October 17, 2009

Anekdot: Gantikan Kesal Dengan Syukur


Seorang dari dua sahabat yang sama-sama menghadiri jamuan raya sebuah jabatan merungut, ``Hari Raya tahun ini aku sudah dua kali tak bernasib baik`, luahnya dengan nada kesal.
`Mengapa ?``, Tanya kawannya.
`Tiap kali aku tiba ke jamuan miss panggang kambing !`, tegasnya sedikit bersungguh menjawab.
``Betul ke?`, Uji kawannya.
``Betul ! katanya, `Sekali ke rumah pemimpin tinggi parti, aku sampai agak awal, 6 ekor kambing sedang tersalai, belum masak !` Kawan mahu segera ke jemputan lain, terlepas peluang !``

Tempat mana lagi ? Tanya kawannya.
``Sekali di Pejabat Agama. Kali ini selepas jamuan dan minta diri, aku berselisih dengan troli kambing-kambing panggang baru sampai dan mahu dihidang. Aku melepas juga !``
`Apa yang dikesalkan sangat, tak dapat makan kambing, bukankah banyak makanan yang lain dapat di makan ?``

Kawan itu menjawab,``Bukan apa, kambing ini walaupun kecil tetapi besar maknayanya !``.
"Macam mana ?" Tanya kawan.

`Biarpun dua tiga ekor lembu atau kerbau disembelih bagi jamuan, orang tak sebut !``
``Tapi kalau seekor kambing pun disebut, ``Potong Kambing !``.

Jawab kawannya, `Bahan publisiti, dalam jamuan orang hidang makanan istimewa waktu-maktu strategik saja. Umpamanya waktu pemimpin utama datang dan di meja-meja V.V.I.P. saja.``
Kawannya bertanya, `' Dengan tubuhmu berisi dan umur subsidi, engkau ni tak ada masalah kesihatan ke ?``

Kawan itu menjawab jujur, ``Adalah sikit-sikit darah tinggi dan kolestrol``, tapi tambahnya, ``Waktu-waktu kecederaan, langgar juga pantang !``
``Ha kalau begitu, Allah sengaja mengatur jadual waktumu hingga kau tak berpeluang dengan menu kambing !``, jawab kawannya.

`` Sepatutnya engkau gantikan kesalmu dengan rasa syukur !, Dapat pula pahala.``
Kata kawannya.

No comments:

Post a Comment