December 10, 2012

Peruntukan RM2 Juta Bagi Pembaikan Jalan Di DUN Bangi: Perlukan Maklumat

Dun Bangi, 26 Muharram 1434 = 10 Disember 2012 (Isnin):

Hari ini Adun Bangi menerima maklumat dari Kerajaan Negeri Selangor bahawa untuk DUN Bangi (juga Dun-Dun lain) diperuntukkan sebanyak RM2 juta dari Peruntukkan Marris untuk pembaikan jalan juga perparitan jalan bagi tahun 2013 untuk Dun Bangi.

Adun dikehendaki mengemukakan cadangan jalan-jalan yang perlukan pembaikan. Cadangan dikehendaki dikemukakan tidak lewat dari 21 Disember 2012 ini.

Untuk mendapat maklumat dan cadangan jalan-jalan yang wajar dibaiki, Adun akan menggunakan mekanisme biasa, iaitu melalui Ahli-Ahli MPKj dan Ketua-Ketua Kampung yang dilantik di bawah DUN Bangi. Selain daripada itu Adun sendiri dan pembantu-pembantu akan meninjau jalan-jalan di DUN Bangi.

Namun kemungkinan ada jalan-jalan yang wajar dibaiki, tetapi terlepas pandang atau di luar dari maklumat Adun, sebab itu Adun berharap orang ramai, terutama mereka yang tinggal di Dun Bangi dapat mengemukakan maklumat dan cadangan kepada Adun jalan-jalan yang wajar dibaiki. Pertimbangan akan dibuat secara saksama untuk diangkat kepada MPKj sebagai cadangan untuk dibaiki.

Tarikh cadangan hendaklah tiba ke Pejabat Adun tidak lewat dari 20 Disember 2012. Boleh hubungan Pejabat Adun melalui e-mail, surat dan telefon sebagaimana di dalam blog ini.

Sekian.

4 comments:

  1. taman cheras jaya jalan depan sekolah rendah sangat teruk hanya diturap sebalah sahaja banyak lubang ,juga ditaman taman yg terdapat disitu tak jalan tak elok dan berlubang.

    ReplyDelete
  2. Jalan ditaman cheras jaya dihadapan sekolah rendah dan semua main road terdapat lubang dan jalan yang rosak, ada yg hanya diturap sebelah jalan saja. Diminta YB tolong jengok ditaman perumahan cheras jaya.Terima kasih .Daripada penduduk taman cheras jaya.

    ReplyDelete
  3. Salam, untuk makluman Taman Cheras Jaya adalah di bawah kawasan Adun Balakong.

    Sila rujuk Adun Balakong untuk aduan dan tindakan selanjutnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Baru Buat Aduan Di Pejabat Wakil Rakyat Dun Bangi berkenaan AIR Tangki SEPTIK (Kumbahan) Utama Keluar tanpa henti(mengalir) di point rumah saya walaupun tak pakai toilet dan jentik-jentik dah mula kelihatan. Call Indah water, MPKJ, SYABAS semua cakap bukan di bawah tanggungjawab mereka. kejadian tangki tersumbat ini terjadi selepas kerje-kerja baikpulih saliran di belakang rumah saya. Lagipun saya tak penah tengok kerja-kerja menyedut tangki kumbahan utama di kawasan taman saya (TAMAN RAMAL DESA SG. RAMAL DALAM) harapan juga kepada wakil rakyat dapat memantau kerja-kerja kontraktor yang tidak mengemas sisa-sisa longkang lama yang dibiarkan berselerak selepas kerja baikpulih saliran di belakang rumah.

    HARAP-HARAP WAKIL RAKYAT AMBIL TINDAKAN....

    HARAP

    ReplyDelete