UCAPAN KETUA PENOLONG PENGARAH JAIS
(Fikrah Bangi: 84):
BBB, 04 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 12 Disember 2018 (Rabu):
Puncak bagi agenda `Jasamu Dikenang` bagi
nazir-nazir masjid-masjid di Hulu Langat pada Isnin 10 Disember itu, ialah
ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Hashim Muhammad Ketua Penolong Pengarah di
JAIS yang mengetuai Bahagian Masjid. Sebelum meneruskan percakapannya beliau
menyampaikan salam dari Dato` Harith Kasim Pengarah JAIS yang tidak dapat datang, kerana ada program di Sabak Bernam. Beliau
mengucap tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang diketuai Dato` Abdullah bin Mohd
Zain Nazir Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi yang dapat mengadakan Majlis `Budimu Dikenang` yang dapat dihadiri oleh
nazir-nazir masjid di Hulu Langat. Menurutnya mengadakan majlis seperti ini di kawasan sendiri lebih baik dari
mengadakannya di luar kawasan seperti di
ILDAS di Sabak Bernam yang biasanya tidak ramai yang dapat hadir kerana jauh
dan banyak kesukaran. Beliau berterima kasih kepada nazir-nazir yang dengan
sukarela mentadbirkan masjid-masjid yang secara tidak langsung membantu JAIS di
dalam mentadbirkan Rumah-Rumah Allah. Menurutnya mentadbirkan masjid tidak
kurang dari cabaran. Di dalam menjalankan pentadbiran terpaksa berdepan mereka
yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga
cabaran dari aliran-aliran fahaman
yang sepatutnya masjid adalah `Zon Aman` berkecuali dari sebarang
fahaman politik. Sebab itu mentadbir masjid, bahkan surau menimbulkan
berbagai-bagai stress. Daripada konflik yang timbul ada yang meletakkan jawatan
perseorangan dan ada secara blok. Ini
semua cabaran bagi mengatasinya. Keadaan seperti ini turut berlaku di Daerah
Hulu Langat.
Ada masalah yang didepani oleh masjid – surau ialah
kehadiran penceramah dan sebagainya yang tidak bertauliah. Mereka yang
berceramah adalah dikehendaki mempunyai taliah bagi memastikan penceramah adalah yang dikenalpasti dan telah diuji
kelayakan. Dalam keadaan tertentu penceramah perlu mendapat keizinan khas – Contoh dari Pejabat Agama
Daerah.
Al-Fadhil Ustaz Hashim mengucapkan terima
kasih kepada nazir-nazir yang telah berkhidmat sejak 2016-2018. Beliau
mendoakan semoga ganjaran pahala dibalas Allah.
Berhubung dengan tauliah kepada nazir-nazir
yang dipilih bagi sesi 2019-2021, menurutnya:
Sejumlah
350 kekosongan telah selesai diisi.
Manakala 38
belum diisi
Dan 39 perlu diendorse
Menurutnya maklumat akan dikeluarkan selepas
mesyuarat pada 21 Disember nanti atau paling lewat adalah pada 28
Disember. Kelewatan kerana setengan
daerah melibatkan kelulusan termasuk dari pihak Polis.
Selepas berucap dan makan malam Al-Fadhil
Ustaz Hashim dijemput ke pentas dan menyampaikan cenderahati kepada setiap
nazir – yang merupakan crest.
Selepas itu dipersembahkan tayangan multi
media yang disusun oleh pihak Sekretariat Sambutan dari Masjid Al-Hasanah.
Sebagai penutup majlis diakhiri dengan
bergambar secara beramai-ramai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment