Jam 10.00 pagi kami turun ke Sungai Ramal bersama saudara Shahrum Abdullah dan Azizi berkenderaan Toyota Hilux , pertama kali digunakan turun padang. Kami singgah dulu di Masjid Jame` Haji Mat Saman. Di sini menunggu Tuan Haji Mohd Yusof Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Sungai Ramal, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan dan rombongan AJK, saudara Fuad, sdr. Saidun AJK Masjid, Puan Laila dan beberapa ahli muslimat dan peserta-peserta dan masjid dan AJK-AJK Kebajikan.
Dari sini kami melawat pertama ke Taman Perumahan Dato` Khoo Kai Boh yang tidak berapa jauh dari Masjid, namun perlu pergi dengan kenderaan. Taman Dato` Khoo Kai Boh ini mulai dihuni pada tahun 1971. Jumlah rumah di sini sebanyak 50 buah rumah yang terletak di Jalan Satu dan Dua. Di Taman ini kami diperkenalkan dengan mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku seminggu lepas. Mereka ialah:
Puan Merati binti Ibrahim
Puan Normah binti Omar &
Encik Azman bin Saenin
Kami melihat rumah mereka satu persatu yang atap-atap rosak diterbang angin. Kami menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka sebagai tanda simpati. Atap-atap rumah-rumah berkenaan sudah dibaiki.
Selepas itu dari Taman Dato` Khoo Kai Boh kami bergerak ke Kampong Paya bersebelahan yang lain dari Masjid Haji Mat Saman. Dua rumah di sini mengalami kerosakan dan masih belum dibaiki. Pemilik-pemilik ialah:
Mohd Isna bin Muhammad &
Encik Mazlan bin Haji Johari
Kami juga melihat rumah-rumah mereka dan menyampaikan bantun.
Selepas itu kami melawat rumah Ketua Pas di sini En. Sa`edun yang mengadu rumahnya dirosakkan oleh anai-anai dan terpaksa dibongkar bahan-bahan kayu rosak untuk diperbaiki.
Kami juga menerima aduan berhubung dengan perparitan yang tak dapat menampung larian air, jika berlaku hujan sedikit lebat. Aduan insyaAllah dibawa kepada penilaian oleh jabatan berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment