Sebagaimana dijanjikan semalam bahawa Adun Bangi akan turun lagi ke lokasi banjir, Hulu Langat pada hari ini, tetapi sebelum ke Hulu Langat pada jam 9.30 pagi Adun & beberapa pengiring dan Tuan Haji Rushdi dan AJK Lajnah Kebajikan bertolak ke Sungai Ramal Dalam di sana beberapa Muslimat menunggu bertujuan untuk sama membuat `follow up` lawatan kepada pesakit-pesakit yang pernah kami lawati sebelum ini. Pertama kami melawat En. Sharul Bahrin bin Ali (40) pekerja Hitachi Air-Cond. yang mengalami kanser tengkok. Kini al-hamdulillah penyakitnya makin sembuh dan dia perlu menaikkan berat badan kepada 50 kg. sebelum dapat kembali bekerja. Kami ucap tahniah kesihatannya makin baik. Pesakit kedua ialah Alif Zakuan (9) yang lumpuh sejak kecil, tetapi bersekolah. Kita menghadiahkan kepadanya alat bertatih untuk berjalan . Namun respond bercakapnya kurang terhadap yang datang, tetapi bercakap dengan kawan-kawan. Walau bagaimana Alif Zakuan sihat.
Selepas lawatan berkenaan, kami bertolak dengan 2 buah kenderaan. Adun bersama Azizi, Harun Azuan dan Tuan Syed Muhammad, manakala Tuan Haji Rushdi bersama isterinya. Yang lain-lain tidak turut serta. Lokasi pertama kami ialah singgah di Dewan Dato` Nazir, bilik gerakan Pas Dusun Tua. Di sini ada sukarelawan dari Serdang. Mereka membantu gerakkerja di sini. Turut bersama Ustaz Shafie Ngah dan saudara Abu Bakar dan beberapa yang lain. Di sin Adun sampaikan bantuan dari peruntukan Adun kepada Penyelaras Dun Dusun Tua saudara Mat Jan bin Sulong wang tunai berjumlah RM2,000 untuk digunakan bagi operasi menolong mangsa-mangsa banjir.
Daripada sini kami bertolak ke lokasi pembersihan rumah yang mengalami banjir dengan mengikut saudara Mat Jan dan pengiring-pengiring. Lokasi yang dituju ialah Lembah Semungkis.
Tawaran diterima oleh anak pemilik rumah (Dewi Fadhilah) bersama adik-beradiknya (7 orang). Bapa mereka menunaikan Umrah. Ibu mereka keluar menjemput anak mereka di negeri Sembilan. Adun dibawa melihat barang-barang yang rosak juga diiringi Dewi Fadhilah dan beberapa yang lain melihat kawasan dalam rumah yang masih banyak lagi dengan bahan-bahan yang basah dan berlumpur. Menurut Dewi yang bapanya seorang Polis/Imam/Juru Nikah dan ibu dan Dewi sendiri bekerja di HUKM, kerugian yang dialami mereka adalah melebihi RM100,000/= .
Sebelum gotong royong dijalankan Adun menyerahkan 2 buah daripada 4 buah Jet Water yang dibeli atas peruntukan Adun (dua lagi digunakan untuk pembersihan tempat lain.) kepada saudara Mat Jan selaku Penyelaras kawasan Dusun Tua (harga RM550 x 4 mesin). Mulai dari itu gotong royong dilakukan, bermula dari mengangkat sampah dan barang-barang yang rosak atau tidak mau digunakan lagi ke dalam kenderaan dan diangkut ke tepi jalan di luar bagi memudahkan diangkat oleh lori MPKj untuk dibuang. Sementara beberapa yang lain menggunakan jet water membersih lantai dan barang-barang yang sesuai ditembak dengan Jet Water.Kira-kira jam 1.00 tengahari Adun terpaksa pulang ke Bangi kerana ada beberapa jemputan perkahwinan, termasuk untuk menziarah Tuan Haji Sa`don Uthman seorang Pendukung Kuat Pas Sungai Ramal Luar yang dimaklumkan baru meninggal dunia pada tengahari ini.
Meskipun Adun pulang dengan saudara Azizi dan Harun, tetapi yang lain-lain yang datang bersama Adun dan Haji Rushdi dan iseterinya tidak mau pulang, kerana mau menolong dan bergotong royong bersama sukarelawan-sukarelawan di sini. Kerja-kerja memang banyak dan memerlukan tenaga sukarelawan yang ramai. Bayangkan kerja-kerja dilakukan ini hanya satu rumah, bayangkan dengan beratus dan mungkin beribu rumah yang lain memerlukan kepada tenaga sukarelawan untuk membersih. Bayangkan jika sebuah rumah sahaja kerugian RM100,000/=, bayangkan jika 1,000 buah yang mengalami banjir. Bererti (RM100,000 x 1,000) kerugian sebanyak RM100 juta. Ini tidak termasuk kerugian luar rumah, kenderaan dan kawasan. Kita berharap mangsa-mangsa banjir tabah dan bersabar. Semoga mereka akan pulih kepada keadaan sedia kala dalam masa terdekat – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment