Sungai Ramal Indah, 29 Rabiul Awwal 1434 = 10 Februari 2013
(Ahad):
Tarikh pilihanraya hampir tiba, semua pihak berkenaan
menunggu-nunggu tarikh pembubaran Parlimen. Namun dalam masa penungguan,
khususnya bagi orang politik tidak mensia-siakan masa. Persediaan menghadapi
pilihanraya berjalan dan kehangatan suasana terasa. Apa tidak pihak BN
menggunakan sepenuhnya segala media yang mereka kuasai berkempen dan
menyibarkan maklumat sebelah pihak. Senjata utama mereka bukan membentang dan
meminta rakyat menilai apa yang dilaksanakan mereka selama hampir lima tahun
diberi mandate – sebenarnya tidak banyak, sebaliknya menggunakan wang Negara
membahagi-bahagikan secara langsung atau secara mentah sebagai umpan memancing
undi – Bukan menjana ekonomi. Apabila dilihat umpan berkenaan makin termakan,
maka janji dibuat BRIM akan diberi
setiap tahun, bahkan beberapa kali setiap tahun ! Secara tidak langsung kerajaan
BN mau menggalakkan `Orang Pencen` sebelum waktunya. Demikian polisi ekonomi Negara.
Dasar ekonomi Negara apa namanya ini ? DEKRUN (Dasar Ekonomi Runtuh Negara)
agaknya. Bayangkan jika 4 Brim setahun mencecah RM10 bilion, maka bagi satu
penggal 5 tahun, bererti RM50 bilion ditambah dengan hutang Negara sedia ada
RM50 bilion bererti rakyat menanggung beban RM100 bilion pada penggal akan
datang – jika kuasa terus diberi kepada BN. Bagi BN demi kuasa, biar bankrupt
Negara ! Kadang-kadang terfikir juga apakah wang dicetak sebagai duit Jepun ?
Boleh merosakkan ekonomi Negara. Kalau kerakyatan boleh digadai kepada orang
luar, demi kuasa peduli dengan inflasi Negara ! Barangkali itu pendapat mereka.
Untuk memberi penerangan dan menyanggah tuduhan, segala
kesempatan yang ada digunakan oleh Pakatan Rakyat – termasuklah menggunakan
cara berceramah. Antara ceramah yang diadakan ialah di Sungai Ramal Indah, Dun
Bangi yang dianjurkan oleh Bahagian Penerangan Pas Serdang dengan kerjasama
Pejabat Adun. Penceramah yang dijemput pada malam tersebut ialah Y.B. Tuan Firdaus
Jaafar Ahli Parlimen Jerai, Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman AJK Pas
Pusat. Ustaz Shafie Ngah selaku Tuan Rumah mengalu-ngalukan hadirin dan
berterima kasih kepada AJK Penerangan yang berjaya mengadakan ceramah pada
malam ini. Beliau meminta masyarakat membuat penilaian tentang prestasi Pakatan
dan meminta mereka terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan. Ustaz Abdul
Ghani Abdul Rahman mengimbau selama lebih dari setengah abad memerintah,
menurutnya BN tidak dapat memberi kesan ketara kepada kemajuan – terutama orang
Melayu. Merujuk kepada Melaka, orang Melaka menurutnya tidak seharusnya
berbangga dan berfikiran serta bermegah Melaka sebagai benteng Umno yang sukar
ditembus pembangkang. Sebaliknya orang Melaka hendaklah berfikiran dan bertanya,
mengapakan kebanyakan negeri-negeri, terutama yang maju sanggup berubah dan
menyelidik apa faedah yang mereka dapati, mengapa Melaka tidak mau turut sama berubah, apakah orang Melaka
ketinggalan dan apakah kerugain-kerugian yang mereka alami. Masa masih belum
terlambat untuk mereka turut sama berubah bagi kebaikan.
Adun Bangi bercakap lebih kepada memfokuskan tentang
peruntukan yang dibelanjakan oleh Adun bagi tahun 2012 sebagaimana dilaporkan
dalam Buletin Bangi yang mulai diedarkan pada malam itu dan juga tentang
Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Skim Tawas, Tabung Anak-Anak Pekerja
Ladang, Tuisyen Rakyat, Hadiah Anak Masuk Universiti,, Pusat Khidmat Krises
sehenti, Skim Kesihatan Wanita, Pusat dilesis Rakyat, Kemudahan Cuti Tambahan,
Skim Mikrokredit, Mimbar, Mesra Usia Emas, Air Percuma yang diguna di bawah 20
kubik meter dan Hasil Batuan dan Mineral.
Adun juga bercakap tentang prestasi wakil-wakil rakyat dari Pakatan di
dalam Dewan Negeri berbanding dengan wakil-wakil rakyat dari BN yang selalu
ponteng. Adun menganjurkan penilaian hendaklah dibuat kepada kerja-kerja yang
dibuat untuk rakyat sejak diberi mandate bukan apa yang baru cuba dilakukan
sekarang. Adun berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan sebahagian
kecil yang masih belum dapat air percuma, kerana pihak Syabas enggan memasang
meter berasingan. Walau bagaimana sebagai penyelesaian sementara mereka
digantikan dengan sistem kopun.
Y.B. Firdaus Jaafar bercakap tentang Kedah mampu mendirikan
universiti KUIN sebagaimana Selangor mendirikan universiti dan mendapat
sanjungan dan pengiktirafan. Juga beliau bercakap tentang kejayaan negeri Kedah
membina 2 Loji Air, sebuah berkapasiti 25 juta liter meter padu dan sebuah lagi
berkapasiti 50 juta liter meter padu yang kos adalah RM330 juta, tetapi jika
menurut projek BN, maka harga boleh meningkat melalui pinjaman kepada RM2 bilion.
Kini pihak BN kehilangan modal untuk mengkritik berkenaan air sebagaimana
dilakukan sebelumnya. Beliau juga bercakap tentang rancangan untuk menurun harga
kereta jika kerajaan Pakatan Rakyat menang, juga penghapusan bayaran tol.
Beliau juga mengecam pihak yang mengatakan, kerajaan negeri menggondol
bukit-bukit di Kedah. Sebenarnya katanya ``Mereka kehabisan modal. Kita
mempunyai perancangan yang teratur bagi kepentingan ekonomi negeri Kedah dan
bukan melakukan penebangan secara sewenang-wenang. Menurutnya Kedah mampu
berdikari, walaupun dianggap kurang dengan hasil-hasil negeri. Dengan kejayaan
Pakatan memerintah Kedah, beliau berharap rakyat Kedah akan terus memberi
sokongan kepada pemerintahan Pakatan bagi meneruskan kemajuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment