Tanpa ditemani pengiring, ADUN Bangi berseorangan ke Majlis di atas. Jemputan telah disampaikan sebelumnya di Pejabat oleh Ketua Rukun Tetangga Taman Seroja Encik Kandasamy. Majlis diadakan bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk, meraikan mereka yang kurang upaya (OKU) dan warga emas serta membincangkan masalah keselamatan setempat. Taman Seroja mempunyai 100 rumah dengan penduduk lebih kurang 600 orang.
Ketibaan ADUN disambut oleh En. Kandasamy dan Timbalannya En. Arumugum. ADUN dibawa ke bawah khemah berhampiran bangunan Rukun Tetangga. Turut hadir bersama Datuk Yap Pian Hon, Bekas Ahli Parlimen Serdang dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain di kalangan Melayu dan Cina. ADUN berbincang tentang keselamatan dan skim-skim peruntukan Kerajaan Negeri yang sepatutnya diambil peluang oleh penduduk.
Seingat ADUN penduduk di Taman Seroja belum membuat sebarang permohonan bantuan dari Pejabat ADUN. En. Kandasamy berjanji akan melihat keperluan penduduk setempat dan akan membuat permohonan yang bersesuaian. Selepas minum dan berbincang dengan pimpinan, ADUN menemui penduduk di khemah jamuan dan bertanya khabar sebelum memohon diri meninggalkan majlis yang pada masa itu Datuk Pian Hon juga turut sama meninggalkan majlis.
No comments:
Post a Comment