BBB, 243 Safar 1439H. = 13 November 2017M.
(Isnin):
Antara istilah kesufian yang dikemukakan oleh Al-Hujwiri
ialah Muhadathat dan Musamarat.
Muhadathat berasal dari akar kata `hadatha`
ertinya bercakap dan muhadathat ertinya bercakap-cakap
antara satu sama lain.
Manakala istilah `Musamarat berasal dari akar kata, `sara` bererti berjalan pada waktu malam. Di sini bermaksud
bercakap pada waktu malam. Musamarat adalah bercakap antara satu sama lain pada
waktu malam.
Kedua-duanya bagi menggambarkan situasi
cinta hamba terhadap yang Tertinggi yang digambarkan secara intuitif dan
wajdan, dan bukan dari segi hakikat sebenarnya.
Dengan muhadathat dikatakan keadaan rohani
yang berpadu dengan penyembunyian fikiran yang paling rahsia (kitman al-sirr) berpadu
dengan terkelu lidah ketika berdepan. Ianya adalah ketika siang.
Manakala musamarat ialah suatu keadaan
rohani yang ada antara Tuhan dan manusia, di malam hari.
Dikatakan bahawa di dalam cinta musamarat
adalah lebih sempurna dari muhadathat.
Sebagai contoh bagi musamarat dikatakan,
Diutus Jibril kepada Rasulullah s.a.w. pada malam hari pada malam Isra` dan Mi`raj dengan membawa
buraq dan bergerak ke jauh bagai bertemu antara dua hujung busar (qaba
qausaini). Rasulullah menurut interpretasi sufi adalah bercinta dengan Tuhan.
Ketika sampai ke hujungan, lidah Baginda
menjadi kelu ketika berdepan dengan keagungan Tuhan dan takjub dengan
KemahabesaranNya.
Baginda bersabda, ``Aku tidak dapat
memujiMu llantaran kelu dan taajjub.
Manakala contoh bagi muhadathat:
Diambil contoh daripada peristiwa Nabi Musa
a.s. di Bukit T*ursina yang ingin berhubungan dengan Tuhan. Setelah 40 hari
Nabi Musa berada di Bukit T*ursina, dia mendengar kalam Tuhan, maka timbul
keinginan melihat Tuhan tetapi tidak kesampaian, sebaliknya Nabi Musa jatuh
pengsan. Berbeza dari peristiwa Isra`-Mi`raj berlaku pada waktu malam, tetapi peristiwa munajat Nabi Musa di
Bukit T*ursina adalah berlaku pada waktu siang.
Dari dua peristiwa ini dijadikan bandingan,
bahkan takwilan bagi para sufi di dalam munajat mereka terhadap Tuhan.
Dibezakan antara munajat waktu malam dikatakan `musamarat` dan waktu siang
diistilahkan sebagai `muhadathat`. Pada
malam adalah merupakan dialog pada diri sufi secara lintasan hati dan bersifat
sunyi dan tenang pada waktu malam, sedangkan muhadthat, ialah dialog dalam diri
sufi pada waktu siang dan dia lebih terbuka, sebagaimana diambil dari peristiwa
yang berlaku pada diri Nabi Musa a.s.
Dikatakan hamba sebagai pencinta,
seharusnya tidak melanggar hukum yang jika berlaku akan dicela, sebaliknya
pencinta tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh yang
dicintai, bahkan akan melakukan ketaatan dan menunaikan perkara-perkara yang
dituntut darinya.
Perlu diingat bahawa ini adalah merupakan
tafsiran sufi bagi membuktikan konsep
yang diistilahkan dengannya. Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan percakapan Nabi Musa di Bukit T*ursina adala peristiwa benar, apa yang
diambil sufi daripada kedua-dua peristiwa
ini untuk mewajarkan aspek-aspek yang dibicarakan dengan cara pendekatan dan
takwilan mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment