July 31, 2018

SEMINAR DAN PENGAJIAN DI MASJID AL-UMM: VISI DAN MISI


SEMINAR DAN PENGAJIAN DI MASJID AL-UMM: VISI DAN MISI
BBB, 17 Zulkaedah 1439H. = 30 Julai 2018M. (Isnin):
Sebelum pembentangan kertaskerja Seminar Bulanan Masjid Al-Umm, Penulis sebagai Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dijemput oleh Pengerusi  saudara Ah. Feisal menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis Seminar yang berlangsung pada pagi Sabtu 28 Julai 2018 itu.
Penulis mengucap terima kasih kepada pembentang Prof. Dr. Mohd. Yusof Hussein yang sudi membentangkan kertaskerja berjudul, ``Komunikasi Masjid: Satu Penilaian`, iaitu satu topik yang bukan saja releven, tetapi penting difahami oleh kalangan muslimin, khususnya di kalangann jama`ah masjid.  Pembentang  mengambil pendekatan perbandingan antara masjid-masjid secara terpilih di empat buah negara, iaitu Malaysia (dua masjid), Indonesia, Singapura dan Brunei Dar al-Salam. Pembentang –Prof. Dr. Mohd. Yusof adalah Mantan Profesor di Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Sebelumnya beliau pernah berkhidmat selaku profesr di Jabatan Komunikasi di UPM, Serdang.
 Pihak masjid secara kebetulan dan bernasib baik, kerana mendapat Pengulas bagi kertaskerja, iaitu Prof. Dr. Mahyuddin Yahaya, Profesor di Universiti Islam Sultan `Ali (UNISSA), Brunei Dar al-Salam. Beliau pakar di dalam bidang Sejarah Islam, khususnya tentang Brunei. Sebelumnya beliau adalah Bekas Tenaga Pengajar di Jabatan Sejarah, UKM. Beliau adalah seorang yang berkelayakan bercakiap tentang masjid dan sejarah Islam.
Penulis menyebut bahawa Seminar Bulanan Masjid Al-Umm  bermula sejak Januari 2018. Seminar telah berlangsung selama empat kali dari Januari 2018 hingga April 2018. Seminar yang berlangsung pada setiap Sabtu akhir bulan itu telah ditangguh pada bulan Mei dan Jun, kerana menyambut Ramadhan dari raya Eidul Fitri dan kini seminar kembali bagi kali kelima.
Penulis memaklumkan kepada hadirin, ``Seminar yang telah diadakan, termasuk hari ini adalah merupakan salah satu kegiatan ilmiah yang diadakan di Masjid Al-Umm, iaitu sebagai tambahan bagi kegiatan keilmuan yang telah sedia ada seperti pengajian-pengajian kitab-kitab yang telah berjalan sejak Masjid Al-Umm digunakan mulai 16 Disember 2017 lagi. Ianya mengambil pendekatan pengajian sebagaimana di universiti dengan pembentangan kertaskerja dan pengulasan. Pembentang khususnya, juga pengulas  dikehendaki membuat penyelidikan bagi membentang kertas-kertaskerja yang dibentang. Adalah diharapkan para hadirin mendapat maklumat baru dari pembentangan yang dilakukan dan dapat berinteraksi dengan pembentang dan pengulas di dalam perbincangan dan soaljawab.
Penulis juga memaklumkan bahawa, siri seminar yang dijalankan adalah secara bersiri dan mengambil tema tertentu bagi siri-siri berkenaan. Buat permulaan tema bagi siri seminar adalah mengambil tema `Masjid`.  Pembentang-pembentang diminta dan dicadangkan dengan topik-topik yang releven dengan masjid. Apabila sejumlah kertaskerja dihasilkan berhubung dengan tema masjid, maka ianya akan dihimpun dan diterbitkan oleh pihak masjid di dalam bentuk buku atau monograph. Seminar seterusnya akan memilih tema-tema yang lain yang bersesuaian seperti pendidikan, ekonomi, sains dengan berbagai cabang, kekeluargaan, kesihatan, alam sekitar dari perspektif Islam dan berbagai tema lagi yang releven. Penulis-penulis akan dijemput dari kalangan pakar, terutama dari kalangan tenaga pengajar di universiti-universiti yang tokoh-tokoh berkenaan memang ramai di Bangi dan sekitanya atau dari tempat lain. Bagi himpunan keilmuan yang lebih besar konvensiom keilmuan turut diadakan. Dalam kata lain Masjid Al-Umm, bukan sahaja menganjur kelainan dari segi pengajian, tetapi menghasilkan buku-buku di dalam berbagai bidang menurut perspektif Islam.
Dari segi visi dan misi, Masjid Al-Umm yang dibangunkan antaranya menjadi pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu, bukan saja mengadakan seminar, tetapi menjadi pusat pengajian bertaraf tinggi yang menganjurkan berbagai-bagai kegiatan keilmun seperti pengajian berpekej, pengajian hujung minggu, bulanan dan tahunan. Kerjasama akan dilakukan dengan pengajian-pengajian tinggi yang ada di Bangi dan sekitarnya.
Kesedaran bagi mengadakan berbagai kegiatan keilmuan ini dilakukan sejak awal, misalnya dengan mengadakan dewan konvension, dewan seminar, bilik-nilik kuliah, perpustakaan, bilik IT dan bilik-bilik mesyuarat. Lebih dari itu, dalam perbincangan bagi plan pembinaan Masjid Al-Umm telah dibincang dan disediakan plan pembangunan jangka panjang bagi perkembangan keilmuan di Masjid Al-Umm, iaitu mengusahakan bagi mendapat tapak bagi kompleks pendidikan berhampiran masjid, seperti tanah kawasan Medan Selera (Usahawan) bagi rancangan mendirikan bangunan berpuluh tingkat sebagai  bangunan yang mengendalikan berbagai-bagai pengajian bagi Masjid Al-Umm.
Penulis memberitahu para peserta seminar, bahawa usaha ini akan dilakukan secara bertahap dan visi dan misi diharap akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin yang akan meneruskan pembangunan dan pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 30, 2018

PERTAMA KALI MASJID AL-UMM MERAIKAN JAMA`AH BAKAL HAJI


PERTAMA KALI MASJID AL-UMM MERAIKAN JAMA`AH BAKAL HAJI
BBB, 16 Zulkaedah 1439H. =  29 Julai 2018M. (Ahad):
Hari ini pertama kali Masjid Al-Umm meraikan jama`ah bakal Haji bagi tahun 1439H./2018. Beberapa hari  lepas ADUN Sungai Ramal YB Tuan Haji Mazwan bin Johar menghubungi Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, memohon keizinan bagi menggunakan Masjid Al-Umm pada jam 3.00 petang hari ini bagi merai dan menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada para jama`ah bakal Haj kawasan Sungai Ramal. Penulis menyatakan, ``Tiada masalah, kerana pada masa yang sama tiada pertembungan dengan program yang lain.`` Perkara ini Penulis maklumkan kepada jawatankuasa yang antaranya telah maklum perkara ini. Penulis meminta pihak jawatankuasa berkenaan menyediakan tempat. Urusan yang lain disediakan pihak Pejabat ADUN.
Selaku `Tuan Rumah` Penulis hadir ke masjid jam 3.00 petang yang pada masa itu sudah ramai bakal Haji telah tiba. Tidak berapa lama selepas kehadiran Penulis YB Haji Mazwan tiba dan bersalaman dengan para jama`ah bakal Haji. Penulis dan beberapa yang lain turut sama menyambut kehadiran ADUN Sungai Ramal itu.
Majlis secara ringkas itu bermula denganPenulis dijemput untuk menyampaiakan ucapan alu-aluan. Pada mulanya Penuilis menolak, tetapi bercakap juga sedikit.
Selepas saudara Ah. Feisal yang menjadi  moderator menjemput YB Tuan Haji Mazwan, beliau berterima kasih kepada pihak masjid yang sudi menyediakan tempat bagi majlis. Menurut  YB Tuan Haji Mazwan,
``Masjid Al-Umm dipilih, kerana tempat ini di tengah kawasan, mudah didatangi, selesa dan mempunyai kemudahan.`` Menurut YB Tuan Haji Mazwan lagi, ``Suasana di dalam Masjid Al-Umm bagai berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah!``
Menurut YB Tuan Haji Mazwan, beliau bersyukur kerana di dalam  masa yang singkat dapat menguruskan Majlis Keraian dan Penyampaian Bantuan Kepada Bakal Haji Pada Hari ini.``
Kesukaran pertama, ialah bagi mendapat senarai Bakal Haji Selangor, khusus bagi kawasan Sungai Ramal yang pada mulanya  dianggap sebagai rahsia. Tetapi melalui Kerajaan Negeri dapat diselesaikan. Kedua ialah bagi mendapat peruntukan hari ini. Tapi menurutnya sehari sebelum hari ini peruntukan disampaikan dalam bentuk tunai yang menyebabkanm kami agak bimbang menyimpannya sebelum penyampaian ini.
Menurut ADUN Sungai Ramal itu, ``Bilangan jama`ah bakal Haji dari Sungai Ramal pada tahun ini ialah seramai 400 orang, tetapi ada antara mereka telah bertolak terlebih dahulu. Antara mereka diwakili oleh keluarga, atau akan mengambilnya selepas pulang kelak. Menurut YB Tuan  Haji Mazwan, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bagi setiap bakal Haji pada tahun ini ialah sebanyak RM500 seorang. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua bakal Haji Dari Sungai Ramal yang terpilih dan menjadi Duta dan saebagai Jama`ah dari Sungai Ramal. Beliau berharap dengan bantuan dari kerajaan Negeri Selangor itu, walaupun tidak begitu banyak, tetapi diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh  bakal Haji. Beliau berharap bakal Haji telah membuat persediaan yang cukup, terutama dari segi keilmuan yang diikuti melalui kursus-kursus sebelum ini dan mengharapkan, semua jam`ah bakal Haji Dari Sungai Ramal dapat menunaikan Haji dengan sempurna dan mengharapkan mereka mendapat `Haji Mabrur` insya Allah. Beliau juga berpesan dan menasihati mereka menjaga kesihatan dan tidak terlalu lasak dan ghairah pada peringkat permulaan hingga menghilangkan tenaga yang sepatutnya dapat ditumpukan pada masa menunaikan keperluan Haji yang utama.``
Sebelum daripada itu Penulis mengucapkan selamat datang kepada YB Tuan Haji Mazwan dan jama`ah bakal Haji ke Masjid Al-Umm. Kata Penulis, ``Inilah tempat yang dapat kami sediakan dengan tidak sepertinya``. Kata Penulis, ``Sungguhpun Majlis ini kecil, tetapi besar ertinya kepada Masjid Al-Umm, kerana ini adalah merupakan kali pertama Masjid Al-Umm dapat meraikan para jama`ah bakal Haji. Diharap keberkatan tuan-tuan dan puan-puan dapat menunaikan fardhu haji memberi rahmat sama kepada Masjid Al-Umm dan para jama`ah di sini, dan berdo`a semoga sebahagian besar para jama`ah di sini yang sedang menunggu giliran dikabulkan Tuhan bagi mendapat giliran menunaikan Haji pada tahun-tahun hadapan.  Penulis memaklumkan, bahawa Masjid Al-Umm telah digunakan sejak setengah tahun yang lepas, setakat ini kata Penulis, segala perancangan adalah berjalan dengan baik. Kata Penulis, ``Cuma Masjid ini dalam usaha menyiapkannya masih terhutang RM2 juta. Jika ada sebarang penderma yang mau menderma kami alu-alukan. Semoga Allah menggandakan pahala kepada yang berkenaan``.
Selepas itu Majlis Keraian dan Penyampaian bantuan disampaikan oleh YB Tuan Haji Mazwan kepada jama`ah menurut senarai yang dibacakan oleh Pengerusi. YB Tuan Haji Mazwan dengan diiringi oleh beberapa pengiring, termasuk Penulis, menyampaikan kepada setiap jama`ah bakal Haji peruntukan RM500 seorang. Mereka juga ke kaunter penandatanganan menandakan penerimaan. Sejumlah RM500 x 400 = RM200,000 disampaikan kepada para jama`ah bakal Haji.
Selepas Majlis penyampaian, para hadirin dijemput menikmati minum petang di Ruang Legar Masjid Al-Umm dari peruntukan ADUN. Penjualan buku ``40 Tahun Bandar Baru Bangi``  juga dilakukan sebagai derma bagi Masjid Al-Umm.
YB Tuan Haji Mazwan dan sebahagian dari jama`ah bakal Haji turut sama menunaikan solat `Asar berjamaah di Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 29, 2018

DUA PERISTIWA KECIL - PENTING BAGI MASJID AL-UMM


DUA PERISTIWA KECIL – PENTING BAGI MASJID AL-UMM
BBB, 15 Zulkaedah 1439H. = 28 Julai 2018M. (Sabtu):
Dua peristiwa kecil, tetapi penting bagi Masjid Al-Umm berlaku pada hari ini. Dua peristiwa berkenaan ialah:


1)      Penerusan Seminar Bulanan Masjid Al-Umm
2)      Penggunaan Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm – Pertama kali
Penerusan Seminar Bulanan Masjid Al-Umm, bermaksud seminar yang bermula pada bulan Januari 2018 yang diadakan pada setiap Sabtu akhir bagi setiap bulan itu, bersambung kembali setelah  berlangsung – dari Januari hingga April 2018, ditangguhkan pada bulan Mei-Jun 2018 kerana menyambut Ramadhan dan sehingga berakhirnya sambutan Raya Eidul Fitri, maka seminar tersebut disambung untuk kali kelima pada hari ini Sabtu 28 Julai 2018. Seminar ini bersifat bersiri dan siri pertama mengambil tema `Masjid.


Seminar-seminar yang telah berlangsung:
1)      Bagi bulan Januari 2018 dibentang oleh Prof. Dato` Dr. Abdul Halim Tamuri Penaung Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang juga Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Seri Putera Bangi berjudul:
``Masjid Memartabatkan Masyarakat; Konsep dan Perlaksanaan (Rujukan Masjid Al-Umm).`
2)      Bagi Bulan Februari 2018 dibentangkan oleh Dr. Ideris Endut Timbalan Nazir Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam dengan kertaskerja berjudul, `Enakmen JAIS dan Kaitan Dengan Pembinaan Masjid Sungai Ramal Dalam.`
3)      Bagi Bulan Mac 2018 kertaskerja dibentabngkan  oleh Prof Emeritus Dato` Dr. Mohd. Yusof Othman Pengarah Institut Hadhari, Universiti Kebngsaan Malaysia dengan kertaskerja berjudul, ``Masjid Menjanakan Peradaban Ummah.`
4)      Bagi Bulan April 2018 dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mastur Surat dari Jabatan Senibina UKM. dengan kertaskerja berjudul,  `Estetika Masjid`.


5)      Bagi Bulan Julai 2018 dibentangkan oleh Prof. Dr. Yusof Hussain Mantan Pensyarah Jabatan Komunikasi UIAM dengan kertaskerja berjuduL, ``Kominikasi Masjid: Satu Penilaian` – Kajian terhadap masjidi empat negara, iaitu, Malaysia (2 masjid), Indonesia, Singapura dan Brunei.
Setiap pembentangan ada pengulas-pengulas yang pakar dalam bidang berkenaan.
Sesungguhnya Masjid Al-Umm disamping mengadakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara biasa sebagaimana diadakan di masjid-masjid lain, Masjid Al-Umm juga mengadakan penyampaian keilmuan mengikut pengajian di universiti-universiti, iaitu secara seminar.
Kini masjid masih lagi mengadakan seminar secara bersiri bertemakan masjid dan akan mengadakan seminar bersiri yang lain kelak contoh menurut tema pendidikan, ekonomi, sains, kekeluargaan dan sebagainya. Kertas-kertas kerja insya Allah akan diterbitkan dalam bentuk buku.
Mula Menggunakan Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm
Setelah lebih dari setengah tahun Masjid Al-Umm digunakan (mula digunakan pada 16.12.2017) bagi bersolat berjama`ah, maka pada hari ini (28 Julai 2018) adalah pertama kali digunakan (disewakan) bagi Majlis Perkahwinan anak Tuan Ir. HajiRidhuan bin Saidin  dan isteri, iaitu Sakinah dan pasangannya En. Siraaj. Dewan ini telah ditempah sejak tiga bulan yang lalu. Persediaan tempat dilakukan sejak seminggu lepas  antara keluarga Tuan Ir. Haji Ridhuan dan pihak Masjid  Al-Umm. Fasiliti yang disediakan di dewan ini, selain dari dewan yang memuatkan 40 meja bulat x `10 orang secara serentak  termasuk bilik akad nikah dan persalinan adalah disifatkan bertaraf hotel lima bintang.


Untuk memastikan penggunaan dewan berjalan lancar, pihak jawatankuasa termasuk Penulis selaku Pengerusi meninjau persediaan dewan beberapa kali, termasuk pada har ini.  Selepas selesai seminar bulanan, kami ahli jawatankuasa atas jemputan sama menghadiri Majlis Jamuan pada tengahari ini. Akad dilakukan jam 10.00 pagi dibilik akad oleh Jurunikah  Tuan Syed Othman. Kedua mempelai tiba ke majlis jamuan jam 12.45 tengahari dan do`a selamat dibaca oleh Imam Rahmat, Imam bagi Masjid Al-Umm. Kehadiran kami juga untuk menyaksi dan mempastikan bahawa tempat yang disediakan tidak bermasalah dan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.
Dengan kejayaan perjalanan majlis dan kesempurnaan tempat, kami menawarkan kepada orang ramai  boleh menggunakan Dewan Serbaguna ini, Dewan Seminar dan bilik-bilik kuliah untuk ditempah dengan kadar bayaran yang berpatutan bagi menampung kewangan Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 28, 2018

MIMBAR - PERSETUJUAN SELEPAS BEBERAPA PERUBAHAN

MIMBAR PERSETUJUAN SELEPAS BEBERAPA PERUBAHAN
BBB, 14 Zulkaedah 1439H. = 27 Julai 2018M. (Juma`at):
Mimbar ialah tempat khatib menyampaikan khutbah, khususnya khutbah bagi solat Juma`at, Hariraya Eidul Fitri, Eidul Adhha dan khutbah-khutbah yang lain. Khatib berkhutbah di depan jama`ah dan perlu berada pada tempat yang lebih tinggi agar dapat dilihat dan didengar oleh jama`ah terhadap khutbah khatib dengan lebih jelas. Penggunaan mimbar ini dilakukan sejak zaman Rasulullah s.a.w. di Masjid Madinah dengan menggunakan batang khurma. Mimbar kemudian dibuat dengan cara yang lebih canggih dan menjadi salah satu elemen estetika yang mempunyai ragamhias yang bersesuaian dengan  sesebuah masjid.
Bagi Masjid Al-Umm, mewujudkan mimbar adalah pada peringkat akhir setelah masjid hampir siap dari segi pembinaan.  Tetapi membincangkan tentang bentuk mimbar yang diperlukan oleh masjid  begitu lama dibincangkan bersama dengan plan masjid yang lain. Contoh-contoh lakaran mimbar sudah dilakarkan sejak awal 2015 lagi. Penyediaan plan bagi mimbar masjid tidak disediakan oleh Arkitek Urusbina yang menyediakan plan bagi bangunan fizikal masjid. Sebaliknya Majleza yang asalnya dipilih bagi membina kubah sahaja, tetapi kemudian terlibat dengan berbagai-bagai aspek seperti menara, kipas-kipas besar, pembinaan lengkungan bersama pintu gerbang bagi melindungi dari tempias, khat bagi ayat-ayat Al-Qur`an di dinding masjid, pembinaan skylight (Pelindung tempiasa bagi dua ruang airwell bersebelahan kawasan ruang legar, kelengkapan bilik air dan berbagai-bagai kelengkapan , termasuklah mimbar. Pendek kata Majleza yang asalnya diambil sebagai contract bagi membina kubah adalah sub kontrektor terbesar di bawah Kontrektor Tekad Nusantara.
Bagi penyediaan plan bagi mimbar pihak Majleza menyediakan plannya sejak awal 2015 dengan bentuk awalnya sebagai tergantung, tetapi tidak disetujui kerana terkeatas dan tinggi, kerana para jama`ah terpaksa menengadah ke atas. Plan kemudian diubah kepada  yang bertiang kontot yang dianggap tidak menarik. Masalah mimbar yang berada pada sebelah kanan mihrab itu sebagai sebahagian terlindung dari ma`mum kerana terlindung oleh tiang seri ditimbulkan. Mimbar hendaklah jelas kelihatan oleh ma`mun. Akhirnya mimbar berada dekat dengan mihrab dan  tidak sangat berdepan dengan  tiang seri, hingga dapat kelihatan dengan jelas. Tinggi ruang mimbar adalah 20 kaki tinggi dari kakinya di atas lantai dan dibawahnya ruang kosong yang dapat dimasukkan meja pengajaran guru bila tak digunakan. Meja ini kelihatan sebagai sebahagian dari mimbar apabila dimasukkan ke bahagian bawah mimbar. Ragamhias meja adalah bersamaan pola dengan ragamhias mimbar. Kesemua mimbar, meja dan segala binaan dengannya adalah daripada kayu  yang mudah diukir seperti kayu merbau.
Dari segi bentuknya pada bahagian atas adalah kayu berbentuk lengkung tunduk – satu daun. Di tengah daun ini terukir kallmah Allah di dalam tulisan Al-Qur`an - `Arab. Pada keliling daun  lengkung berkenaan pada sebelah tepi dari kanan ke kiri tertulis potongan ayat Kursi yang menyebut tentang keluasan Kursi Allah. Dia Amat Tinggi dan Amat Mengetahui.  Di bawah bagi daun ini  di atas tempat menyandar khatib ketika duduk terakam pada bahagian atas ialah kalimah Allah pada sebelah kanan dan kalimah Muhammad pada sebelah kiri. Keliling bagi bulatan bagi kalimah Allah dan Muhammad ini ialah ukiran yang bersifat fauna dan flora. Manakala pada bahagian tengah adalah kosong bagi ruang  khatib duduk. Kanan kiri ialah  tiang yang menjunjung kepingan yang tertulis kalimah Allah dan Muhammad. Pada bahagian depan ialah tempat bagi meletak bahan bacaan dan bersamanya microphone dan pada bahagian belakang adalah dinding bagi imam menyandar yang agak sedikit kasar dari segi tukangannya..
Di bawah restrum ialah papan panel yang tertulis kalimah Al-Umm pada bahagian tengah berlatarbelakangkan ragamhias yang berunsur tumbuhan dan bunga-bungaan. Pada bahagian kanan dan kiri ialah papan sedikit rendah dari penal Al-Umm berbentuk empat segi memannjang ke bawah juga bersifat sulur bayung yang kanannya bersamaan dengan kiri. Bahagian tengah adalah berukir bersifat geometrik dan bahagian ini dapat dikeluarkan , kerana ia adalah meja yang boleh digunakan oleh guru sebagai tempat pengajaran. Bila tidak digunakan dimasukkan kembali sepadan bagi ruang di bawah mimber berkenaan. Ia kelihatan kemas dan dapat menyelamatkan ruang.
Bagi menggunakan mimbar ini imam terpaksa masuk ke dalam dan naik dari bahagian belakang. Ianya agak jauh dan sedikit merumitkan, terutama bagi khatib jemputan yang mau bergerak dari bilik persediaan. Lebih baik ada ruang naik terus dari luar ke atas mimbar tanpa perlu berpusing ke belakang  dengan jarak yang lebih jauh.
Walau bagaimana bentuk mimbar dapat dikatakan standard dan bersesuaian dengan  taraf masjid. Nampak keseimbangan kedudukan dan Takmilah  dengan semua aspek yang lain pada bahagian depan – terutama dengan mihrab.
Sekian

July 27, 2018

RAGAMHIAS DALAMAN RUANG UTAMA - DINDING KELILING


RAGAMHIAS DALAMAN RUANG UTAMA – DINDING KELILING
BBB,  13 Zulkaedah 1439H. = 26 Julai 2018M. (Khamis):
Fokus pembicaraan, ialah bahagian dinding bagi ruang utama solat (Ruang Dalam). Ruang utama solat ini dikeliling secara empat segi oleh empat bahagian dinding kaca (kecuali hadapan) dengan rangka-rangka pintu kaca yang berpemidangkan rangka alluminium.  Bahagian terbahagi kepada empat bahagian;
1)      Bahagian hadapan – paling utama
2)      Bahagian kanan
3)      Bahagian kiri, hampir sama dengan bahagian kanan.
4)      Bahagian belakang, tidak sama dengan bahagian hadapan. Di atas bagi halaman belakang ini ialah ruang solat muslimat, ditingkat satu.

1)      Bahagian hadapan dianggap terpenting

Pada bahagian ini ada 6 pecahan ruang.  Pada bahagian tengahnya ialah mihrab sebagaimana telah dibicarakan.
Pada bahagian kanan dan kiri, setiap bahagian ada tiga pecahan bahagian. Pada sebelah kanan berdekatan dengan mihrab ialah ruang mimbar bagi khatib (akan dibicarakan secara khusus). Dua bahagia sebelah kanan ialah dua lengkungan tunduk yang memanjang dari atas ke lantai,. Satu lengkungan kosong, manakala lengkungan kanan ber dinding kaca bagi dimasuki cahaya. Pada bahagian atas bagi tiga lengkungan terakam ayat-ayat Al-Qur`an  yang berhubung dengan masjid  dan solat yang tulisannya amat kecil dan tenggelam kerana dicat dengan cat yang sama dengan cat dinding dan tidak timbul.  Kritik dibuat sejak awal, tetapi pihak Majleza tidak ambil perhatian. Kerja dianggap tidak memuaskan. Pada bahagian pemisah bagi ruang lengkungan tunduk dihias dengan bentuk geometrik bentuk tiga segix2 dari atas ke bawah, Manakala pada ruang kosong bahagian atas lengkung dihias dengan garis-garis  silang membentuk ruang-ruang tiga segi x 2 yang selari.
Manakala tiga ruang sebelah kiri dari mihrab, pada ruang terdekat dengan mihrab ialah papan skrin yang dipaparkan dengan segala kegiatan masjid. Gambar pada skrin bertukar-tukar. Adapun dua lagi sama dengan ruang kanan, satu adalah bentuk lengkung tunduk hingga ke bawah, manakala yang terkiri adalah berdinding kaca bagi dimasuki cahaya. Paling atas ialah ayat-ayat Al-Qur`an dalam tulisan kecil yang sukar dibaca dan tenggelam dalam catan yang sama warnamya. Pada ruang kosong atas lengkung sebagaimana dikanan dihias dengan garis-garis  silang  yang membentuk ruang-ruang  bentuk sebagaimana di sebelah kanan. Demikian juga sempadan  bagi ruang sebagaimana dikanan dihias dengan bentuk gasing bersambung ke atas berlatarbelakangkan flora dan fauna.

2. Dinding Bahagian Kanan

Dipecahkan dengan empat pemidang bagi pintu-pintu dengan bahagian antara pintu sebagai tiang memisahkan antara satu sama lain. Bahagian ini tidak begitu significant, kecuali ia adalah pintu-pintu (tiga) untuk keluar masuk dari serambi kanan. Di atas bagi pintu-pintu ini tiga lengkung besar secara satu daun lengkung bagi setiap satu  dan adalah kosong bagi ruang daun berkenaan, manakala pada bahagian atas bagi lengkung dihias dengan garis silang yang membentuk kotak-kotak tiga segi x 2. Paling atas ialah ayat-ayat Al-Qur`an yang tidak jelas. Antara bahagian dinding bagi lengkung dengan pemidang pintu ialah belira bergaris lintang yang darinya keluar hembusan air-cond. Garis seumpama ini bersambung dari depan dan sekeliling ruang.

3. Dinding Sebelah Kiri

Adalah bersamaan dengan dinding dan bahagian-bahagian sebelah kanan. Ia mencermin sifat berimbang yang menjadi ciri dan identiti bagi Masjid Al-Umm.

4. Bahagian belakang

Adalah berada di bawah kawasan solat muslimat yang terbina lantainya dari dua tiang seri pada bahagian belakang. Dipecah kepada 4 ruang bercermin. Padanya pintu keluar masuk jamaah. Pintu utamanya menjadi pintu utama digunakan. Tiada ragamhias utama bagi bahagian hadapan ini, kecuali cermin-cermin bagi dinding bagi ruang utama dan dua pintu. Satu daripada tidak dibuka untuk kegunaan biasa. Hiasan ayat Al-Qur`an diletak pada bahagian atas bagi dinding muslimat.
Sesungguhnya ruang lingkungan dalam empat segi ini adalah ruang utama. Di sinilah berbagai-bagai kegiatan ibadat dan pengajaran diadakan. Ruang ini dilengkapkan dengan hawa dingin bagi keselesaan jama`ah. Raung lain digunakan bagi jama`ah apabila ruang tengah telah penuh. Atau digunakan ruang luar – serambi kerana seseorang itu tidak selesa dengan air-cond. atau ada masalah kesihatan.
Ruang utama yang berdinding kaca adalah ruang yang luas, lawas dan lapang.   Iadalah ruang yang  memberi keselesaan bagi ibadat, pengajian dan apa-apa jua kegiatan yang bersesuaian.

Sekian.

July 26, 2018

KUBAH DAN TIANG MENARIK LUAR DAN DALAM


KUBAH MENARIK LUAR DAN DALAM
BBB, 12 Zulkaedah 1439H. = 25 Julai 2-18M. (Rabu):
Kita telah membincangkan kubah dari segi luar bila membicarakan tentang aspek-aspek terkeatas dari segi binaan masjid. Kubah adalah antara yang paling menarik, bukan saja dari pandangan luar, tetapi adalah dari segi dalaman. Kubah adalah mahkota bagi bangunan masjid Al-Umm dari segi fizikal dan juga lambang pemuncakan dari segi rohani.
Dilihat dari segi dalaman ia adalah senihias yang paling menarik. Ini  juga bukan kerana ianya berada pada bahagian atas jama`ah, tetapi dari segi ragamhiasnya. Ruanglingkup yang dibicarakan di sini ialah bahagaian atas yang dijunjung oleh empat tiang seri yang menjadi tiang utama bagi pembinaan Masjid Al-Umm,
Empat tiang seri adalah tiang paling utama di dalam pembinaan Masjid Al-Umm. Kesemuanya berada pada bahagian tengah masjid. Dilihat dari aras utama, empat tiang utama ini  ialah tiang terbesar, yang bulatannya 6 kali lilit (10 kaki pada bahagian tapak) dengan ketinggian setiap satu 50 kaki. Dua tiang pada bahagian hadapan yang ditengahnya  ruang mihrab, manakala dua tiang lagi pada bahagian belakang aras utama. Ruang utama (tak termasuk serambi kanan dan kiri) boleh memuatkan 2,000 orang (200x10 baris ) jama`ah. Pada bahagian bawah tiang disalut semin dan kotak-kotak pada bahagian segi bagi memuatkan Al-Qur`an dan bahan-bahan bacaan. Tiang berbentuk bulatr ke atas dan pada bahagian puncak dihias dengan lengkuk-lengkuk kecil sekeliling dan meluas ke atas sebanyak lima baris menyentuh belira (tiang melintang) di atas puncak bagi setiap  tiang. Keempat tiang dan belira inilah yang mengukuh dan menjunjung kubah yang beratnya lebih dari 10 ton itu. Bahagian  puncak bagi kubah ini paling rumit dari segi pembiunaan dan memakan masa bagi kemantapan dan pengangkatan kubah lebih dari setahun lamanya. Di atas belira ini ada tiga lapis bulatan semin yang mengukuhkan kedudukan kubah di atas ruang bagi kedudukannya. Pada lilit di luar terdapat semacam tiga jendela kecil bercermin berwarna yang menimbulkan cahaya . Terdapat empat ruang jendela sedemikian yang bertentang  setiap dua daripadanya pada empat tempat. Di bawah bagi setiap jendela ini ada tiga bentuk semacam tiga ruang bagi jendela tertutup. Bagi setiap ruang bulatan terdapat empat tiang pengukuh keliling bulatan bagi mengukuhkan kedudukan kubah yang mempunyai dua lapis layers (alluminium ).
Manakala pada bahagian tepi kanan dan kiri terdapat tiang memanjang ke bawah bagi tiang kipas besar yang juga berada di dalam ruang tepi kubah. Dua kipas besar ini tidak saja besar dan berat, tetapi makin memberat bila berpusing (digunakan), sehingga kesan udaranya meliputi keseluruhan ruang utama masjid (ketika tidak digunakan air-cond.).
Sebagai kubah yang berbentuk bulat, lengkungnya tidak saja dilihat dari luar dengan susunan barisan lampu-lampu yang bergemerlap dari luar, tetapi juga kelihatan lengkungnya dari dalam. Pada titik tengah bagi lengkung dari puncak ini diperturunkan  tiang dan rantai yang  membawa ke bawah dan tengah ruang ialah  gugus lampu-lampu thurayya yang indah pandangan dengan keberadaan dan kedudukannya paling tengah, lebih-lebih lagi menarik apabila gugus  lampu ini dipasang yang dengannya cukup menerangkjan ruang utama, apabila dipasang pada waktu malam, di samping lampu-lampu yang lain. Kini lampu cenderalela ini hanya dipasang pada waktu malam Juma`at sahaja,. Ianya adalah derma dari seorang penderma yang dikatakan harganya  lebih RM seratus ribu.
Dari pusat lengkung kubah adalah dihias ragamhias yang dibincang dan dipilih oleh ahli jawatankuasa ialah bentuk tiga segi memanjang yang berpangkal pada pusat kubah, yang kelilingnya sebanyak sepuluh tiga segi memanjang, tiga segi ini bersambung dengan tiga segi seterusnya dan bentuknya makin membesar sesuai dengan lengkungan kubah yang semakin melebar, sepuluh tiga segi ketiga makin membesar sehingga menyentuh tepi-tepi bagi kubah. Jadi ruang dalam kubah tidaklah bersifat kosong, tetapi beragamhias yang bersifat geometrik design yang mengambil bentuk tiga segi yang pada pangkalnya kecil danm makin membesar bagi tiga peringkat tiga segi berkenaan.
Keberadaan kubah pada bahagian tengan ruang utama adalah kena pada tempatnya. Keberadaan kubah pada ketinggian yang luas dan terbuka mewujudkan suasana yang luas, lawas dan terbuka. Keadaan ini menyenangkan para jama`ah berada di dalamnya. Suasana cukup selesa, khusuysnya bila air-cond. dipasang dan cahaya lampu bergemerlapan. Sebagaimana dikatakan, ada para jama`ah yang mengungkapkan, ``Berada di dalam ruang utama Masjid Al-Umm, sebagai berada di dalam Masjid Al-Haram.``Kekhusyukan lebih terasa bila berada dalam waktu solat dengan gema suara imam membaca surah waktu-waktu solat  jahar. Keseronokan juga terasa bila waktu-wakyu kuliah dan pengajaran.
Sesungguhnya kubah dan tiang-tiang mengangkat para jama`ah kepada kekhusyukan dan ketenangan bila berada di dalam Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 25, 2018

MIHRAB TERINDAH LAHIRI DAN MAKNAWI


MIHRAB TERINDAH LAHIRI-MAKNAWI
BBB, 11` Zulkaedah 1439H. = 24 Julai 2018M. (Selasa):
Telah dibicarakan bahawa dilihat secara pandangan luar, mihrab yang berada pada bahagian hadapan masjid bersama dekorasi bersamanya membawa kepada peringkat tertinggi, iaitu, dilihat secara selari dari atas ke bawah dan hiasan kanan kirinya dengan  bentuk-bentuk  dedaun bujur tunduk ke bawah adalah pandangan terindah dan membawa nilai estetika tinggi dan dapat diberi tafsiran maknawi kepada perlambangan  yang dari segi mihrab menghadap Kiblat dan dari segi maknawinya munajat bermikrij ke peringkat tertinggi  dari segi kerohanian.
Sebagaimana pandangan lahiri dari depan bangunan Masjid Al-Umm, maka dari dalam juga merupakan tempat terindah dan tinggi dari segi estetika dari kubah bahagian dalaman membawalah kepada mihrab.
Membicarakan tentang mihrab yang menjadi fokus pembicaraan ini, bahawa keluasan ruang bagi kawasan mihrab dari pemidang luarnya adalah:
16  kaki tinggi x  11 kaki lebar
Dari keluasan di atas, mihrab sebenarnya adalah merupakan ruang  lapisan lebih dalam yang pemidangnya hanya 5 kaki dari segi lebar (mihrab dalaman) dan tinggi 14 kaki.
Paling menarik pada bahagian atas dari pemidang besar, ialah lengkungan pada bahagian atas bagi imam berdiri. Pada bahagian atas lengkung kosong, manakala pada bahagian kaki lengkung ada tiga baris hiasan dekorasi semacam bintang. Pada bahagian atas lengkung luar dihiasi dengan garisan-garisan silang yang mewujudkan bentuk-bentuk tiga segi x 2, manakala pada pemidang bahagian luar, kelilimg bagi empat segi panjang ke bawah dihiasi dengan bentuk geometrik yang asalnya bulat bujur, tetapi pada kanan dan kiri  diberi tambahan dengan kaki dan bahagian atas penyambung berbentuk X pada bahagian tengah digadis dengan  bentuk  v terbuka dan terbalik . Bentuknya seperti kacang, demikianlah bersambung sambung berkeliling ruang. Pada bagaian latar bagi hiasan yang berbentuk geometrik ini berlatarbelakangkan elemen daun dan bunga secara kecil memenuhi semua ruang keliling empat segi panjang itu.
Manakala bagi bahagian mihrab dalaman yang lebih kecil, juga terdiri dari lengkung bagaikan gua kecil. Pada bahagian atas dari lengkung gua kecil ini terdiri dari 4 baris bentuk seperti bintang.
Baris hadapan  8 baris bintang
Baris dua terdiri dari  9 bintang kecil
Baris tiga terdiri dari 9 bintang kecil bercouple
Baris 4 terdiri dari couple bintang dan berselang  sebayak 8 .
Semuanya seolah bintang-bintang bertabur di atas langit yang berada pada bahagian mihrab bahagian dalaman.
Keliling bagi bahagian mihrab dalaman ini yang berbentuk empat segi dikeliling adalah dihiasi dengan bentuk-bentuk geometrik design yang antaranya seperti bentuk gasing, seperti piala dan hiasan-hiasan bersamnya bersifat bersambung-sambung.
Fungsi lengkung secara double baik bagi atas dan lengkung ke bawah adalah menimbulkan suasana sunyi lembut dan harmoni. Dengan suasana ini juga memberi ketenangan dan kekhusyukan bagi imam yang memimpin jama`ah  bersolat  di dalam menghadapi ke arah Kiblat.
Mihrab pada dasarnya ialah sebagai arah menghadap Kiblat. Dari segi amalannya imam tidaklah masuk ke bahagian dalam mihrab semasa memimpin solat, sebaliknya ianya biasanya berada di luar dari kawasan mihrab dan berada pada bahagian hadapan bagi saf pertama, bahkan ke belakang dari mimbar yang  lebih ke belakang dari mihrab dan saf  hadapan  adalah di belakang dari  mimbar.
Walau bagaimana kewujudan mihrab dan ciri-ciri bersamanya adalah merupakan imej dan identiti bagi masjid.
Sekian.

July 24, 2018

RAGAMHIAS PADA DINDING MASJID AL-UMM


RAGAMHIAS  PADA DINDING  MASJID AL-UMM
BBB, 10 Zulkaedah 1439H. = 23 Julai 2018M. (Isnin):
Sebagaimana ragamhias terdapat pada tembok dan pagar keliling Masjid Al-Umm, demikianlah juga terdapat ragamhiasa pada dinding-dinding Masjid Al-Umm. Ragamhias dan motifnya adalah sama. Cuma ragamhias pada tembok dan pagar keliling MasjidAl-Umm adalah terdiri dari satu susunanyang dua daripadanya (atas dan bawah) adalah bersamaan, manakala di tengah sebagai pemisah antara kedua motif di atas dan di bawah dan motifnya adalah sedikit berlainan. Motif di atas berdasarkan bintang pecah 12 dan dari tengah setiap pecahan diluaskan ke atas dengan bentuk huruf V membesar ke atas dalam bentuk bulat. Demikian pada bahagian atas dan bawah.
Manakala pada bahagian tengah ialah bentuk bulat sedikit bersegi dikelilingi dekat dengannya empat segi bujur. Dari dalam empat segi ini  terdapat empat segi memanjang keluar yang berkeliling sama saiznya, membentuk bulat. Menyentuh ruang pada bahagian atas dan bawah adalah  bentuk reja-reja, melengkapkan ketiga-tiga ragamhias  sebagai motif yang bersifat geometrik. Bentuk-bentuk geometrik ini adala sebagai sekeping papan (besi) yang dipasang  dan boleh dikeluarkan denganm mudah dari pagar dan tembok berkenaan.
Manakala motif-motif yang sama digunakan pada dinding-dinding masjid, ada yang berbentuk single dan ada yang berlapis. Ini dapat dilihat dari bahagian hadapan pada sebelah kanan dan kiri pintu gerbang terdapat empat daun bersifat lengkung dan juga empat daun bersifat lengkung pada sebelah kiri. Pada daun tersebut terdapat bulatan di tengah dikelilingi motif geometrik berasaskan bintang pecahan 12 sebanyak 4 motif. Jika ruang memanjang ke bawah, maka motif-motif dan pecahan darinya diulang sehingga sepanjang ruang – mungkin lima dan sebagai, terdapat juga dimasukkan pada tengah motif bulat berselang denganm motif bintang pecah 12. Satu contoh yang baik, tentang ragamhias yang bersambung ke bawah ialah ragamhias yang terdapat pada tiang menara pada sebelah kanan dan kiri. Pada kedua-dua belah adalah bersamaan. Pada bahagian atas adalah motif  single bintang pecahan dua belas, manakala lima lapis di bawahnya ialah motif bintang pecahan dua belas dan luasan daripadanya dikelilinginya dengan empat motif lagi berbintang dua belas, setengahnya sebahagian, kerana tidak kecukupan ruang. Terdapat lima lapis motif sedemikian, kerana kedudukan tiang menara adalah tinggi, maka ianya dapat disusun dengan lima lapis motif-motif, selaian dari motif single di atas. Susunan ini adalah harmoni dan lebih mengharmonikan lagi dengan adanya pasangan kanan-kiri  bagi tiang menara berkenaan.
Pada sisi kanan dinding masjid tidak terdapat sebarang motif berkenaan, kerana diisi dengan bentuk-bentuk lengkung memanjang ke bawah yang bercat sebagai menutup kawasan bilik air dan toilet. Dari jauh kelihatan seperti kepingan cermin besar memanjang ke bawah.
Tetapi pada bahagian hadapan yang bermihrab adalah paling banyak dengan motif-motif  yang berdaun lengkung dan yang berlapisan. Ini termasuk pada bahagian kanan dan kiri mihrab dan paling banyak ialah pada bahagian serambi masjid pada bahagian kanan (5) dan kiri (5) dan bertambah jumlah  menjadi 15 papan bagi motif-motif berkenaan.
Dengan wujudnya motif daun, khususnya secara single pada bahagian hadapan bagi serambi yang antara kanan dan kirinya bersamaan (5), menjadikan kedudukan dan suasana harmoni dari segi pandangan. Demikian juga di kanan kiri mihrab (baris kedua) menjadikannya lebih harmoni.
Keindahan meningkat, apabila sebahagian dari ragamhias disejajarkan dengan ruang kosong yang tunduk memanjang ke bawah pada aras atas  bagi bahagian mihrab pada sebelah atas mihrab, iaitu lima dikanan dan lima di kiri. Ruang sedemikian terdapat pada  kiri kanan pintu gerbang – kanan dan kiri, juga pada pintu masuk – kanan dan kiri. Terdapat tingkap-tingkap biasa, terutama pada bahagian bawah untuk kemasukan angin dan utara. Ini adalah sesuai kerana ianya pada tempat yang menjadi ruang biasa digunakan  dan tidak perlu diseni dan dikreatifkan.
Kedudukan motif-motif berkenaan adalah berimbang pada bahagian hadapan berpintu gerbang dan juga pada bahagian hadapan bermihrab. Dengan adanya ragamhias  sebagaimana dibicarakanmenjadikan Masjid Al-Umm masjid yang kaya dengan nilai-nilai estetika yang meningkatkan Takmilah dari segi pembinaan dan dekorasi bagi masjid tersebut. Sekaligus ianya menjadi imej dan identiti bagi Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 23, 2018

RAGAMHIAS PADA TEMBOK PAGAR MASJID AL-UMM


RAGAMHIAS  PADA TEMBOK PAGAR  MASJID AL-UMM
BBB,  9 Zulhijjah 1439H. = 22 Julai 2018M. (Ahad):
Bayangkan jika pembinaan bangunan Masjid Al-Umm dan yang berkait dengannya tanpa cita rasa seni, maka ianya mungkin akan menjadi sebuah masjid yang dinding-dindingnya rata dengan pintu gerbang empat segi dan pintu tengahnya empat segi memanjang dari atas ke bawa, dinding pada sebelah kanan yang bersifat rata dan menurun ke bawah menurut landscape rata dengan pintu  sisi kanannya empat segi panjang ke bawah dan menurun ke bawah ke ruang legar masuk ke Dewan Serbaguna.  Kemudian daripada itu dinding rata dan membelok ke kanan dengan dinding rata dari atas ke bawah, kecuali pada bahagian mihrab sedikit ke depan dengan empat segi ke bawah juga rata, begitulah dari mihrab ke kanan dan dari bawah ke atas dengan dinding-dinding rata, kecuali tempat yang memerlukan pintu hinggalah ke bahagian depan. Jika demikian, maka ianya adalah pandangan bangunan yang kosong dari ragamhias dan bentuk-bentuk seni yang mungkin menjemukan.
Keadaan bangunan Masjid Al-Umm adalah tidak sebagaimana yang diimaginasikan di atas yang rata dan biasa, sebaliknya ianya dihiasi dengan berbagai-bagai ragam hias, termasuk juga dengan tembok pagar adalah dihiasi dengan ragam hias. Pada pintu pagar yang empat bahagian, semuanya mempunyai ragamhias yang polanya adalah bersamaan.
Pada pagi ini (Isnin 23 Julai 2018) Penulis bertanya Ar. Tuan Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad yang bertanggungjawab mewakili syarikat Urusbina Sdn. Bhd. merekacipta tentang plan senibina Masjid Al-Umm dan ragamhias yang ada padanya (Ir. Tuan Haji Raja Fuaddin dapat ditemuinya setiap waktu subuh di Masjid Al-Umm). Pada pagi ini Penulis bertanya Ir. Tuan Haji Raja Fuaddin ketika keluar dari Masjid selepas mendengar  tazkirah solat subuh sambil Penulis menunjukkan kepada berbagai dekorasi di dalam masjid dan mengaitkannya dengan dekorasi pada tembok pagar dan pintu pintu pada  masjid, `` Adakah semua dekorasi ini direkacipta oleh Syarikat Urusbina ?``
Beliau menjawab, ``Tidak !``
Kita tidak  merekacipta ragamhias  pada masjid, sebaliknya kita meyediakan ruang ruang kepada sub-kontrektor untuk mengisinya dengan dekorasi bersesuaian. Syarikat berkenaan menyediakan berbagai contoh dekorasi bagi ruang-ruang berkenaan dengan berbagai rekacipta yang telah ada pada mereka. Kita memilih dari rekacipta-rekacipta yang telah disediakan, sesuai dengan ruang yang telah disediakan.
Menurutnya,  adalah tidak professioal dan tidak ekonomik bagi kita merekacipta sendiri, kerana ianya memerlukan artis-artis  professional dan sukar untuk menyesuaikan dengan ruang. Lagi pula kita tidak mampu menyediakan banyak rekacipta bagi satu-satu ruang yang mau dipadankan.
Dalam kata lain, bentuk-bentuk design adalah dipilih oleh Arkitek dari berbagai-bagai ragamhias dan dipadankan kepada ruang-ruang yang disediakan. Namun sebagaimana telah disebutkan ada bahagian-bahagian yang dicadangkan dibincangkan di dalam mesyuarat. Ada  apa yang dicadangkan dipersetujui diterima, tetapi ada yang  dicadang ditolak dan dicadang dengan bentuk-bentuk yang lain. Misalnya design bagi permukaan bagi dalam kubah (bawah) dibincang banyak kali tentang design dicadang oleh sub-kontrektor Majleza yang bertanggungjawab dari segi pembinaan kubah dan diterima ragamhias dicadang oleh Jawatankuasa.
Ragam hias ditembok pagar bagi Masjid Al-Umm mempunya bentuk dan pola yang sama dan jumlahnya adalah banyak. Polanya  berbentuk  dedaun lengkong separuh bulat dengan sedikit tajam pada bahagian atas . Pada bahagian bawah separuh bulat ini diberi garis menjadikannya separuh bulat dan sebagai daun berbentuk lebar, pada bahagian tengahnya dekorasi.
Pada dekorasi ini pada bahagian tengahnya tulisan Al-Umm (tulisan `Arab` sebagai nama bagi masjid). Pada bahagian tengah ini  terdapat  lakaran pada tengahnya benbentuk bintang 12 mata tiga segi dan dari setiap antara segi ini diluaskan dengan tiga segi mengelilimginya (12 tiga segi). Di dalam bagi satu daun separuh bulat ini terdapat 5 bintang yang diperluaskan dengan tiga segi dan dikaitkan dengan bentuk yang sama bersambung-sambung secara kreatif dan menarik. Jika papan bagi dekorasi ini memanjang ke bawah, maka ianya diulangi berkali-kali dengan disempadankan dengan garisan hingga ke bawah, mungkin lebih dari 5 kali ulangan menurut panjang ke bawah (Bentuk ini lebih pada dinding luar masjid). Ada  bentuk yang lebih mudah bagi ruang yang lebih kecil dan demikian ke bawah dengan hanya dipenuhi pada bahagian atas `Bintang pecah 12 (satu) disambung ke bawah dengan  design lapan kelok dengan di tengahnya semi bulat dan antara sempadan luar dengan dalam dihias dengan  bentuk-bentuk reja menyambung kembali dengan bentuk di atas dan begitulah seterusnya berulang-ulang ke bawah (Bentuk ini paling banyak pada ruang-ruang tembok pagar). Bentuk lebih mudah pada tembok pagar adalah:
1)      Pada kanan pintu pagar utama                    7
2)      Dari pintu pagar utama ke bawah              6
3)      Pintu bawah ke pagar TNB                            2
4)      Dari TNB ke pintu pagar bawah                   1
5)      Tembok tepi rumah ke atas                          8
6)      Tembok Jln. Ke Dewan Orang ramai           13
7)      Berhadapan padang                                         6
Jumlah lengkung daun dekorasi             43
Demikianlah pada tembok pagar dan pintu pagar terdapat dekorasi yang polanya bersamaan dan berulang-ulang. Ianya menjadi imej dan identiti senihias pada tembok dan pintu pagar bagi Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 22, 2018

RAGAMHIAS KEPERLUAN MENTAKMILAHKAN


RAGAMHIAS  KEPERLUAN  MENTAKMILAHKAN
BBB, 08 Zulkaedah 1439H. = 21 Julai 2018M. (Sabtu):
Ragamhias bermaksud ialah pelbagai jenis hiasan pada sesuatu tempat atau objek, biasanya bersifat seni yang menjadikan tempat atau objek itu menarik. Ianya adalah elemen Takimilah yang menjadikan tempat itu lebih baik, indah, menarik dalam mentakmilah tempat atau sesuatu objek itu. Ia adalah sebagai sesuatu yang tabi`i atau dorongan tabi`i bagi yang mewujud dan menghasilkan  keindahan atau kebaikan bagi sesuatu tempat itu.
Maksud dari segi tabi`i, bahawa sesuatu ciptaan itu adalah dibekalkan oleh Allah Ta`ala dengan elemen yang menjadikannya lebih baik, misalnya bagi sesuatu pokok Allah menjadi dan membekalkan baginya misalnya batang bagi menjadikannya tinggi, dahan dan ranting bagi menjadikannya rendang, berimbang dan cantik, Allah membekalkan baginya daun yang subur dan menghijau, cantik dan merimbun, Allah menwujudkan baginya bunga yang berwarna seperti kuning, merah, putih dan sebagainya menjadikannya  menarik dan indah dan Allah mewujudkan dari bumi buah-buahnya yang enak dimakan yang memberi faedah bagi manusia dan binatang, bahkan melalui buah sebagai benih yang melanjutkan turunan dan perkembangan bagi buah atau pokok berkenaan. Perkembangan dan pembesaran pokok berkenaan melalui sebab musabbab dan kesesuaian iklim, cuaca dan kesuburan tanah dan sebagainya. Secara tabi`i juga perhimpunan pokok yang tumbuh dan membesar memenuhi ruang yang luas menjadikannya sebagai hutan yang penuh dengan berbagai-bagai pokok yang kelihatan bagi keseluruhan berada di dalam suatu landskap menarik. Misalnya tumbuh dan suburnya pada lereng bukit dan lembah dan kelihatan pokok-pokok berada pada bahagian tinggi dan rendah yang di bawahnya larian anak sungai yang menyuburkan hutan-hutan berkenaan dan cantik. Ianya merupakan sebagai khazanah alam yang diberi Tuhan yang tidak ternilai harganya.
Selain dari sifat dan ciri tabi`i yang menumbuhkan pokok dan menyuburkan hutan secara tabi`i sesuai dengan iklim dan cuaca setempat. Ada yang sengaja mewujudkan daya tarikan dengan mengambil contoh kecantikan pokok dan hutan. Elemen alamiah ini cuba ditiru dan menjadikannya sebagai sebahagian dari invironment kehidupan alamiah seharian.
Sebagai contohnya di dalam kehidupan kota yang sentiasa sebok dan tegang dengan tuntutan kehidupan, maka antara keperluan di bandar ialah mewujudkan taman tasik dan sebagainya bagi memberi ruang warga kota mendapat ketenangan  dengan pergi berihat di tepi tasik di bawah lindungan pohon-pohon yang rendang di tepi tasik berkenaan. Dalam maksud pihak berkuasa meniru dan mewujudkan elemen alamiah yang menarik dengan mewujudkan tasik atau sudah ada tasik yang asli, tetapi disediakan taman-taman sekelilingnya bagi memberi ketenangan dan kedamaian bagi yang mengunjunginya. Ini bermaksud tasik dan taman sengaja diadakan dengan menanam dan meniru serta mewujudkan landscape yang menarik.
Keadaan yang sama dapat dikiaskan bagi keluarga yang memeiliki rumah dan mempunyai halaman  rumah, maka bagi menjadikan kawasan rumah menarik dan memberi ketenangan bagi keluarga, sengaja diwujudkan taman di kawasan rumahnya dengan menanamkan pokok-pokok secara teratur dan menarik pandangan. Ianya merupakan kesengajaan dari keluarga bagi rumah tersebut mewujudkan taman. Usaha yang dilakukan adalah sebagai naluri tabi`i dalam keluarga berkenaan yang suka kepada sesuatu yang indah dan sengaja mewujudkan taman di rumahnya dengan menanam berbagai pokok yang disusun secara teratur dan menarik. Kesemuanya menunjukkan bahawa dari segi jiwa normal adalah berkecenderungan bagi menjadikan kediaman di rumah  lebih cantik dan menarik sebagai dorongan yang menghibur dan menenangkan kehidupan keluarga berkenaan.
Keadaan yang sama berlaku pada  pengwujudan atau pembinaan sebuah masjid atau rumah. Sebuah masjid dapat diwujudkan dengan binaan secara biasa. Misalnya diratakan tanah dan ditanamkan tiang biasa, di ratakan tapak dengan lantai semin dan ditegakkan dinding   secara biasa dengan adanya pintu-pintu secara biasa, tanpa mewujudkan sebarang hiasan, maka sesungguhnya ia dapat diwujudkan sebuah bangunan masjid biasa,  tanpa melibatkan sebagai hiasan, maka ianya adalah bangunan sebuah masjid yang biasa berlantai, berdinding rata dan biasa.
Namun dalam keadaan normal dan tabi`i, timbul keperluan-keperluan bagi menghiasi masji d sama ada pada bahagian luar – bagi kawasan, luar bangunan dan dalam bangunan itu sendiri.
Keadaan ini adalah berlaku pada Masjd Al-Umm.
Sekian.

July 21, 2018

BAHAGIAN TERKEATAS BAGI MASJID AL-UMM


BAHAGIAN TERKEATAS BAGI  MASJID AL-UMM
BBB, 7 Zulkaedah 1439H. = 20 Julai 2018M. (Juma`at):
Bahagian terkeatas bagi Masjid Al-Umm tidak lain daripada kubah dan atap bagi masajid tersebut (menara dikira berasingan). Kubah adalah elemen yang menonjol bagi Masjid Al-Umm, bahkan  ianya sesuatu yang jelas kelihatan dari jauh – dari luar, tetapi perhatian yang diberi di dalam pembinaan dan kos yang berkait dengannya.
Pada peringkat awal pembinaan, di dalam kos pembinaan masjid di dalam lingkungan  RM10 juta hingga RM12 juta, kubah tidaklah besar dari segi jangkaan, bahkan ada  kontrektor yang menawarkan kos bagi kubah hanya dalam lingkongan RM200,000. Kubah adalah ditender secara berasingan dari pembinaan fizikal Masjid Al-Umm, seawal tender dibuka kepada kontrektor ialah pada bulan September 2013, namun pihak Jawatankuasa tidak berpuashati dengan beberapa kontrektor yang menawarkan kepakaran mereka, selepas diinterview  bagi membina  menara. Ini menyebabkan tertangguh lebih kurang setahun kemudian apabila pihak jawatankuasa mendapati sebuah syarikat dari Johor yang mempunyai pengalaman yang luas dalam membina kubah. Shyarikat berkenaan dikenali dengan Majleza yang telah banyak membina kubah dibeberapa masjid terkenal di tanahair. Syarikat ini dijemut untuk diinterview dan diterima pada bulan September 2014. Syarikat ini diminta membina kubah terbaik dan mempunyai ciri tersendiri bagi Masjid Al-Umm. Mejleza menampilkan beberapa contoh kubah dari berbagai masjid, antaranya hasil dari binaan yang telah dibuat bagi beberapa masjid. Majleza menampilkan contoh yang paling disetujui jawatankuasa, ialah  kubah  Masjid Sultan Qabus di Oman, pihak jawatankuasa melihat bentuk separuh bujur telur dan tidak mau dikaitkan dengan kubah Masjid Sultan Qabus, tetapi ia adalah bentuk tempatan dan universal berbentuk separuh bujur telur. Kubah ini diberi cahaya  meliputi garis-garis pada  permukaan bagi kubah berkenaan. Rangka kubah ini dibina di Johor dan dibawa dengan trelar ke Bangi dan selepas pemasangan bilah-bilah bagi kubah berkenaan di Medan depan Masjid Al-Umm , maka  rangkanya diangkat ke puncak bangunan masjid pada pertengan Mac 2015. Kerja bagi pemasangan termasuk lampu dan sebagainya memakan masa lebih kurang setahun. Walau bagaimana pemasangan lampu di waktu malam tidak pernah sempurna dan lengkap (ada saja bahagian yang tidak menyala), walaupun kosnya begitu tinggi, iaitu melebihi RM2 juta ringgit. Kubah yang beratnya 10 ton ini pada keseluruhannya berwarna kuning dengan lilit lampu dan lentang bagi 32 bilah bagi bulatan Kubah berkenaan. Kubah adalah terletak di atas rangka yang dibina dengan agak rumit itu, maka di bawah dari tapak kubah ini ialah bumbung bagi atap yang mempunyai 4 bahagian keliling kubah, meliputi bagi aras utama, khusus ruang utama jama`ah di bawah  ruang terbuka di bawah lengkungan kubah yang terletak di atas empat tiang seri itu. Di dalam perbincangan mesyuarat pernah dicadangkan bahawa bahagian atap hendaklah melindungi semua ruang dinding, berkamsud semua bahagian bawah hingga ke dinding bagi semua tepi bagi masjid hendaklah dilindungi atap, suapaya semua dinding tidak terdedah kepada cuaca hujan, panas yang menyebakan dinding lekas pudar dan mungkin berkulat, tetapi nampaknya tidaklah semua dinding dipayungi oleh atap. Sebaliknya selain dari atap mengelilingi keliling kubah, pada bahagian lebih rendah sedikit dari kubah ialah atap-atap bagi serambi masjid sebelah kanan dan kiri dan atap juga bagi ruang legar termasuk bahagian kanan dan kiri   bagi ruang legar. Ada cadangan agar bagunan dan atap bagi Masjid Al-Umm  jangan sangat terpengaruh dengan semi bina masjid-masjid di Asia Barat yang bahagian atas bersutuh dan terbuka, kerana kawasan Asia Barat kurang menerima hujan, tetapi bagi iklim tempatan tidak sesuai digunakan konsep sutuh, sebaliknya digunakan sistem beratap yang dapat melindungi dari hujan yang sering turun.
Bumbung bagi atap dicadangkan lebih curam dari plan asal yang kelihatan lebih rata, bagi melancarkan larian air hujan yang turun. Walau bagaimana hingga kini tidaklah berlaku ketirisan, walaupun di dalam keadaan hujan yang lebat.
Dari segi warna atap bagi bumbung masjid ada beberapa cadangan yang ditimbulkan di dalam mesyuarat-mesyuarat. Ada tiga warna pilihan, iaitu warna kuning tanah yang banyak   sebagai warna atap, pilihan yang lain ialah hijau, tetapi nampaknya pilihan terakhir ialah kelabu.
Pada bahagian atas adalah mudah diawasi, kerana ianya dapat sampai ke  bahagian atap dan kubah melalui tangga bahagian belakang kiri yang dapat dinaiki  melalui tengga menara sampai ke bahagian sutuh – terhad, dari sini dapat diperbaiki, jika ada keosakan pada kubah, atap, tangki-tangki air dan sebagainya. Bahagian atas ini adalah bahagian larangan bagi menjaga keselamatan bangunan dan orang yang melepasi diri ke atas bumbung berkenaan. Sebab itu pada  hujung tangga bagi bahagian sutuh dipasang pintu besi yang dapat dikunci dan pihak berkenaan sahaja dibenarkan ke bahagian atas berkenaan.
Sekian.

July 20, 2018

PANDANGAN DARI HADAPAN - PERLAMBANGAN LAHIRI & MAKNAWI


PANDANGAN  DARI  HADAPAN – PERLAMBANGAN LAHIRI & MAKNAWI
BBB,  06 Zulkaedah 1439H. = 19 Julai 2018M. (Khamis):
Sebagaimana pandangan pada bahagian depan bagi pintu masuk ke masjid dengan kiri kanannya tidak ditegak dengan dinding rata, tetapi berhias dengan dekorasi seperti daun-daun yang bersifat lengkung pendek dan lengkung memanjang, maka demikianlah dengan bahagian hadapan Masjid Al-Umm juga terdiri dari hiasan-hisan  daun-daun tingkap – tidak terbuka, tetapi bercermin dan berkerawang, disamping  bentuk ruang lengkung tunduk memanjang ke bawah menghiasi bahagian hadapan. Bahagian hadapan ini dapat dihias dengan  dinding rata biasa, tetapi jika demikian, maka tiadalah daya estetika lahiri dan maknawi sebagai tarikan padangan pada bahagian hadapan masjid.
Sebagaimana telah diperkatakan bahawa pembinaan masjid ini adalah dipengaruhi oleh  konsep berimbang, maka sebagaimana pada bahagian depan masjid, tengah, ruang utama dan  kanan kiri masjid didominasi oleh konsep berimbang, maka demikianlah dengan bahagian paling hadapan bagi Masjid Al-Umm. Ini dapat dilihat dengan jelas jika dipandang dari luar.
Garis tengah bagi bahagian hadapan Masjid Al-Umm adalah `Mihrab` bagi masjid trersebut. Mihrab ialah bahgian dalam, ternampak keluar yang menjadi tanda bagi arah Kiblat dan sudah tentulah ia sesuai bagi titik tengah dalam mana imam apabila bersolat berdiri pada tengahnya (lebih indah dari luar) mengadap Kiblat dengan diikuti oleh para makmum. Keperluan utama ialah sebagai tanda bagi imam menghadap Kiblat, dan tentulah mihrab ini semestinya berada pada aras utama. Dari segi sejarah pembinbaan, pada peringkat pembinaan fizikal yang rangkanya sudah kelihatan termasuk mihrab ialah pada akhir tahun 2014, maka bentuk mihrab adalah pada bahagian hadapan bagi aras utama pada bahagian imam. Oleh kerana masjid adalah tiga tingkat, maka bentuk mihrab yang bentuk bujurnya (separuh bulat) menonjol keluar setakat aras utama dari atas sahaja dan kelihatan dari luar sebagai tong drum yang tergantung, sedang pada bahagian bawah ke tanah adalah kosong. Penulis sebagai pengerusi yang di dalam satu mesyuaratr Jawatankuasa Pembinaan mengkritik dan membuat cadangan agar bentuk bulat bujur bagi mihrab itu dipanjangkan ke bawah, dengan demikian ianya tidak dilihat sebagai tong tergantung, tetapi dengan memanjangkannya ke bawah menjadi tanda juga bagi yang bersolat pada bahagian bawah arah Kiblat. Dengan memanjangkannya ke bawah kelihatan lebih  harmoni dan menarik, lantaran itu dibuat unjuran mihrab itu ke bahagian bawah dengan bahagian paling bawahnya dibuat tetulang -tetulang sebagai tiang-tiang kecil berdiri di atasnya mihrab dan tidak bersifat tergantung.
Pada bahagian kanan bagi bahagian hadapan Masjid Al-Umm ini dihiasi dengan  tiga bentuk lengkung dari atas kebawah, demikian juga pada bahagian kirinya juga pada bahagian tepinya dihiasi  dengan tiga lengkung memanjang ke bawah menjadikannya berimbang dari segi pandangan. Dengan enam lengkung ini dapat diberi maksud dari segi perlambangan adalah sebagai rukun iman yang enam. Konsep enam ini juga dapat dilihat dari garis dan ruang pada lengkungan mihrab juga berjumlah enam garis dan ruang.. Keadaan yang sama bagi tiga tingkat bagi mihrab dari atas ke bawah. Pada tingkat kedua dari atas selepas ada tiga ruang tingkap pada bahagian kanan dan kiri, maka pada aras dua ini dihiasi dengan 5 daun tingkap berkerawang yang berimbang antara bahagian kanan dan kiri dari ruang kosong dari atas ke bawah pada  bahagian kanan dan kiri. Lima daun tingkap yang tidak dibuka ini adalah pada bahagian serambi masjid, baik pada bahagian kanan dan kiri. Fungsi daun tingkap berkerawang ini adalah bertujuan untuk mendapat cahaya pada siang hari. Di bawah bagi daun-daun ini ialah bahagian kaki bagi daun yang juga dihias dengan dekorasi berkerawang. Dari segi lima daun ini juga dapat ditafsairkan secara perlambagan sebagai rukun Islam yang lima. Pada aras paling bawah, adalah tingkap dan pintu-pintu bagi aras bawah yang digunakan bagi kegiatan yang berlaku seperti konvensyen atau sebarang perhimpunan. Dapat dikatakan pada bahagian bawah ini tidaklah diberi dekorasi, kerana ianya pada bahagian bawah bagi penggunaan umum.
Dapatlah  dikatakan bahawa pandangan dari hadapan Masjid Al-Umm dan dekorasi-dekorasi bersamanya pada tiga aras itu adalah unik dan menarik. Bentuk yang sedemikian tidak dapat dikaitkan dengan ciri ketara pada masjid-masjid yang lain, sebab itu ciri senibina Masjid Al-Umm, khususnya pada bahagian hadapan adalah ciri khusus dan identik dengan Masjid Al-Umm.
Disamping melihat keunikan dari segi lahiri, ianya dapat dilihat dari segi maknawi, bahawa, mihrab adalah arah lahiri yang  dari segi fizikal  ditandai dengan mihrab menyatukan para jama`ah di dalam solat bersatu mengadap kiblat yang mereka adalah berpegang dengan akidah rukun Iman yang enam dan berpegang dengan rukun Islam yang lima, manakala bagi dua menara melambangkan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedang dari segi maknawi dan rohani melalui solat jiwa dan rohani bermikraj kepada Yang Maha Tinggi, sebagaimana dilambangkan dengan  kubah yang berada pada tengah-tengah dan puncak Masjid Al-Umm itu sendiri.
Ini semua melambangkan keunikan  Masjid Al-Umm dan  adalah menjadi identiti dan mercu tanda  bagi Bangi Bandar Ilmu  – Pusat Ilmu dan Rohani.
Sekian.

July 19, 2018

PANDANGAN DARI SISI KANAN DAN KIRI MASJID AL-UMM


PANDANGAN DARI SISI – KANAN DAN KIRI MASJID AL-UMM
BBB, 05 Zulkaedah 1439H. = 18 Julai 2018M. (Rabu):
Masjid Al-Umm dapat dilihat dari sisi (sebelah ) kanan dan kiri. Sebagaimana dikatakan bahawa  antara ciri arkitektur Masjid Al-Umm adalah bersifat berimbangan, maka demikianlah dilihat dari sisinya. Pada dasarnya sisi kanan dan kirinya adalah juga  bersamaan.
Sisi sebelah kanan dapat dilihat dari – bermula dari  Kolah dan `Rumah Jenazah` yang berada pada penghujung jalan keluar dari `Ruang Legar` serbaguna. Pada penghujungnya tiang-tiang bulat  dengan bahagian bawahya ruang terbuka bagi jalan keluar. Kawasan ini terutama kolah dan rumah jenazah adalah tambahan baru dari segi arkitektur dan tidak teratur. Terbuka terutama ke rumah jenazah  dan tidak terlindung jika hujan turun. Sebagaimana telah dibicarakan, ruang terbuka ini boleh dimasuki penceroboh dan juga binatang-binatang seperti kucing dan anjing dan memang berlaku kemasukan dua jenis binatang berkenaan. Tempat ini paling buruk dari segi arkitektur dan perlu diubahsuai dan mengharmonikan dengan bahagian hadapan dan sisi kanan. Misalnya dengan membuat benteng  dan pintu dan juga atap yang bersesuaian dengan bahagian yang lain.
Dilihat pada bahagian senibina asal pada bahagian atas  dari rumah mayat sisi atasnya dihiasi dengan empat daun jendela  (tidak bertingkap), dengan di bawahnya dua ruang cahaya. Perlu diingat bahawa pada sebelah dalam bagi sisi kanan ini adalah bilik-bilik toilet dan wudhu` bagi lelaki. Bilik-bil;ik yang  `tidak selesa dipandang` ini, sebenarnya tidak disedari, jika dipandang dari luar, kerana tempat ini dilindungi dengan ruang lengkung yang memanjang dari atas ke bawah yang dicat dengan warna perang kehitam-hitaman.
Bermula dari ruang bujur memanjang ini, bermula landscaping secara menurun ke bawah dengan pagar rendah bertiang rendah mensempadankannya dengan `Tangga Utama` bagi sisi kanan yang bertangga dan ruang pintu yang luas, iaitu mempunyai dua pintu masuk keluar ke serambi kanan bagi masjid. Di atas bagi dua pintu dekorasi berbentuk lengkung (arch) secara luas, sesuai sebagai ruang bagi pintu tangga utama bagi sisi kanan masjid. Pada sebelah kanan bagi tangga ke serambi kanan ini, ialah pagar menurun menurut tangga yang mempunyai dua kelok yang dapat turun ke jalan susur ke luar kejalan pejalan kaki bertingkat untuk ke pintu jalan ke sekolah atau kelok turun ke bawah untuk turun ke ruang legar bagi memasuki ke Dewan Konvensyen dan serbaguna di bawah tanah dan juga untuk ke bahagian depan dari masjid. Dalam kata lain, landscaping bagi pandangan sisi sebelah kanan ini tidaklah kelihatan terlampau curam. Kerana aras bawah tanah adalah hanya di bawah bagi aras utama sahaja yang kosong di bawahnya menjadikannya ruang di bawah tanah. Manakala aras bagi ruang legar adalah di atas tanah dan ruang bagi  kawasan muslimat dan bahagian belakang daripadanya adalah juga di atas bagi ruang legar. Kawasan bagi ruang bawah tanah adalah di atas bagi ruang utama dan  serambi kanan dan kiri masjid. Sisi sebelah kanan menjadi menarik, kerana ianya tidaklah ditegak dengan dinding konkrit yang rata, kosong dan meninggi, yang jika sedemikian menjemukan, tetapi dihiasi dengan dekorasi, terutama ruang-ruang lengkung  memajang ke bawah yang dicat dengan warna perang yang dari jauh kelihatan sebagai ruang cermin. Dinding juga ditenggelamkan oleh ruang tangga dan pintu sisi yang besar yang dapat dibuka dan ditutup, berlainan pada bahagian permulaan sisi terbuka dan bagai tidak  sempurna dan tidak siap.
Adapun pada sisi sebelah kiri sebagaimana dikatakan pada dasarnya bersamaan dengan sisi sebelah kanan, tetapi ada ciri-ciri kelainan. Sisi sebelah kanan kelihatan lebih curam, kerana ia bersebelahan dengan jalan masuk keluar utama. Jalan bersifat lengkung dari pintu pagar sebelah kanan dan mengelilingi bangunan secara melengkung ke jalan turun (juga naik)  ke sebelah kiri.
Dari tiang menara sebelah kiri dihiasi dengan pagar  ber tiang rendah, seterusnya menyusuri tembok yang agak curam. Pada bahagian atas adalah dinding lebar bagi kawasan toilet dan wudhu` sebelah kiri (bagi perempuan) dengan tingkap-tingkap udara pada bahagian atas, pada sebelah kiri dihias dengan lengkungan-lengkungan tingkap dengan bahagian bawah lengkung yang memanjang ke bawah yang dicat dengan warna perang yang sebagaimana  sebelah kanan kelihatan sebagai kepingan-kepingan cermin besar sehingga tidak disedari pada bahagian dalam ialah ruangan toilet dan bilik-bilik air.
Menurun dari bahagian ini selepas melalui kecuraman jalan ialah ruang terbuka yang diratakan pada bahagian hadapan  dan meninggi dari jalan turun ke bawah, ia adalah ruang permulaan bagi masuk ke Dewan Konvensyen dan serbaguna di bawah, dengan dua pintu keluar masuk. Pada sisi sebelah kiri ialah tangga  `dua lipat` bagi menaiki ke ruang serambi sebelah kiri., Tidak seperti sesi sebelah kanan masjid dapat dilihat secara terbuka, luas dan dari jauh seperti dari padang atau jalan sekolah  dapat dihayati keindahan sesi dan masjid, tetapi pada sisi sebelah kiri, walaupun lebih menarik, ialah tidak dapat dilihat dari jauh, oleh kerana ianya bersempadankan kawasan perumahan yang amat dekat dan cuma dibatasi pagar kawasan perumahan dengan masjid.
Dapat dikatakan arkitektur asal bagi sisi kanan dan kirii adalah harmoni dengan ciri-ciri lain bagi kedua-dua sisi masjid, kecuali wujudnya elemen tambahan kemudian seperti rumah jenazah, kolah-kolah tidak harmoni, termasuk lengkong terowing pelindung hujan bahagian hadapan bangunan kerana ianya adalah tambahan baru, ini ditambah tidak sempurna dengan jalanm keluar bagi kedua-dua sisi terbuka dan tidak ada sekatan. Pada bahagian-bahagian ini perlu dubahbaiki agar ianya sesuai dan harmoni dengan sisi dan keseluruhan bangunan.
Sekian.

July 18, 2018

RUANG BAWAH TANAH BONUS BAGI MASJID AL-UMM


RUANG BAWAH TANAH BONUS BAGI MASJID AL-UMM
BBB, 04 Zulkaedah 1439H. = 17 Julai 2018M. (Selasa):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa plan pembinaan Masjid Al-Umm yang asasnya telah disediakan oleh Arkitek Urusbin Sdn. Berhad, berlaku banyak perubahan. Perubahan ini berlaku melalui mesyuarat-mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan juga Mesyuarat Teknikal. Perubahan berlaku, terutama selepas perasmian tapak 6 Januari 2013, iaitu setahun sebelum bermulanya pembinaan fizikal, iaitu 10.12.2013. Perubahan yang dianggarkan melibatkan 62% dari plan asal ini banyak memberi kebaikan dari segi plan, tetapi ada juga yang tidak baiknya, antaranya melibatkan kerja tambahan, melambatkan pengangkatan plan kepada MPKj untuk diluluskan. Plan diangkat kepada MPKj pada pertengahan 2013, tetapi terpksa  ditambah dan diubah dan diangkat kepada MPKj bagi mengemaskinikan plan mutakhir. Perubahan melibatkan penambahan kos dan masa dan lewat mendapat kelulusan (4 Disember 2013) hanya beberapa hari sebelum kerja-kerja pembinaan fizikal dimulakan (Surat kelulusan diterima pada 16 Disember 2013, manakala masuk tapak pada 10 Disember 2013).
Antara perubahan besar yang mentakmilahkan dari segi plan arkitek ialah mewujudkan satu aras tambahan `Bawah Tanah` bagi Masjid Al-Umm. Sebagaimana dimaklum Masjid Al-Umm dibina pada pinggir Bukit Bangi. Plan asalnya adalah dua tingkat. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan sebelum dari diwujudkan Jawatankuasa Teknikal (Mesyuarat pertamanya 8.1.2013).  Melihat kepada ruang kosong di bawah aras utama yang dicadang bagi tempat parkir, maka timbul dalam mesyuarat cadangan agar menukarkan cadangan membuat tempat parkir kawasan bawah tanah kepada `Aras Bawah Tanah` yang menjadikan arah ini sebagai salah satu dari tiga aras bagi Masjid Al-Umm. Jadi dalam plan yang diangkat kepada MPKj pada pertengahan 2013 ialah termasuk mewujudkan aras  bawah tanah. Dalam maksud plan bagi Masjid Al-Umm adalah tiga tingkat. Tanah yang dikeluarkan bagi tingkat bawah tanah ini ditambak ke medan parkir  beresebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi,
Ruang bawah tanah ini berkedudukan di bawah bagi ruang utama bagi aras utama Masjid Al-Umm – melebar dari serambi sebelah kanan ke serambi pada bahagian kiri. Tiang seri utama, iaitu empat batang tiang yang menjunjung kubah pada bahagian atas adalah terdiri dan tertanam pada bahagia tengah  aras bawah tanah ini. Ini ditambah dengan enam tiang bulat lagi yang kurang sedikit besar berbanding dengan empat tiang seri.  Tambahan tiang-tiang besar di ruang bawah tanah ini bagi menjunjung lantai bagi aras utama termasuk serambi kanan dan kiri, dan pada aras di atas aras utama pula adalah bilik mesyuarat pada sebelah kanan, dan bilik (dua bilik ) seminar pada sebelah kiri. Ini adalah merupakan tiang-tiang utama, di samping tiang-tiang tepian bersama dinding yang menjunjung aras utama dan juga aras bagi tingkat satu (tingkat tiga dari bawah), manakala pada bahagian belakang yang tidak mempunyai aras bawah tanah dikukuhkan binaan dengan tiang-tiang pada bahagian hadapan yang menjunjung aras satu yang di aras ini ialah 4 bilik (2 kuliah, satu perpustakaan, dan IT yang juga untuk Tahfiz). Ini adalah merupakan sebahagian dari tiang-tiang yang berjumlah lebih dari 300 tiang bagi keseluruhan bangunan Masjid Al-Umm.
Untuk ke aras bawah tanah, boleh turun dari serambi sebelah kanan masjid ke bawah atau melalui tangga dari serambi sebelah kiri masjid ke bawah. Juga dapat masuk melalui jalan luar bagi kedua belah. Ruang masuk dari sebelah kanan dan kiri hampir bersamaan dengan ada dua pintu bagi setiap sebelah. Cuma di sebelah kanan ada `Bilik Akad Nikah` bagfi upacara akad  nikah yang dapat memuatkan seramai 100 orang jika ianya digunakan bagi majlis perkahwinan, ianya juga dapat dijadikan bilik mesyuarat. Ruang ini pernah digunakan  sebagai ruang mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan sebelum siapnya bilik mesyuarat sebenarnra pada aras satu. Pada sebelah kiri dari pintu masuk ialah ruangan dapur bagi tempat persediaan jamuan, jika ruang bawah tanah digunakan untuk jamuan kahwin atau jamuan-jamuan bagi konvensyen dan persidangan-persidangan dalam skala yang lebih besar. Ruang bawah tanah selain dari bilik nikah dan ruang penyediaan makanan boleh memuatkan peserta-peserta dalam jumlah 1,000 orang tanpa kerusi, tetapi jika menggunaan meja dapat memuatkan sebanyak 600 orang.
Ruang bawah tanah ini dapat dikatakan sebagai ruang serbaguna. Ianya dapat digunakan sebagai dewan konvensyen, persidangan danperhimpunan dalam skala besar, tanpa mengganggu kegiatan yang diadakan pada aras utama dan aras satu.
Dewan serbaguna ini juga dapat digunakan sebagai dewan bagi majlis jamuan perkahwinan, pertemuan dan berbagai-bagai acara yang bersesuaian. Dewan ini dilengkapkan dengan air-cond, peralatan bagi persidangan , perkahwinan dan berbagai pertemuan. Ianya adalah disewakan bagi orang ramai. Dewan ini mulai disewakan pada bulai Julai 2018 ini dengan sewaan yang berpatutan. Cuma dewan bawah tanah ini agak rendah. Tingginya lebihkurang 25  kaki, sebab itu ianya tidak menggunakan kipas syiling, sebaliknya kipas berdiri atau pada dinding. Walau bagaimana ruang bawah tanah ini adalah selesa digunakan. Sebagaimana ruang-ruang pada tingkat satu disewakan, begitu jugalah dengan dewan bawah tanah ini. Pendapatan dari sewa digunakan untuk urusan dan kegiatan Masjid Al-Umm.
Sekian.

July 17, 2018

RUANG ATAS MASJID AL-UMM BERORIENTASIKAN ILMU


  RUANG ATAS MASJID AL-UMM BERORIENTASIKAN ILMU
BBB, 03 Zulkaedah 1439H. = 16 Julai 2018M. (Isnin):
Antara cetusan bagi mendirikan Masjid Al-Umm, selain dari bertujuan untuk ibadat khusus, iaitu bersolat, ianya juga diharap menjadi pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu yang diisytiharkan pada 22 Jun 2008. Bermaksud ianya menjadi salah satu pusat kegiatan Ilmu di Bangi. Dengan maksud ini, maka plan arkitektur bagi Masjid Al-Umm adalah berorientasika ilmu.
Dari segi penggunaan ruang ini sebenarnya semua ruang  yang ada di Masjid Al-Umm dapat dijadikan tempat kegiatan ilmu. Misalnya ruang solat  utama  pada hakikatnya selain daripada tempat mendirikan solat, di ruang terbuka ini adalah tempat yang paling banyak digunakan bagi pengajian, seperti pengajian-pengajian berkitab dilakukan selepas solat Maghrib ke Isya`. Di sini diadakan pengajaran-pengajaran Al-Qur`an, ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah dan bimbingan-bimbingan dengan berbagai-bagai kelas, terutama pada bahagian serambi. Pada bahagian aras  bawah tanah dapat digunakan sebagai pusat konvensyen, kursus dan perhimpunan keilmuan dalam skala besar.
Selain dua aras berkenaan. aras satu (dikira dari aras utama) atau  (aras tiga dikira dari aras bawah tanah) adalah lebih berorientasikan ilmu. Aras atas ini, ialah aras yang menepati dengan ruang bahagian bawah (aras utama), yakni selain dari ruang utama yang terbuka di atas dan tiada aras yang lain, hinggalah ke bahagian kubah. Aras satu adalah berada pada bahagian atas dari serambi kanan dan serambi kiri masjid, bahagian tengah ke belakang dari ruang utama hingga  bersempadan dengan ruang ruang legar di bawahnya. Pada bahagian atas bagi ruang legar ini terdapat ruang-ruang bagi bilik-bilik kuliah dengan bahagian tengah  di atas ruang legar ini ruang kosong bagi ruang udara dan cahaya bagi bilik-bilik bahagian tengah di atas.
Untuk ke bahagian atas dapat dinaiki melalui dua tangga pada sebelah kanan  dan dua tangga dari sebelah kiri. Dari kedua-duanya ada lorong – jalan tengah yang dapat sampai kepada semua ruang dan bilik.
Ruang yang paling utama berada pada bahagian depan – tengah di atas ialah ruang solat bagi muslimat yang  dapat memuatkan serama 500 jama`ah. Tempat ini digunakan bila bahagian bawah penuh. Muslimat diminta naik ke atas melalui tangga yang disebutkan atau bagi OKU dapat menggunakan lift yang khas untuk mereka. (Pada hari  Juma`at, jika jama`ah ramai, boleh juga digunakan oleh  muslimin) Ruang solat bagi muslimat ini sebenarnya boleh digunakan untuk pengajian khusus bagi muslimat.
Ke atas bagi serambi sebelah kanan adalah bilik mesyuarat yang biasa digunakan untuk mesyuarat  Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan berbagai-bagai mesyuarat yang lain yang dapat memuatkan ahli mesyuarat dalam jumlah 50-70 orang. Mereka mengelilingi meja bundar yang luas dan memakan ruang. Kelengkapan dan perabut di dalamnya adalah canggih dan bertaraf bilik mesyuarat kelas A. Bilik mesyuarat ini dapat juga dijadikan bilik seminar dan keilmuan dalam jumlah yang terhad.
Manakala di atas bagi serambi masjid sebelah kiri adalah dua bilik seminar yang setiap satu dapat memuatkan sebanyak 70 orang secara berkerusi yang mempunyai tempat tulis. Dua bilik ini dapat disatukan menjadi dewan seminar yang lebih luas dan memuatkan peserta  sehingga 150 orang berkerusi yang ada tempat tulis. Ruang bilik seminar ini digunakan sebagai bilik seminar bulanan oleh Masjid Al-Umm. Pembentang-pembentang kertaskerja dijemput dari kalangan ilmuan membicarakan tema-tema keilmuan yang dipilih bagi siri-siri seminar. Ruang ini juga ditempah oleh pihak luar bagi bermesyuarat, berseminar dan sebagainya.
Ke belakang bagi ruang solat muslimat  dengan lorong tengah memisahkan ruang muslimat ialah empat bilik kuliah. Bilik-bilik ini betul-betul berada di atas ruang legar dan bilik  VIP dan bilik pejabat pentadbiran dengan kosong bahagian tengah dari dua bilik untuk  kemasukan cahaya dan udara bagi tepi bilik. Empat bilik ini juga adalah berorientasikan ilmu. Dua bilik pada sebelah kanan ialah bilik sumber (perpustakaan) dan bilik IT. Sebelah kanan bagi ruang kosong ialah dua bilik kuliah – Bilik kuliah satu dan Bilik Kuliah dua. Bilik-bilik kuliah ini digunakan bagi pengajian-pengajian seperti  Al-Qur`an, bahasa `Arab, Tajwid, fiqh dan berbagai pengajian yang lain. Bagi bilik sumber akan diisi dengan buku-buku sebagai sumber pengajian dan rujukan. Manakala bilik IT, ialah untuk pengajian dan urusan berhubung dengan komunikasi moden dan juga bilik ini dapat dijadikan bilik tahfiz, apabila kelas tahfiz di adakan. Pada bahagian atas ini juga disediakan bilik air dan toilet  pada sebelah kanan dan kiri.
Dari apa yang diterangkan di atas, jelas bahawa ruang-ruang dan bilik-bilik pada aras atas (satu) adalah digunakan selain dari untuk solat muslimat, semua ruang-ruang bilik yang diadakan ialah bagi kegiatan-kegiatan keilmuan, sesuai masjid al-Umm sebagai pusat ibadat dan keilmuan yang juga mendukung hasrat Bangi Bandar Ilmu.
Sekian.