March 30, 2012

Musim Pemilihan AJK Masjid Yang Baru Di Dun Bangi, Semuanya Berjalan Lancar

BBB, 04 Jamadil Awal 1433 = 27 Mac 2012 (Selasa):

Sebagaimana diarahkan oleh JAIS, bahawa pentadbiran masjid-masjid, selain dari Masjid Jami` bagi sesuatu Daerah dikehendaki mengadakan pemilihan AJK yang baru bagi tahun 2012-2015. Beberapa buah masjid di Dun Bangi mengadakan pemilihan secara serentak pada Selasa malam 4 Jamadil Awal 1433 = 27 Mac 2012. Kecuali Masjid Teras Jernang yang memohon penangguhan, masjid-masjid seperti Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Masjid Surau Ramal Luar, Masjid Sungai Ramal Dalam dan Pekan Bangi mengadakan mesyuarat pada hari Selasa malam berkenaan secara serentak.

Bagi mengadakan pemilihan ahli kariah dikehendaki mendaftar diri bagi melayakkannya mengundi pada malam diadakan pemilihan. Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup pendaftaran beberapa hari sebelum tiba hari pengundian. Pemilihan AJK masjid di tempat masing-masing menarik perhatian ahli kariah setempat, selain dari kesedaran individu ada yang sengaja berkempen dan berusaha mendaftar dan menggesa ahli kariah supaya turun pada malam Selasa bagi mengundi, khususnya bagi memenangkan pihak yang disokong.

Pada malam pengundian pihak yang mempengerusikan pemilihan adalah didatangkan dari Jais. Adun berkesempatan hadir ke Masjid Hasanah sebagai anak kariah bagi sebuah surau yang berada di bawah Masjid Al-Hasanah. Selepas tiba ke Masjid bersama isteri sebelum bersolat Isya`, tugas pertama ialah check nama pada senarai yang telah didaftarkan sebelumnya. Selepas nama dipastikan ada di dalam pendaftaran, maka adun diberi kad kelayakan mengundi dengan menggantungkannya di leher. Selepas solat Isya` maka majlis pengundian dimulakan bermula dengan ucapan Nazir Tuan Haji Mohd. Napiah, maka cara memilih diterangkan oleh Wakil Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Pemilihan dilakukan dengan mengangkat tangan sambil menunjukkan kad Pendaftaran Mengundi. Petugas-Petugas Membilang dilantik dari kalangan alumni. Pemilihan melibatkan, jawatan Nazir, Timbalan Nazir, dua imam,dua bilal dan dua siak dan AJK Masjid, iaitu Setiausaha dan Pen. Setiausaha, Bendahari, AJK seramai 8 orang dan dua pemeriksa kira-kira.

Dari tinjauan Adun mesyuarat berjalan dengan baik dan tidak timbul kekecuaan atau kekecohan. Pada dasarnya AJK lama kekal. Cuma ada satu dua pertukaran antaranya oleh kerana keuzuran, bertukar di luar kawasan atau sengaja menarik diri. Pemilihan yang dikendalikan oleh Ustaz Durabi dari JAIS, Kajang. Majlis berjalan dengan lancar. Hasil pemilihan adalah sebagaimana berikut:

Nazir Ust. Haji Mohd Napiah bin Sahrani

Tim. Nazir Dr. Haji Sutarji bin Haji Kasmin

Setiausaha Haji Kamarudin bin Yusof

Pen. Setiausaha Muhammad Afik Mohd. Khazar

Bendahari Ahmad Tarmizi bin Abu Hassan

AJK Zahari Muhamad

AJK Hj. Abdul Hamid Abd. Rahim

AJK Abd. Rahman Husain

AJK Hj. Nadzri Daud

AJK Ali Zaini Musa

AJK Hj Anuar bin Ibrahim

AJK Wan Zailan Wan Omar

AJK Hjh. Hidayah bt. Muhammad

Wakil Pemuda Ustaz Hud bin Saleh Huddin

Wakil Wanita Ustazah Che Mariam bt. Ahmad

Pemeriksa Kira-kira Hj. Hamzah bin Othman

Pemeriksa Kira-kira Zulkifli bin Dellah

Imam Tuan Syed Othman Thani Syed Omar Fadaak

Imam Ustaz Ishak bin Jusoh

Bilal Hj. Ibrahim Yahaya

Bilal Kholid bin Yaacob

Siak Samion bin Musiron

Siak Ayob Salleh

Dimaklumkan juga perjalanan pemilihan di Masjid Muhammad Saman Sungai Ramal Luar, Masjid Sungai Ramal Dalam dan Masjid Pekan Bangi berjalan lancar. Cuma ada berlaku pertukaran seorang dua sahaja. Kita menunggu keputusan pemilihan Masjid As-Salihin Teras Jernang. Bertugas di masjid adalah merupakan amanah dan tanggungjawab kerana Allah, kita berharap semua berlumba-lumba bagi membuat kebajikan kerana Allah – Insya Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment