June 7, 2018

MEREALISASIKAN KEHENDAK BERSAMA JAMA`AH BERMULA DARI BAWAH



BBB,  21 Ramadhan 1439H. = 06 Jun 2018H. (Rabu):
Meralisasikan`Kehendak`  dimaksudkan ialah hasil dari sesuatu yang diharapkan yang ianya berasal darikemahuan yang dijayakan secara kesungguhan (juhd) melalui ikhtiar hingga kadang-kadang tiba ke tahap tawakkal yang menatijahkan syukur atau sabar dan redha.
`Merealisasikan Kehendak` ada yang bersifat  fizikal dan ada yang bersifat non-fizikal. Kedua-duanya dinilai  secara kualiti, boleh secara berasingan atau secara serentak. Diaplikasikan kepada Masjid Al-Umm dilihat dari segi fizikal, masih pada penilaian akhir yang bersifat Takmilah Dalam Tidak Takmilah, manakala dari segi  non fizikal yang bersifat pengimarahan adalah baru bermula. Kedua-duanya bergantungan dan berkaitan dari segi Takmilah yang pada akhirnya –  tidak pasti akhirannya juga akan tiba pada peringkat Takmilah dalam tidak Takmilah.
Bagi sesuatu yang bersifat permulaan adalah biasanya bermula dari kosong. Demikianlah Masjid Al-Umm pengimarahannya bermula dari kosong. Ianya banyak bergantung pada tradisi yang telah ada pada jiran-jiran. Sebagaimana  jawatankuasa permulaannya terdiri dari ahli-ahli dari surau-surau keliling yang terdekat, maka demikianlah dengan tenaga pengimarahannya. Bagi pengimarahan pada peringkat awal,  tenaga imam-imam adalah dari Surau Al-Umm (dua orang) yang telah dihentikan operasinya. Seorang dari Surau Damai. Manakala bilalnya  seorang dari Surau Al-Umm. Beberapa tenaga tambahan dibawa masuk yang pemilihan mereka dibuat sejak 2015 lagi, ialah seorang  bilal dari Surau Al-Nur dan seorang lagi dari Surau Al-Ehsan. Seorang siak dari Surau Al-Sabah dan seorang technician dari  surau Damai. Dengan tenaga-tenaga ini pihak Masjid Al-Umm  memulakan operasinya dan terusan selama tiga bulan (Januari-Mac 2018). Kebanyakan mereka bertugas secara sukarela, manakala dua bilal, seorang siak dan technician dibayar elaun bulanan. Adapun peralatan selain dari menggunakan sejadah dan carpet lama dari Surau Al-Umm, digantikan dengan derma sejadah dan peralatan-peralatan lain hasil dari sumbangan Kumpulan Firdaus dari Shah Alam.
Masjid Al-Umm yang diimarahkan dengan solat-solat waktu (kecuali solat Juma`at), bergantung dari segi operasinya dari hasil derma para jama`ah, mereka adalah yang menuntut supaya Masjid digunakan dan mereka secara sedar  tanggungjawab bagi mengihya`kan masjid, antaranya sama mengelurkan dana bagi operasi masjid. Mekanismenya, pihak Masjid menyediakan tabung-tabung  derma pada bahagian stratejik masuk ke ruang utama masjid. Bebnerapa tabung  dermanya diletak pada bahagian ruang legar sebelum masuk ke ruang utama masjid. Para jama`ah mengetahui dan dimaklumkan, bahawa operasi harian masjid adalah bergantung pada sumbangan derma dari para jama`ah dan para jamaah juga diingatkan bahawa pihak masjid masih menanggung hutang pembinaan yang  pada permulaan masih lagi berhutang sebanyak RM2.5 juta. Para jama`ah dengan secara sedar sering memasukkan derma-derma di dalam tabung-tabung disediakan. Manakala bagi derma yang di dalam jumah yang besar terutama bagi pembinaan atau hutang pembinaan diserahkan dan diterima secara mengelurkan resit.
Pada dasrnya untuk operasi harian masjid seperti belanja api, air, elaun pekerja-pekerja dan sagu hati kepada guru-guru dapat ditampung dari derma orang ramai. Derma yang diterima beubah-rubah dari segi jumlah, antaranya pada peringkat permulaan sejumlah RM7,000  sebulan dan meningkat kepada RM10,000 hingga RM24,000, bahkan menurut Ir. Haji Ishak yang  turut mengurus penjumlahan dema, seperti bulan Ramadhan meningkat hingga RM40,000. Peningkatan derma selari dengan peningkatan penggunaannya seperti pertambahan bil letrik yang meningkat kepada RM7,000 sebulan dan kos-kos yang lain.
Sebaik Masjid Al-Umm digunakan, maka soal pengajian diberi perhatian utama. Pengajian yang ditumpukan peringkat awal ialah keilmuan  asas dan perlu seperti Al-Qur`an, akidah, fiqh, pengajai Al-Qur`an dan Al-Hadith, sirah dan tazkirah. Guru-guru yang dijemput mengajar kebanyakan guru-guru yang  telah dan mengajar di Masjid AlHasanah. Pengajaran  dilakukan antara  selepas solat maghrib hingga isyak, manakala selepas subuh di isi dengan tazkirah oleh imam yang memimpin solat.
Pendek kata kegiatan pada peringkat permulaan adalah sederhana, tetapi bersifat berterusan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment