September 30, 2018

SEMINAR BULANAN TENTANG MASJID UKM


SEMINAR BULANAN  TENTANG  MASJID UKM
(Fikrah Bangi: 12):
BBB, 19 Muharram 1440H. = 29 September 2018M. (Sabtu):
Seminar Bulanan  Masjid Al-Umm bagi bulan September 2018 ialah tentang Masjid UKM.  Tajuk berkenaan Masjid UKM ini dipilih, kerana  Masjid UKM adalah berlainan dari masjid-masjid lain, khususnya di negeri Selangor.  Tidak seperti masjid-masjid lain terletak di bawah JAIS, tetapi Masjid UKM adalah masjid institusi dan adalah ditadbir oleh UKM sendiri.
Kertaskerja hari ini berjudul ``Masjid UKM sebagai Masjid Institusi, kelainan dan fungsi`  kertas dibentang oleh Dr. Abdul Rahman Mahmud, Pengarah Pusat Islam UKM.
Sebelum pembentangan bermula. Do`a dibaca oleh Imam Masjid Al-Umm, Imam Ghazaie, manakala Pengerusi Masjid menyampaikan ucapan ringkasnya, bahawa Masjid UKM adalah masjid penting dan bersejarah bagi Bangi. Semasa UKM dan penduduk Bandar Baru Bangi mula pindah - Okt-Nov 1977, tiada masjid di UKM. Penduduk terpaksa ke Kajang, atau ke masjid kampung berdekatan seperti Teras Jernang atau West Country. Tapi oleh kerana  keperluan mendesak  bagi warga kampus menunaikan Juma`at, maka pada awal perpindahan Juma`at diadakan di Foyer bagi Bangunan Pentadbira dan kemudian berpindah  ke ruang legar FSKK dan di aras bawah Perpustkaan Tun Seri Lanang,  UKM hinggalah Masjid UKM siap dan digunakan pada tahun 1982. Penduduk Bandar Baru Bangi menggunaklan Masjid  UKM untuk solat Juma`at hinggalah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi digunakan pada tahun 2000.
Dr. Abdul Rahman di dalam kertaskerjanya membincangkan tentang sejarah Masjid yang mula digunakan pada 16 April 1982. Masjid dibina  di atas tanah seluas 2 hektar di tapak  strategik berdepan DECTAR dan berada di tepi jakanraya utama. Kos bagi pembinaan masjid ini ialah RM5.1 juta dan boleh memuatkan 5,000 jamaah. Masjid adalah dua tingkat dan bahagian atas – tingkat 3 keliling  di atas ruang utama, ialah bagi ruang muslimat, tetapi tidak digunakan. Rekabentuk masjid oleh En. Abdullah Bakri seorang pegawai di bawah Unit Pembangunan. Masjid ini mempunyai 4 menara dengan sebuah menara besar yang paling tinggi, iaitu 6,666 meter sempena ayat Qur`an 6,666  ayat – menurut satu pendapat. Kubah masjid warna kekuningan, tetapi kini ditukar ke warna biru.
Masjid UKM terletak di bawah pentadbiran penolong Pendaftar  bagi bahagian unit kerohanian. Pentadbir pertama ialah En. Yamin bin Samar. Pernah diletak di bawah Fakulti Islam dan  kemudian langsung di bawah Canselori (Mei 2000) sehingga terbentuk pentadbiran dikenali sebagai  `Pusat Islam` (4 Januari 2002) hingga kini.
Banyak objektif digariskan sebagai fungsi Pusat Islam, ianya tentulah bagi tempat ibadat dan meyampaikan pengajaran melalui masjid. Mengadakan sambutan-sambutan perayaan dan hari-hari kebesaran Islam, merancang dan membina kurikulum bagi bidang-bidang keilmuan Islam yang digunakan bagi pengajaran.
Terdapat unit-unit khusus di Masjid UKM seperti Unit Dakwah dan Penerbitan, aktiviti pelajar, Unit Helwa dan Unit Pengimarahan Masjid dan terdapat Kelab Sahabat Masjid.
Masjid juga terlibat dengan kegiatan luar seperti bimbingan di surau-surau.
Masjid mempunyai kewangan sendiri bagi menjalankan pentadbiran. Kewangan disalurkan melalui Canselori. Di samping itu pihak masjid mendapat peruntukan dari JAIS, JAWI dan derma orang ramai. Kewangan masjid agak mantap dan dapat mengadakan kegiatan kebajikan dan  kemasyarakatan.
Masjid menaungi surau-surau yang ada di kolej-kolej dan surau perumahan pekerja.
Masjid UKM juga terlibat dengan penyediaan surau dan tempat solat Juma`at di Kampus Perubatan  UKM, Cheras. Beliau menyebut pihak UKM sedang merancang membina Masjid di Kampus Perubatan dan usaha mendapat tapak  di dalam perancangan, Ini bagi memudahkan  kakitangan dan mereka yang datang beribadat.
Prof. Dr. Amran mengulas kertaskerja  dengan meyebut banyak maklumat daripada kertaskerja dan banyak dari kegiatan yang dijalankan di Masjid UKM dapat dijadiklan contoh,  Modul-modul pengajaran di Masjid UKM dapat digunakan di Masjid Al-Umm.
Pada akhir sesi diadakan perbincangan antaranya mengenai,kebebasan dari segi menyediakan teks khutbah, piawayan imam dan guru, kerasama antara Masjid UKM dengan Masjid Al-Umm, kaedah pengajian cepat dan sebagainya.
Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.
Sekian.

September 29, 2018

BARANG BAIK DIDATANGI, JIKA BURUK ORANG JAUHI


BARANG BAIK DIDATANGI, JIKA BURUK ORANG JAUHI
(Fikrah Bangi: 11):
BBB, 19 Muharram 1440H. = 29 September 2018M. (Sabtu):
Demikianlah ibarat kepada  Umno kini. Pengumuman Dato` Sei Zahid Hamidi Presiden Umno,bahawa parti Umno mengambil pendekatan untuk menubuhkan  `Keranjaan Perpaduan`  yang terdiri antaranya dari parti yang memerintah. Pengumuman ini agak mengejutkan dan timbul pertanyaan, apakah releven kenyataan ini dikeluarkan sekarang  ?  Ini memandangkan Umno sekarang di dalam keadaan lemah dan menghadapi berbagai-bagai masalah. Jadi dalam keadaan lemah ini dan tiada kekuasaan, tiada parti mau mendekati, bahkan ada yang bertindak melarikan diri darinya. Sebagai contoh satu demi satu pemimpin-pemimpin parti berkenaan bertindak keluar parti. Sebaliknya jika sesebuah parti itu baik, lebih-lebih lagi jika mempunyai kekuasaan orang berlumba-lumba mendekatinya, mau menjadi ahli atau menjadi pemimpin, kerana jika mendapat peluang berkenaan banyak faedah dan kesempatan yang bakal didapati. Lihatlah PKR, ramai yang mencari peluang menjadi ahli dan menjadi pimimpin. Pemilihan parti menjadi kecoh dan perbalahan, kerana  masing-masing mau memastikan hak dan peluang tidak terlepas. Demikianlah dengan parti Bumiputera Bersatu, parti yang tidak jauh dari segi nama dan perjuangan dengan Umno – menekankan bumiputera dan ada unsur perkauman ini l bagi mengambilalih peranan Umno  tetap menjadi rebutan. Parti yang tidak teratur dari segi penyusunan itu sedang memperkemaskan diri bagi lebih  mendapat sokongan dari rakyat. Bila barang baik, ada kuasa dan peluang mendapat kedudukan dan pulangan orang berebut datang untuk mencari peluang.
Sebagai reaksi terhadap cadangan Dato` Seri Zahid Hamidi di atas, pihak Pakatan Harapan, membuat kenyataan, bahawa pihak PH tidak sekali-kali mau bersama Umno. Wan Azizah Timbalan Presiden PKR dalam satu kenyataan melalui media eloktronik pada 28.9.2018, ketika ditanya mengenai cadanga Dato` Seri Zahid Hamidi mau mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan parti pemerintah sekarang menyatakan bahawa, beliau tidak tahu menahu berkenaan perkara tersebut dan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.
Dalam kata lain, hasrat Presiden Umno lebih bersifat sebelah pihak, tidak  munasabah, tergesa-gesa dan kurang kena dengan masa. Ianya boleh diibaratkan sebagai kata pepatah. `Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong`.
Apa yang patut dalam keadaan sekarang Umno, harus memperbaiki diri  terlebih dahulu. Kita berpendapat masa yang diambil untuk bermuhasabah dan bertindak agak lewat, iaitu sesudah empat bulan berlalu, sesudah ahli gelisah dan setengahnya keluar parti, maka baru permasalahan mau dibincangkan di dalam Perhimpunan  Agung yang kini dalam perjalanan. Perhimpunan Luar Biasa  sepatutnya diadakan sebaik keputusan pilijanraya diketahui.
Perkara yang menbjadi prioriti ialah  mengusahakan pembersihan parti dari berbagai tuduhan, terutama yang melibatkan pemimpin terdahulu. Perlu diperjelas di antara tindakan individu dan parti. Pihak parti  jangan membelakangkan pendapat pemimpin vetreran yang berjasa terhadap parti, sehingga mereka tidak nerkecil hati. Mereka adalah aset bagi parti.
Perlu diingat di kalangan parti-parti yang memerintah juga ada perlumbaan mendapat dan memperkuat pengaruh, khususnya yang masih muda dan kurang dari ahli dan cawangan. Tokoh-tokoh penting dari Umno, sudah pastilah menjadi sasaran untuk menarik mereka menyertai parti masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan. Jadi tidak hairan dan berkemungkinan ada antara yang keluar parti dipujuk atau bertujuan untuk menyertai parti baru yang ada kekuasaan. Bagi ahli-ahli di dalam Umno, perlu disedarkan, bahawa mereka seharusnya kekal dan mempertahankan Umno baik di dalam masa senang dan susah.
Umno perlu mengadakan perubahan dari dalam dan luar dengan menampilkan  pendekatan dan imej baru yang meyakinkan. Perlu diingat pihak yang memerintah juga tidak kurang dari wujudnya elemen yang boleh membawa kepada perpecahan yang jika tidak dikawqal juga boleh membawa kepada keruntuhan.
Pihak Umno, dalam keadaan kini perlu mencari pendekatan yang boleh diyakini semua pihak. Umno perlu bangkit dengan pendekatan dan azam baru serta mempunyai slogan baru iaitu, ``Bangkit`.
Jika Umno berjaya dibaiki orang dekati, tetapi jika masih buruk imejnya orang jauhi.
Sekian.

September 28, 2018

MASJID DIPENUHI PELAJAR DAN IBU-BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN


MASJID DIPENUHI PELAJAR DAN IBU-BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN
(Fikrah Bangi – 10):
BBB, 17 Muharram 1440H. = 27 September 2018M. (Khamis):
Masjid pada petang ini dpenuhi pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan ibu bapa berjumlah 1,500 orang ditambah dengan jama`ah biasa. Perhimpunan dianjurkan oleh pihak PIBG Sekolah dan guru-guru bertujuan untuk mengadakan solat hajat, baca Yasin dan berdo`a kepada Allah menerangkan hati anak-anak dan memudahkan mereka menghadapi peperiksaan Tingkatan Tiga  (PIII) yang akan berlangsung  nulai 1 Oktober 2018 dan peperiksaan SPM mulai 13 November 2018 nanti.



Perhimpunan sedemikian juga diadakan oleh Tahfiz Ummah, ABIM pada petang tadi bagi pelajar-pelajarnya yang juga bakal menghadapi peperiksaan dengan dihadiri 800 pelajar dan ibu bapa. Sebelumnya pada 13 September perhimpunan bagi tujuan yang sama diadakan oleh pihak Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi dengan jumlah melebihi 1,000.
Majlis yang diadakan oleh Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi ini bermula dengan solat Maghrib, kemudian diikuti oleh Solat Hajat dibawah bimbingan guru sekolah iaitu Ustaz Solah, kemudian Baca Yasin di bawah pimpinan Imam Masjid  al-Umm Imam Rahmat dan do`a. Ustaz Rahmat juga memimpin solat `Isya` sebagaimana beliau juga memimpin solat Maghrib sebelumnya.
Selepas solat `Isya` Majlis ringkas bermula, dengan dua pelajar sekolah berkenaan membaca ayat-ayat Al-Qur`an iaitu Surah al-Fatihah dan Al-Inshirah (Alam nashrah) dengan seorang lagi pelajar menterjemahkannya, ia adalah bersesuaian sebagai tema majlis, iaitu memohon pertolongan dari Allah agar anak-anak diberi kelapangan dan ketenangan di dalam menghadapi peperiksaan.
Selepas itu ucapana ringkas disampaikan oleh Pengerusi Masjid Al-Umm. Beliau bersyukur kerana acara  solat hajat, baca Yasin dan do`a telah dapat dilaksanakan dan katanya kita ibu bapa guru dan para jama`ah mengiringi do`a restu dan memohon anak-anak kita berjaya di dalam pelajaran merekla kelak. Kata Pengerusi, ``Pihak masjid bekerjasama dan sentiasa mengalu-ngaluka pihak sekolah yang merupakan jiran terdekat kepada masjid mengadakan kegiatan-kegiatan di masjid. Masjid memang direkabentuk bagi kegiatan ibadat dan kegiatan keilmuan. Pengerusi memaklumkan selain dari ruang utama jama`ah dengan  sayap kanan dan kiri serta ruang legar yang kita semua berada, masjid menyediakan dua bilik seminar, dua bilik kuliah pada bahagian atas dan sebuah ruang konvensyen bagi jumlah yang lebih ramai di bahagian bawah – Tingkat bawah tanah. Pihak sekolah  dan orang ramai boleh menggunakan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan pengajian dengan sedikit bayaran.



Pengerusi juga memaklumkan masjid bukanb saja menyediakan ruang, tetapi juga pengajian yang dapat diikuti para jama`ah, ibu bapa dan pelajar-pelajar. Setiap hari, kecuali petang Khamis malam Juma`at diadakan pengajaran berbagai keilmuan  antara waktu maghrib dan `Isya`. Pengajian juga di adakan pada waktu pagi ialah kelas Al-Qur`an, petang dan hari minggu diadakan pengajian seperti bahasa `Arab, fiqh, tarannum dan sebagainya. Pada setiap bulan diadakan Seminar Bulanan bersifat akademik. Untuk bulan ini diadakan seminar mengenai Kegiatan Masjid UKM yang dibentangkan oleh Pengarah Pusat Islam UKM Prof. Madya Dr. Abdul Rahman. Orang ramai dialu-alukan menyertai  semua kegiatan keilmuan di Masjid Al-Umm. Pengerusi juga mengalu-ngalukan siapa yang ingin menderma kepada pihak  masjid bagi melunaskan baki hutang  yang masih tertonggak.
Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi En. Norsham dan juga bagi pihak Pengetua Srkolah Puan Norlaila mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid, kerana membenarkan pihak Sekolah menggunakan kemudahan yang ada di Masjid Al-Umm, bukan saja pada hari ini, tetapi kegiatan-kegiatan yang lain. Dalam ucapan ringkasnya itu beliau berpesan tiga perkara klepada pelajar,iaitu pandai mengurus waktu dan menggunakannya sebik mungkin bagi pembelajaran, solat pada awal waktu dan bersungguh-sungguh berikhtiar, berdo`a dan bertawakkal kepada Allah. Beliau mengharap semua pelajar berjaya di dalam pelajaran dan selamat dunia dan akhirat.



Pada akhir ucapan pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi termasuk derma kepada masjid dan dibalas oleh pihak masjid dengan pemberian buku  `40 Tahun Bandar Baru Bangi` yang sebahagian darikandungannya ialah mengenai Masjid Al-Umm.
Majls diakhiri dengan jamuan di Ruang Legar Masjid yang disediakan oleh pihak sekolah.
Dido`akan kejayaan bagi semua pelajar.
Sekian.

September 27, 2018

KEKUASAAN DAN CABARAN


KEKUASAAN DAN CABARAN
(Fikrah Bangi: 9):
BBB, 17 Muharram 1440H. = 27 September 2018M. (Khamis):
Setelah merdeka 61 tahun, selama itu negara diperintah oleh satu pemerintahan yang pada permulaan dikenali dengan Perikatan dan kemudiannya selepas pembentukan Malaysia (1963) pemerintahan dikendalikan oleh sebuah parti yang keahliannya lebih besar yang dikenali dengan Barisan Nasional (BN). Pemerintahan ini berterusan sehingga kepada pilihanraya ke 14 (9 Mei, 2018).
Dalam tempoh 61 tahun sudah terbentuk suatu kekuasaan dan budaya yang dapat dikatakan ciri dan budaya ini sahaja yang mengorientasikan pandangan rakyat Malaysia.  Ada perubahan permulaan berlaku pada permulaan  2000 yang diakibatkan oleh pergolakan di dalam pemerintah BN yang dominan. Perubahan ini memakan masa  satu setengah dekad. Antaranya membawa perubahan kepada negeri Selangor, iaitu sebuah negeri yang termaju di Malaysia.
Pakatan Rakyat dapatlah dikatakan organisasi politik awal yang membawa perubahan terhadap dominan BN.  Permulaan berlaku pertukaran pemerintahan di Selangor pada 2008, termasuk di Perak buat seketika. Pada masa itu Pulau Pinang diperintah DAP dan Pas di Kelantan. Pakatan Rakyat sebenarnya adalah kerjasama antara pemimpin-pemimpin dari Pas seperti oleh Dato` Fadzil Noor dan Dato` Nik `Aziz, manakala dari PKR ialah Dato` Seri Anwar Ibrahim yang masanya banyak dihabiskan di dalam tahanan, tetapi digerakkan oleh Datin Seri Wan Azizah (isteri Dato` Seri Anwar Ibrahin), Tan Sri Khalid Ibrahim, saudara Azmin Ali dan beberapa yang lain lagi. Dan DAP yang diketuai oleh Lim Kit  Siang dan Karpal Singh.
Selangor sebagai negeri pembangkang bersama Pulau Pinang dan Kelantan menghadapi tekanan dari pemerintahan Pusat, tetapi oleh kerana, Selangor dan Pulau Pinang negeri yang kukuh dengan ekonomi dan lebih berdikari, Selangor menunjukkan prestasi pemeritahan yang baik di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Inrahim dan diteruskan oleh pimpinan saudara Azmin Ali sehingga PRU ke 14.
Pakatan Rakyat yang merupakan kerjasama politik dan pemerintahan antara PKR, PAS dan DAP berterusan hingga kepada menjelangnya pilihanraya ke 14 timbulnya perselisihan yang berlaku di dalam Pas sendiri yang melahirkan Amanah pada bulan Mei 2015. Tempat Pas di dalam Pakatan, diganti oleh Amanah. Selepas pergolakan di dalam Pas timbul jenama pakatan yang baru  yang dikenali dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya selain dari  PKR, Amanah ialah parti yang baru yang dikenali Parti Bumiputera Bersatu yang lebih dikenali Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pakatan ini dikenali dengan Pakatan Harapan.  Sedang Pas mengambil keputusan untuk bertanding di dalam Pilihanraya  ke 14 secara bersendirian.
Walaupun Pakatan Harapan dan Pas berlainan parti, tetapi mereka disatukan dari segi pembangkang dan mendepani isu yang sama. Antara Isu yang sama didepani oleh pembangkang pada masa itu, ialah masalah GST dan kenaikan harga barangan di bawah BN. Kebencian rakyat terhadap BN memuncak. Ini dapat dibuktikan dengan keputusan pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018). Namun terjadi perbezaan pola kekuasaan politik dalam mana kebencian terhadap BN di negeri-negeri yang selama ini di bawah pengaruh Pas diterjemahkan kepada pemberian kemenangan kepada Pas seperti di Kelantan, Terengganu dan hampir mengusai Kedah, manakala Pakatan Harapan  menguasai majoriti di negeri-negeri yang lain, kecuali  Pahang dan Perlis masih dikuasai BN, manakala di Sabah yang juga cenderung kepada kerjasama dengan PH dikuasai Warisan.
Sesungguhnya setelah lebih dari setengah abad negara Malaysia merdeka diperintah oleh BN, maka negara bertukar kepada PH. Adalah wajar bagi memberi peluang rakyat mengalami kelainan pemerintahan dan pendekatan baru yang mungkin lebih baik dari sebelumnya. Satu yang nyata di bawah PH, bahawa pola kaum tidak diberi penekanan. Mereka dilihat sebagai rakyat Malaysia yang seharusnya bersatu.
Namun di dalam keghairahan menerima perubahan dan harapan baru di dalam apa yang diistilahkan sebagai Malaysia Baru banyak permasalahan yang selama ini tidak disedari muncul dan perlu di atasi. Masalah-masalah seperti hutang negara yang disebut oleh Dr. Mahathir mencecah  RM trilion, kepincangan dalam pentadbiran, inflasi dan kenaikan harga yang sukar diturunkan dan rasuah yang selama ini tidak disedari. Kini pembersihan dari penyelewengan sedang dilakukan.
Namun kita bimbang, harapan kepada pembaharuan dan kemajuan terencat, lantaran ketiadaan peruntukan oleh hutang negara yang begitu besar, perancangan yang bergantung  pada kewangan terganggu dan sebahagian dari masa yang berharga tertumpu pada pembersihan.
Sekian.

September 26, 2018

PD: PERCATURAN POLITIK DATO` SERI ANWAR IBRAHIM


PD: PERCATURAN POLITIK DATO` SERI ANWAR IBRAHIM
(Fikrah Bangi: 8):
BBB, 16 Muharram 1440H. = 26 September 2018M. (Rabu):
Sejak Dato` Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan selepas PH menang pilihanra pada 9 Mei 2018 beliau masih belum diberi jawatan tetap di dalam pemerintahan negara. Kedudukan beliau sebenarnya makin kukuh setelah dilantik sebagai Presiden bagi partiKeadilan Rakyat (PKR) yang merupakan parti terkuat dan terbanyak kerusi di dalam PH, kerajaan yang memerintah sekarang. Dengan jawatannya sebagai Presiden PKR, banyak masa yang boleh diberi bagi mengukuhkan PKR dan juga PH. Beliau berhak memberi nasihat dan cadangan bukan saja bagi PKR, PH, bahkan kepada pemerintahan negara. Tetapi bercakap dari luar tidak sama dari segi autoriti berada di dalam tampuk pemerintahan.
Dato` Seri Anwar memang dijanji oleh Tun Dr. Mahathir orang bakal mengambil alih pemerintahan selepas Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tetapi bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri, jika bukan dari ahli Parlimen yang mempunyai kerusi. Jika berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri, beliau tidak boleh dilantik secara terus, sebaliknya mesti melalui proses pilihanraya kecil, sekurang-kurang bertanding di kawasan yang dikosoingkan oleh Dr. Mahathir, tetapi ini memerlukan masa yang panjang. Dalam masa yang panjang ini berbagai perkara boleh berlaku. Jika Dato` Seri Wan Azizah yang menjadi Timbalan Perdana Menteri naik menjadi Perdana Menteri, maka tidak sesuai seorang Presiden mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun pertukaran boleh berlaku, tetapi memakan masa. Lebih dari itu adalah tidak manis dikatakan `Pemerintahan Negara dimonopoli oleh satu keluarga.`. Ingat anak beliau – Nor Izzah ahli Parlimen Permatang Pauh. Nor Izzah pernah  menyatakan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan di dalam kabinet. Mungkin sebenarnya untuk mengelak dari terjadi negara diperintah oleh anak beranak. Biarlah ibu bapa berada di hadapan terlebih dahulu. Masa depan baginya masih panjang.
Untuk mengatasi masalah tidak berkerusi bagi Perdana Menteri dalam persediaan, maka wajar bagi Dato` Seri Anwar mempunyai kerusi Parlimen. Perkara ini dijangka, tetapi adalah dijangka yang wajar mengosongkan kerusi ialah sama ada Dato` Seri Wan Azizah di Pandan atau No Izzah di Permatang Pauh. Dengan cara ini dipandang lebih manis dan tidak mementingkan keluarga sendiri. Tatapi Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri yang nampaknya sebok dan giat dengan tugasnya, khususnya berhubung dengan wanita, tidak tercetus darinya untuk mengosongkan kerusinya bagi memberi ruang  dan peluang kepada Dato` Seri Anwar. Kalau dikosongkan adalah dilihat lebih tertib, Dato` Seri Anwar bertanding di Pandan dan mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri di samping persediaan bagi mengambil Jawatan Perdana Menteri bila kekosongan.
Penarikan diri Dato` Danyal Balagopal Abdullah dari kerusi Parlimen Port Dickson dilihat oleh satu pihak, terutama dari PKR sebagai satu pengorbanan ahli terhadap Presiden, tetapi pihak yang lain melihat sebagai tidak wajar. Langkah PD ini dilihat sebagai nementingkan diri, kehendak perseorangan dan membelakangkan kewajaran, kerana mementingkan keduidukan keluarga sehingga mengorbankan hak ahli Parlimen PD itu. Langkah PD dilihat sebagai mencalarkan imej Dato` Seri Anwar. Beliau tidak mempelajari `Langkah Kajang` yang dilakukan oleh Wan Azizah dulu yang disifatkan sebagai gagal. Langkah PD dilihat tidak perlu, membazir dan membuang waktu. Pemimpin seperti Dato` Seri Zahid Hamidi Presiden Umno dan  Dato` Nik Amar Abdullah Naib Presiden Pas tidak menyenangi dengan tindakan Anwar. Bahkan mutakhir Umno memboikot dari meletakkan calon bertanding di PD, demikian juga Pas nampaknya bersikap, ``Biarlah Anwar dengan kehendak dan sikapnya !` Tindakan dua parti pembangkang utama memboikot dari menyertai pilihanraya menjadikan pilihanraya PD, walaupun ada yang bertanding melawan Dato` Seri Anwar dari Parti Rakyat, dari pemimpin NGO dan orang perseorangan, tetapi sudah pasti pilihanraya berkenaan tidak menarik, bahkan dilihat pilihanraya `Kehendak Orang Perseorangan` yang memaksa SPR yang sepatutnya tidak perlu mengadakan pilihanraya, terpaksa mengadakan pilihanraya.
Adalah dijangka Anwar akan mendapat kemenangan mudah, tetapi tidak bermaruah !.
Sekian.

September 25, 2018

GUGATAN TERHADAP PAS


GUGATAN TERHADAP PAS
(Fikrah Bangi – 7)
BBB, 15 Muharram 1440H. = 25 September 2018M. (Selasa):
Sebagaimana Pas pernah menghadapi perpecahan satu masa dulu di Kelantan hingga melahirkan Berjasa, maka demikianlah sebelum pilihanraya ke 14, Pas sekali lagi menghadapai gugatan yang menyebabkan berlakunya perpecahan yang melahirkan Amanah.
Menurut YB Salahuddin Ayob, Timbalan Presiden Amanah  dalam satu wawancara media letronik pada malam 23 September 2018, bahawa dalam Muktamar Pas ke 15 berlaku perselisihan antara kelompok yang boleh disifatkan radikal. Sebagai jalan keluar mereka berpisah dari Pas dan menubuhkan parti Amanah yang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Sabusebagai Presiden dan Timbalannya Haji Salahuddin Ayob. Menurut Haji Salahuddin, ``Memanglah kami merasa amat kerdil pada masa itu, tetapi secara kebetulan Dr. Mahathir dari parti Bumiputera Bersatu dalam usaha bersama dengan parti yang lain, khususnya Parti Keadilan Rakyat dan DAP bagi menubuhkan apa yang dikenali kemudian sebagai `Pakatan Harapan`. Ini bagi bertanding dalam pilihanraya bagi menentang BN, khususnya Umno. Pas sebenarnya antara parti yang dipujuk menyertai sama  Pakatan Harapan.  Pas  enggan, oleh kerana tidak setuju dengan sikap DAP yang sama merunding menubuhkan Pakatan Harapan` sering menkritik  Pas dan banyak polisinya bercanggah dengan Pas. Apa lagi pada masa itu Amanah turut sama di dalam Pakatan Harapan, Amanah dianggap tidak amanah – pengkhianat  dan belok terhadap Pas. Adalah tidak wajar bagi Pas bersama dengan parti berkenaan di dalam Pakatan Harapan.
Menjelang pilihanraya sentimen membenci BN mnemuncak. Antara isu yang penting ialah GST yang mebebankan rakyat dan berbagai isu yang lain. Adalah di luar dugaan dari sikap anti BN yang memuncak dan kesedaran dari generasi baru, terutama golongan muda membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan. Pas juga yang bertanding secara bersendirian juga sama bermanfaat dari isu kebencian terhadap BN. Rakyat di beberapa negeri majoriti Melayu dan kuat dengan pegangan Islam membuat pilihan terhadap Pas. Lantaran itu dalam pilihanraya ke 14 ini Pas menguasai Kelantan, Terengganu dan hampir menguasai Kedah. Tetapi di negeri-negeri yang  dimenangi PH yang dulu Pas bersama dalam  Pakatan Rakyat  bagi pilihanraya 12 dan 13 turut memenangi kerusi, kini hampir tidak dimenangi Pas. Contoh di Selangor (hanya satu kerusi dari 15 yang pernah dimenangi), begitu juga dengan Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tiada kerusi dimenangi Pas. Antara faktor tiada  kerusi dimenangi Pas, oleh kerana tiada kerjasama dengan parti-parti yang didukung  oleh bukan Islam  dan akibatnya rakyat bukan Islam tidak memberi undi kepada Pas sebagaimana sebelumnya.
Di dalam meneruskan perjuangan pada masa hadapan Pas menghadapi dilema.
Perjuangan berdasarkan Islam di dalam PH sekarang diwakili oleh Amanah berada pada pihak pemerintah. Pas digugat oleh Amanah yang turut berada pada tampuk kekuasaan.  Beberapa orang dari pimpinan Amanah menjadi Menteri seperti Mat Sabu Menteri Pertahanan, Salahuddin Ayob Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dr. Mujahid Yusof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam (JAKIM) dan Dr. Zulkifli Ahmad menjadi Menteri Kesihatan, di samping beberapa orang menjadi Timbakan Menteri. Kuasa yang ada pada Amanah akan digunakan bagi memperkembangkan Amanah yang menurut Salahuddin Ayob ``Amanah memperjuangkan, ``Islam Progresif`. Dalam kata lain mereka memandang Pas tidak progresif atau dalam kata lain `jumud`.
Amanah bukan saja akan memperkembangkan pengaruh dan pendekatan progresifnya di negeri-negeri yang tidak dikuasai Pas, tetapi juga di negeri-negeri yang dikuasai Pas. Setakat ini belum diketahui apakah konsep Islam progresifnya, selain dari konsep `Islam Rahmatan li al-`alamin`. Pas mesti menentang PH, khususnya Amanah dari segi ideologi dan mendapat pengaruh sokongan rakyat yang menurut Salahuddin Amanah akan menggembeling tenaga bagi mendapat sokongan 500,000 ahli menjelang  pilihanraya ke 15. Pas sudah pasti berusaha mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai, tetapi dalam masa yang sama mesti menggerakkan usaha bagi mendapat sokongan dari negeri-negeri yang tidak dikuasainya kini. Tetapi dilemanya Pas adalah bersendirian. Dia mesti mendapat rakan parti gandingan yang mampu sama mendapat sokongan, khususnya  dari yang bukan Islam seperti pernah dimenangi pada pilihanraya ke 12 dan 13.
Dalam keadaan Umno tenat sekarang, adalah tidak menguntungkan Pas jika bersama Umno, kecuali berlaku perubahan besar di dalam Umno. Pas mesti mencari alternatif mendapat rakan yang dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia. Pas mesti pecahkan persoalan ini, kalau tidak kemungkinan Pas akan lebih merosot, andainya Amanah berjaya menampilkan gagasan Islam Progresifnya yang meyakinkan rakyat. Dalam keadaan sekarang,  tanpa rakan Pas hanya berpeluang memperbaiki kedudukan jika PH gagal dan gagasan Islam progresif Amanah ditolak rakyat.
Sekian.

September 24, 2018

PEMILIHAN CABANG PKR KECOH: APA MAKNANYA ?


PEMILIHAN CABANG PKR KECOH:  APA MAKNANYA ?
(Fikrah Bangi – 6):
BBB, 14 Muharram 1440H. = 24 September 2018M. (Isnin):
Kita membaca berita-berita pada pagi minggu, antaranya:
``Pemilihan PKR Cabang Padang Serai kecoh.`` (Sinar, 23 September 2018, hlm. 6).
Dan proses pemilihan ditangguh !
``9 cabang  PKR Kedah tangguh pemilihan.`` (Mingguan Malaysia, 23.9.2018, hlm. 3).
Ahli gesa guna undi manual.
``Gangguan e-undi punca kekecohan dua negeri.`` (Berita Harian, 23.9.2018, hlm. 8).
``Pemilihan PKR  Perak- Perlis ditangguh.``
``E-undi timbulkan masalah.``
``Keputusan PKR Kedah dibatal.`` (BH: 9).
Apa makna semuanya ini ?
Banyak tafsiran yang dapat diberi.
Bahawa PKR sebagai parti popular  dan dominan di dalam PH menjadi rebutan rakyat untuk menjadi ahli. Perebutan juga berlaku untuk menjadi pemimpin pada peringkat cabang, negeri dan pusat. Pada peringkat pusat berlaku perebutan dan pertandingan bagi merebut jawatan  Timbalan Presiden antara Rafizi dan Azmin.
Berpeluang menjadi pemimpin baik pada peringkat cabang, negeri dan Pusat bererti berpeluang mendapat bukan saja jawatan di dalam parti, tetapi juga di dalam pemerintahan. Bukankah ramai dari mereka menjadi menteri, timbalan menteri, menteri besar dan berbagai-bagai kedudukan yang lain. Ini semua akan menjamin kedudukan sekurang-kurangnya dari segi jawatan dan pendapatan.
Demikianlah lumrah bagi parti apa pun. Pada masa parti lemah dan tidak berkedudukan, tidak ramai yang mau menganggotai parti. Tidak ada yang berebut  untuk menjadi calon dan diketahui jika bertanding dalam piulihanraya, jangankan untuk  menang, sebaliknya hilang wang deposit. PKR sedang popular, lantaran itu ianya menjadi rebutan.
PKR sendiri disamping berlomba-lomba bagi menjadi parti pilihan bukan saja dengan parti lawan, seperti Umno dan BN, tetapi adalah berlomba-lomba mengatasi parti-parti di dalam pakatan sendiri. Kedudukan PKR sebagai parti dominan akan memberi kekuasaan lebih kepada parti. PKR tentu mau kekal dominan berbanding dengan Parti Bumiputra Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Mahathir, juga terhadap Amanah parti yang agak muda dan masih kurang pengalaman. Anwar tidak sabar bertanding di PD berstrategi yang mengetuai PKR bagi mengukuhkan kedudukannya dan melayakkannya menjadi Perdana Menteri.
Kekecohan yang berlaku di dalam pemilihan pada beberapa negeri,  bahawa PKR sebagai parti popular dan pilihan utama mau menunjukkan kepada rakyat dan parti-parti yang lain, bahawa ia adalah kedepan dengan menggunakan teknologi baru, iaitu e-undi, sedangkan parti-parti lain ,masih belum mau menggunakan kaedah sedemikian. Walaupun kekecohan berlaku dan dicadangkan kembali menggunakan kaedah manual, tetapi ianya akan dilakukan  pembaikan.
Pemilihan terhadap pimpinan dilakukan pada peringkat grass-root dan ke atas, PKR mau menunjukkan, bahawa parti itu mau menggunakan kaedah yang difikirkan memberi keadilan kepada semua pihak di dalam membuat pemilihan dan keadilan juga terhadap pemimpin-pemimpin yang menjadi pilihan, lantaran pemilihan bersifat nmenyeluruh dan melibatkan semua keahlian parti.
Namun kaedah ini dari satu segi dilihat akan menyeret ahli dan pemimpin, bahkan rakyat  sebok sepanjang masa berpolitik pada setiap peringkat dan mengganggu pentadbiran. Bilakah masa suasana pentadbiran tenang dan ditumpukan kepada pembangunan ? Pada satu pihak, orang-orang parti menjadi penentu, pengganggu, bahkan menjadi samseng dalam pentadbiran dan kekuasaan. Ianya mengganggu ketenteraman rakyat.
Dari satu segi kaedah yang digunakan oleh DAP, iaitu parti tidak perlu kepada penubuhan cabang,  ranting dan sebagainya. Rakyat sebenarnya sudah bijak dan diberi kepercayaan, mereka tahu perjuangan parti tertentu, mana-mana tokoh yang diajukan kepada mereka untuk dipilih, mereka membuat pilihan. Lantaran itu politik tidak mengganggu ketenteraman dan banyak masa untuk pembangunan dan rakyat tenteram !
Sekian.

September 23, 2018

PILIHANRAYA BAGI MENEGAKKAN DEMOKRAAI : SURUHANJAYA PERLU BERINTEGRITI


PILIHANRAYA BAGI MENEGAKKAN  DEMOKRASI: SURUHANJAYA PERLU BERINTEGRITI
(Fikrah Bangi – 5):
BBB, 13 Muharram, 1440H. = 23 September 2018M. (Ahad):
Pilihanraya adalah dianggap cara terbaik dalam sistem demokrasi bagi memilih pimpinan sesebuah negara.  Negara kita telah memilih sistem ini sejak merdeka. Pada dasarnya berjalan dengan baik, tetapi kaedah perlaksanaannya berbagai dan ada ruang bagi memperbaikinya. Bagi melaksanakan pilihanraya ada Suruhanjaya dilantik dan pada 21 September  2018 lepas pihak Ketua  Setiausaha Negara telah melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Negera yang baru, iaitu En. Azhar Azizan (56) sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Negara. Beliau adalah berpengalaman di dalam bidang undang-undang  dan sarjana di dalam bidang berkenaan yang lulus dari Fakulti Undang-Undang Universitri Malaya dan dari Universiti London. Tahniah untuk permulaan.
Sebagai institusi penting di dalam memlih kepimpinan negara, maka adalah diharapkan badan ini berwibawa dan mempunyai kebebasan tanpa kongkongan oleh pemerintah dan parti politik antaranya diharapkan badan ini secara terus berada di bawah parlimen dan perlantikan pengerusinya dilulus parlimen dan dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.
Rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur 21 tahun ke atas berhak mengundi atas dasar setiap orang  satu undi.  Ada desakan seperti dari Pemuda PH agar diturunkan umur bagi kelayakan mengundi kepada 18 tahun. Ada kewajaran, tetapi perlu kepada perbincangan yang  lebih mendalam dengan melihat kepada kewajaran dan implikasinya.
`Undi Pos` Istilah ini tidak sesuai perlu ditukar kepada `Undi Kritikal` perlu diketatkan, hanya kepada yang benar-benar bertugas dan tidak melibatkan keluargadan seluruh institusi.
Bagi calon yang mau bertanding adalah dicadangkan seorang yang mempunyai kesihatan yang baik yang perlu mendapat pengesahan dari doktor perubatan yang bertauliah selain dari bebas dari kes jenayah. Adalah wajar seorang calon tidak boleh bertanding pada satu masalebih dari satu kerusi sama ada pada peringkat DUN atau Parlimen bagi mempastikan calon yang menang dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.
Setiap calon yang menang, ditegah sama sekali dari meletakkan jawatan, kecuali sebab kesihatan atau terlibat dengan jenayah, jika diletak jawatan, misalnya bagi memberi ruang calon lain bertanding, maka ianya hendaklah didenda berdasarkan kos bagi menjalankan pilihanraya – denda adalah dua kali ganda jumlahnya atau jumlah yang difikirkan setempal. Ini bagi mengelak dari  berlaku perletakan jawatan secara sewenang-wenang.
Begitu juga bagi menjaga prestasi calon yang dipilih, wajar difikirkan tempoh maksimum bagi seorang calon yang menang hendaklah tidak melebihi tiga penggal. Bagi yang kalah lebih tiga kali wajar juga ditegah dari bertanding,
Begitu juga sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara pendukung demokrasi seperti Amerika bahkan Indonesia, wajar dihadkan tempoh menjadi Presiden atau Perdana Menteri hanya dihadkan kepada dua penggal sahaja,
Jika pemerintahan adalah berdasarkan kepada pemilihan dari rakyat, adalah wajar di negara kita hanya ada Dewan Rakyat yang dipilih rakyat dan tidak perlu kepada Dewan Negara yang didasarkan kepada lantikan. Dengan ini bolehmenepati mereka yang memimpin  adalah dari kalangan yang dipilih rakyat. Dengan demikian boleh menyelamatkan peruntukan dan dapat mengelak dari karenah yang tidak demokratik.
Melalui sistem demokrasi adalah wajar pihak pembangkang yang menang, tetapi tidak dapat memerintah, kerana tidak mendapat majoriti diberi hak secara adil, bahawa pihak pembangkang, terutama ketua pembangkan dan timbalan wajar diberi kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri yang tugasnya mengurus kepentingan pihak yang menang dan tidak dapat memerintah. Mereka diberi penghormatan dengan ada pejabat  dan kemudahan-kemudahan yang selayaknya. Kemudahan yang diberi hendaklah berdasarkan peratus kemenangan mereka dan untuk diberi hak misalnya mestilah mendapat sokongan (menang) tidak kurang dari 10% undi. Makin besar undi dan kerusi yang dimenangi, makin ramai berhak mendapat kedudukan.
Adalah wajar diberi pertimbangan, bahawa calon Perdana Menteri atau Presiden Negara boleh ditandingi bukan saja dari wakil parti, tetapi tokoh berwibawa yang bebas dan berintegriti. Calon dipilih secara langsung oleh rakyat dan mengatasi pengaruh politik. Pemilihan calon sedemikian hendaklah diluluskan oleh badan berwibawa dan tidak dibenarkan manayang tidak berkelayakan.
Kita mau Suruhanjaya Pilihanraya dan pemimpin  kita berwibawa., berintegriti dan dihormati.
Sekian.

September 22, 2018

PAKATAN HARAPAN MENANG HASIL DARI KEMARAHAN RAKYAT !


PAKATAN HARAPAN MENANG HASIL DARI KEMARAHAN RAKYAT !
(Fikrah Bangi – 4):
BBB, 11 Safar 1440H. = 21 September 2018M. (Juma`at):
Setelah 13 kali pilihanraya, maka pilihanraya kali ke 14 adalah paling mengejut dan di luar dari jangkaan. Pada jangkaan BN akan terus menang dan memerintah, walaupun dijangka majoritinya berkurangan. Namun pengumuman yang dibuat hasil dari keputusan pilihanya ke 14, pada 10 Mei 2018 itu menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah iaitu BN kehilangan majoriti dan kalah kepada Pakatan Harapan (nama parti ini masih belum popular pada masa itu).
Daripada keputusan menunjukkan  kerusi yang dimenangi pada masa itu  ialah:
Barisan Nasional         79
PKR                              113
Pas                                 18
Warisan                           8
Star                                   1
Bebas                               3
Dalam Pakatan harapan (menggunakan lambang PKR)  parti yang paling tinggi dan dominan ialah PKR, tetapi Perdana Menteri yang dipilih secara kompromi dan ada janji  bukan dari PKR.
Kemenangan PH adalah hasil dari kemarahan rakyat terhadap BN yang perit dengan GST, kenaikan harga barang berterusan dan harga rumah di luar dari kemampuan. Fokus kemarahan ialah terhadap Perdana Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak. Penyebaran maklumat yang membawa kemenangan kepada PH ialah antaranya dengan menggunakan media baru – internet adalah mekanisme utama memberi kemenangan kepada PH. PH juga mendapat dokongan dari kalangan generasi muda. Kini PH telah mengagihkan jawatan-jawatan dari Menteri kepada Timbalan Menteri dan yang lain-lain kepada mereka yang terpilih. Setengah daripada mereka  tergamam dan kekok dalam menjalankan tugas pada peringkat permulaan. Ada yang berpendapat kemenangan PH akibat dari kata pepatah, ``Marahkan nyamuk, bakar kelambu.`` Bermaksud kerana marahkan Najib, maka semua ditolak dan ada setengah meluahkan kekesalan.
Dalam tempoh empat bulan kata Presiden Pas Dato` Seri Abdul Hadi Awang, ``Pemerintahan PH lebih teruk dari BN memerintah 61 tahun !``
Sebagai bukti pola cukai GST, masih diikuti, cuma diubah nama dan peratus percukaian dengan satu jumlah barang-barang yang dikecualikan cukai. Tidak adakah pakar ekonomi yang kreatif dan genius yang dapat menampilkan kaedah cukai yang berlainan dari pola GST yang menyenangkan rakyat ? Adalah dijangkakan beban cukai SST yang  seperti GST  berterusan dan sememangnya harga barang-barang sedang naik dan rakyat makin menderita dan amat terbeban.
Sebenarnya PH sedang menghimpun kemarahan rakyat yang kalau tidak terkendali akan menjadi bom jangka yang akan memusnahkan PH. Lihatlah:
Belum cukup tempoh 100 hari memerintah, PH mengaku tidak dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan dan Dr. Mahathir berharap janji-janji berkenaan dapat di review kembali.
Mazlee Malik Menteri Pelajaran yang tidak berpengalaman membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan rakyat, dengan kenyataan mau mengiktiraf  kelulusan dari Taiwan, Beliau juga tidak peka,  sebagai Menteri Pelajaran menerima perlantikan sebagai Presiden bagi UIAM, sepatutnya beliau tidak menerima, Ia mendiskriminasikan dari segi kedudukannya bagi universiti-universiti yang lain di Malaysia. Walaupun beliau dikecam dan ada pelajar-pelajar yang menunjuk perasaan, beliau nampaknya masih tidak mau berundur.
Orang Melayu amat sensitif dengan institusi Felda dan Mara. Ada percubaan untuk memecahkan kedua-dua institusi berkenaan, tetapi mendapat tentangan hebat dan terpaksa dihentikan, buat sementara ?
Satu lagi institusi yang amat sensitif bagi umat Islam yang dianggap institusi itu berjaya selama ini, ialah percubaan untuk mengubah JAKIM. Namun mendapat tentangan hebat dan terpaksa ditarik balik dan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengendalikan JAKIM yang pada permulaannya menteri berkenaan membuat kenyataan beberapa perkara yang menyakitkan hati umat Islam. Menteri yang mempopularkan pendekatan Islamnya dengan konsep `Rahmatan lil `alamin` itu  kini lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan.``
Penarikan balik beberapa projek yang memberi faedah kepada rakyat seperti Projek Keretapi laju ke Pantai Timur  mendukacitakan rakyat. Ia ibarat hukuman terhadap penduduk Pahang, Terengganu dan Kelantan yang tidak menyokong PH.
Dato` Seri Anwar Ibrahim yang parti PKR mempunyai kerusi terbanyak dan mempunyai pengaruh terbesar di dalam PH, nampaknya tidak sabar-sabar untuk menduduki kerusi Perdana Menteri hingga sanggup bertanding pada kerusi yang sepatutnya tidak sengaja dikosongkan. Banyak pihak berpendapat cara `Langkah PD`  tidak wajar dilakukan. Cara ini pernah dilakukan pada `Langkah Kajang` oleh Wan Azizah. Mungkinkah Langkah PD tidak sampai kepada maksud seperti Langkah Kajang  dulu ?  Kita bersetuju dengan cadangan agar sesiapa yang mengosongkan kerusi yang diberi mandat rakyat hendaklah didenda berganda berdasarkan kos bagi mengendalikan pilihanraya bagi kerusi dikosongkan.
Sebenarnya PH sekarang sedang menghimpun bara-bara api kemarahan rakyat, termasuk kes Lim Guan Eng yang banyak pihak terkejut dengan keputusan buang kesnya. Api-api kemarahan rakyat terus bertambah, jika tidak dipadamkan dengan bijaksana. Tiba masanya akan meledak sebagaimana pernah meledak terhadap Dr. Mahathir sendiri berhubung dengan kes Dato` Seri Anwar dulu dan kini ledakan itu berlaku terhadap Dato` Seri Najib !
Sekian.

September 21, 2018

PAS PERLU TELITI DALAM MEMILIH STRATEGI


PAS PERLU TELITI DALAM MEMILIH  STRATEGI
(Fikrah Bangi – 3)
BBB, 20 September 2018M. = 10 Muharram 1440H. (Khamis):
Melihat kepada kedudukan Umno  yang makin kecamuk dengan keluar parti – terakhir kemelut dua tokoh penting, iaitu Dato` Seri Mustapa  Mohamad  dan Tan Seri Anipah Aman dan dijangka ramai lagi akan keluar dari UMNO dan mengingati bahawa makin intimnya Umno dengan Pas  sehingga  hadirnya Dato` Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno ke Muktamar Pas pada pertengahan September lepas di Kuala Terengganu menimbulkan tanda tanya dalam minda, apakah Pas sanggup menerima risiko dari bahana keruntuhan yang sedang berlaku di dalam Umno ?
Kemelut yang berlaku di dalam Umno dan antara sebab yang membawa kepada keluarnya Tokpa (panggilan mesra kepada Dato` Seri Mustapa) ialah kerana dikatakan  tidak bersetuju dengan usaha ke arah kerjasama antara Umno dan Pas. Selama 40 tahun beliau berjuang dalam Umno dan sebahagian besar dari masanya ditumpukan untuk membina Umno di Kelantan. Ironinya kini Umno bekerjasama dengan Pas yang memungkinkan ke arah penggabungan. Bagi pihak Pas, walaupun perwakilan cenderung kepada memberi laluan (tidak semestinya bersetuju ?) ke arah penggabungan, tetapi perlu dilihat kepada pendukung-pendukung Pas dari kalangan grassroot sebahagian daripada mereka tidak menyetujui cadangan untuk bergabung, bahkan sebahagian daripada mereka tidak setuju, walaupun pada tahap kerjasama. Apa lagi mengingatkan kepada ungkapan-ungkapan pemimpim Pas pada masa lepas, bahawa tidak mungkin berlaku `kerjasama apa lagi penggabungan antara Pas dengan Umno`.
Namun pengalaman mengajar Pas, bahawa kesan dari perpecahan dalam Pas yang melahirkan  Amanah, bahawa Pas kehilangan sebahagian besar kepimpinan yang bermutu dan Pas terpinggir sebagai sebuah parti yang berjuang bersendirian dalam pilihanraya ke 14. Walaupun Pas dapat bertapak kukuh seperti di Kelantan dan Terengganu, juga di Kedah, walaupun tidak dapat memerintah, tetapi Pas kehilangan medan perjuangan di tengah masyarakat majmuk. Kerusi-kerusi yang pernah dimenangi di negeri-negeri bersifat majmuk hilang dari kekuasaan, termasuklah di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Jika dengan keadaan bersendirian seperti sekarang, pola pengaruh Pas akan terhad kepada negeri-negeri majoriti Melayu yang kuat  pegangan dengan nilai Islam.
Namun untuk meluaskan pengaruh Pas tidak boleh bersendirian. Pas perlu mencari  rakan gabungan bagi mengukuhkan kedudukannya. Ini disedari oleh Presiden Pas – Dato` Seri Abdul Hadi Awang  yang pernah mengatakan selepas dari persidangan Pas di Kuala Terengganu bahawa, ``Akan berlaku perubahan yang akan mewujudkan gagasan dan barisan pembangkang.`` Ini mengisyaratkan ke arah kerjasama dan kemungkinan seterusnya wujudnya penggabungan barisan pembangkang yang mungkin dimaksudkan pada masa itu kerjasama dan penggabungan dengan Umno ?
Dalam keadaan sekarang memanglah antara Umno dan Pas mengharapkan antara satu sama lain untuk mendapat kekuatan. Namun dalam keadaan sekarang – dalam mana Umno  kehilangan keyakinan sebahagian dari ahli-ahli, apakah  bijak bagi  Pas bekerjasama atau bergabung dengan Umno ?  Adalah dibimbangi kehilangan kepercayaan  dalam Umno akan melibatkan Pas sendiri. Ia ibarat `Sokong yang kedua-duanya membawa rebah.``
Memang diakui Pas perlu mencari rakan kerjasama atau gabungan, tetapi hendaklah mempunyai ciri-ciri yang boleh sama Pas melangkah di tengah kancah perjuangan masyarakat majmuk.
Ada beberapa alternatif bagi Pas mendapat keyakinan  semua kaum di Malaysia.
1)      Pas perlu mengetengahkan  konsep universal, adil, jujur  dan ihsan dalam Islam.
2)      Mewujudkan kembali golongan intelektual yang faham Islam dan dapat memperkatakannya dengan  jelas kepada masyarakat, termasuk yang bukan Islam
3)      Mendapatkan rakan kerjasama dari parti lain, jika dengan Umno, maka Umno perlu melakukan perubahan yang tidak menunjukkan perkauman. Antara pengubahsuaian  Umno kepada parti multi-racial seperti menukarkan maksud Umno kepada  `United Malaysians Nation Organisation`  yang dari segi akronimnya tetap sama, iaitu  Umno.
4)      Mewujudkan sebuah parti baru yang multi-racial sifatnya yang dengannya Pas mengadakan kerjasama, termasuk Umno yang seharus mentransformasikan dirinya secara dinamik dan dapat diterima termasauk bukan Melayu danbukan bumiputra.
5)      Memahami parti-parti lawan secara mendalam  dari segi kekuatan dan kelemahan dan menawarkan  alternatif yang lebih baik.
Sekian.

September 20, 2018

SEDIH MELIHAT NASIB UMNO - CADANG UBAHSUAI NAMA


SEDIH  MELIHAT NASIB UMNO – CADANG UBAHSUAI NAMA
(Fikrah Bangi – 2).
BBB, 10 Muharram 1440H. = 20 September 2018M. (Khamis):
UMNO bersama BN yang kalah  dalam pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 lalu  di tangan Pakatan Harapan terus dirundung malang dari kehilangan negeri-negeri, kecuali Pahang dan Perlis kepada kehilangan ahli-ahli. Terbaru mengumumkan perletakan jawatan berturut hari ialah Tan Sri Mustapa Mohamad Ahli Parlimen Jeli, Kelantan -  Bekas Menteri Perdagangan Malaysia pada 11 September 2018 dan hari ini (19 September) turut keluar dari UMNO ialah  Tan Sri Anipah Aman ahli Parlimen Kimanis, Sabah  - Bekas Menteri Luar Malaysia. Kedua-dua mereka  merasa tidak senang denganperkembangan dan prestasi UMNO selepas Mesyuarat Agung yang melantik Tan Sri Ahmad Zahid Hamidi menjawat jawatan Presiden UMNO. Perletakan jawatan ini memberi isyarat berkemungkinan berlaku perletakan-perletakan jawatan selanjutnya dari kepimpinan yang lain.
Dalam pada itu  kelemahan parti terserlah dan tidak  bertindak terhadap ahli-ahli yang terang-terang menyatakan sokongan terhadap pihak lawan dan bersedia untuk berkempen bagi memenangi pimpinan parti lawan dalam pilihanraya kecil bakal ditandingi di Port Dickson. Kecelaruan seperti ini mengeciwakan pemimpin-pemimpin veteran seperti Tan Sri Mustapa Mohamad dan Tan Sri Anipah Aman. Walau bagaimana kelemahan atau kesalahan tidak boleh dibebankan ke atas Ahmad Zahid Hamidi semata-mata, kerana beliau adalah mewarisi kemelut dan permasalahan kepimpinan sebelumnya, khususnya dari Dato` Seri Najib Tun Razak yang bukan sahaja hilang kepimpinan dan kekuasaan, tetapi berdepan dengan berbagai tindakan mahkamah.
Sebagai parti yang teguh dalam warisan sejarah dan parti utama yang berjuang dan menghasilkan kemerdekaan tidak seharusnya dibiar runtuh dengan sendirinya. 61 tahun usia UMNO tidaklah terlampau tua, sedangkan usia bagi kematangan sesebuah negara menurut Ibn Khaldun adalah dalam lingkungan seratus tahun. Kita fikir , bukan saja ahli, tetapi juga dari pemimpin parti-parti lawan tidak mau UMNO yang bersejarah menghadapi kematian.
Banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari apa yang dihadapi UMNO, Tiada siapa yang meyangka, termasuk parti lawannya, bahawa UMNO bersama Barisan Nasional yang begitu kukuh dapat dikalahkan pada pilihanraya  9 Mei 2018 yang lepas. Tentulah ada sebab yang besar di samping sebab-sebab yang lain yang menyebabkan rakyat bangkit serentak menafikan UMNO dan Barisan Nasional dari terus memerintah. Rakyat merasa amat terbeban dengan cukai GST dan kenaikan kos sara hidup yang amat membebankan mereka. Sebahagian dari pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai selama ini bermaharajalela melakukan rasuah dan kesalahan yang menjadi budaya negatif berterusan, kerana mereka tidak menjangka  satu perubahan besar akan berlaku dan akan turut sama menimpa mereka. Hingga kini kita menyaksikan tangkapan demi tangkapan terus dilakukan terhadap pelaku-pelaku rasuah. Ia merupakan proses pembersihan, walaupun menimbulkan keadaan yang merimas dan membimbangkan bahawa ianya memberi imej yang buruk bagi negara sebagai `Negara Rasuah !
Walau bagaimana UMNO masih mempunyai peluang dan masa depan dengan syarat mesti mengkoreksi diri dan memperkasakan UMNO dengan perubahan dan penyesuaian.
Adalah didapati UMNO, walaupun sudah diadakan mesyuarat agung dan pemilihan, tetapi imej dan watak serta gaya kepimpinan tidak berubah. Tiada dinamika baru yang dapat memberi semangat dan tenaga baru yang segar yang dapat membawa kepada perubahan dinamik dan meyakinkam masyarakat.
Beberapa cadangan diajukan untuk UMNO bangkit kembali
1)      Ubahsuai nama UMNO
UMNO dijenamakan kepada `UNITED MALAYSIANS NATION ORGANISATION` dengan nama singkatnya tidak berubah, iaitu UMNO. Dengan cara ini UMNO dilihat tidak bersifat perkauman. Ianya dapat disertai oleh semua kaum sama ada secara perseorangan atau badan-badan.
Dengan ini UMNO yang disesuaikan nama dapat menandingi parti-parti lain dan lawan seperti PKR, DAP dan sebagainya yang namanya tidak bersifat perkauman. Penyatuan dari berbagai parti perkauman seperti dalam BN  sudah tidak sesuai lagi pada masa kini.
2)      Perlembagaan parti UMNO hendaklah diubahsuai dan usaha hendaklah dilaklukan bagi kemasukan pelbagai kaum dan organisasi di dalam UMNO yang diubahsuai.
3)      Buat permulaan keahlian secara jemputan hendaklah dilakukan terhadap tokoh-tokoh penting berbagai kaum yang  berjasa yang berpengaruh dan mempunyai bakat kepimpinan untuk menjadi ahli kehormat dan seterusnya ahli biasa yang dapat sama memimpin UMNO yang diubahsuai.
4)      UMNO yang diubahsuai hendaklah bergerak sama dengan parti-parti yang lain sama menjunjung prinsip demokrasi bertujuan bagi membangun negara, bangsa dan keyakinan pegangan.
5)      Motto yang sesuai hendaklah dicipta yang  dengannya menaikkan semangat semua ke arah bersatu, maju dan menjadi  kebanggaan bersama sebagai contoh:
`CINTA MALAYSIA`,  `SATU MALAYSIA`,  `MAJU MALAYSIA`, SEJAHTERA MALAYSIA  dan sebagainya.
Kita simpati terhadap UMNO dan mengharapkannya  bangkit terus berjuang bergandingan dengan parti-parti lain bagi menegakkan idealisme masing-masing di negara tercinta - Malaysia.
Sekian.

September 19, 2018

FIKRAH BANGI


FIKRAH  BANGI
(Fikrah Bangi 1)
BBB, 9 Safar 1440H. = 19 September 20`8M. (Rabu):
Mulai hari ini Penulis memulakan siri penulisan `Fikrah Bangi`, bermaksud ` Pemikiran`  atau `Minda` Bangi. Istilah ini lebih ringkas, padat dan menarik berbanding dengan istialh-istilah yang lain yang sama maksuddengannya. Sungguhpun siri ini adalah baharu, tetapi pada hakikatnya adalah kesinambungan dengan apa yang Penulis hasilkan, iaitu:
1)      Bangi Bandar Ilmu (2012)
2)      Gagasan Bangi (2012)
3)      Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu (2014)
4)      40 Tahun Bandar Baru Bangi (2017)
Cuma keempat buah buku berkenaan bersifat melihat ke dalam, bermaksud melihat kepada persoalan (keilmuan)  yang berhubung dengan Bandar Baru Bangi, sebaliknya melalui `Fikrah Bangi` Penulis seolah-olah berdiri di Bangi dan melihat keliling – khususnya keluar secara meluas (termasuk persoalan di Bangi sendiri). Penulis menggunakan `Bangi` sahaja, tidak Bandar Baru Bangi, kerana pada pendapat Penulis, setelah usia Bandar Baru Bangi melebihi 40 tahun (1977-2017), maka ianya sudah tidak sesuai dipanggil `Bandar Baru Bangi`, sebaliknya dipanggil `Bangi` sahaja. Jika hendak dibezakan dengan Bangi Lama dipanggil `Pekan Bangi` bagi Bangi Lama.
Fikrah Bangi akan membincangkan tentang segala persoalan, khususnya semasa yang difikirkan releven, termasuk isu yang berhubung dengan ummah, politik , sosio-budaya, pendidikan, ekonomi, alam sekitar, seni, peradaban dan tamadun sama ada bersifat lokal dan global.
Masa yang dipilih kini adalah sesuai dengan:
a)      Bangi melangkah ke ambang 50 tahun.
b)      Berlaku perubahan besar  dari segi landscape politik dan pemerintahan negara
c)       Bangi turut berubah dari segi kekuasaan politik
d)      Suasana politik, pentadbiran dan ekonomi tanahair  yang masih tidak stabil
e)      Keresahan masyarakat, ke mana mereka hendak dihala, termasuk generasi muda.
Oleh kerana Penulis terlibat sekian lama di dalam bidang penulisan, Penulis berpendapat tidaklah wajar Penulis hanya menumpukan pada Bangi semata-mata . Adalah tidak wajar tidak melihat kepada arus perubahan besar yang berlaku di sekeliling melanda. Namun begitu Penulis menyedari, sejauh mana  sekerdil diri mampu memperkatakan persoalan-persoalan besar yang diri berada di pinggirnya.
Walau bagaimana dengan suasana yang lebih terbuka dan berdasarkan kebebasan mengeluarkan pendapat, Penulis mengambil bahagian mengeluarkan pendapat, mengkritik, membuat cadangan yang difikirkan sesuai dengan menyedari kedudukan diri dan siapakah yang mau memberi perhatian terhadap pendapat  terpinggir. Tanpa mengira terhadap  apa nilai yang diberi dari luar, Penulis menulis, sekurang-kurangnya  merakamkan pengalaman dan pendapat mengenai isu-isu yang Penulis lalui paling tidak sebagai arkif diri sebagaimana berbagai-bagai penulisan yang Penulis hasilkan.
Menyedari apa yang dihasilkan adalah dalam penelitian dan penilaian zaman, maka di dalam menulis Penulis:
·         Berpandukan ilmu dan pengalaman yang Penulis alami dan lalui
·         Bersifat objektif berdasarkan fakta, kecuali yang bersifat kreatif.
·         Mengelak dari bersifat bias
·         Mengkritik bagi yang sesuai dikritik dan membuat cadangan bagi yang sesuai diberi cadangan
·         Membina budaya ilmu termasuk di dalam bidang penulisan.
Semoga diberi pertunjuk dan Hidayah oleh Allah.
Sekian.

September 15, 2018

MASJID AL-UMM MAKIN DIKENALI


MASJID AL-UMM MAKIN DIKENALI
BBB, 04 Muharram 1440H. = 14 September 2018M. (Juma`at):
Al-Hamdulillah selepas sembilan bulan Masjid Al-Umm diguna dan diimarahkan, meskipun belum dapat mendirikan solat Juma`at, ianya makin dikenali  dan berbagai pihak menggunakannya. Ianya makin dikenali oleh kerana:
1)      Ianya diimarahkan pada setiap waktu solat dengan jumlah jama`ah yang memuaskan.
2)      Adanya pengajian setiap hari antara Maghrib dan `Isya` di dalam berbagai keilmuan yang diajar oleh guru berlainan menurut pelajaran dan kepakaran mereka.
3)      Adanya sesi tazkirah pada setiap selepas solat Subuh.
4)      Adanya pengajian Al-Qur`an pada waktu siang dengan berbagai kelompok
5)      Adanya pengajaran bahasa `Arab dan berbagai bidang keilmuan pada waku siang disampaikan oleh guru-guru jemputan
6)      Adanya kursus khusus, misalnya tentang Rukun Qauli ditaja oleh pihak tertentu (8 September 2018).
7)      Adanya seminar bulanan yang bersifat akademik  dan telah berlangsung sejak awal tahun 2018
8)      Adanya sambutan-sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Isra`1 Mi`raj, Sambutan Ramadhan, Hariraya Eidul Fitri, Eidul Adhha dan mengadakan qurban dan sambutan awal tahun Hijrah 1440.
9)      Berbagai kegiatan kemasyarakatan seperti Jumbo Sale, gotong  royong dan lawatan
10)    Mengurus kematian dan mengadakan majlis baca Yasin, tahlil dan sebagainya.
Kegiatan-kegiatan di atas secara tidak langsung memperkenalkan Masjid kepada orang ramai. Orang ramai bukan saja mengenali, tetapi juga mengetahui berbagai-bagai kemudahan yang ada di  Masjid Al-Umm seperti ada ruang untuk  meggunakannya secara jama`ah,  mesyuarat, kuliah, qiyam al-lail. Tazkirah, solat hajat, perkahwinan,  jamuan, konvensyen dan sebagainya. Ruang ada yang disewakan dan ada secara percuma. Antara kegiatan dari pihak luar ialah:
1)      Menyewa ruang serbaguna di aras bawah tanah, bagi majlis perkahwinan – Pertama diadakan pada akhir Julai 2018.
2)      Mengadakan jamuan sempena Qurban dan tazkirah dari Ustaz Harryanto  pada malam 11 Zul-Hijjah.
3)      Alumni pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia, bermesytuarat dan berqiyam al-laol tiga hari berturut-turut pada pertengan Ogos  2018.
4)      Guru-guru Sekolah Bandar Baru Bangi mengadakan mesyuarat pada Ogos 2018
5)      PIBG Sekolah Kebangsaan menganjurkan baca Yasin dan Solat Hajat malam 13 Septembar 2018 bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR.
6)      Beberapa kali Majlis Bimbingan pelajar sekolah diadakan di Ruang Legar Masjid Al-Umm
7)      Pihak Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi juga akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Baca Yasin menjelang peperiksaan SPM yang akan dihadapi pelajar
8)      Pihak ABIM - Tahfiz Yayasan Ummah juga akan mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi pelajar-pelajar mereka yang akan menghadapi peperiksaan.
9)      Jamuan dan jamuan spontan diadakan ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan membuat kebajikan. Biasanya masa antara Madhrib dan Isya`
10)   Berbagai kegiatan
Penggunaan ruang seperti uang Konvensyen, bilik seminar dan bilik kuliah adalah disewakan menurut kadar yang ditentukan.
Tetapi ruang terbuka seperti serambi (koridor kanan dan kiri masjid), ruang legar pada dasarnya adalah percuma, tetapi pengguna digalakkan menderma bagi menampung letrik, air dan sebagainya.
Kita berharap pengimarahan Masjid Al-Umm akan bertambah selepas kelulusan pendaftaran dan mengadakan solat Juma`at. Insya Allah.
Sekian.
Catatan:  Penulis bercuti untuk beberapa hari.

September 14, 2018

PERBINCANGAN MENGENAI MASJID AL-UMM DAN MASA DEPAN BANGI


PERBINCANGAN MENGENAI MASJID AL-UMM DAN MASA DEPAN BANGI
BBB, 03 Muharram 1440H. =  13 Septembr 2018M. (Khamis):
Pertemuan dengan ADUN Sungai Ramal YB Tuan Haji Mazuan bin Johar  mengenai perkara di atas telah diatur oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, juga Mantan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Tujuan pertemuan (pagi  13 September)  ialah untuk membincangkan perkara yang berhubung dengan Masjid Al-Umm secara khusus dan juga berhubung dengan kawasan sekitar Masjid Al-Umm dan Bandar Baru Bangi secara luas. Pertemuan diadakan di  Pejabat  ADUN Sungai Ramal di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi mulai jam 10.00 hingga 10.40 pagi.
Yang hadir pada pertemuan ialah:
1)      YB Tuan Haji Mazuan bin Johar ADUN Sungai Ramal
2)      Dr. Shafie Abu Bakar  Pengerusi Masjid Al-Umm.
3)      Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Umm
4)      Dr. Tajul Ariffin Nordin, AJK Masjid
5)      Prof. Dr. Amran bin Abdul Majid AJK Masjid
6)      Nik Adham bin Anuar – Setiausaha Kerja Masjid
7)      Ustaz Azman Setiausaha Pejabat ADUN.
Pertemuan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh YB ADUN Sungai Ramal terhadap kehadiran AJK Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Beliau sukacita di atas kehadiran dan bersedia untuk berbincang berhubung dengan apa yang akan diutarakan. Pengerusi Masjid Al-Umm mengucapkan terima kasih di atas penerimaan kali pertama.
Dalam masa yang singkat dan terhad dibincangkan perkara-perkara berikut.
1)      Isu Masjid Al-Umm
·         Memaklumkan proses mendapat CCC hampir sempurna. Urusan dengan MPKj hampir selesai. Bila dapat CCC pendaftaran masjid di PAID akan dilakukan dan permohonan mendirikan solat Juma`at  akan dibuat. Harap ADUN  sama membantu menyegerakan  solat Juma`at di Masjid Al-Umm.
·         Masalah hutang yang masih tertonggak RM2 juta. Harap pihak Kerajaan dapat menunaikan janji mau beri RM6 juta, tapi diberi RM4 juta. Jika diberi baki dapat selesai hutang.
·         Usaha memprojekkan Masjid Al-Umm  sebagai masjid cemerlang, bukan saja di Selangor, tapi juga di Malaysia.
2)      Infra-Struktur
·         Harap pihak MPKj dapat menyediakan tapak parkir di kawasan rentas TNB hadapan sekolah dan berhadapan jalan masuk ke masjid.
·         Baiki jalan 1/3K ke Masjid Al-Umm yang telah rosak.
·         Perlu bina signage di Bulatan ke UKM tentang arah tempat-tempat utama, termasuk ke Masjid Al-Umm.
3)      Bangunan Surau Al-Umm
Diharap pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS menjadikan bangunan ini sebagai aset masjid yang antaranya digunakan sebagai rumah imam. Diharap tiada bayaran dikenakan
4)      Padang Awam
·         Kawasan tanah padang berhampiran Masjid Al-Umm perlu digezetkan, supaya tidak  diguna oleh pihak tertentu bagi tujuan lain.
5)      Tapak Medan Usahawan (Selera)
·         Pihak Masjid berharap menjadikan kawasan ini untuk  kompleks pendidikan Masjid Al-Umm. Diharap ADUN Sungai Ramal menyokong cadangan dan permohonan bakal  dibuat.
6)      Kawasan Pasar
·         Ditingkatkan menjadi pasar moden (kering) bertingkat dan menyediakan berbagai keperluan bagi penduduk Bandar Baru Bangi.
·         Keseluruhan kawasan lama di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi ini perlu diremajakan  dan dihidupkan sebagai kawasan berdaya maju.
7)      Meningkatkan Kemajuan Bandar Baru Bangi
·         Menambahkan kemudahan awam  seperti Dewan Konvensyen, meningkat dan menambahkan kawasan rekreasi, landscaping menarik dan jadikannya sebagai Bandar Taman.
·         Kerjasama dengan berbagai institusi pengajian tinggi, masjid-masjid dan surau-surau bagi memprojek dan mempopularkan Bangi sebagai Bandar Ilmu.
·         Jadikan Bangi berada di dalam peta pelancongan yang patut dilawati
8)      Konvensyen
·         Adalah dicadangkan agar diadakan Konvensyen ``Bangi Kini Dan Arah Tuju``.
Diharap apa yang telah dibincangkan ini ada `follow up` bagi melaksanakan apa yang telah dibincangkan yang tentu kelak perlu melibatkan berbagai-bagai pihak.
Sekian.