October 19, 2011

`Jom Shopping` Siri Tiga Makin Dapat Sambutan: Adun Bangi Sampaikan Juga Bantuan Di Simpang Balak

Pejabat Adun Bangi, 18 Zulkaedah = 16 Oktober (Ahad):

Jumlah mereka yang terpilih bagi `Jom Shopping` bagi kali ketiga adalah seramai 174 orang, 15 daripada mereka uzur. Ini adalah merupakan jumlah terbesar berbanding dengan siri pertama (82 ), 14 uzur dan siri kedua (153 ) dan yang uzur 14. Sebagaimana kali pertama dan kedua pendaftaran dilakukan di Pejabat Adun Bangi mulai dari jam 8.30 pagi dan berterusan hingga jam 10.00 pagi.

Setelah taklimat disampaikan kepada warga emas dan pengiring-pengiring Adun Bangi menyampaikan ucapan ringkas, bahawa peruntukan kepada warga emas adalah hasil kemakmuran negeri Selangor. Sejak 28 tahun pemerintahan kerajaan negeri Selangor pada tahun ini nilai rizab Kerajaan negeri Selangor mencapai jumlah tertinggi, iaitu RM1.1 bilion. Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat hingga Jun 2011 sebanyak RM500 juta disalurkan kepada rakyat. Pecahannya sebagaimana berikut:

* 20 meter padu air percuma RM RM387.0 juta

* Tabung Warisan Anak Selangor RM 1.8 juta

* Hadiah Pengajian IPT RM 19 juta

* Skim Mesra Usia Emas & OKU RM 49 juta

* Skim Mikro Kredit Luar Bandar & Kemiskinan Bandar RM 2 juta

Selebihnya kegiatan-kegiatan lain.

  • Pendaftaran warga emas di Dun Bangi setakat ini (Julai 2011) ialah seramai 1,429 orang
  • Manakala yang meninggal dan menerima skim warga emas hingga kini 275 x RM2,500
  • Manakala jumlah yang menerima Skim Jom Shopping ialah 409 x RM100 = RM40,900.
Semua ini menunjukkan sifat prihatin kerajaan negeri Selangor terhadap rakyatnya yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Jam 10.30 pagi semua warga emas dilepas oleh Adun. Mereka kebanyakan bertolak dengan kereta masing-masing dibawa oleh keluarga atau kenalan masing-masing. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan mereka menaiki bas yang disediakan oleh MPKj. Petugas-petugas hari ini berjumlah 30 orang turut bertolak ke Econsave Super Market di Jalan Reko lebih kurang 7 k.m. dari Pejabat Adun Bangi.

Adun bersama isteri, YB Teo Nie Ching yang terus ke Econsave juga tiba menyambut warga-warga emas yang tiba di pintu masuk ke Super Market tersebut. Lebih kurang setengah jam menyambut kehadiran warga emas di pintu masuk ke Econsave, kami masuk ke dalam dan mulai menyambut warga emas yang telah membuat belian RM100/= di tiga kaunter khas disediakan bagi urusan warga emas. Kami menyambut, bersalam dan menghadiahkan cenderahati kepada peserta warga emas berupa satu beg barangan –extra.

Pemilihan hari ini – hari Ahad agak sedikit bermasalah, kerana hari ini begitu ramai dengan pengunjung hingga troli untuk mengisi barang tidak cukup. Sesetengahnya terpaksa menunggu untuk mendapat troli. Walau bagaimanapun pengurusan agak licin. Semua warga emas bergembira, tersenyum dan setengahnya berulang kali mengucapkan terima kasih. Melihat kepada keceriaan warga emas membeli belah, ada warga emas yang belum mendaftar datang untuk mendapat sama peluang berbelanja RM100/=. Mereka diberi penerangan perlunya mendaftar terlebih dahulu dan menunggu giliran.

Urusan Jom Shopping berterusan sehingga jam 1.00 tengahari. Bagi yang tidak dapat datang kerana uzur, pihak pengurusan dari Pejabat Adun membeli barangan asas bagi mereka senilai RM100/= bagi setiap orang (15 orang). Adun akan menghantar barang-barang ini bersama pengiring-pengiring ke rumah masing-masing (mulai Selasa 18 Oktober) sambil mengunjungi dan bertanya khabar mereka yang uzur dan sesetengahnya sakit.

Sementara itu selepas pulang ke rumah dan berehat satu jam Adun keluar kembali selepas hujan lebat bersama-sama pengiring-pengiring membawa barangan penuh satu Hilux – beras dan barangan asas, ke Balai Raya Simpang Balak di Balakong bagi menyampaikan bantuan ihsan kepada yang memerlukan di Balairaya di sini. Hadir di sini lebih awal ialah Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, Saudara Ridhwan Ketua Cabang PKR Kajang, ahli-ahli MPKj dan Ketua Kampung. Penyampaian oleh Adun merupakan barangan kepada 50 penerima, sementara sebelumnya difahamkan Ustaz Shafie Ngah menyampaikan bantuan kewangan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment