August 6, 2009

Kontroversi-Kontradiksi Tun Dr. Mahathir Ke UKM




Bangi 10 Sya`ban = 01 Ogos (Sabtu): Begitu kontradiksinya, ketika angkatan ANTI ISA bersiap-siap menyerbu Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan, meluahkan kemarahan dan menuntut kerajaan BN memansuhkan ISA, PRO-ISA dari UMNO dengan sengaja secara kontradiksi dan kontroversi memilih tarikh yang sama menganjurkan pertemuan dan ucapan apa yang dinamakan `Mengangkat Martabat Bangsa` pada tarikh di atas. Program dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang.

Tokoh yang ditonjolkan dan tempat berlangsung menimbulkan kontroversi. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang kontroversi dari segi perjuangan bahasa – Inggeris dan tempat berlangsungnya pula ialah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, puncak institusi yang menjadi lambang perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di Malaysia. UKM sebagai sebuah tempat ulung keilmuan seharusnya setidak dijadikan alat politik sebagaimana dilarang kepada parti-parti yang lain .Ini bukan kali pertama UMNO menggunakan kemudahan di UKM. Mudahnya memperalatkan UKM akan menimbulkan keghairahan parti-parti lain baik dipihak kerajaan atau pembangkang mengadakan sebarang program di UKM. UMNO yang sedang gawat dari sokongan akan mencapai apa saja pelampung penyelamat dari kelemasan, dan kini mengapi-apikan isu kaum untuk menarik sokongan orang Melayu dan mengkesampingkan formula Bangsa Malaysia ! Tun Mahathir yang satu masa dulu terkenal sebagai Ultra-Malay nampaknya sekali lagi diperguna dengan misi menebalkan semangat perkauman menyambung hayat UMNO.

Tokoh kedua yang ditonjolkan menyertai pertemuan dan ucapan di atas tak kurang kontroversi, ialah Tan Sri Dato` Seri Profesor Dr. Ibrahim bin Abu Shah Naib Canselor Uitm yang sepatutnya tidak bergiat dan campurtangan dalam politik. Secara sinis ada pihak yang menerjah Akta Kolej dan Universiti bakal berubah. Ironinya tokoh-tokoh politik semasa UMNO dari kerajaan tidak menyertai sama dengan Tun Mahathir untuk mengelak dari kontroversi. Lantaran itu pertemuan yang dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang itu gagal menarik peserta dan yang hadir tak seramai mana dan liputan pun juga kurang diberi media.

No comments:

Post a Comment