October 28, 2009

Memperkenalkan Usahawan Bangi Berjaya

Beliau adalah Encik Ramli Busu (gambar) yang mempunyai Syarikat Catering yang diberi nama ARBE bertempat di Sungai Tangkas, Bangi.


Beliau telah memulakan perniagaan sejak 1985. Sebelumnya beliau berkhidmat sebagai Pegawai di Felda. Pengusaha yang berasal dari Melaka ini mendirikan bangunan perusahaannya di atas tanah miliknya seluas 1.1 ekar. Di atasnya terdiri sebanyak 7 buah bangunan, termasuklah tempat memasak dan tempat tinggal pekerja-pekerja.


Seramai 50 pekerja berkhidmat di dalam perkhidmatan catering beliau. Separuh daripadanya ialah pekerja-pekerja tempatan dari Sungai Tangkas. Encik Ramli juga menyewa tanah berdekatan dengan perusahaannya seluas seekar. Tanah ini ditanam sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai bahan tambahan bagi keperluan perusahaan beliau.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi no. 0192801654 atau 0192601654.

1 comment:

  1. tahniah tok sedara ku,Tok Li..smoga usaha tok sentiasa berjaya dan diredhai Allah ..dari farhah (cucu Alias Busu,UKM bangi)

    ReplyDelete