Kuala Terengganu- Kuantan, 12 Rabiul Akhir 1434 = 22
Februari 2013 (Jumaat):
Oleh kerana berlaku kematian mengejut keluarga rapat, maka
pada pagi Rabu Adun bersama isteri, dua orang anak, seorang menantu dan seorang
cucu bertolak ke Kuala Terengganu dengan sebuah kereta pada pagi Rabu 20
Februari. Seorang lagi anak pulang berasingan sekejap dengan penerbangan dan
pulang petang ke Kuala Lumpur
setelah menziarahi kematian. Seorang anak dan menantu juga yang datang bersama
turut pulang dengan penerbangan pada malam, kerana masing-masing sebok dengan
tugas kerjaya masing-masing. Adapun Adun bertujuan selain dari melawat kematian
di kampong bercadang juga singgah di Paka dalam perjalanan pulang untuk
menziarah Ibu Saudara Adun yang kematian suami (Haji Wan Abbas bin Abdullah
seorang Pengasas Pas Terengganu yang mula ditubuhkan di Pondok Haji Zainal
Abidin, Dungun dalam tahun 1960an) beberapa bulan lalu yang belum lagi Adun
ziarah.
Apa yang Adun mau sebutkan bahawa dalam perjalanan terutama
memasuki negeri Pahang terasa seolah-olah pilihanraya akan berlangsung esok
hari. Kalau di Selangor kurang berkebar bendera-bendera parti di tepi jalan, di
antara pembahagian jalan, bahkan di atas-atas bangunan dan tiang-tiang lampu.
Tetapi demikianlah di Pahang terutama selepas Kuantan bendera-bendera parti
terutama dari bendera Dacing dan Umno dicacak berderet ditepi-tepi jalan, di
antara pembahagian jalan dan di tepi-tepi jambatan. Bahkan dalam perjalanan
terdapat orang-orang yang sedang bekerja memasang bendera. Pada tempat-tempat tertentu
seperti kawasan Temerloh, bendera Pas mendominasi bendera-bendera Umno.
Istimewanya bendera Pas selain dari dicacak di tepi-tepi jalan, Pas mempunyai
bendera bersaiz besar yang dipasang tinggi seperti di atas pokok, di atas
bangunan, di tiang-tiang letrik (tak berlampu), bahkan dinaikkan ke atas bukit.
Bendera PKR lebih ketara di kawasan Kuantan dan di luar daripadanya. Oleh
kerana mau sampai segera, dari Kuantan kami mengambil jalan pintas melalui
Jabur hingga ke Cheneh, Bukit Besi hingga ke Bukit Payung, di jalan ini juga
terdapat bendera-bendera dipasang di kawasan-kawasan yang ada kediaman.
Berbanding dengan negeri Pahang, maka Perang Bendera lebih
banyak kelihatan di negeri Terenganu. Perang bendera ini adalah antara BN dan
Pas. Walau bagaimana di Terengganu pada keseluruhannya perang bendera lebih
banyak dari BN, kerana mereka menguasai negeri menguasai tempat-tempat
strategic dan mempunyai peruntukan yang banyak. Namun tempat-tempat seperti di
Marang dan Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu perang postar lebih sengit.
Pendek kata dari suasana yang dilihat di Negeri Pahang dan Terengganu, seolah-olah
pilihanraya besok. Pada tempat-tempat yang dilalui bukan setakat bendera,
tetapi sudah dipasang khemah-khemah dan pondok-pondok panas.
Apa yang dapat diperhatikan bahawa dengan suasana Perang
Postar memberi kemeriahan bagai perayaan, tetapi perang bendera secara
besar-besaran, lebih membawa kepada pembaziran. Apa lagi dengan pembahagian
wang yang melibatkan berbilion ringgit. Ianya bukan dinamakan pemurah, tetapi
boleh difatkan sebagai tidak berkemampuan di dalam mengendali kewangan secara
bijaksana.
Apakah perlu kepada pemasangan bendera begitu banyak ? Sebenarnya masyarakat
di Kuala Lumpur
yang memang dilambak dengan berbagai maklumat dan canggih dari segi komunikasi
tidak memerlukan pemasangan bendera yang banyak. Mereka lebih tahu menilai
tentang maklumat. Mereka mampu menilai antara yang telah sekian lama bekerja
dan terus bekerja dengan baru bermuka-muka
dengan memberi wang agar mendapat
sokongan. Apakah yang lebih baik kewangan yang begitu besar dilabur dalam
pendidikan misalnya dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar. Dengan
menghabiskan wang berjuta-juta ringgit tidakkah wajar kerajaan lebih banyak membina
bangunan kediamanan yang lebih ramai memerlukannya ? Daripada membahagikan duit
tidak secara berhimah apakah lebih baik pihak kerajaan menyediakan
peluang-peluang pekerjaan, terutama bagi anak-anak muda yang melanjutkan
pelajaran tetapi tidak mendapat pekerjaan.
Dalam perjalanan pulang ke Bangi seteleh bermalam di Paka
dan menemui ibu saudara yang kematian suami, bendera-bendera dipasang lebih
ketara di perkampungan sepanjang perjalanan dari Marang ke Dungun. Tapi kita
mengharapkan rakyat bukan melihat pada pemasangan berapa banyak bendera yang
dpasang, tetapi hendaklah melihat prestasi menyeluruh dari peringkat Negara,
negeri, kawasan tempat yang dijalankan. Misalnya kita mengharapkan rakyat membuat
penilaian misalnya di Selangor MIDA (Malaysia Investment Development Authority)
melaporkan pencapaian negeri Selangor bagi tahun 2012 (Januari- Oktober 2012)
bahawa negeri Selangor menerima pelaburan kemasukan modal tertinggi di Malaysia
sebanyak RM48 bilion dengan catatan pentadbiran baik mendahului Sarawak yang
menerima pelaburan RM40 bilion. Selangor menyediakan peluang pekerjaan bagi
tahun 2012 sebanyak 18,975 peluang pekerjaan, iaitu menampung 31% dari
keseluruhan peluang pekerjaan di Negeri itu. Laporan juga menyebut bahawa
negeri Selangor memberi sumbangan kepada pendapatan negara sebanyak 23%.
Angka-angka jelas memberi penerangan kepada rakyat tentang prestasi yang
dicapai Selangor yang jika kerajaan Pakatan diberi peluang memerintah Negara,
maka pencapaian Selangor akan dijadikan model. Selangor juga berusaha mengambil
alih pentadbiran air sebagi hak milik rakyat dan Negeri Selangor dengan
menawarkan pembelian asset kepada Syabas seharga RM9.65 bilion. Dengan
pembelian – jika diterima, air diharap tidak lagi dijadikan komoditi perniagaan
yang mencengkam rakyat, tetapi ditadbir dengan baik dan mengenakan bayaran
saksama.
Sebab itu kita mengharapkan dalam pilihanraya ke 13 terdekat
rakyat tidak terpengaruh dengan hiasan luaran, bayaran-bayaran yang lebih
bersifat pemancingan, tetapi tidak mempunyai visi dan misi masa depan yang
jelas bagi kepentingan rakjyat dan Negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment