BBB, 26 Safar 1439H. = 15 November 201`7M. (Rabu):
Istilah kesufian seterusnya dibicarakan
oleh Al-Hujwiri ialah istilah `Ilmu` dan Ma`rifat.
Istilah ilmu, akar katanya ialah ``alima`
ertinya , tahu, iaitu lawannya jahil –
tidak tahu.
Manakala istilah ma`rifat adalah berasal
dari akar kata `arafa`, ertinya kenal
yang lawannya ialah tidak kenal.
Menurut Al-Hujwiri istilah `ilmu dan
ma`rifat adalah istilah theologi bererti
tahu dan kenal.
Menurut Al-Hujwiwi di kalangan ahli theologi
kedua-dua istilah dapat diertikan secara sama, iaitu
Mengetahui.
Sebagai contoh penggunaannya di dalam
theologi dikatakan oleh `ulama` al-Kalam bahawa:
``Awwalu wijibin `ala al-insan ma`rifat
Allah
Bermaksud:
Seawal-awal kewajiban ke atas insan ialah ma`rifat
Allah.
Ma`rifat bererti mengenal Tuhan, iaitu
ilmu.
Bermaksud ma`rifat juga adalah bermaksud
tahu.
Tetapi di kalangan sufi antara `ilmu dan
ma`rifat ada perbezaan.
Ilmu bererti tahu secara umum berasaskan
akal, tetapi ma`rifat bagi sufi ialah tahu yang bersifat kerohanian.
Istilah `ilmu` dinisbahkan kepada Tuhan.
Misalnya :
Huwa `Alimu al-ghaib wa al-shahadah (Al-Hashr: 22).
Bermaksud: Dia Mengetahui yang ghaib dan al-shahadah
(nyata).
Namun
istilah `arif menurut Al-Hujwiri tidak dinisbahkan kepada Allah, kerana
katanya, tidak mengandungi rahmat Ilahi, sebaliknya dinisbahkan kepada manusia, khusus
yang mendalam dalam bidang kerohanian, misalnya dikatakan,
Al-arif al-rabbani,
Dia yang arif rabbani – bermaksud alim
dalam bidang kerohanian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment