DUKACITA PERLETAKAN JAWATAN YANG DIPERTUAN
AGONG KE XV
(Fikrah Bangi: 110):
BBB, 01 Jamadil-Awwal 1440H. = 07 Januari 2019M. (Isnin):
Berita yang didengar malam tadi melalui media
letronak disahkan pagi ini dengan tersiarnya berita berkenaan di dalam berbagai akhbar, bahawa Sultan
Muhammad V umum perletakan jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 15
berkuat kuasa semalam. Ini adalah merupakan pertama dalam sejarah Malaysia. Baginda
telah ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke XV pada 24 April
2017 selepas mengangkat sumpah pada 13 Disember 2016. Baginda dikatakan kembali
berkhidmat selepas menamatkan cuti dua bulan berakhir pada 31 Disember 2018.
Sebenarnya semasa percutian Baginda ada kedengaran khabar angin tentang perletakan jawatan,
tetapi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menyatakan ketika ditanya wartawan,
bahawa beliau tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan yang
dirumourskan itu.
Berita yang diterima secara mengejut ini
mendukacitakan rakyat Malaysia. Semasa pemerintahan, Baginda membawa imej dan integriti yang tinggi. Baginda dilihat
sebagai seorang yang kuat berpegang dengan agama Islam dan berita sering memaparkan Baginda sering turun bersolat
Juma`at di masjid-masjid bersama rakyat tanpa terikat dengan protokol. Baginda
dilihat sebagai seorang yang cergas dan segak.
Baginda mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia
terus mengekalkan perpaduan.
Dengan perletakan jawatan Baginda kembali
memerintah Kelantan.
Apa yang menjadi tandatanya bagi rakyat
jelata, ``Mengapa Baginda bertindak meletakkan jawatan ? Tentu ada sebabnya.
Rakyat mengharapkan ada penjelasan yang memuaskan.
Daulat Tuanku. Selamat kembali memerintah
Kelantan. Didoakan Tuanku sentiasa di dalam pemeliharaan Allah. Amin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment