May 15, 2012

13 Juta Undi Pekerja Mampu Mengubah Landskap Politik Negara: Pemimpin-Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Meraikan Pekerja

Shah Alam, 21 Jamadil Akhir 1433 = 13 Mei 2012 (Ahad: 8.30-1200 malam):

Photobucket

Bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, dihadiri Pemimpin-Pemimpin Utama Pakatan. Bertujuan Mengiktiraf Hak & Menjulang Martabat Pekerja. Antara Pengumuman penting dibuat:

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka gaji minimum bagi pekerja ialah RM1,100/= sebulan.
Bagi kepentingan pekerja Tuan Syed Shahir Mantan Presiden MTUC dilantik menjadi Senator.

Photobucket

Antara pemimpin yang hadir pada malam ini ialah YB. Dato` Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen, YB. Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas, YB. Encik Lim Kit Siang Penasihat DAP, YB Dr. Halimah Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, YB Tuan Dr. Yaakob Sapari Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Puan Rodhiah Ismail Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Abdullah Sani Pengerusi Biro Pekerja PKR dan YB En. Sivanisan Pengerusi Biro Pekerja DAP. Turut hadir berpuluh-berpuluh kesatuan sekerja, pekerja-pekerja dan orang ramai.

Ucapan YB. Dato` Seri Anwar Ibrahim

Photobucket
  • Kita berhimpun bagi menyatakan penghargaan kepada pekerja. Kita mengulangi komitmen kita, peralihan kuasa bukan setakat pertukaran tokoh tetapi perubahan cara dan pendekatan memerintah.
  • Gaji RM1,100 adalah permulaan minimum disertai `Good Governance` . Contoh berusaha membasmikan rasuah, mengambil komisyen dan ketirisan melibatkan RM400 juta hingga RM1 bilion. Kita boleh selamatkan kewangan Negara dari 20,000 hingga RM40,000 juta. Ini juga bermakna mengurangkan kos dan inflasi.
  • Membatalkan PTPTN dan membuat pendekatan baru dari segi biasiswa dan pinjaman. PTPTN telah menggunakan wang RM43 bilion, tetapi dapat pulangan hanya RM3.1 bilion..Ini bererti bukan saja membebankan pelajar, tetapi rakyat dan Negara.
  • Mempersoalkan Penguasaan Syariktat Minyak oleh kroni yang melonjakkannya menjadi orang terkaya di Negara ini. Menilai kembali perjanjian yang mungkin berat sebelah melibatkan YTL, Malakof & Ananda. Perundingan yang mungkin kos dapat diturunkan. Mempersoalkan kerugian Mas hingga RM11 bilion.
  • Mengatasi masalah pekerja asing di dalam Negara ini yang kini berjumlah 5 juta orang. Ada pihak yang mengambil kesempatan memperdagangkan manusia tanpa mengira membahayakan Negara.

YB Dato` Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Photobucket
  • Pekerja adalah golongan penting bukan saja berperanan menjana ekonomi Negara, tetapi menentukan pemerintahan Negara, sebab itu gunakan kuasa ini sebaik mungkin.
  • Bersih 0.3 bertujuan menuntut kebersihan pilihanraya, termasuk pembersihan rasuah dari segi kewangan bagi mendapatkan kuasa.
  • Pendidikan hendaklah dilihat sebagai kebajikan. Bagaimana universiti Al-Azhar, Dioband dan Aligar menawarkan pendidikan percuma, manakala universiti di England, German dan Scandinivia mengutamakan kewajipan sosial di dalam pendidikan ?
  • Perlu dirubah amalan tidak demokratik pemerintah di dalam menguasai media dan bukan saja menyekat, tetapi menyerang pihak lawan secara tidak demokratik.
  • Bayaran yang membebankan bagi aduan pengundi yang meragukan seolah SPR tidak menggalakkan untuk membuat aduan kesalahan dan penyelewengan

YB En. Lim Kit Siang

Photobucket
  • Syed Shahir berjuang dalam kesatuan sekerja – Mantan Presiden MTUC. Kita hantar beliau ke Dewan Negara untuk memperjuangkan nasib pekerja.
  • Jangan bimbang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Umno turun secara satu kaum di Bukit Jalil 50,000, tetapi penyokong Pakatan Rakyat turun bersifat berbagai kaum berjumlah melebihi 1.5 juta.
  • Menolak lantikan Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Diraja Menyiasat Bersih 3.0, kerana hilang kredibiliti dan kepercayaan terhadapnya.
  • Pekerja berhak mempersoalkan cara pentadbiran kewangan kerajaan yang dalam masa 10 tahun kehilangan sebanyak RM1 Trilion.
  • Pindaan Akta Pekerja menahan pekerja dari berpersatuan dan meningkatnya pembuangan pekerja hingga 80%.

Turut berucap ialah Tuan Haji Mat Sabu, YB Dr. Halimah Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor, YB Tuan Syed Shahir, YB Abdullah Thani, saudara Sivanisan, saudara Anuar Tahir dan saudara Alias Awang Setiausaha Kewangan MTUC. Antara perkara yang ditimbulkan (selain dari di atas):

Photobucket
  1. Kerajaan Kelantan mendahului negeri-negeri lain di dalam membela pekerja seperti cuti dua hari seminggu yang diikuti Kerajaan Persekutuan dan 90 hari cuti bersalin.
  2. Persatuan Pekerja berpengaruh dan boleh mengambil alih pemerintahan Negara seperti di Poland
  3. Kerajaan Selangor membela pekerja melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor melalui berbagai-bagai skim seperti Warga Emas, Tawas, Bantuan Masuk Universiti, Mimbar, Skimsel dan berbagai-bagai lagi.
  4. Telah lebih 50 tahun kerajaan BN memerintah, BN tidak memberi perhatian kepada gaji minimum. Dari desakan Persatuan Sekerja dan Kerajaan Negeri Selangor memulakan gaji minimum, maka barulah Kerajaan BN terpaksa mengikut dan menentukan gaji minimum RM900.
  5. Kerajaan BN mendiskriminasikan gaji minimum bagi Semenanjung RM900, manakala bagi Sabah dan Sarawak RM800.

Sambutan terhadap Malam Mengiktiraf dan Melonjakkan Wibawa Pekerja begitu hangat. Kehadiran yang pada peringkat permulaan sederhana, tetapi bila malam makin tua, makin ramai hadir pemimpin-pemimpin Persatuan Pekerja dan pekerja-pekerja. Pada satu peringkat seluruh hadirin dalam stadium bangkit berdiri dan menyanyikan lagu:

SOLADIRATY FOREVER

Dengan penuh semangat dan tekad

Photobucket

Kita berharap kekuatan yang ada pada kaum pekerja akan dipindahkan dalam bentuk sokongan terhadap Pakatan Rakyat yang insya Allah bakal membentuk Kerajaan Baru membela pekerja dan memerintah secara Demokratik, Adil dan Maju.

Sekian.

No comments:

Post a Comment