June 30, 2020

KECELARUAN ISTILAH PERSEKOLAHAN


KECELARUAN ISTILAH PERSEKOLAHAN
(Fikrah Bangi: 600).
BBB: 08 Zulkaedah 1441H. = 30 Jun 2020M. (Selasa).

Pada peringkat Kementerian dan Persekolahan ada kecelaruan dari segi penggunaan istilah. Pada peringkat Kementerian sebelum dari 1990an Kementeria yang berhubung dengan pelajaran sememangnya dikenali dengan `Kementerian Pelajaran` dan sijil  dari berbegai peringkat dikenali dengan Kementerian Pelajaran. Contoh:
Sijil Rendah Pelajaran Malaysia  (SRPM).
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijul Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Dapat dilihat penggunaan Pelajaran dan Malaysia secara nyata.
Selepas 1990an hingga kini – dengan tujuan baik, Kementerian Pelajaran  ditukar kepada Kementerian Pendidikan, dengan alasan Pendidikan adalah tujuan dari pembelajaran. Secara tidak langsung nama Kementerian Pendidikan tidak selari dengan `Pelajaran` yang dibawa di dalam sijil-sijil pengajian.  Apakah wajar ditukar kepada Pendidikan seperti Sijil Rendah Pendidikan Malaysia dan seterusnya yang lain atau perlu dikembalikan Kementerian Pelajaran  supaya selari dengan sijil-sijil yang dikeluarkan ?

Adalah dilihat  bahawa jenama sekolah di Malaysia adalah mewarisi  apa yang  digunakan pada zaman penjajah yang mengkategorikan persekolahan berdasarkan perkauman. Misalnya Sekolah Rendah Kebangsaan (Dulu Sekokah Melayu),
Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia,  Sekolah China, Sekolah Tamil dan sebagainya.
Apakah tidak wajar ditukar kepada:
Sekolah Rendah Pelajaran Malatsia.
Sekolah Menengah Pelajaran Malaysia
Sekolah Tinggi Pelajaran Malaysia.
.
Ini adalah selari dengan Sijil  Rendah Pelajaran (Malaysia)
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan tidak membewa istilah kebangsaan. Kalau boleh tidak ada lagi istilah kaum pada persekolahan. Ini bermakna Persekolahan Malaysia pada apa jua peringkat adalah sekolah rakyat Malaysia tanpa mengaitkan kepada sebarang kaum.
Semuanya mencerminkan kepada Malaysia.
Bahasa perantaraan utama yang digunakan adalah Bahasa Malaysia. Iaitu tanpa menghalang di sekolah-sekolah berkenaan untuk dipelajari bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan juga bahasa kaum-kaum yang lain.
Dengan demikian kita dapat menyelaraskan pembelajaran  menurut Dasar Pelajaran Malaysia dan dapat menyatupadukan penduduk negara ini melalui dasar  Pelajaran Malaysia.
Nampaknya banyak perkara dapat diperkemaskan tentang Dasar Pelajaran Malaysia dan penggunaan istlah yang berhubunbg dengan pelajaran adalah salah satu yang dapat difikirkan  bagi pembinaan Dasar Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan keilmuan dan kemajuan Rakyat dan Negara Malaysia.
Sekian.

No comments:

Post a Comment