February 23, 2010

Lawatan Ke Institut Malaysia-French, UniKL

Teras Jernang, 8 Rabiul Awwal 22 Februari (Isnin):

Sejak awal 2010 satu pendekatan diambil bagi memahami dan kemungkinan kerjasama dengan berbagai institusi yang ada di DUN Bangi dan sekeliling. Antara priority tertinggi ialah melawat ke institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidikan dan latihan yang banyak terdapat di Bangi dan sekitarnya.

Pagi ini adalah program melawat ke Institut Malaysia – Perancis, UniKL yang bertempat di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Kami bertolak dengan dua buah kenderaan dan tiba jam 9.30 pagi sebagaimana temujanji yang telah dibuat. Kami disambut oleh Penyambut Tamu dan diiring ke Majlis Taklimat di dalam bilik pentadbiran. Rombongan kami terdiri dari ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar, Ketua Pemuda Sdr. Mohd. Adhram Musa, Ketua Muslimat Puan Zuryati Yassin, En. Shukor Jantan, Ketua Kampung Teras Jernang, Sdr. Firdaus Wakil YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Sdr. Shahrum, Nabilah, Haslina dan Sakinah.



Bagi pihak MFI (Malaysian-French Institute) yang hadir ialah Prof. Engr. Dr. Ishkandar bin Baharin sebagai Ketua Kampus dan Dekan Pentadbiran MFI-UniKL, Prof Madya Dr Md. Amin bin Md. Nor, Prof. Madya Haron Abas, Dr. Khairol Paiman, Pn. Madzenah binti Abu Kassim, Hjh. Khairani binti Mohd Zakaria, En. Norhisham, En. Yasir, Tn. Haji Rafiq, Pn. Azmiah dan En. Ruslan.

Selepas berkenalan Prof. Engr. Dr. Ishkandar sendiri memimpin majlis dan memberi taklimat. Beliau mengalu-ngalukan kedatangan kami bertujuan membuat kunjungan mesra, berkenalan, memahami perjalanan MFI dan kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan MFI, baik dengan tenaga pengajar, mahupun mahasiswa. Sebelum taklimat diteruskan ADUN Bangi mengucapkan terima kasih kerana pihak MFI memberi respond yang baik terhadap hasrat rombongan berkunjung ke MFI. Sebenarnya menurut ADUN di dalam konteks Bangi Bandar Ilmu MFI-UniKL menjadi kebanggan bagi ADUN Bangi, kerana MFI berada di dalam DUN Bangi, kami selalu menyebut-menyebut MFI adalah salah satu Pengajian Tinggi yang mengukuhkan Bangi Bandar Ilmu. Adalah kurang sempurna, kalau kami bangga dengan MFI dan setakat memandangnya dari luar. Kami ingin mendekati dan memahaminya lebih mendalam. Dengan sedemikian bila kami bercakap tentang MFI kami dapat membicarakannya lebih mendalam dan lebih memberi manfaat kepada kami dan juga barangkali kepada MFI dan masyarakat.

MFI adalah ditubuhkan oleh pihak kerajaan melalui MARA dengan kerjasama Kerajaan Perancis mulai tahun 1992. Mulai 1993 diperkukuhkan dengan cara melatih staf-staf MFI dengan menghantar mereka melanjutkan pelajaran di Perancis dan mulai 1996. Selepas 14 tahun beroperasi selaku MFI, kerajaan melalui MARA pada 1 September 2003 membuat keputusan semua institusi pengajian tinggi di bawahnya dirangkum ke dalam satu Pusat Pengajian Tinggi Perdana yang dikenali sebagai UniKL yang bermotto "Where Knowledge is applied".


Dari segi pentadbiran UniKL ditadbir di bawah:

Canselor iaitu DYMM Tengku Mahkota Pahang.
Pro-Chanselor YB Datuk Seri Shafie Afdal
Naib Canselor (President) Dato' Abdul Halim


Cawangan-cawangan yang disatukan di bawah UniKL:

1) Centre for Foundation Studies di di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.
2) Institute of Product Design and Manufacturing (IPROM), Jalan Sultan Ismail KL.
3) Malaysian Institute of Information Technology (MIT), Jalan Sultan Ismail KL
4) UniKL Royal of Medicine Perak (UniKL RCMP)
5) UniKL Malaysia France Institute (UNIKL MFI), Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.
6) UniKL Spanish Institute di Kulim Hi-Tech Park (UniKL MSI).
7) UniKL Malaysian Institue of Marine Engineering Technology, Pantai Remis, Setiawan, Perak (UniKl MIMET).
8) UniKL Mlaysian Institute of Aviation Technology, Jalan Jenderam Hulu, Dengkil (UniKL MIAT).
9) UniKL Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology, Naning, Alor Gajah, Melaka (UniKL MICET)
10) UniKL British Malaysian Institute, Gombak, Selangor (UniKL BMI).
11) UniKL Malaysian Industrial Technology , Bandar Seri Alama, Masai, Johor(UniKL MITEC).
12) UniKL Institute of Medical Science Technology , Taman Kajang Sentral, Kajang (UniKL MESTECH).


Khusus mengenai IMF:

"IMF is a co-peration project between France and Malaysia. It is an advanced technical training center in the field of engineering that specializes in automation, electrical, mechanical and maintenance. The institute emphasizes on the importance of work related training."

IMF menawarkan kursus sepenuh masa dan kursus pendek. Kursus-kursus ditawarkan:

1) Electrical and Automation – Electrical & Electronics
2) Mechanical & Manufacturing - Pneumatics & Hydraulics
3) Mechanical & Manufacturing - Mechanical Workshop Practices
4) Mechanical & Manufacturing - Design
5) HVAC & Refrigerating
6) Automotive Engineering
7) Industrial Automation
8) Fabrication & Joining - Metal Fabrication Technology
9) Fabrication & Joining - Welding Technology
10) Technical Foundation Section.

Pelajar di IMF 80% adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Setakat ini IMF mempunyai seramai 81 orang staf dengan 183 pensyarah. Kelulusan minima untuk memohon ialah SPM baik dalam matematik dan Fizik serta lulus Bahasa Malaysia. Buat masa ini terdapat 1,450 pelajar sedang mengikuti pengajian pada peringkat diploma dan 800 pada peringkat ijazah. 70% dari pelajar diploma adalah disubsidi, di samping pinjaman. Mana-mana pelajar mencapai keputusan akhir 3.5 GP atau ke atas ditukarkan pinjaman kepada biasiswa. Sebahagian besar pelajar tinggal di luar kampus, kerana kekurangan tempat tinggal. Ramai dari tenaga pengajar adalah bekas pelajar IMF yang menyambung pengajian antaranya ke Peranchis.



Kami membincangkan kemungkinan menaja pelajar-pelajar bagi kursus pendek dan mungkin beberapa yang panjang. Kemungkinan tenaga pengajar menerima jemputan memberi seminar bagi bidang-bidang kepakaran masing-masing. ADUN memaklumkan pelajar anak Selangor yang mengambil diploma dan Ijazah boleh memohon pinjaman skim pinjaman Kerajaan Negeri Selangor tanpa faedah. Menurut Prof. Engineer Dr.Ishkandar, ianya satu yang menarik dan belum mendapat maklumat yang Kerajaan Selangor menawarkan skim pinjaman tanpa faedah. Kami juga membincangkan kemungkinan pelajar-pelajar terlibat sama dengan kerja-kerja kemasyarakatan dengan Kabinet Mini ADUN Bangi, persatuan penduduk, kepimpinan taman-taman dan kampong-kampong. Cadangan-cadangan boleh dirunding pada pertemuan lanjutan. Selepas taklimat kami dibawa oleh Profesor Madya Haro Abas bersama dengan tenaga pengajar yang lain melawat beberapa kelas dan makmal. Terima kasih kepada Prof Engineer Dr. Iskandar, semua tenaga pengajar dan staf yang menerima baik kehadiran kami. Sebelumnya kami bertukar-tukar cenderamata. Terima kasih.

Sekian.

1 comment:

  1. Berita baik!

    Nama saya HARRIET MARK, warganegara Malaysia, saya tinggal di AHMAD Bin Gh Azali 78 Kg Sg Ramal Luar 43000 Kajang Selangor. Ia adalah sebuah bandar di SELANGOR MALAYSIA. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberikan nasihat konkrit kepada semua warganegara Malaysia yang mencari pinjaman untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipu, beberapa bulan yang lalu saya memerlukan pinjaman, kerana kewangan saya Keadaan tidak begitu baik dan saya terdesak, saya jatuh ke tangan peminjam palsu, dari saudi arabia dan Singapura. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya memberitahu saya seorang pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Ibu. Antonia Barry, pemilik Pertubuhan Pemberian Global, Dia adalah pemberi pinjaman Global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya 68,000MYR pinjaman dalam tempoh kurang daripada 24 jam dengan kadar faedah 2% dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.
    Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Ibu. Antonia Barry memindahkan pinjaman saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya, saya dapati jumlah yang saya memohon telah dikreditkan ke akaun bank saya.
    Jadi untuk kerja baik Ibu Antonia telah dilakukan dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan membagikan kesaksian saya tentang Ibu. Antonia, supaya orang dari negara saya dan bandar saya dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Ibu. Antonia melalui e-mel: (antoniabarry4@gmail.com).

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya :( harrietmark01@gmail.com). Sekarang, saya seorang pemilik perniagaan wanita yang baik dan hebat di bandar saya, Semoga Allah SWT terus memberkati Ibu. Antonia untuk kerja yang baik dalam hidup saya dan keluarga saya.

    ReplyDelete