Subang Jaya, 19 Sya`ban 1434 = 28 Jun 2013 (Jumaat):
Setelah solat Jumaat di Masjid UKM, Penulis segera pulang
dan bersama isteri segera bertolak ke Subang Jaya ke rumah Ibu Saudara isteri
(Ustazah Hindun binti Muhammad) tidak jauh dari Masjid Subang Jaya. Tujuan ke
sini untuk menyertai aqad nikah perkahwinan Anak Angkat Ibu saudara Isteri –
Alzahra Michelee Lee. Masa jemputan jam 3.00, tapi ketika tiba jam 3.40 petang
majlis sedang
berjalan.
berjalan.
Cik AlZahra Michelee Lee anak bungsu dari 4 beradik
perempuan bagi keluarga Kristian di Kota Kinabalu Sabah yang bapa bernama
Charles Lee Show seorang Cina dan isteri bernama Dorothy Anastasia Goudie
(wanita Inggeris). Michelee Lee Anak bungsu kedua pasangan dari Kota Kinabalu
lulusan bidang jururawat dan bekerja di Hospital Sime Darby di Subang Jaya di
sini. Setelah beberapa tahun berkhidmat di Hospital Subang Jaya di sini,
bergaul dengan kawan-kawan pekerja-pekerja perempuan Islam, maka Michelee Lee
tertarik kepada Islam dan memeluk Islam beberapa tahun yang lepas.
Setelah Islam, pihak JAIS mencari keluarga angkat daripada
orang Islam, untuk menyelamat, melindungi dan membimbing Alzahra mengenai
Islam. Pihak Masjid Subang Jaya mengenali Ustazah Hjh. Hindun yang sering ke
Masjid Subang Jaya dan turut mengajar di kalangan jamaah wanita. Pihak masjid
mencadangkan Michelee ditempatkan di rumah Ustazah Hindun di Subang Jaya.
Berdekatan dengan hospital dan juga Masjid. Ustazah Hjh. Hindun binti Muhammad
berasal dari Sungai Rengas, Kuala Terengganu. Oleh kerana kesemua anak-anaknya
bekerja di Kuala Lumpur, maka selain dari ibu ini bergilir ke rumah anak-anak ,
mereka juga membeli sebuah rumah di Subang Jaya berdekatan dengan masjid sebagai
tempat perhimpunan keluarga dan memudahkan ibunya berjamaah dan untuk belajar
dan mengajar. Untuk menemaninya dua buah bilik disewakan kepada pekerja/pelajar
Islam perempuan. Ini termasuklah Alzahra Michelee Lee ditempatkan di sini
selepas beliau menganut agama Islam. Alzahra bukan sebagai penyewa semata-mata,
tetapi sebagai anak angkat yang menemani Hajah Hindun bersolat di Masjid Subang
dan mengikuti pengajian dan membimbing pelajar (beliau Bekas Guru Agama di
Terengganu- bersara, sebelum menetap di Subang). Alzahra sebagai Sekuntum Mawar
yang disedari kehadirannya. Termasuk oleh Guru-Guru yang mengajar di Masjid
Subang. Termasuklah Kiyai Prof. Madya Dr. Haji Musa bin Kiyai Fathullah Harun
(Ulama` terkenal). Dr. Haji Musa Pensyarah UTM dan mengajar di banyak masjid,
termasuk Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam dan masjid-masjid yang lain. Beliau
mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Mohammad Shafiie bin Musa yang melalui
urusan Masjid Subang Jaya – Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya
(PEKEMAS), Mohammad Shafiie dijodohkan dengan Alzahra Michelle Lee dan hari ini
Majlis Aqad yang dibuat dirumah Ustazah Hindun – Ibu Angkat. Esok juga pihak
PEKEMAS menguruskan Majlis Jamuan bertempat di Bangunan Jubli Perak, di
belakang Bangunan SSAAS, Shah Alam. Dr. Musa mengahwinkan dua pasang anaknya
serentak. Seorang lagi ialah anak perempuannya bernama Latifah binti Musa
dengan pasanganannya Mohd. Saufi bin Md. Zaini. Acara aqad di rumah Dr. Musa.
Jamuan serentak di Bangunan Jubli Perak.
Pada hari ini turut hadir ke Majlas Aqad ialah Dr. Musa
suami isteri, ibu bapa Alzahra, iaitu Charles Lee Shaw (bapa) dan Puan Dorothy
Anastasia Goudie (Ibu) yang datang dari Sabah hari ini dan mereka disediakan
Hotel sebagai penginapan mereka selama di sini. Puan Hajah Hindun dengan anak
menantu, Dato` Mustafa Abdul Rahman Pengerusi Zakat Wilayah Persekutuan – Anak
sepupu Hajah Hindun. Encik Shamsuddin Ariffin Timbalan Pengerusi PEKEMAS, Pak
Shukor Harun (Harakah) AJK PEKEMAS (Pengerusi Tuan Syed Haji Zainal Abidin bin
Syed Zahir – tidak sempat jumpa), Dr. Azubah bt. Abdul Rahman (Dr. Pakar di
Hospital Sime Darby – Anak sahabat Penulis dari Trg.) dan suami, AJK Masjid dan
para jemputan. Turut hadir keluarga Dr. Musa dari Indonesia .
Bercakap dengan En. Shamsuddin Ariffin Timbalan Pengerusi
PEKEMAS, bahawa PEKEMAS telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi tujuan kegiatan
kebajikan Masjid bagi penduduk Subang Jaya. Berhubung dengan Masjid di Subang
Jaya, menurut En. Shamsuddin. Dulu tidak ada masjid di Subang Jaya dan pihak
Pemaju tidak menyediakannya. Kata En. Shamsuddin, ``Pada peringkat permulaan
masyarakat Islam di sini menggunakan sebuah kedai di Seksyen 15 berdekatan
Carfour, Fasa 1. Surau awal ini diwaqafkan oleh Habib Abdul Rahman (Beliau
telah meninggal 5 bulan dahulu).
En. Shamsuddin menyebut, ``Bahawa Tapak Masjid bagi Masjid Subang asalnya adalah tapak bagi sebuah gereja.`` Tapi tambah En. Shamsuddin, ``Kita ikhtiar dan akhirnya tapak Masjid Subang seluas 7 ekar itu bertukar dari tapak gereja kepada Tapak Masjid. Manakala tapak gereja diganti dengan tapak di atas bukit yang sedikit jauh dari lokasi masjid. Peruntukan bagi masjid adalah melalui derma orang ramai. Tiap keluarga diwajibkan menyumbang RM5,000. Kalau tidak ada duit boleh membayar secara ansur-ansur. Kemudian pihak kerajaan mengeluarkan peruntukan berdasarkan one to one.
Masjid Subang yang didirikan dengan derma orang ramai, banyak melakukan kerja-kerja kebajikan melalui
AJK, tetapi dalam sejarahnya ada peristiwa-peristiwa pertembungan dengan pihak
berkuasa kerana mempertahankan hak dan kemahuan penduduk.
Pihak penduduk, khususnya keluarga mempelai mengucapkan
terima kasih di atas usaha yang dijalankan oleh pihak PEKEMAS bagi kebajikan
penduduk termasuk urusan Aqad Nikah dan jamuan walimatul urus.
Didoakan kepada Allah semoga kedua pasangan mempelai dirahmati
Allah dan hidup aman damai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment