BBB, 20 Syawal 1439H. = 4 Julai 2018M. (Rabu):
Walaupun ada kelemahan, kekurangan dan kelewatan dari segi pembangunan fizikal
Masjid Al-Umm, namun pihak Ahli Jawatankuasa
Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm adalah mendapati bahawa arkitek
dan kontrektor yang membina Masjid Adalah arkitek dan kontrektor yang tepat
dari segi pilihan. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi, walaupun tempoh
masa melampaui dari tempoh sebenar (76 minggu) melangkaui lebih dari empat
tahun.
Keterlibatan Arkitek Urusbina yang diurus di
Bangi oleh Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad, walaupun beribu pejabat di Perlis,
tetapi kerana beliau adalah penghuni Seksyen Dua, berdekatan dengan Masjid
Al-Umm, pembinaan Masjid Al-Umm adalah merupakan pembinaan bagi diri dan kariah
sendiri. Beliau terlibat dengan penyediaan plan bagi Masjid Al-Umm sejak
peringkat awal, iaitu menyediakan plan bagi pameran Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm (19 Mei 2012). Beliau adalah anggota
keahlian yang ditambah bagi kumpulan
pertama. Beliau seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm
kumpulan kedua yang dilantik pada 14 Ogos 2012 (Mesyuarat Bil. 1/2012) dan
menyediakan plan bagi perasmian Pecah Tanah Masjid Al-Umm oleh Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor pada 6 Januari
2013. Apabila ditubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang mesyuarat pertamanya ialah
pada 8 Januari 2013 beliau adalah menjadi salah seorang ahli dalam jawatankuasa
berkenaan.
Walaupun pembinaan masjid adalah merupakan
kali pertama bagi Urusbina, beliau begitu komited dengan tugas arkiteknya, setia dan bersedia mengubahsuai
plan sesuai dengan pengubahan binaan Masjid. Beliau tidak jemu turun naik ke
Bangunan MPKj Kajang, kerana urusan plan dan ini berterusan ke peringkat
mutakhir. Beliau sebagai `orang seni` adalah berperwatakan lembut dan menerima kecaman secara tenang dan sabar.
Beliau menarik diri dari keanggotaan di dalam Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm, selepas Jawatankuasa Teknikal ditubuh, kerana
mengelak dari berlaku `conflict of interest.`
Tuntutan-tuntutan yang dibuat (melebihi RM300,000/=) amat berpatutan dan
pihak Ahli Jawatankuasa tidak mempersoalkan dengan tuntutan yang sekali sekala
dibuat. Masjid Al-Umm boleh disifatkan setakat ini adalah sebagai `Master Peace`
bagi pembinaan yang dilibatkan oleh
Urusbina, khususnya dalam pembinaan masjid.
Di samping arkitek, pihak yang terlibat secara
rapat dengan Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm ialah
kontrektor. Tekad Nusantara adalah kontrektor yang dipilih bagi membina Masjid
Al-Umm. Pemilihan adalah secara terbuka mulai dari:
a) Keluar Tender pada 5 Mac 2013
b) Jual Dokumen 02 Oktober 2013
c) Pemohon 9 kontrektor
d) Interview mulai 19 November 2013.
e) Keputusan dikeluarkan pada 25 November 2013.
f) Kontrektor yang berjaya ialah Tekad Nusantara Sdn.
Bhd. No. 13, Jalan 4/11A, Seksyen 4
Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi.
g) Masuk Tapak pada 10.12. 2013.
Pemilihan terhadap Tekad oleh kerana prestasi
kontrektor ini yang telah banyak membina bangunan kerajaan dan swasta, termasuk
yang terbaru pada masa itu ialah Kompleks Pendidikan Islam Bangi. Selain dari
merupakan kontrektor tempatan yang mudah
berkira dan berurusan, Tekad bersetuju untuk menanggung kelewatan bayaran sehingga
sejumlah RM2 juta.
Sememangnya dalam urusan kontrek banyak ujian yang dihadapi oleh Jawatankuasa
Pembinaan dan Pengimarahan dan pihak Kontrektor Sdn. Bhd yang Pengarah
Urusannya ialah Tuan Haji Marzuki Hj Che Omar. Beliau amat memahami tentang
masalah yang dihadapi oleh Masjid, terutama dari segi kewangan. Dalam urusan
Tekad tidak saja menghadapi tekanan secara bersendirian, tetapi dari sub-sub
kontrektor di bawahnya seperti Majleza (Kubah dan Menara dan beberapa yang
lain), dari sub kontrektor letrik dan air cond., Perabut, Landscape, Signage
dan sebagainya.
Dari tekanan yang dialami pernah pihak Tekad
memohon mau menamatkan kontrek mulai 27 Februari 2017, antaranya disebabkan
kelewatan pembayaran yang perlu dibayar kepada sub-sub kontrektor dan
tanggungan kos yang terpaksa dihadapi. Sebenarnya pihak AJK Pembinaan dan
Pengimarahan tidak menangguhkan sebarang
bayaran bila kewangan mengizinkan – Bayaran telah dibuat sebanyak RM19 juta.
Apa yang tinggal selepas bayaran-bayaran dibuat hanya untuk pentadbiran dan
pengurusan. Pihak Tekad bertolak ansur dan menerima bayaran seadanya untuk
diagihkan kepada pihak sub-sub kontrtektor. Berkat kesabaran pihak Masjid
dengan kerjasama dari kontrektor dan arkitek mendapat CPC pada (14.12.21017)
dan insya Allah dalam masa terdekat akan mendapat CCC. Juga - Insya Allah hutang yang ditanggung pada
peringkat akhir ini sebanyak RM2 juta akan dapat dilangsaikan secara
berperingkat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment