September 5, 2010

Membaiki Surau Al-Hidayah Sungai Tangkas Secara Gotong Royong

Sungai Tangkas, 24 Ramadhan = 03 September (Jumaat):

8.30 malam kami tiba ke Surau Al-Hidayah sebagai menurut jadual berjamaah, Isyak dan Tarawih di sini, tetapi ada fungsi yang lain kami turun di sini, iaitu menyampaikan cek permohonan oleh AJK Surau sejak dua bulan dahulu untuk mendapatkan peruntukan bagi membaiki bahagian belakang surau – termasuk tandas dan tempat membasuh mangkuk pinggan dan sebagainya.


Ketibaan kami memperlihatkan kesan gotong royong yang berlaku pada siangnya dengan longgokan pasir dan krikil dan alat-alat pembancuh semen menandakan gotong royong di Surau Al-Hidayah sedang berjalan. Dalam hati kami bertepatanlah kami membawa peruntukan bagi menyempurkana pimbinaan. Kehadiran Kami disambut oleh Ketua Kampong Encik Abdul Hadi bin Husin, Encik Zulkifli Khalid Ketua Timbalan Pegawai Daerah yang kebetulan hadir sama pada malam ini, Encik Zamshi bin Haji Mohamad Pengerusi Surau, Imam-Imam Haji Abdul Kadir, Abdul Rahim dan Ibrahim.


Selepas bercakap-cakap dan melihat pembangunan tambahan, kami ke dalam Surau menunaikan salat Isyak dan tarawih. Berikut itu satu majlis kecil dan ringkas diadakan dengan ucapan alu-aluan dari Encik Abdul Hadi Ketua Kampong, kemudian diikuti ucapan ringkas dari ADNS Bangi. Menurutnya:

Beliau bersyukur kepada Allah kerana berkesempatan berjamaah Isyak dan bersolat tarawih bersama ahli kariah. Beliau sukacita melihat surau dapat dimakmurkan dengan baik. Beliau tertarik dengan penduduk, khususnya ahli jamaah bergotong royong. Bahkan menurutnya, beliau diberitahu bahawa, pembaikan tandas dan penambahan ruang untuk mencuci periuk dan pinggan mangkok juga dilakukan dengan bergotong royong. Bahkan sesampainya rombongan tadi melihat sekelompok anak-anak sedang bergotong royong membersih periuk, pinggan dan cawan.


Berhubung dengan hasrat penduduk, sebagaimana yang disebut Tok Hadi Ketua Kampong, mau mendirikan sembahyang Jumaat di Surau Al-Hidayah ini, permohonan bolehlah diangkat ke atas dan beliau bersedia menyokong. Beliau bersukacita usaha untuk mendirikan Sekolah agama di atas tapak yang sudah sedia sedang diteruskan. Bahkan beliau berpendapat oleh kerana kawasan Sungai Tangkas makin ramai dengan penduduk ditambah dengan pertumbuhan taman-taman baru seperti taman universiti dan kewujudan taman perumahan Alam Sari dan dengan pertambahan pusat-pusat pengajian tinggi dan latihan seperti GMI, Twintech, Essex dan berbagai lagi, maka di kawasan ini perlu diadakan masjid, Sekolah rendah dan menengah. Beliau berharap Ketua Kampong dan JKK memikirkan bagaimana masjid dan Sekolah-sekolah yang amat diperlukan dapat dilaksanakan.


Kita perlu selari dengan perkembangan yang berlaku, kalau tidak akan ketinggalan. Yang penting sekarang perlu kenali tapak-tapak yang bersesuaian dan kemukakan kepada pihak atasan Kerajaan. Kita sedia membantu dan memberi sokongan bagi menyempurnakan keperluan penduduk setempat.

Sebelum diakhiri majlis ringkas, ADNS Bangi menyerahkan cek berharga RM2,500 kepada Pengerusi Surau En. Zamshi bin Haji Muhammad.

Sekian.

2 comments:

  1. ustaz..
    penduduk seksyen 3 tambahan Damai Impian membantah projek bangunan berdepan dengan restoran hassan dan impian maju...

    sepanduk sepanduk dah dinaikkan...rasa elok ustaz pegi jumpa wakil penduduk di taman tersebut sebelum juak juak umno ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    saya penduduk Damai Impian Seksyen 3 Tambahan.

    Tolong perhatikan sikit isu projek depan restoran hassan dan impian maju bistro...

    penduduk damai impian membantah projek tersebut. Sepanduk dah dinaikkan.

    Elok cepat ustaz pegi tengok takut nanti juak - juak Umno ni ambil kesempatan

    p/s terpulang kepada admin nak lepaskan ke tak comment ni tapi tolong periksa dan melawat kawasan tersebut

    ReplyDelete