagaian pendapat dan pengalaman Bundar bin Al-Husain yang dapat dinilai dan dapat dijadikan panduan.

Sekian. 

March 21, 2017

ABU `ABDILLAH MUHAMMAD BIN KHAFIF: IJAZAH DARINYA


BBB,  23 Jamadil Akhir 1438H. =  22 Mac 2017M. (Isnin):
Abu `Abdillah bin Khafif, nama secara lengkapnya ialah Muhammad bin Khafif bin Isfankushadz al-S*abyu yang bermukim di Shiraz. Adalah ibunya dari Naisabiriyyah. Adalah dia guru daripada segala guru pada zamannya. Dia bersahabat dengan Ruym, Al-Jariri,  Abu al-`Abbas bin `At*a`, T*ahir al-Maqdisi,, Abu `Amrin al-Dimashqi, dan pernah bertemu dengan al-Husain bin Mansur. Dia adalah alim di dalam keilmuan zahir dan ilmu hakikat. Dia disifatkan satu-satunya shaykh pada waktunya dari segi hal, ilmu dan akhlak. Dia meninggal pada tahun (m. 371H.)
Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif mempunyai sanad Hadith yang dia adalah salah seorang rawinya:
Mengkhabarkan kami oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif, akan ijazah,, berkata, Bercakap kepada kami Ahmad bin Sam`an, berkata, bercakap kepada kami al-Fadhl bin Hammad, berkata, bercakap kepada kami `Abdul al-Karim bin Ma`ali bin `Imran, berkata, bercakap kepada kami S*alih bin Musa al-T*alhi daripada Abi H*azim daripada sabli bin Ma`ad, berkata:
``Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
`` Jikau dunia diadili, di sisi Allah, maka senilai sayap nyamuk,  tidak diberi kepada  orang kafir seteguk minuman daripadanya.``
Sebuah lagi riwayat, Dan mengkhabarkan kami oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif,, sebagai ijazah, berkata, mengkhabarkan kami Muhammad bin Ahmad bin Shadzahurmur berkata, bercakap kepada kami Zaid bin Ahzam, daripada Abi Da`wud daripada Shu`bah daripada `Abdillah bin Dinar, daripada Ibn `Umar r. a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tatkala aku dimi`rajkan ke langit aku mendengar suara yang menggegarkan, maka kataku, wahai Jibril, ``Siapa ini ?``, katanya, ``Musa`` yang bersuara kepada Tuhannya. Maka kataku, ``Mengapa sedemikian ?``, Katanya, ``Dia mengetahui yang demikian daripadaNya, maka dia menanggungnya.``
Berkata Ibn Khafif, ``Kemahuan ialah berterusan kesungguhan dengan meninggalkan kerehatan.``
Dan katanya, ``Tidak ada sesuatru yang lebih mudharat kepada seorang murid dengan tolerans terhadap nafsu dengan memperalatkan perkara-perkara yang mudah. Dan menerima takwil-takwil.``
Dia disoal tentang al-qurb, maka katanya, ``Dekat engkau denganNya -  Allah Ta`ala dengan melazimkan muwafakat dan dekatNya dengan engkau dengan berterusan taufiq.``
Aku mendengar Aba `Abdillah  bin Khafif berkata, `` Aku lemah daripada berdiri, bagi melakukan sunat-sunat nawafil, maka aku jadikan ganti tiap-tiap rakaat daripada wirid-wiridku  dua rakat bagi yang lain dari solat duduk sebagai separuh dari solat berdiri.``
Mengkhabarkan kami Muhammad bin Khafif, sebagai ijazah, bahawasanya dia disoal tentang tasawuf, maka katanya, ialah membersih hati daripada muwafakat manusia dan memisahkan akhlak tabi`i dan memadamkan sifat-sifat manusia, dan menjauhi dakwaan-dakwaan diri, turun kepada sifat-sifat rohaniah, dan bergantung dengan ilmu-ilmu hakikat, menggunakan apa yang lebih untuk  masa berterusan. Menasihat kepada semua umat, menepati janji dari segi hakikat dan mengikut Rasulullah s.a.w.  dari segi shari`ah.``
Berkata Muhammad bin Khafif, `` al-sakr, ialah gelegak hati ketika bersama,  dengan medzikiri yang dikasihi.``
Berkata Ibn Khafif, ``Al-riyadhah ialah memecahkan nafsu dengan berkhidmat dan menyekatnya dari sebarang gangguan ketika.``
Dan berkata Ibn Khafif, ``Iman ialah membenarkan hati dengan apa yang diketahui tentang Haq daripada perkara-perkara yang ghaib.``
Dan  berkata Muhammad bin Khafif, ``Takut ialah gementar hati lantaran mengetahui daripada  kekuasaan yang disembah.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Taqwa ialah menjauhi apa yang menjauhkan engkau daripada Allah Ta`ala.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Tawakkal ialah memada dengan jaminanNya dan menggugurkan tohmahan terhadap qadha`Nya.``
Dan berkata Abu `Abdillah, Tuntutan berbagai-bagai:
Tuntutan iman yang menuntut engkau secara sempurna dengan betulnya tas*diq dengan janji baik  (wa`ad) dan janji jahat (wa`id).
Tuntutan ilmu, apa yang menjelaskan denganmya  hukum-hukumnya, maka zahirlah dalil-dalilnya dan menuntut engkau mengamalkan kebenarannya.
Dan tuntutan `al-haqq` (kebenaran), iaitu yang nyata kefahaman engkau yang membawa engkau menanggapi, mengakuri dan mengamali.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Al-Mushahadah ialah penglihatan hati dengan kemurnian keyakinan kepada apa yang dikhabarkan oleh yang Haqq daripada perkara-perkara ghaib.``
Dan berkata Abu `Abdillah,``Kedekatan (al-qurb) ialah pemggolongan perjalanan  dengan kelembutan pendekatan.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Kesampaian ialah orang yang sampai kepada yang dicintai, tanpa sesuatu yang lain (dia ghaib dari sesuatu yang lain).
Dan disoal oleh Muhammad bin Khafif ``Mengapa terjadi bala bagi mereka yang mencintai lebih besar dari perjalanan ahwal ?
Maka katanya, ``Kerana mereka  terkesan pada roh mereka, maka dibalakan mereka  oleh kasih  sebagaimana  firman Allah bermaksud ``Dia mengasihi mereka``  (Al-Ma`idah: 54). Siapa  berkemampuan mendengar kalam ini ? Melainkan ternyata baginya perkara-perkara hakikat.
Catatan terakhir di dalam Tabaqat al-Sufiyyat oleh `Abdul Rahman al-Sulami):
(Semua yang tercatat adalah merupakan ijazah yang diperturunkan oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif kepada penerima-penerimanya).

Sekian.

March 20, 2017

CETUSAN MENARIK DARI ABU AL-HASAN `ALI BIN AHMAD AL-BUSHANJI


BBB, 20 Jamadil-Akhir 1438H. =  19 Mac 2017M. (Ahad):
Abu al-Hasan al-Bushanji, nama lengkapnya ialah `Ali bin Ahmad bin Sahl adalah dari kalangan pemuda Khurasan yang berkesempatan menemui Aba `Uthman dan bersahabat di `Iraq dengan Ibn `Ata` dan al-Jariri dan di Sham dengan Tahir, Aba `Amrin dan al-Dimashqi.  Dia berkesempatan dengan  Al-Shibli dan berbincang berkenaan dengan berbagai masalah. Dia adalah sealim-alim shaykh pada zamannya, khususnya berhubung dengan ilmu tauhid,  ilmu mu`amalat dan lebih muhasabah dari segi tariqat. Dia mempunyai akhlak yang tinggi, kuat beragama dan mengambil berat dengan kalangan fuqara`. Dia mati tahun (m. 348H.).
Dia mempunyai sanad Hadith  hingga kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin `Abdullah bin Muhammad al-Hafiz*, bercakap kepada kami Abu al-Hasan `Ali bin Ahmad bin Sahl al-Bushanji al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdul Rahman al-Shami, berkata, bercakap kepada kami Isma`il bin Abi `Uwais, berkata, bercakap kepada kami Isma`il bin Ibrahim bin  Abi Hubaibah, daripada Da`wud bin Abi al-Hus*ain, daripada `Ikrimah daripada Ibn `Abbas r.`anhuma. berkata,
``Adalah Rasulullah s.a.w. mengajar kami di dalam mengalami kelaparan keseluruhan, bahawa kami berkata,: Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku berlindung dengan nama Allah Yang Agung dari kejahatan terbit dari diri an dari kejahatan dari api neraka.``
Aku mendengar Aba al-`Abbas, Muhammad bin al-Hasan bin al-Khashshab, berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-Bushanji,  dan aku menyoalnya tentang al-Saunnah, maka katanya, ``Al-Sunnah tujuh (dibai`ah) di bawah pokok, dan apa yang muwafakat yang sedemikian daripada perbuatan dan perkataan.``
Katanya, aku menyoalnya tentang tasawuf,  maka katanya, ``Nama dan tidak ada hakikat dan dia adalah sebelumnya ada hakikat dan tidak nama.``
Katanya, aku menyoalnya tentang muru`ah, maka katanya, ``Tinggalkan penggunaan apa yang diharamkan ke atas engkau beserta al-Kiram dan al-Katibin.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-Bushanji berkata,
``Manusia atas tiga kedudukan,  Para awliya`, mereka ini yang adalah batin mereka itu lebih afdhal daripada zahir mereka itu. Dan `ulama, mereka itu yang rahsia mereka itu bersamaan dengan zahir mereka , dan dan orang-orang jahil, mereka itu yang zahir mereka itu berlainan dengan rahsia mereka itu.  Jangan kamu mengambil insaf daripada mereka itu (yang jahil)  dan tuntutlah keinsafan dari yang lain daripada mereka itu.``
Katanya, disoal Abu Hasan tentang tasawuf, maka katanya,
``Ialah merdeka dan bijaksana,, dan tinggalkan dari takalluf dengan  kemurahan dan bergurau dari segi akhlak.``
Aku mendengar Aba `Uthman Sa`id bin Abi Sa`id, berkata,, ditanya Abu al-Hasan al-Bushanji, Siapa yang cerdik ? Maka katanya yang sesuai dengan dzatnya, akhlaknya, af`alnya dan pembawaannya tanpa tekanan.``
Katanya, berkata Abu al-Hasan, katanya, ``Tidak ada di dunia setara oleh sebab cinta dan gantiannya.``
Dan disoal Abu al-Hasan al-Bushanji, `Apa dia muru`ah ?, Maka katanya, perelok yang baik dan baiki yang jahat (agar menjadi  baik).``
Katanya, dan berkata Abu al-Hasan al-Sarraj, satu hari kepada Abu al-Hasan al-Bushanji, ``Do`akan kepada  Allah untukku.`` Maka katanya, ``Aku do`akan semoga Allah memeliharakan engkau daripada fitnah. Dan bala terhadap engkau, kerana fitnah dan bala kedua-duanya tidak berlaku melainkan dari dirinya.``
Katanya, dia disoal tentang mahabbah, maka katanya, ``Engkau  menggunakan kesungguhan engkau serta mengetahui orang yang engkau kasihi, kerana orang yang engkau kasihi, beserta engkau menggunakan usaha engkau, dia melakukan apa yang dia kehendak.``
Katanya, dan berkata Al-Bushanji,  ``Al-Tauhid, ialah hakikat ma`rifatnya, sebagaimana dia memperkenalkan diriNya kepada hamba-hambaNya. Dia adalah istighna`  dengannya  daripada  tiap-tiap sesuatu selain daripadaNya.
Katanya, dan berkata Abu al-Hasan al-Bushanji, `` Awal iman bergantung dengan akhirnya. Adakah engkau tidak lihat bahawa simpulan akidah iman (La ilaha illa Allah). Dan Islam bergantung pada menunaikan shari`at dengan ikhlas, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Dan mereka tidak diperintahkan melainkan  supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.``(Al-Bayyinah:  5).
Aku mendengar Aba `Abdullah, Muhammad bin `Abdullah al-Hafiz* berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-Bushanji beliau disoal tentang al-futuwwah, maka katanya, ``Elok penjagaan, berterusan muraqabah dan janganlah dilihat diri engkau bersalahan  zahir engkau dengan yang batin.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,  ``Kebaikan bagi kami kadang hasil dari kesilapan, kerana kejahatan menimbulakn keinsafan  dari kekhilapan.``
Katanya, dan berkata Abu al-Hasan al-Bushanji,
``Siapa yang menghina dirinya,, maka Allah mengangkat qadarnya, dan siapa yang memuliakan dirinya, maka Allah menghinanya di mata hamba-hambanya.``
Demikianlah cetesan-cetusan menarik dari Abu al-Hasan `Ali  bin Ahmad al-Bushanji yang sama dapat direnungi.

Sekian.

March 19, 2017

BERBAGAI PESANAN ABU `AMRIN BIN ISMA`IL BIN NUJAID


BBB, 19 Jamadil Akhir 1438H. =  18 Mac 2017M. (Sabtu):
Ternasuk di dalam senarai tokoh sufi yang disusun oleh Al-Qushairy, ialah Abu `Amrin bin Nujaid. Beliau ialah Isma`il bin Nujaid bin Ahmad bin Yusuf bin Salim bin Khalid al-Sulami. Dia bersahabat dengan `Uthman al-Hiri yang merupakan sahabat terbesarnya. Dia berkesempatan bertemu dengan Al-Junayd al-Baghdadi, iaitu shaykh terpenting pada zamannya. Dia mempunyai tarikat yang tersendiri berasaskan hal dan menjaga waktu.
Dia mendengar  Al-Hadith dan meriwayatkannya dan mempunyai sanad di dalam Hadith. Dia tergolong sebagai orang yang thiqah. Dia meninggal pada tahun (m. 366H.).
Sanad yang Abu Amrin menjadi salah seorang perawinya;
Bercakap kepada kami datukku, Isma`il bin Nujaid bin Ahmad bin Yusuf, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Fudhail, daripada Hisham bin `Urwah, daripada bapanya, daripada A`ishah r.`anha, bahawa Nabi s.a.w. adalah Baginda menerima hadiah dan diberi pahala kepadanya (pemberi hadiah).
Manakala riwayat tentang Abu `Amrin  Isma`il bin Nujaid ialah:
Aku mendengar Shaykh  `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar datukku Aba `Amrin bin Nujaid berkata:
``Tiap-tiap hal bukanlah dari natijah ilmu, maka kiranya berlaku kemudharatan kepada pendukungnya, maka dia lebih dari manfa`at yang didapati.``
Aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang mencuaikan waktu dari waktu-waktu yang difardhukan Allah Ta`ala ke atasnya, maka diharamkan baginya mencapai kelazatan menunaikan kefardhuan berkenaan, walaupun selepas berlalu beberapa masa.``
Beliau juga disoal tentang tasawuf, maka katanya, ``Sabar dengan suruhan dan larangan.``
Dan aku mendengarnya dia berkata, ``Siapa yang tidak dapat  pendidikan dari  apa yang dilalui dari pengalaman, maka ketahuilah dia orang yang tidak terdidik.``
Dan aku mendengarnya, bahawa dia disoal,, ``Apa itu tawakkal ?.  `` Maka katanya, ``Paling dekatnya ialah baik sangka dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Aku mendengarnya dia berkata, ``Siapa yang ingin mengetahui qadar ma`rifatnya terhadap Allah Ta`ala,, maka hendaklah dia melihat qadar haibatnya Allah baginya ketika dia melaksanakan khidmatnya kepadaNya.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Sesungguhnya lahir dakwa-dakwa ialah dari ghurur, kononnya mengetahui asrar.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang merasa dirinya mulia, dia menghina dirinya dari segi agama.```
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tawakkal ialah redha dengan hukum Allah Ta`ala padanya.``
Dan aku mendengarnya berkata,  ``Mentarbiah tentang ihsan adalah lebih baik daripada ihsan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidak murni seorang dalam melangkah kepada `ubudiyyah sehingga  bersama – termasuyk ahwalnya keseluruhan.
Dan aku mendengarnya  disoal, ``Apakah yang tidak dapat tidak bagi seseorang hamba ?`` Maka katanya melazimkan `ubudiyyah menurut Sunnah dan berterusan muraqabah.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Hawari berkata, aku mendengar Aba `Amrin bin Nujaid berkata, `` Apabila Allah menghendaki kepada seorang hamba kebaikan, direzekikan dia berkhidmat kepada para salihin dan ahbar, dan ditaufiqkan dengan menerima apa yang diisyaratkan kepadanya dan dimudahkannya jalan-jalan yang baik dan ditutup dari jalan-jalan yang jahat.``
Aku mendengar datukku, ketika disoal, ``Dari mana lahirnya dakwa-dakwa ? Dia berkata, ``Adapun lahirnya dakwa-dakwa, lantaran dari rosaknya permulaan. Siapa yang sehat permulaannya sehatlah pengakhiran. Siapa yang rosak permulaannya, maka rosaklah semua bahagian raja` ahwalnya, sesuai dengan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan  (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh.`` (Al-Taubah: 109).
Dan aku mendengarnya  berkata, ``Bermudah dengan suruhan Allah, menandakan kekurangan ma`rifat dengan suruhan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidaklah bagi kalangan `al-malamah` dakwaan, kerana dia tidak melihat sesuatu ada pada dirinya yang dia dapat mendakwa dirinya dengannya, Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Adapun yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya ialah para `ulama`.`` (Fat*ir: 28).
Aku mendengar Abd al-Wahid bin `Ali al-Sayyari di Marwi berkata, aku berkata kepada bapaku `Amri bin Nujaid, pada akhir perpisahan aku dengannya, ``Wasiatkanlah kepadaku.`` Maka dia berkata kepadaku, ``Lazimkan dirimu kewajipan-kewajipan ilmu, hormatlah kepada semua orang muslimin,, jangan persiakan hari-harimu,, dia adalah sesuatu yang mulia bagimu, jangan menyombong dengan apa yang diberi kebolehan,, tetapi jadikannya sebagai pertolongan kepada manusia, semampu yang dapat kamu memberi khidmat dan bekerja untuk mereka. Jangan abaikan peluang  yang dapat engkau mematuhi perintah Allah.``
Dan aku mendengar `Abd al-wahid berkata, ``Siapa yang menyembunyikan kelebihannya pada makhluk menyenangkannya mendepani  persoalan dunia dan akhirat.``
Demikian berbagai pesanan Abu `Amrin Ismail bin Nujaid.

Sekian.

March 18, 2017

PENDAPAT ABU MUHAMMAD `ABDULLAH AL-RAZI


BBB,  18 Jamadil Akhir 1438H. = 17 Mac 2017M. (Juma`at):
`Abdullah al-Razi, ialah nama penuh bagi Abu Muhammad, `Abdullah bin Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Rahman al-Razi al-Sha`rani – Berasal dari Razi. Berkelahiran dan mendapat pendidikan di Naisabur. 
`Abdullah al-Razi  bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad, Abu `Uthman al-Hiri, Muhammad bin al-Fadhl, Ruym, Samnun, Yusuf bin al-Husain, Abu `Ali al-Jurjani,  Muhammad bin Hamid dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh kaum sufi.  `Abdullah al-Razi  adalah dari sahabat terbaik dari sahabat-sahabat Abi `Uthman. Adalah Abu `Uthman memuliakannya dan menyanjungnya. Dia mengenal tentang kedudukannya.
`Abdullah al-Razi adalah shaykh utama di kalangan shaykh-shaykh di Naisabur pada zamannya. Dia mempunyai kaedah latihan (al-riyadhiyyat) yang tidak mampu dilakukan oleh kalangan yang lain daripada ahlinya. Dia alim di dalam bidang-bidang- keilmuan kumpulan. Dia banyak menyalin Hadith-Hadith dan turut meriwayatkannya.. Dia dianggap orang yang thiqah. Dia meninggal tahun (m. 353H.).
Antara Hadith yang `Abdullah al-Razi menjadi salah seorang sanad rawinya ialah:
``Menmgkhabarkan kami `Abdullah bin Muhammad bin `Abdullah bin Abdul Rahman al-Razi al-Sufi berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Ahmad bin Jabalah, berkata, bercakap kepada kami bapaku, katanya, bercakap kepada kami Sulaiman bin Kharb, katanya, bercakap kepada kami Shu`bah, daripada Ayyub, daripada Abi Qillabah daripada Anas r.a. berkata,
 ``Disuruh (oleh Rasulullah s.a.w) Bilal mengkumandangkan adzan dan disuruh iqamah.``
Riwayat-riwayat tentangnya pula,
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata, sesungguhnya dia disoal,
Apakah gerangan manusia mengetahui keaiban mereka, tetapi tidak kembali kepada jalan yang betul ?``, Maka katranya, ``Kerana mereka sebok bermegah dengan ilmu, tetapi tidak sebok mengamalkannya. Mereka sebok dengan persoalan-persoalan zahir, tetapi tidak sebok dengan adab-adab batin, maka dibutakan Allah hari mereka itu dan diqaydkan anggota-anggota mereka dengan ibadat.``.
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Mu`allim berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Al-`Arif tidak menyembah  Allah secara muwafakat dengan makhluk, bahkan menyembahNya muwafakat dengan kehendak Allah  `Azza wa Jalla.``
Aku mendengar Aba Nas*r , Muhammad bin Ahmad berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Dalil-dalil ma`rifat ialah ilmu dan beramal dengan ilmu dan takut di dalam beramal.``
Katanya, berkata `Abdullah,
``Ma`rifat meruntuhkan hijab di antara hamba dengan Tuan mereka  dan dunia menghijabkan  mereka dengan Tuan mereka.``
Katanya, dan berkata `Abdullah al-Razi,
``Adapun yang menimbulkan berbagai aduan dan sempit dada, akibat dari kurang ma`rifat dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Katanya, dan berkata `Abdullah al-Razi,
``Makhluk keseluruhannya mendakwa dengan ma`rifat, tetapi mereka sebenarnya terpinggir dari ma`rifat. Kebenaran ma`rifat adalah keistimewaan para anbiya` salawat Allah `alaihim dan sadat daripada auliya` radhiya Allah `anhum.

Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Mu`allim berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Siapa yang mau mengetahui tempat dirinya dan ikutan yang haq atau kelainan-kelainan (kesalahan-kesalahan) bagi, maka dia hendaklah melihat kepada orang yang berlainan  kehendaknya dengannya. Bagaimana dia dapati dirinya berbanding dengannya. Maka jika tidak ada perubahan, maka hendaklah dia mengetahui bahawa dia di atas yang benar.``
Katanya, dan aku mendengar Abdullah al-Razi berkata, ``Dikatakan kepada setengah `arifin, ``Apakah yang mendorong engkau mengasing diri  (khulwah) ?, Dan membuat engkau tidak lalai ? Katanya, Dengan memilih terbaik dalam mendepani dunia.``
Katanya, dan  aku mendengar  `Abdullah al-Razi,  berkata,
``Siapa yang tidak mengutamakan diam, sesungguhnya apabila dia bercakap, cakapnya banyak yang lagha.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-Kharrabi berkata, aku berkata kepada `Abdullah al-Razi,
``Ajarkan daku do`a yang aku boleh berdo`a dengannya, maka dia berkata kepadaku,
Allahumma , amin kepada kami dengan kebersihan ma`rifat dan kurniakan kami cara yang betul dari segi mu`amalah di antara kami dan engkau menurut al-Sunnah, dan engkau benar tawakkal, elok sangka, dan kurniakan kami segala kemungkinan dapat kami mendekati Engkau dengan mendapat keselamatan dua  negeri – dunia dan akhirat.
Demikian pendapat  `Abdullah al-Razi untuk diikuti.

Sekian.

March 17, 2017

INGATAN DARI ABU BAKAR AL-DUQQI


BBB,  17 Jamadil-Akhir 1438H. = 16 Mac 2017M. (Khamis):
Abu Bakr al-Duqqi, ialah Abu Bakar, Muhammad bin Da`wud al-Dinuri, yang terkenal dengan panggilan `Al-Duqqi`. Beliau tinggal di Sham. Berumur lanjut, melebihi 100 tahun dan beliau meninggal selepas (m. 350H.). 
Al-Duqqi  adalah teman Abu `Ali al-Rudzbari, tetapi sebagaimana disebutkan beliau berumur lebih lanjat. Dia juga bersahabat dengan Abu Bakar al-Zaqqaq al-Kabir, Abu Bakr al-Misri  dan Abu `Abdullah bin al-Jala`  dan beliau cenderung kepadanya  (Abu `Abdullah). Dia adalah shaykh tertinggi dan terkehadapan pada zamannya dan teristimewa dari segi hal.
Antara riwayat tentangnya:
Berkata Abu Bakar al-Duqqi, Perut adal;ah tempat berhimpun segala makanan, apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang halal, keluarlah dari anggota-anggota amalan yang salih, dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang shubhah, engkau keliru jalan terhadap Allah dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang dilarang (haram), maka adalah antara engkau dan Allah adalah hijab.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin Da`wud al-Duqqi dan dia adalah disoal perbezaan  di antara faqr dan tasawuf. Maka katanya, ``Al-Faqr ialah hal daripada ahwal tasawuf. Maka dikatakan baginya, ``Apa alamat sufi ?`` Maka katanya dia selalu risau bagi tiap-tiap perlakuan yang lebih baik baginya daripada yang lainnya dan adalah dia terpelihara daripada perkara-perkara yang keji.``
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata,
``Alamat mendekati (Allah) ialah terputus hubungan daripada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Berapa daripada kegembiraan yang gembiranya mendatangkan bala kepadanya, dan berapa daripada dukacita yang dukacitanya memberi kejayaan baginya.``
Katanya, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Faqir itu ialah yang tiada sebab dari segi zahirnya dan tidak menuntut sebab daripada batinnya.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Quqqi berkata,
``Siapa yang mengenal Tuhannya, tidak terputus  harapnya (kepada Tuhannya), dan siapa yang mengenal dirinya dia tidak `ujub dengan amalannya. Dan siapa mengenal Allah `Dia datang` kepadaNya.`` Tambahnya,
``Siapa melupai Allah dia berlindung kepada makhluk. Dan orang mu`min itu tidak lupa sehinggalah dia lalai. Dan apabila dia berfikir dia duka dan beristighfar.``
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi, berkata,
``Kalam Allah Ta`ala, apabila dinyatakan di atas ruang permukaan, menghilangkan  yang lain dan  perhatian hanya terhadapnya.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, disoal Al-Quqqi tentang keburukan adab para fuqara` bersama Allah dari segi ahwal mereka. Maka katanya,
``Demikian dengan langkah-langkah mereka  berubah dari pencapaian hakikat ilmu kepada sifat zahir ilmu.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi  berkata,
``Adapun hati yang bersih tiada padanya  perkara-perkara yang mengaibkan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata, ``Sesungguhnya hati yang bersih daripada keaiban diperkukuhkan dengan datang kepadanya perkara-perkara mengaibkan.``
Katanya, dan aku mendengar Ab Bakr al-Duqqi berkata,
``Ikhlas ialah kemurnian pada zahir insan dan batinnya, pada diam, dan geraknya bersih kerana Allah. Tidak digerakkan oleh kepentingan diri, dan tidak oleh hawa nafsu, dan tidak kerana makhluk dan tidak lahir dari dirinya sifat tamak.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Allah Ta`ala menjadikan makhluk keseluruhannya dinamik (bergerak). Mereka  meneroka di muka bumi. Dan antara kehidupan daripada mereka itu ahli ma`rifat.
Makhluk dinamik  kerana ada sebab-sebab (contoh bekerja bagi mencari rezeki Allah bagi kelangsungan penghiupan).
Ahli ma`rifat menghidupkan kehidupan dengan maklumat mereka (ma`ruf mereka).
Tidak ada kehidupan secara hakikat, melainkan bagi mereka yang berilmu (berma`rifat) tiada yang lain.
Demikian ingatan daripada Abu Bakar Al-Duqqi yang dapat dijadikan panduan.

Sekian.

March 16, 2017

UNGKAPAN DARI ABU AL-`ABBAS AL-SAYYARI


BBB, 15 Jamadil Akhir 1438H. = 15 Mac 2017M. (Rabu):
Abu al-`Abbas  al-Sayyari, nama legkapnya ialah AL-Qasim bin al-Qasim bin Mahdi bin Bik Ahmad bin Sayyar. Dia adalah dari Marwi dan menjadi shaykh di sana. Dia adalah orang yang mula bercakap di kalangan mereka daripada ahli negeri tentang hakikat ahwal. Dia bersahabat dengan Aba Bakr, Muhammad bin Musa al-Farghani  al-Wasit*i dan kepadanya ia cenderung berhubung dengan keilmuan bagi golongan ini. Dia disifatkan seorang shaykh yang petah bercakap pada waktunya. Dia bercakap tentang ilmu tauhid menurut Sunnah. Dia juga alim dan mendalam dalam bidang fiqh. Dia juga banyak menulis (menyalin) Hadith dan meriwayatkannya. Dia meninggal tahun (m. 342H.).
Beliau mempunyai sanad Hadith yang beliau menjadi antara perawinya:
Mengkhabarkan kami `Abdul Wahid bin `Ali al-Sayyari berkata, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas, al-Qasim bin al-Qasim, al-Sayyari, bercakap kepada kami Abu al-Muwajjah, Muhammad bin `Amrin bin Al-Muwajjah, mengkhabarkan kami `Abdullah bin  `Uthman, berkata, aku membaca kepada Abi Hamzah daripada al-A`mash, daripada Abi Salih, daripada Abi Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Sebaik-baik percakapan empat perkara, dia tidak memudharatkan engkau dengan mana satu engkau mulakan. Subhana Allah, wa al-hamduli Allah, La ilaha illa Allah dan Allahu akbar.``
Disoal Abu al-`Abbas al-Sayyari, ``Dengan apakah yang dapat memperbaiki murid dirinya, maka katanya dengan bersabar dengan melakukan segala suruhan dan menjauhi segala larangan, dan bersahabat dengan orang-orang salih dan berkhidmat kepada para fuqara`. Dan dia berkata, bukanlah lazat yang berakal  dengan mushahadah al-haqq semata-mata, kerana mushahadah al-haqq fana, lantaran itu tiada padanya lazat.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin `Ali al-Sayyari, aku mendengar bapa saudaraku (sebelah ibu) Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``Bagaimana jalan untuk meninggalkan (menghapuskan)  dosa yang berlaku ke atas engkau, yang telah tercatat pada al-lauh al-mahfuz* atau untuk menyisihkan qadha`yang terikat kepada hamba ?``
Kkatanya, aku mendengar pada satu hari, dikatakan kepadanya, bagaimana murid dapat melawaskan dirinya ? Bagaimana caranya ? Maka dengan sabar dengan segala suruhan, menjauhi larangan, bersahabat dengan para salihin, berkhidmat kepada rufaqa`, duduk bersama para fuqara` dan seseorang itu ialah bagaimana dia meletakkan dirinya.. Kemudian dia bertamthil  dan berouisi sebagaimana katanya:
Aku sabar di atas kelazatan hingga hilang
Aku melazimkan diriku hijrah meninggalkan
Tidaklah nafsu melainkan yang dialami pemuda
Kalau tamak dia melemaskan  dan hasinya tiada
Berlalu hari nafsu nafsu bertambah ghirah
Semuanya hilang  tiada kekal tiada serlah.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin `Ali berkata, disoal Abu al-`Abbas daripada ma`rifat, maka katanya, ``Hakikat ma`rifat ialah keluar daripada apa yang diketahui – ma`arif.``
Dan katanya, berkata Abu al-`Abbas juga, ``Hakikat ma`rifat, bahawa tidak terlintas di hati apa yang selain dariNya.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa mengenal Allah, tunduk kepadaNya tiap-tiap suatu, kerana nyata kesan pemilikanNya semua.`
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak bercakap seseorang tentang `al-haqq` , melainkan orang yang ianya termahjub.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang menjaga hatinya dengan Allah dengan secara benar, maka Allah meluncur dari lidahnya hikmah.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak istiqamah iman seorang hamba, sehingga dia sabar di atas kehinaan seperti dia sabar di atas kemuliaan.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Kegelapan (kezaliman) orang-orang tamak menegah dari cxahaya mushahadat.``
Katanya, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata pada firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Setiap hari Dia dengan urusanNya`` ( Al-Rahman:  29), maka katanya ``Dia menzahirkan yang ghaib dan mengghaibkan yang zahir.``
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Pakaian hidayah bagi awam, dan pakaian haibah bagi al-`arifin, dan pakaian hiasan bagi ahli dunia, dan pakaian pertemuan bagi para auliya`, dan pakaian taqwa bagi ahli yang hadhir. Firman Allah Ta`ala bermaksud, ``Dan pakaian taqwa itulah lebih baik.`` (Al-A`raf:   26).
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Dikatakan bagi setengah hukama`. ``Dari mana engkau mendapat  sumber kehidupan ? Katanya, daripada yang menyempitkan sumber kehidupan kepada yang Dia kehendaki tanpa `illah dan melawaskan kepada yang dikehendaki, tanpa `illah.``.
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang teliti pandangan pada perkara agamanya, Allah melawaskan jalan sirat dan timbangan, siapa yang tidak teliti tentang perkara agamanya, maka Allah menyempitkan jalannya (siratnya) pada masanya, siapa yang mengutamakan  hak Allah Ta`ala daripada haknya, nescaya terlepas dari kesusahan dan akibatnya.``
Katanya, dan banyak sekali Abu al-`Abbas menyebut-menyebut puisi berikut,
Apabila subuh  menjelma  diufuk  ternyata cahaya
Perjalanan  sama beredarnya planet-planet diangkasa
Seolah dihidangkan  kehidupan dengan minum makan
Putaran mengelilingi berterusan melangsungkan kehidupan.
Demikian ungkapan dari  Abu al-`Abbas al-Sayyari.

Sekian.

March 15, 2017

PESANAN JA`FAR BIN MUHAMMAD AL-KHULDI


BBB, 15 Jamadil-Akhir 1438H. =  14 Mac 2017M. (Selasa):
Ja`far al-Khuldi, ialah Abu Muhammad Ja`far bin Muhammad bin Nas*ar. Dilahir dan  Mendapat didikan di Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad dan cenderung kepadanya. Dia bersahabat dengan Al-Nuri  dan Ruym, Samnun dan Aba Muhammad al-Jariri dan lain-lain dari shaykh-shaykh sezaman dengannya. Dia adalah menjadi rujukan di dalam kepelbagaian  ilmu kaum, tercatat di dalam kitab-kitab mereka, di dalam hikayat-hikayat mereka dan perjalanan mereka. Dia adalah  mufti bagi kalangan shaykh-shaykh dan berdudukan tinggi di kalangan mereka. Dia menunaikan haji sampai enam puluh kali haji. Ja`far Muhammad al-Khuldi meninggal di Baghdad tahun (m. 348H.), dan kuburnya di  Al-Shuniziyyah di samping kubur Sari al-Saqati dan Al-Junayd al-Baghdadi.
Berkata Muhammad  bin Husain bin Ja`far al-Razi, berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad bin Nus*air berkata,  ``Aku mempunyai, lebih kurang seratus tiga puluh diwan (antologi), iaitu diwan-diwan tasawuf., katanya, maka aku berkata kepadanya,, ``Adakah padamu kitab-kitab Muhammad bin `Ali al-Turmidzi ?  Katanya, `Tidak, aku tidak mengesan elemen-elemen tasawuf padanya.
Ja`far bin Muhammad al-Khuldi mempunyai sanad Hadith yang dia menjadi salah seorang perawinya.
Mengkhabarkan kami Yusuf bin `Umar bin Masrur al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Ja`far bin Muhammad bin Nus*air al-Khuldi, secara imla`, berkata, bercakap kepada kami Al-Harith bin Abi Usamah berkata, bercakap kepada kami Yazid bin Harun, berkata, mengkhabarkan kepada kami Azhar bin Sinan al-Qurashiyy berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Wasi` berkata, ``Aku datang ke Makkah, maka aku berjumpa di sana dengan Salim bin `Abdullah bin `Umar, maka dia bercakap kepadaku daripada bapanya daripada datuknya `Umar daripada Rasulillah s.a.w.  bersabda, bermaksud:
``Siapa masuk ke dalam pasar, maka hendaklah dia berkata , la ilaha illa Allah, wahdahu la sharikalah. Lahu al-mulk wa lahu al-hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa hayyun la yamut, biyadihi al-khair wa huwa `ala kulli shayin qadir.``
Allah memberi kepadanya seribu-ribu (sejuta) kebaikan dan dihapuskan darinya seribu-ribu kejahatan. Dan dia mengangkat kepada seribu-ribu darajah atau dikatakan, dibina baginya rumah disyurga (bahkan bertambah).
Katanya kumudian aku pergi ke Khurasan, maka aku bertemu dengan Qutaibah bin Muslim, maka aku berkata, ``Aku datang kepadamu dengan hadiah, aku bercakap kepadanya berkenaan  sebuah Hadith. Dan adalah Qutaibah menunggang pada kenderaannya, maka dia datang ke pasar dan dia mengatakannya dan berlalu.``.
Berkata Ja`far, ``Tidak mendapat hamba lazat bermu`amalah beserta Allah  dengan lazat nafsu, kerana ahli hakikat terputus hubungan dengan yang memutuskannya daripada yang Haqq sebelum diputuskan oleh perhubungan  khalayak.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain  berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, aku mendengar Ja`far berkata, ``Adapun  antara hamba dan wujud bahawa tenang hatinya dengan taqwa . Apabila hatinya tenang dengan taqwa turunlah ke atasnya barakat daripada ilmu dan hilanglah daripadanya kegemaran dunia.``
Katanya, berkata Ja`far, `` Perbedaan antara riya` dan ikhlas, bahawa orang yang riya` bekerja untuk dilihat dan orang yang ikhlas beramal untuk menyampaikan.`       `
Katanya berkata Ja`far, ``Yang baiknya  merendahkan nafsu dan membesarkan penghormatan orang muslimin.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-`Abbas bin Muhammad bin al-`Abbas al-Khilal di Marwi berkata,, aku mendengar Ja`far al-Khuldi berkata, aku medengar al-Junaid dia disoal tentang tasawuf, dia berkata, ``Meninggikan kepada akhlak yang mulia dan memalingkan daripada akhlak yang hina. Maka ditanya lagi oleh penanya, maka dia berkata, apa pendapat engkau ?, maka dia berkata seperti katanya.
Kemudian dia berkata, ``Puncaknya, pada halnya, mati tiap-tiap suatu, dan masuk pada tiap-tiap suatu, dan mengambil dari tiap suatu, dan tidak hilang sesuatu, dan tidak mengambil daripadanya sesuatu dan dia mengambil dalil dari suruhan Nabi s.a.w. tentang awliyatnya, apabila berlaku penurunan wahya ke atas Baginda. Baginda bersabda ``Daththiruni, daththiruni –Selimutkan daku, selimutkan daku`` dan berlaku.
Katanya, aku mendengar Ja`far al-Khuldi, berkata, ``Jadikanlah diri kepada Allah sebagai hamba yang bersih (ikhlas), nescaya engkau merdeka dari segala yang lain.``
Aku mendengar Al-Husain bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi  disoal tentang tawakkal, katanya,``Menseimbangkan hati ketika ada dan tiada, bahkan gembira ketika tiada, dan risau ketika ada, bahkan istiqamah  bersama Allah di atas kedua hal.``
Aku mendengar setengah sahabat Ja`far berkata, ``Aku melalui bersamanya perkuburan di Al-Shuniziyyah dan seorang perempuan menangis tangisan yang menyayat hati dan dia menepuk -nepuk di atas kubur. Maka berkata kepadanya Ja`far. ``Apa sebab engkau ?, maka katanya, `    Aku meratapi kematian anakku. Maka Ja`far berpuisi:
Dia mengadu, siapa yang tidak merasa
Berat perpisahan yang dikasihi tiada
Sesungguhnya  rusuh diri oleh perpisahan
Serbat minuman lebih pahit dari jadam !
Katanya, berkata Ja`far kepada setengah sahabatnya, ``Jauhi daripada dakwaan-dakwaan, dan lazimi diri dengan  melakukan suruhan-suruhan. Banyak sekali aku mendengar, sayyiduna Junayd berkata,
``Siapa yang melazimi tariqat al-mu`amalah secara ikhlas, nescaya Allah merehatkannya dari dakwa-dakwa yang dusta.``
Demikian pesanan  Ja`far bin Muhammad al-Khuldi.

Sekian.

March 14, 2017

ABU `AMRIN AL-ZUJAJI: SETENGAH PENDAPATNYA RUMIT


BBB,   14 Jamadil-Akhir  1438H. =  13 Mac 2017M. (Isnin):
Senarai  seterusnya ialah Abu `Amrin al-Zujaji yang nama penuhnya ialah Muhammad bin Ibrahim bin Yusuf bin Muhammad al-Naisaburi. Bersahabat dengan Abi `Uthman, al-Junayd, al-Nuri, Ruyam dan Ibrahimal-Khawas*s*. Dia ke Makkah dan menetap padanya dan menjadi shaykh di sana dan menjadi tumpuan. Dia meninggal di Makkah pada tahun  (m. 348H.).
Aku mendengar datukku r.h.a. berkata, ``Adalah aku berada di Makkah dan adalah pada masa itu turut berada ialah Al-Kuttabi, al-Nahrajuri, al-Murta`ish dan lain-lain daripada kalangan shaykh-shaykh. Mereka semua berada di dalam halaqahnya, mendepani mereka di dalam halaqah ialah Abu `Amrin. Dan apabila mereka bercakap pada sesuatu persoalan, mereka sekaliannya merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Abu `Amrin.
Dan aku mendengar Ab `Uthman al-Maghribi berkata, ``Adalah Abu `Amrin dari kalangan salikin, tanda-tanda dan fdhilat-fadhilatnya lebih banyak daripada yang dihitung dan dibilang.
Adalah dikatakan, bahawa Abu `Amrin al-Zujaji menjaga kebersihan dirinya dan apabila dia hendak membuang air kecil atau besar, dia keluar ke kawasan di luar dari kawasan al-Haram, sebagai menghormati kawasan al-Haram. Dikatakan adalah selma 40 tahun, iaitu  selama beliau tinggal di Makkah.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar datukku Aba `Amrin bin Najid berkata, disoal Aba `Amrin al-Zujaji, ``Apakah gerangan menyebabkan engkau selalu berubah ketika mengangkat takbir pertama di dalam solat-solat fadhu ?
Maka katanya,``Kerana aku takut apabila memulakan solat fadhuku berlaku kelainan dari sebenarnya. Maka siapa berkata, ``Allahu akbar,  dan dihatinya sesuatu  yang lebih besar dariNya, atau dia membesarkan sesuatu yang lain daripadaNya di dalam perjalanan waktu, sesungguhnya dia mendusta akan dirinya dengan lisannya dan barang siapa  bercakap tentang suatu hal yang tidak dia sampai kepadanya, adalah kalamnya  fitnah bagi siapa yang mendengarnya dan dakwaan bertalian di dalam hatinya dan diharam oleh Allah menyampaikan kepada hal berkenaan.``
Aku mendengar Abu Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba bakr al-Zujaji berkata,
``Ma`rifat itu ada enam wajah, iaitu ma`rifat al-wahdaniyyah, ma`rifat membesarkan (al-Ta`z*im), ma`rfat kurniaan (al-minnah), ma`rifat Qudrah, ma`rifat al-azal dan ma`rifat al-asrar.``
Aku mendengar  Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin berkata, ``Allah membahagi rahmat kepada orang yang mengambil berat dengan perkara agamanya.``
Katanya, disoal Abu Amrin tentang  `al-hamiyyah` (sifat hati), maka katanya, hamiyyah dihati membetulkan ikhlas dan melazimkannya, dan hamiyyah pada diri, meninggalkan dakwaan dan pengakuan.``
Dan katanya, aku mendengar Aba `Amrin berkata,  `Al-hamiyyah meninggalkan aduan daripada ketidakbaikan  (al-balwa), bahkan menganggapnya sebagai ujian, kerana semuany darinya, barang siapa merendahkan pemberian dari kekasihnya menyatakan kekurangan kasihnya.``
Katanya disoal Abu `Amrin daripada al-sama`, maka katanya, Ianya  merupakan aspek hal yang memerlukan kepada kejutan yang menyedarkannya kepadanya. Al-sama` ialah daripada kelemahan hal, kalau dia kuat dia tidak perlu kepada al-sama` dan keganjilan.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata, ``Siapa menziarahi Tanah Haram dan hatinya tidak tercenderung kepada sesuatu, khususnya kebesaran Allah, sesungguhnya dia adalah kerugian.``
Katanya, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji  berkata, ``Siapa yang terkait dengan haram melalui teman yang melakukan perkara haram, Allah menjauhkannya  dari  mereka yang dekat dengannya  dan hillang kemurniaan hatinya, timbul dari lidahnya aduan-aduan, hilang dari hatinya ma`rifat, hilang cahaya keyakinan, daya  usaha dan kekuatan dan menjadi umpatan.
Katanya, aku mendengar Aba  `Amrin al-Zujaji berkata, ``Dharurah ialah apa yang menegah  yang mengalaminya dari kata dan dikata, khabar dan menuntut khabar, menjadikannya sebok memberi  perhatian pada waktunya dan daripada kelapangan kepada  waktu-waktu yang lain.``
Katanya, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata,, ``Adalah manusia pada zaman jahiliah mengikut naluri dan tabi`at yang diwarisi, maka apabila diutuskan Rasulullah s.a.w. mereka  mengikut shari`at dan dipandu dengan akal yang betul dengan pengolahan yang memperluaskan keilmuan.``
Aku mendengar  Aba Abdillah al-Karmani berkata, aku mendengar seorang lelaki berkata kepada Abi `Amrin al-Zujaji , ``Bagaimana jalan kepada Allah ?``.  Maka berkata kepadanya Abu `Amrin,
``Aku  menyatakan , Menjenguh engkau kepada persoalan ketuhanan  menggugahkan minda dan kejiwaan ia adalah dalil  kepada persoalan.``
Katanya, dan berkata Abu Amrin, ``Hati engkau lebih tahu dengan sentuhan, diperkukuh dengan taufiq, tinggalkan apa yang  mengganggu kalbu. bertenang mendepani  kepelbagaian  larian waktu.``
Demikianlah mendepani  kerumitan cara berfikir dan pendapat-pendapat Abu Amran al-Zujaji.

Sekian.

March 13, 2017

ABU SA`ID BIN AL-A`RABI: PENDAPATNYA UNIK:


BBB, 13 Jamadil-Akhir 1438H. = 12 Mac  2017M. (Ahad):
Turut disenaraikan oleh Al-Qushairy tokoh-tokoh sufi di dalam Al-Risalat al-Qushayriyyahnya ialah
Abu Sa`id bin al-A`rabi, nama lengkapnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Ziyad bin Bishr bin Dirham al-`Atari, berasal dari Basrah. Menetap di Makkah, pada masanya dialah Shaykh di al-Haram  sebagai Shaykh dan `ulama` yang berkedudukan. Dia meninggal di Makkah tahun (m. 341H.). Dia mengarang banyak kitab.
Dia  bersahabat dengan Abi al-Qasim al-Junayd bin Muhammad, Amri ibn `Uthman al-Makki, Abi al-Husain al-Nuri, Hasnan al-Masuji, Abi Ja`far al-Khaffari dan Abi al-Fath al-Hammali.
Beliau mempunyai sanad di dalam Hadith yang beliau turut meriwayatkannya. Dia disifatkan sebagai seorang yang thiqah.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin al-Hasan daripada al-Khashshab al-Baghdadi, berkata, mengkhabarkan kami Abu Sa`id Ahmad bin Muhammad bin Ziyad al-A`rabi al-Sufi di Makkah, dia berkata, nengkhabarkan kami oleh Abu Yahya Muhammad bin Sa`id bin Ghalib al-Dhariri, berkata, bercakap kepada kami Waki` daripada al-A`mash daripada Abi Salih daripada Abi Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Jangan kamu memaki (mencela) sahabat-sahabatku, maka demi yang diriku di tanganNya, kalau seorang daripada kamu memberi nafkah seperti seorang secara bermusuhan, maka tidak sampai bantuan  salah satu dari mereka dan tidak sebahagian daripadanya.``
Berkata Ibn al-A`rabi, ``Serugi-rugi orang yang rugi dari kalangan manusia, orang yang salih amalannya dan ternyata keburukan orang yang lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,, aku mendengar Aba Sa`id  bin al-A`rabi  berkata, 
``Sesungguhnya Allah Ta`ala memperelokkan dunia bagi al-`arifin membolehkan keluar daripadanya, dan memperelokkan syurga bagi ahlinya kekal di dalamnya. Maka kalau dikatakan bagi al-`arif, bahawa engkau kekal di dunia, nescaya mati kegundahan. Dan kalau dikatakan bagi ahli syurga, kamu keluar daripadanya, juga mati kegundahan. Maka baik dunia  dengan sebutan keluar daripadanya dan elok syurga dengan sebutan kekal padanya.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Hasan bin al-Khashshab berkata, aku mendengar Ibn al-A`rabi berkata, ``Ma`rifat keseluruhannya mengiktiraf dengan kejahilan, dan tasawuf keseluruhannya meninggalkan yang tidak penting (yang lebih), dan zuhud ialah mengambil apa yang tidak dapat tidak daripadanya dan meninggalkan apa yang baki. Dan mu`amalah keseluruhannya  menggunakan yang aula, maka yang aula ialah daripada ilmu. Dan tawakkal keseluruhannya  mencampakkan lindungan dan redha keseluruhannya  dan menolak rintangan dan mahabbah keseluruhannya memberi kesan kepada  yang dicintai keseluruhan, dan afiyah keseluruhannya meninggalkan takalluf dan sabar keseluruhannya menerima bala dengan tenang, penyerahan keseluruhannya tama`ninah bila mendatang, Dan yakin keseluruhannya meninggalkan pengaduan ketika bertentang dengan apa yang diharapkan. Dan thiqah dengan Allah, ilmu engkau bahawasanya dengan engkau. Untuk kebaikan engkau,  engkau lebih tahu  daripada engkau dengan diri engkau.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba Sa`id berkata, bahawasanya Allah meminjam setengah akhlak para walinya kepada seterunya supaya  melembutkan  mereka itu dari keistimewaan wali-wali.
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, `Hati apabila diterima dia diberi kerihatan dengan lembut perasaan dan apabila bercanggah dikembalikan kepada kesusahan.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Siapa yang diislahkan Allah himmahnya, maka dia tidak diganggu oleh ujian kehuruharaan , dan tidak oleh kepayahan secara tiba-tiba, maka tinggilah dia dengan ketinggian himmahnya hingga ke tertinggi martabat dan bersih dari kekotoran menyeluruh.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Kesebokan engkau dengan diri engkau mengganggu engkau dari beribadat kepada Tuhan engkau, dan tidak ada hamba yang lebih lemah dari yang lupa dari kelebihan Tuhannya yang mengingatkannya untuk mentasbih dan membesarkanNya, yang dia hidup dariNya, lebih dekat dari memohon pahala ke atasnya, atau dia bermegah dengannya.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin`Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi di Makkah berkata, ``Tetap janji baik dan janji jahat daripada Allah Ta`ala, maka jika adalah janji baik sebelum janji jahat, maka janji jahat sebagai ancaman, dan jika adalah janji jahat sebelum janji baik, maka janji jahat termansukh. Maka apabila keduanya berhimpun bersamaan, maka pengalahan dan penetapan ialah janji baik, kerana janji baik ialah hak hamba, dan janji jahat hakNya `Azza wa Jalla, dan yang mulia tidak lalai dari haknya dan dia tidak cuai dan meninggalkannya ke atasnya.``
Katanya dan aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi berkata, ``Sesungguhnya Allah Ta`ala menjadikan nikmatnya sebab bagi ma`rifatNya, dan taufiqnya sebab bagi mentaatiNya dan pemeliharaanNya  sebab bagi menjauhi maksiatnya, dan rahmatNya sebab bagi taubat, dan taubat sebab bagi keampunanNya dan pendekatan kepadaNya.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Allah Ta`ala menjadikan anak Adam dalam kelalaian, dan ditunggangi  oleh syahwat dan lupa, maka semuanya adalah lalai, melainkan hamba yang dirahmat Allah dari melakukannya. Sedekat manusia kepada taufiq,ialah orang yang mengetahui kelemahan dan kehinaan diri, lemah dan kurang kebolehan, beserta tawadhu` kepada Allah, dan kurang mendakwa diri mempunyai kekuatan di dalam pekerjaannya, melainkan dia terhina dan mengakui kelemahannya.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata,  aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Peningkatan keilmuan secara bersederhana dan pergerakan kepada hakikat dengan mukashafah.``
Katanya, disoal Abu Sa`id tentang akhlak para fuqara`, maka katanya, ``Akhlak mereka di dalam kejadian kefaqiran, kegoncangan di dalam kewujudan, uns dalam kerusuhan dan gusar ketika  kegembiraan.``
Demikian  pendapat Abu Sa`id bin al-A`rabi yang agak unik dan istimewa.

Sekian.

March 12, 2017

MENILAI PENDAPAT ABU BAKAR BIN YAZDANIAR


BBB,  12 Jamadil Akhir 1438H. =  11 Mac 2017M (Sabtu):
Senarai seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah Ibn Yazdaniar. Beliau ialah Abu Bakar, al--Husain bin `Ali bin Yazdaniar dari keturunan Arminia. Dia mempunyai tariqat tasawuf yang khusus baginya. Dia adalah alim lagi wara`. Dia mengingkari setengan ungkapan dan lafaz* mereka (sufi). Kealimannya lebih ketara dari segi ilmu z*ahir,  ilmu  mu`amalat dan ma`arif.
Beliau mempunyai kedudukan di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami Abu Bakar, Muhammad bin `Abdullah bin `Abd al-`Aziz bin Shadzan al-Razi, berkata, mengkhabarkan kami Abu Bakar, al-Husain bin `Ali bin Yazdaniar al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yunus bin Musa al-Basri, bahawasanya dia berkata, bercakap kepada kami Abu `As*im al-Dhahhak bin Mukhallad al-Nabil berkata, bercakap kepada kami Ibn Juraij daripada Abi al-Zubair, daripada Jabir, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Orang mu`min makan di dalam bekas yang satu dan orang kafir makan di dalam tujuh bekas (am`aa`).``
Menurut catatan, ini adalah Hadith sahih, dikeluarkan oleh Ahmad pada Musnadnya dan juga oleh dua Shaykh -  Bukhari dan Muslim, al-Tirmidzi, Ibn Majah daripada Ibn `Umar. Dan dikeluarkan oleh Ahmad dan Muslim daripada Ibn Jabir dan dikeluarkan oleh Ahmad dan dua shaykh daripada Abi Hurairah dan duikeluarkan oleh Muslim dan Ibn Majah daripada Abi Musa. Demikian al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad. Juga di dalam Al-Jami` al-S*aghir dan Miftah al-Tartib).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr Yazdaniar berkata,
``Jagalah,  engkau tamak pada `uns` dengan Allah, sedangkan engkau suka `al-uns` dengan manusia, jagalah, engkau tamak pada cintakan Allah, sedangkan engkau tamak pada kelebihan-kelebihan, dan jagalah engkau tamak pada kedudukan di sisi Allah, sedangkan engkau suka pada kedudukan pada sisi manusia.``
Aku  mendengar Aba al-Faraj berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim al-Armawi berkata, Aku mendengar Ibn Yazdaniar  berkata,
``Engkau melihat aku, aku telah bercakap dengan apa yang telah aku bercakap dengannya, mengingkari tasawuf dan kesufian. Demi Allah aku tidak bercakap kepada mereka melainkan dengan rasa ghirah terhadap mereka, kalau-kalau , mereka mendedahkan rahsia al-haq, dan menyatakan kepada yang bukan ahli. Maka membawa kepadaku kepada ghirah berkenaan  ke atas mereka. Dan bercakap kepada mereka itu, kecuali mereka itu adalah tokoh-tokoh berkelayakan, maka dengan mahabbah dengan mereka membawa kepada taqarrub kepada Allah.``
Ternyata Abu Bakar Yazdaniar melihat bahawa tidak sewajar didedahkan tentang ilmu tasawuf, khususnya pada yang tidak mmpunyai asas. Keilmuan ini hanya layak  dibicarakan oleh mereka yang berkebolehan di dalam bidang tersebut, kalau tidak baginya, ia boleh membawa  lebih kepada kerosokan dari kebaikan.
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata,, aku mendengar Aba  Bakr Yazdaniar, beliau disoal,
``Apakah perbezaan antara murid dan al-`arif ?``
Maka katanya, ``Murid ialah penuntut. Dan `arif  ialah perkara yang dituntut (mat*lub). Yang dituntut ialah yang dikehendaki, manakala yang mencari gemar dengan yang dituntut.``
Katanya, aku mendengar Ibn Yazdaniar berkata,
``Al-Mahabbah asalnya  ialah muwafakat. Dan yang mengasihi dia yang memberi kesan redha kepada yang dikasihi di atas semua perkara.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna  Yazdaniar berkata,
``Roh adalah tempat tanaman bagi kebaikan, kerana dia adalah logam rahmat, manakala nafsu dan jasad ialah tempat tanaman kejahatan, kerana dia adalah logam syahwat. Dan roh memang dijadikan untuk kemahuan kebaikan dan nafsu dijadikan dengan kemahuan kejahatan. Hawa nafsu mentadbirkan jasad, dan akal mentadbirkan roh, dan ma`rifat hadir pada barang antara  akal dan hawa. Dan ma`rifat itu di dalam hati. Dan hawa dan akal berbalah dan menguasai. Hawa ialah tentera nafsu, akal tentera bagi hati. Dan taufiq daripada Allah membantu akal, kehinaan mewmbantu hawa. Dan kejayaan bagi siapa yang dikehendaki Allah kebahagian baginya dan kehinaan bagi  siapa yang dikehendaki Allah kecelakaan.
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata,
``Redha  makhluk dengan Allah adalah keredhaan mereka itu dan dia melakukannya dan redha mereka itu hendaklah muwafakat  dengan Redha Allah.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata,
``Ma`rifat ialah membetul ilmu dengan Allah dan yakin pandangan (naz*ar) dengan mata hati kepada apa yang pada Allah Ta`ala dengan apa yang dijanji dan pada perbendaharaanNya.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Ma`rifat ialah tahqiq hati dengan wahdaniyyat Allah Ta`ala.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Ma`rifat ialah lahirnya hakikat dan bertemu shawahid.``
Katanya, aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Barangsiapa beristighfar kepada Allah, sedang  dia terus melazim dan melakukan dosa, maka Allah mengharamkan ke atasnya taubat dan dari kembali kepadaNya.
Demikian pendapat Ibn Yazdaniar yang dapat diikuti dan dinilai.

Sekian.

March 11, 2017

SEMUA MAKHLUK ADALAH FAQIR: IBRAHIM BIN SHAIBAN AL-QIRMISAINY


BBB, 11 Jamadil-Akhir 1438H. – 10 Mac 2017M. (Juma`at):
Tokoh yang dibicarakan seterusnya oleh Al-Qushairy  ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Shaiban al-Qirmisaini, ialah shaykh di Al-Jabal pada zamannya, bersahabat dengan AbI `Abdillah al-Maghribi dan Ibrahim al-Khawas*s*.  Dia terkenal dengan maqamat dari segi wara` dan taqwa, dikatakan lemah yang lain seumpamanya. Dia berpegang teguh dengan Al- Kitab dan  Al-Sunnah dan melazimi  tarikat guru-guru dan imam-imam.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Mu`allim berkata, disoal  `Abdullah bin Muhammad bin Munazil tentang Ibrahim bin Shaiban, maka katanya,
``Ibrahim adalah Hujjat Allah Ta`ala  di atas para fuqara`, ahli adab dan mu`amalat.``
Ibrahim bin Shaiban mempunyai sanad Hadith yang beliau adalah merupakan salah seorang perawinya:
Bercakap kepada kami Shaykh Abu Zaid, Muhammad bin Ahmad, al-Faqih al-Maruzi berkata, bercakap kepada kami Ibrahim bin Shaiban al-Zahid di Qirmisainy berkata, bercakap kepada kami `Ali bin al-Hasan bin Abi al-`Umar, berkata, bercakap kepada kami Mansur bin Abi Muzah*im berkata, bercakap kepada kami Abu Shaibah  daripada al-Hakam daripada Miqsam dari Ibn `Abbas berkata, ``Melihat Rasulullah s.a.w. kepada Hanz*alah al-Rahib dan Hamzah, memandikan  keduanya oleh malaikat.``
(Mereka berdua dari kalangan shuhada`)
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Zaid al-Maruzi al-Faqih berkata, aku mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata, ``Siapa yang mau melambatkan atau membatalkan, maka dia melazimkan rukhs*ah.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ibrahim berkata,
 ``Sesungguhnya takut menenangkan hati, membakar tempat-tempat syahwat padanya, menolak daripadanya kegemaran dunia dan menjauhkannya daripadanya, sesungguhnya dialah yang menyekat kamu dan mmbinasakan kamu dari kecenderungan  kasih terhadap dunia.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata,``Ilmu tentang fana` dan baqa` berlegar di atas keikhlasan wahdaniyyah, dan sihat `ubudiyyah. Apa yang lain daripada ini maka ia adalah merupakan  kesalahan dan zindiq.``
Aku mendengar Aba al-Razi berkata, aku mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata, ``Tawakkal ialah rahsia antara Allah dan hamba, maka tidak wajar mengintai ke atas rahsia ini oleh seseorang.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata, ``Siapa yang berkehendak menjadi merdeka daripada beban dunia, maka hendaklah dia ikhlas pada ibadatnya kepada Tuhannya. Siapa tahqiq dalam ibadat terhadap Tuhannya, dia merdeka daripada selain daripadaNya.
Aku mendengar Aba `Ali, Muhammad bin Ibrahim al-Qasriyy berkata, aku mendengar Ishaq bin Ibrahim bin Shaiban berkata, berkata kepadaku ayahku, ``Wahai anakku, belajarlah ilmu adab-adab yang zahir, gunakan wara` bagi adab-adab yang batin. Hendaklah berawas daripada yang mengganggu engkau daripada Allah, siapa yang berpaling  daripadanya, maka dia diterima.``
Katanya, aku mendengar Ishaq berkata, `` Wahai bapaku, ``Apakah yang memelihara wara` ?
Dia berkata kepadaku,  ``Engkau makan barang yang halal, berkhidmat kepada fuqara`,
Aku bertanyanya,  Siapa itu fuqara` ? Maka katanya,
``Semua makhluk keseluruhannya adalah fuqara` !
Maka jangan engkau membezakan dalam berkhidmat kepada siapa yang memungkinkan engkau berkhidmat kepadanya. Kenalilah kelebihan dengan khidmat sedemikian.
Katanya, aku mendengar Ishaq berkata, aku mendengar bapaku berkata,
``Tawadhu` ialah membersihkan batin, terlahir berkatnya pada zahir. Dan takabbur ialah dari kekotoran batin dan lahir kegelapannya pada zahir.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata, ``Ahli al-mushahadah tidak ghaib daripadanya dalam keadaan berdiri dan tidak duduk, tidak tidur dan tidak jaga. Bagi mereka itu ahwal, yang mengandungi mereka  itu cahaya mendekati. Dia tenggelam padanya, dia tidak cenderung kepada makhluk dan apa yang terkandung di dalamnya. Ini adalah ahwal dahsyat. Kamu melihat mereka dalam dahsyat dan keheranan, ghaib dalam kehadiran,  ghaib dengan asrar mereka, namun hadir dengan badan mereka.``
Aku mendengar al-Shaykh Aba Zaid al-Faqih berkata, aku mendengar Ibrahim  Aba Shaiban berkata,
``Allah menggantikan kepada orang mu`minin pada dunia dengan apa yang bagi mereka diakhirat dengan dua perkara:. Ganti kepada mereka daripada syurga dengan duduk di masjid dan ganti dari  `melihat wajah Allah Ta`ala`  ialah dengan melihat sahabat-sahabat kalangan mu`minin.``
Katanya, aku mendengar Ibrahim berkata,
``Siapa yang meninggalkan khidmat kepada shaykh-shaykh dibala dengan dakwa-dakwa yang dusta dan terbongkar kekejiannya.
Katanya, dan aku mendengar Ibrahim berkata,
``Siapa yang bercakap tentang ikhlas, dan dia tidak melakukannya dengan dirinya, dibalakan Allah dengan terbongfkar rahsianya di kalangan sahabat-sahabat dan kalangan terdekat.
Demikian pendapat Ibrahim bin Shaiban yang antaranya begitu bernas dan menerik untuk direnungi dan dihayati.

Sekian.

March 10, 2017

ABU HUSAIN BIN BANNAN: UNGKAPAN PANCARAN TA`ABBUDIYYAH DAN SENI ROHANI


BBB, 10 Jamadil-Akhir 1438H. = 09 Mac 2017 (Khamis):
Telah diperkatakan bahawa kepatuhan dan ta`abbudiyyah ialah situasi dan hal pencapaian jiwa di dalam  mendekati Allah, khususnya melalui ibadat contoh solat.  Kepatuhan  dicapai oleh yang mengalaminya berbagai-bagai peringkat seperti melalui tahap takut,  khusyuk, tama`ninah,  taqwa dan berbagai lagi. Semuanya melambangkan kualiti perjalanan  jiwa melalui ibadat di dalam mendekati Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Di samping elemen-elemen pengibadatan di atas,  timbul  apa yang pernah kita katakan ialah pengalaman halus rohani, yang kita katakan sebagai  `seni rohani`. Ianya juga merupakan perjalanan dan peningkatan dari aspek  seni rohani  atau bauran dari semua. Misalnya dari sifat kagum, terharu, terpesona, merasa indah, mesra dan cinta adalah merupakan elemen-elemen seni rohani yang dalam meningkatkan perjalanan rohani adalah merupakan pengalaman kudus, halus, mesra dan cinta Ilahi. Antaranya diistilahkan seperti  raja`, qurb, shauq, mahabbah, fana dan sebagainya.
Sebelum menulis tentang Abu al-Husain al-Bannan, dengan membaca sepeintas lalu , dapat dikesan getaran rohani yang dialami oleh Abu al-Husain al-Bannan yang menandakan pengalaman seni rohani menjiwai dirinya dan berbaur dengan elemen ta`abbudiyyah.
Abu al-Husain bin Bannan ialah dari kalangan Shaykh sufi di Mesir yang tinggi kedudukan, bersahabat dengan Abi Sa`id al-Kharraz. Dia meninggal di Al-Tayh, iaitu tempat antara Ubullah dan Misr, Laut Qalzum dan Gunung  Al-Sarrat daripada bumi Sham. Situasi alam dan geografi dan latar keberadaannya dapat ditanggapi dari ungkapan dan luahan katanya yang hangat dengan elemen seni.
Berkata Ibn Bannan, ``Tiap-tiap sufi mudah rezeki, ibarat kalbunya laut Qalzum madu yang dekat dengan dirinya. Hatinya tenang kepada Allah. Dia meyakini apa yang di `Tangan Allah` bagi apa yang ada pada tangannya.``
Mesej yang  dibawa jelas berjiwa tasawuf yang kental tentang keyakinan terhadap pemberian Allah, berpegang pada takdir dan ketentauan Allah. Terlihat latar bandingan  tentang alam di mana dia berada di tepi pantai laut Qalzum  yang dapat ditanggapi keindahannya dan menggetarkan jiwa sufi dan seni rohaninya.
 Jelas  Abu al-Husain al-Bannan seorang yang berpegang teguh pada ketinggian nilai akhlak, sebagaimana katanya.
Dan dia berkata, ``Jauhi kehinaan akhlak sebagaimana engkau menjauhi perkara yang haram.``
Namun dari satu segi mempamerkan dirinya yang berjiwa seni.
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Adalah Abu al-Husain berwajdan dan Abu Sa`id bertepuk tangan.``
Dapat dibayangkan di dalam  situasi meningkat mesra jiwa, tergerak dan keluar ungkapan-ungkapan seni dan mesra sebagaimana,
Dihikayatkan oleh Abu `Uthman juga berkata, adalah  Abu al-Husain berkata, ``Manusia adalah dahaga di daratan, dan aku dahaga, sedangkan aku dahaga di tebing sungaii Nil !``.
Ungkapan ini tidak lain dari ungkapan seni yang indah yang membawa unsur kontradik yang mengindahkan ungkapan dan memesrakan pendengaran yang menyentuh minda dan kerohanian.
Katanya, berkata Abu  al-Husain ``Kemerdekaan bahawa  adalah `al-sirri` juga merdeka,  kecuali dalam memperhambakan diri kepada Tuannya, sah baginya yang demikian `ubudiyyah bagi yang Haqq dan merdeka daripada makhluk.``
Jiwa Abu al-Husain bin Bannan adalah berbaur dengan elemen seni rohani dan ta`abbud diri kepada Ilahi sebagaimana ungkapan-ungkapan di bawah.
Katanya, dan berkata Abu al-Husain, ``Dzikir kepada Allah dengan lisan mewarithkan (meningkatkan) darajat dan mendzikirnya dengan hati mewarithkan (menjadikan/meningkatkan) kedekatan.``
Katanya, dan berkata Abu al-Husain, ``Al-wihdah  adalah teman bagi para siddiqin.``
Dari elemen ta`abbudiyyah beriringan pula elemen seni rohani.
Katanya,  dan aku mendengar Aba al-Husain berkata,
``Kesan mahabbah apabila timbul nyata, dikesan anginnya apabila bergoyang, mematikan kaum, menghidupkan kaum, memfanakan kerahsiaan, mengekalkan kerahsiaan, kesan yang dapat dirasa kepelbagaian, tersembunyi rahsia tertutup, membuka  ahwal yang tertutup dan dia bernasyid sebagai kesan daripadanya:
Apabila angin dalam perjalanan mendesah  berhembusan
Menggerakkan yang kaku dan menggoyang penyeberang.
Jelas dari ungkapan di atas dapat dirasa getaran seni rohani terkeluar dan terlontar dari jiwa yang kental dengan pengalaman seni  dan jelas ianya diungkapkan di dalam bentuk puisi.
Katanya, dan aku mendengar Aba al-Husain berkata,
``Tidak dibesarkan qadar para auliya` kecuali orang yang membesarkan qadar di sisi Allah Ta`ala.``
Apa yang dapat dikatakan, bahawa Abu al-Husain adalah seorang sufi yang kukuh dengan akidah dan kuat dengan ibadat dan saeorang yang berpegang teguh dengan nilai akhlak keislaman. Lebih daripada itu Abu al-Husain bin Bannan adalah seorang seniman sufi yang kental jiwa dan rohani dengan elemen-elemen seni rohani. Kedua-dua elemen – ta`abbudiyyah dan seni rohaninya terpancar dari  jiwanya silih berganti bahkan berbaur antara keduanya yang mencerminkan identi jiwanya yang taabbudiyyah dan berseni rohaniyyah.

Sekian.