KEMAJUAN
MASJID AL-HASANAH
BBB, 21 Zul-Hijjah 1439H. = 02 September
2018M. (Ahad):
Masjid yang didirikan di Seksyen 9 Bandar Baru
Bangi ini pada peringkat permulaannya dikenali dengan nama `Masjid Hikau`
kerana warna kubahnya berwarna hijau. Nama `Al-Hasanah` diberi kemudian oleh
Jawatankuasa Masjid, maka nama ini terkenal bagi masjid ini sebagai Masjid
Al-Hasanah.
Masjid Al-Hasanah sebagai satu-satunya masjid
(sekurang-kurangnya sehingga terdirinya Masjid Al-Umm – mula digunakan pada 16
Disember 2017).
Masjid ini berdaya majui oleh kerana banyak
faktor. Antaranya:
1) Ia hanya satu-satu masjid yang berada di Bandar
Baru Bangi, maka ianya menjadi tumpuan jama`ah. Walaupun ada 10 surau di
sekitar Bandar Baru Bangi diberi keizinan mendirikan Juma`at, maka surau-surau
berkenaan tidaklah semaju masjid Al-Hasanah.
2) Masjid Al-Hasanah sebagaimana disebut berada di
lokasi strategik. Berada di kawasan Seksyen 9 yang merupakan pusat pentadbiran
Bandar Baru Bangi. Di kawasan ini ada Mahkamah Syar`iyyah, Pejabat Daerah,
perpustakaan, beberapa pasaraya, pejabat PKNS, berbagai bank, bangunan-bangunan tinggi dan kedai-kedai
sebagai pusat komersil secara teratur.
3) Asas pentadbiran dinamik mula dilakukan oleh Jawatankuasa Surau Al-Nur dan Persatuan
Penduduk Bandar Baru Bangi yang diberi mandat mentadbir dan menjalankan
pengimarahan Masjid Al-Hasanah sejak 1999. Individu yang memajukan Masjid
Al-Hasanah pada peringkat permulaan ialah seperti Tuan Haji Ghazali bin Abas,
Dr. Tajul Ariffin bin Noordin (YDP Peratuan Pendudul BBB), dan Tuan Haji
Kamaruddin bin Muhammad.
4) Masjid Al-Hasanah yang berada di tepi jalan utama
Seksyen 9, mudah dikunjungi oleh jama`ah dan orang ramai termasuk dari luar
untuk solat dan juga berehat, termasuk mereka yang datang dari jauh untuk
membeli belah.
5) Masjid Al-Hasanah ditadbir oleh tokoh-tokoh
pemimpin terkenal. Misalnya menjelang upacara perasmian Masjid Al-Hasanah oleh
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Mac 2000 bersamaan 4 Zul-Hijjah
1420H., maka Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat sebelum itu dilantaik mnjadi Nazir
pertama bagi Masjid Al-Umm. Beliau dan yang lain ialah:
Tuan Haji Ramlan bin Othman, Pegawai Daerah Hulu Langat.
Pentadbir seterusnya ialah
Tuan Haji Jafni - Seorang Pensyarah dari Fakulti Pendidikan,
UKM.
Tuan Haji Othman Desa –
Seorang pegawai yang juga tokoh politik.
Tuan Haji Napiah Sahrani,
bekas Pendidik dari Maktab Perguruan Islam, Bangi dan kini.
Dato` Haji Abdukkah bin Muhammad Zain, bekas
Pegawai Pendidikan agama, Persekutuan.
6) Kemajuan masjid adalah dikukluhkan dengan kegiatan
yang dilakukan oleh jawatankuasa bagi setiap nazr (21 orang jawatankuasa) dan juga biro-biro yang ditubuh – boleh ditubuhkan
berjumlah sepuluh atau lebih menurut keperluan sebagaimana dibenarkan oleh
anekman mengenai Masjid JAIS. Biro-biro adalah seperti ibadat, pengajian,
kebersihan, kebajikan, kewangan, wanita,
belia, khairat kematian, koperasi dan kemasyarakatan. Setiap biro ini dibenar
melantik jawatankuasa kecilnya sendiri, Mereka semua adalah bertanggungjawab
memaju dan mengimarahkan masjid.
7) Kemajuan Masjid Al-Hasanah, kerana dapat menganjurkan
banyak pengajian yang dapat diikuti oleh
jama`ah dari pengajian kitab selepas maghrib hingga `Isya` , Selepas subuh,
Pengajian di luar waktu solat seperti pengajianpada hari Sabtu dan Ahad dengan
menjemput guru-guru berwibawa dari luar.
Pengajian melibatkan berbagai bidang dari Al-Qur`an, tajwid, tafsir, hadith, `aqidah, fiqh, sirah, bahasa `Arab dan lain-lain. Adalah difahamkan
jumlah mereka yang mengikuti pengajian sepanjang minggu ialah 854 orang dengan
jumlah guru seramai 79 orang.
8) Masjid Al-Hasanah juga menpunyai imam-imam yang
mantap yang bacaan mereka menarik dan sedap didengar. Mereka juga menjadi guru
dan pembimbing dalam pengajian, khususnya Al-Qur`an bertajwid,
9) Masjid Al-Hasanah mempunyai kekukuhan dari segi
kewangan hasil dari derma orang ramai secara berterusan. Dengan kekukuhan
kewangan peruntukan dapat digunakan di dalam pentadbiram, elaun guru-guru yang
mengajar dan berbagai kegiatan hingga ke luar negara.
10) Berbagai kegiatan dilakukan termasuk sukan, kegiatan
sukarelawan dan berbagai lagi.
Masjid Al-Hasanah menjadi sebuah masjid aktif
dan berdaya maju dan menjadi tarikan para jama`ah menghadirinya bagi sama
memakmurkannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment