September 2, 2010
Mendaki Rumah Pangsa Mutiara, Menghayati Pahit Derita Penghuninya
Bukit Mutiara, Kajang, 19 Ramadhan = 29 Ogos (Ahad):
Mendaki Rumah Pangsa Mutiara
Dua bloks enam tingkat itu
Bersama skuad kebajikan
Pada bulan Ramadhan Mubarak
untuk menemui 25 penghuni
(usia mas, ibu tunggal, kematian
atau ditinggal suami - miskin tegar)
Adalah mengahnya mendaki
Kehidupan yang terpinggir
Dari derasnya arus kehidupan
Dan berpaut hayat pada tangan-tangan ehsan.
Menemui penghuni pangsa di sini
Kami lemparkan simpati
Pada kedut wajah ibu tua
Garis pengalaman yang merakam
Sejuta pahit jadam kehidupan
Seorang ibu kematian suami
Membelai dua anak dikasihi
Hidup mereka dari lebihan
Bayar sewa unit kediaman
Dari zakat bulanan ditambahi usaha
Membaiki peralatan computer dan letrik
Yang pendapatan tak seberapa
Tapi itulah usaha sampingannya.
Simpati kami pada pasangan
Yang datang sejauh Sarawak
Mencari rezeki di bumi Selangor yang kaya
Mereka terdampar di sini di rumah pangsa
Mengadu nasib bekerja bagi survival keluarga
Kami harap hijrah mereka dari Kristian kepada Islam
Kekal bertambah keyakinan dan aman.
Ziarah kami menemui kalian
Ziarah simpati di bulan Ramadhan
Kami Cuma membawa sedikit buah tangan
Sesampul kewangan, sekampit beras
Kuih raya dan bahan makanan
Tentu tidak mencukupi keperluan kalian
Apa yang kami harap
Sekurangnya sedikit menceria semua
Menjalani Ramadhan dan menyambut Syawal.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
23 Ramadhan 1431
02 September 2010.
No comments:
Post a Comment