BBB, 10 Rejab 1433 = 31 Mei, 2012 (Khamis):
Sebagaimana dijanjikan Adun pada malam ini dikehendaki melepaskan Konvoi Bermotorsikal dari Jejentas Sungai Buluh ke Kedah dan bagi Bas dari Hadapan Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Sebaik selesai solat Maghrib Adun bersama saudara Azizi, juga saudara Azmi Ahmad dan Along anaknya, bertolak ke Jejentas, Sungai Buluh bagi melepaskan konvoi Motorsikal ke Alor Star. Perjalanan agak kurang menggembirakan, kerana dalam perjalanan hujan mulai turun dan sampai kami di Jejantas Sungai Buluh hujan semakin kuat. Pendaftaran dilakukan di bawah anjung bangunan – Menurut saudara Khairul Hafiz Pengurus Konvoi,
``Konvoi bermotorsikal pada malam ini adalah di bawah anjuran Persatuan Alternatif Riding Club (ARC) yang Ketuanya ialah saudara Rizal.`` Bila ditanya berapa jumlah konvoi menyertai ?
Menurut saudara Khirul Hafiz, ``Pada asalnya target penyertaan seramai 100 orang, tetapi hingga kini berjumlah seramai 80 orang.``
Sementara menunggu kehadiran dan penyusunan konvoi Adun diberi taklimat oleh saudara Khairul dan saudara Rizal, ARC sekarang mempunyai keahlian serama 4,000 orang. Keahlian melalui pendaftaran keahlian, menerima sticker Motorsikal dan Baju ARC. Perhimpunan ARC terbesar pernah diadakan di Kuala Selangor hingga berjumlah 1.000 bikers.Bahawa Konvoi ARC, tidak semata ke Perhimpunan Hijau di Alor Star, tetapi juga membuat lawatan amal ke beberapa tempat di Kedah. Konvoi adalah mendapat kebenaran Polis, tetapi pengawasan diseliakan oleh Marshal-Marshal dari Unit Amal. Sebuah kenderaan Hilux dari Serdang mengiringi Konvoi dengan membawa segala peralatan kecemasan yang diperlukan jika berlaku kerosakan dan juga alat bantuan perubatan awal.
Dalam perjalanan pasukan akan makin bertambah dengan kombinasi penyertaan motorsikal dari berbagai negeri dan tempat dalam perjalanan. Tempat-tempat berhenti ditentukan. Misalnya bersolat Jumaat di Masjid di Gurun. Pada akhirnya jumlah peserta akan meningkat kepada 1,500..Pasukan akan menyertai Perhimpunan Hijau di Stadium Alor Star, Kedah Darul Aman bagi melengkapkan target 50% kehadiran di Stadium terdiri dari anak-anak muda.
Adun Bangi diberi peluang berucap ringkas, menmgucapkan syabas di atas kejayaan ARC mengumpulkan ahli-ahli dan peserta-peserta Berkonvoi Motorsikal ke Himpunan Hijau di Stadium Alor Star. Adun mengikuti perkembangan ARC yang berasal dari puluhan ahli dan kini meningkat kepada 4,000 orang. Ini adalah merupakan kegiatan yang sihat. Dengan melalui Persatuan Secara Berdaftar ini berbagai-bagai kegiatan amal dapat dilakukan. ARC menjadi satu tenaga yang akan membantu PAS di dalam banyak kegiatan. Adun berharap setiap peserta mematuhi peraturan jalan raya. Lebih-lebih lagi kenderaan banyak menuju ke destinasi yang sama. Adun berharap semua program akan berjalan lancar. Bagi membantu melancarkan kegiatan dan program Adun menyediakan sejumlah peruntukkan bagi digunakan di dalam kegiatan. Dengan lafaz Bismillah dan diikuti doa Adun merasmi dan melepaskan Perjalanan Konvoi ARC ke Alor Star, Kedah.
Selepas Perasmian Adun bersegera pulang ke Bangi bagi melepaskan bas-bas dari Dun Bangi yang akan bertolak ke Alor Star pada malam ini. Tempat bertolak ialah di luar Stadium Sukan Bandar Baru Bangi Seksyen 15. Tiba jam 11.00 di tepi Stadium, sudah ada peserta-peserta yang menunggu kehadiran bas-bas. Adun berpuashati, kerana tiba di tapak, sebelum mereka menunggu. Bas-bas adalah terdiri dari sebuah diurus Pemuda Serdang, sebuah dari urusan Penduduk Bukit Mahkota dan sebuah lagi diurus ahli-ahli dari Kawasan. Di samping itu beberapa buah kereta turut sama berkonvoi. Jam 12.00 malam semua bas dan peserta berkumpul. Saudara Rusli Timbalan Ketua Pemuda yang mengendalikan arahan. Adun berucap ringkas memuji semangat yang ditunjukkan peserta-peserta menyertai rombongan ke Perhimpunan Hijau di Alor Star. Adun menyebut ,
``Pasukan Bermotorsikal ARC telah bertolak. Mereka adalah pasukan muda yang cekal bermandi angin dan hujan, sedangkan saudara-saudari lebih enak di dalam bas yang berhawa dingin. Harap tidak kurang semangat dari mereka.`` Adun menyebut,
``Tadi Adun menyambut ketibaan Pemuda Bermotosikal di stesyen perhimpunan di R & R Sungai Buluh. Antara mereka seorang pemuda yang basah kuyup datang bersalam dengan Adun, Adun berkata,
``Basah kuyup, tahan sejuk ka ni ?`` Beliau menjawab secara menarik,
`Kita berdepan hanya dengan peluru hujan, rakyat di Palestin berdepan dengan Peluru Hidup ! Adun secara spontan memberi respon Allahu Akbar !
Dengan lafaz Bismillah Adun melepaskan pergerakan bas dan mendoakan keselamatan pergi dan balik dan bas bertolak satu persatu. Insya Allah kami menyertai sama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment