October 20, 2011

Menyertai Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront

Ampang, 19 Zulkaedah = 17 Oktober (Ahad):

Hadir atas jemputan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Pn. Mastura Haji Muhammad selaku Adun Bangi yang juga selaku Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Hulu Langat dilantik (2009-2013) oleh YB Dr. Halimah Binti Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor- Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan merangkap, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Majlis hari ini ialah Perasmian Bangunan Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront. Perpustakaan ini adalah perpustakaan baru yang dibaikpulih dari bangunan lama. Dengan ini terdapat 11 buah perpustakaan di Hulu Langat dengan perpustakaan Bandar Baru Bangi sebagai Perpustakaan Daerah. Hadir pada petang ini bagi majlis di atas selain dari Dr. Halimah dan Adun Bangi ialah Tuan Khasim bin Abdul Aziz selaku Adun Kawasan Lembah Jaya, Y.M. Raja Haji Idris Raja Kamarudin Pengerusi Kumpulan Perangsang, Selangor Bhd. Dan Puan Mastura Pengarah PPAS.

Dalam ucapan alu-aluannya Puan Mastura memaklumkan bahawa bangunan perpustakaan ini dibaikpulih oleh Perangsang dengan harga RM250,000. Kumpulan Perangsang juga memperuntukkan sejumlah RM1.3 juta bagi memperbaiki 8 buah perpustakaan yang lain di samping memberi hadiah buku. YB Haji Khasim dalam ucapannya, memaklumkan bangunan yang dijadikan perpustakaan ini sebelumnya adalah selama tiga tahun terbiar. Selepas dibaikpulih mendapat sambutan menggalakkan hingga tidak kecukupan tempat. Beliau berharap minat menggunakan perpustakaan akan terus meningkat, bahkan beliau mahu setiap rumah mengadakan perpustakaan bagi menggalakkan masyarakat membaca. Yang Mulia Raja Haji Idris Pengerusi Kumpulan Perangsang menyebut tradisi perpustakaan dalam Islam adalah bertolak dari ayat Qur`an `Iqra` yang menggalakkan umat Islam membaca. Beliau menyebut, sungguhpun ada media yang lain untuk bahan membaca, tetapi pengukuhan bahan tidak dapat mengatasi buku yang dapat disimpan dan kekal.

YB Dr. Halimah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan dalam ucapan perasmiannya bergembira, kerana sebuah lagi perpustakaan dapat diadakan di Daerah Hulu Langat, khususnya di Ampang. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Perangsang yang sudi membiayai kos pemulihan bangunan yang terbiar. Menurut Dr. Halimah ini antara usaha rebranding bangunan dan perpustakaan. Juga mempertingkatkan imej Selangor sebagai Negeri Maju dan sejahtera. YB Dr. Halimah berharap pihak perpustakaan membantu memulihkan imej perpustakaan selama ini dianggap sebagai tempak lepak dan berpoya-poya, bertukar kepada tempat yang ceria dan menggalakkan. Beliau berharap dengan adanya perpustakaan, makin ramai, terutama anak-anak pergi ke perpustakan dan dengan demikian dapat mengurangkan gejala sosial yang biasa berlaku di dalam kalangan anak-anak muda. Bagi meningkatkan daya membaca YB Dr. Halimah mau penambahan buku-buku dengan itu menambahkan sumber maklumat dan menggalakkan pembacaan di kalangan orang ramai. Selepas perasmian YB Dr. Halimah menandatangani plug sebagai tanda pembukaan. Penyerahan dan penyampaian buku dilakukan oleh Dr. Halimah. Dan kemudian beliau melakukan lawatan ke perpustakaan.

Perpustakaan di sini dimaklumkan bukan setakat dilengkapkan dengan koleksi buku, tapi juga dengan komputer-komputer dengan kemudahan internet. Kemudahan brill juga disediakan bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, Juga disediakan `game door` seperti catur dan chess.

Walau bagaimana, sebagai bangunan yang asalnya bukan didirikan untuk perpustakaan, lokasinya agak sempit, terhimpit antara jalan yang amat berhampiran di kanan dan sungai yang juga berdekatan di kiri. Sungai yang sepatutnya dapat digunakan sebagai tepian untuk rehat dan membaca di luar tidak dapat dimanfaat, kerana terlampau dekat dan terpaksa dipagar untuk mengelak dari berlakunya kemalangan. Jalan masuk secara kenderaan juga sukar – terpaksa buat u turn sama ada ke kiri atau ke kanan dan kawasan parking juga terhad. Walau bagaimana ini tidaklah menghalang bagi galakan kepada anak-anak dan mereka yang suka membaca untuk datang. Perpustakaan Ampang Waterfront melengkapkan kemudahan membaca bagi penduduk Hulu Langat, selain dari Perpustakaan Ampang Waterfront di Hulu Langat terdapat:

  1. Perpustakaan Daerah Bandar Baru Bangi
  2. Perpustakaan Cawangan Kajang
  3. Perpustakaan Pdekan Semenyih
  4. Perpustakaan Desa Beranang
  5. Perpustakaan Desa Kg. Melayu Ampang
  6. Perpustakaan Desa Lembah Jaya
  7. Perpustakaan Desa Kg. Pandan
  8. Perpustakaan Desa Cheras Baru
  9. Perpustakaan Desa Kemensah (PNM)
  10. Perpustakaan Desa Kg. Jawa (PNM)

Sekian.

No comments:

Post a Comment