PAKAIAN BUKAN SEKADAR KEPERLUAN
(Frikrah Bangi: 315),
BBB: 12 Zulhijjah 1440H. = 13 Ogos
201`9M. (Selasa).
Salah satu aspek yang mencirikan
budaya ialah pakaian. Pakaian adalah merupalam salah satu keperluan bagi
manusia. Tujuan asalnya ialah bagi melindungi diri daripada bahaya seperti
melindungi diri dari kesejukan, juga daripada ancaman serangga seperti nyamuk
dan sebagainya. Berpakaian juga dengan tujuan menjaga maruah. Individu atau
masyarakat merasa malu jika tubuh badan , apa lagi kemaluan dari terdedah
kepada pandangan umum. Perasaan malu ini berlaku bukan saja kepada masyarakat
umum, tetapi juga kepada masyarakat primitif seperti orang asli. Mereka menutup
kemaluan dengan daun atau kulit agar tidqk terdedah kepada pandangan.
Evolusi berpakaian terus berlaku sehingga
mereka tahu menggfunakan benang dan menenun pakaian. Cara berpakaian adalah
berbeza antara satu tempat dari tempat yang lain. Ia bergantung kepada cuaca
dan bahan-bahan yang ada. Antara meterial yang terkenal ialah benang yang
dibuat dari kapas atau yang lain yang ditenun. Atau dibuat dari bulu binatang.
Misalnya bulu biri-biri. Bagi kawasan yang sejuk cuacanya. Misalnya bagi orang
eskimo mereka menggunakan pakaian dari bulu binatang, kerana ianya boleh
menahan diri dari kesejukan. Bagi orang
Arab yang hidup dalam cuaca yang panas, maka mereka menggunakan baju darpada
kain yang tidak panas. Demikian bagi orang Melayu yang bercuaca tropikal
menggunakan pakaian dari cotton dan kini berbagai nama yang sesuai dijadikan
pakaian sesuai dengan keadaan dan cuaca setempat.
Dari berbagai cuaca menghasilkan
berbagai jenis pakaian yang sesuai dengan cuaca setempat yang mencirikan berbagai budaya pakaian yang
menjadi identiti setempat yang berlainan budaya pakaian. Misalnya orang Melayu
ber kain dan berbaju melayu dalam masa kebiasaan. Orang Arab dengan jubahnya,
orang India dengan kain pelikat dengan baju pendeknya, orang Cina dengan baju
manderin dan chemgsam dan sebagainya. Dengan demikian menghasilkan berbagai
budaya berpakaian.
Bagi setiap kaum ada pakaian
budaya seperti Melayu dengan baju Melayu bertanjak atau bersongkok, orang Muru-Kadazan dengan pakaian Murut-Kadazannya.
Demikian dengan orang Cina, India dan sebagainya memperlihatkan berbagai ciri
budaya berpakaian yang unik.
Namun pada peringkat tertentu ada
pakaian formal dan diterima sebagai pakaian antarabangsa. Misalnya pakaian kot
selengkap diterima sebagai pakaian rasmi pada peringkat antarabangsa, bahkan
sama bagi lelaki dan perempuan.
Sesungguhnya berpakaian adalah
mencerminkan budaya kaum dan bangsa.yang menjadi identi, jati diri dan kemegahan bagi mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment