MENGGABUNGKAN UNISZA DAN UMT LANGKAH MUNDUR
KE BELAKANG
(Fikrah Bang: 346),
BBB: 13 Muharram 1441H. = 13 September
2019M. (Juma`at).
Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia
mau menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) boleh disifatkan sebagai langkah mundur dan merosakkan sistem dan identiti pendidikan di negeri
Terengganu, khususny bagi UNISZA.
Negeri Terengganu adalah salah sebuah negeri
yang awal mewujudkan sistem persekolahan agama di Tanah Melayu, iaitu sejak
1925, selari dengan kewujudan sekolah-sekolah `Arab seperti Madrasah al-Mashhur
Pulau Pinang, Al-Attas di Johor, Ma`had al-Muhammadi di Kelantan, Maktab Sultan
Abu Bakar di Pahang.
Perkembangan pengajain persekolahan agama
di Terengganu ini berkembang secara evolusi, bermula dari Sekolah Sultan Zainal
Abidin Ibtida`i di Ladang, Kuala Terengganu, kemudian di wujudkan Madrasah
al-Thanawiah Sultan Zainal Abidin pada `1958 di Batu Buruk, Kuala Terengganu,
diwujudkan setiap daerah di Terengganu Sekolah Arab dan berterusan hingga kini.
Kelulusan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUSZA) melayakkan pelajar
lulusannya menyambung pengajian ke luar dan dalam negeri. Sekolah berkenaan banyak mengeluarkan ulama`, pemimpin politik
dan dan berbagai bidang di tanahair.
Sesuai dengan perkembangan pendidikan
tanahair dan kemajuan pendidikan agama, maka
bagi meningkatkan pengajian beraliran agama ini diwujudkan pengajian
peringkat Kolej pada 1990an bertempat di
Gong Badak di Kuala Terengganu. Bagi peningkatan pengajian kolej ini dinaikkan
tarafnya sejak sedehad yang lalu menjadi UNISZA. Ia adalah kemuncak kemajuan pendidikan
agama di negeri Terengganu di bawah pentadbiran
negeri, manakala UMT diwujudkan di Terengganu lebih sedekad yang lalu,
kerana menurut polisi kerajaan Persekutuan mewujudkan sebuah universiti
kerajaan Persekutuan pada setiap negeri. Pengajian di UMT adalah sebagaimana
pengajian di universiti-universiti negeri-negeri yang lain yang pada umumnya
dianggap rendah berbandiing dengan universiti-universiti awam kerajaan terutama
yang bertempat di Kuala Lumpur. Jalan ke arah menyatukan KUSZA dan UMT ialah
oleh kerana pada masa pemerintahan Terengganu di bawah BN sebelum kerajaan Pas sekarang pihak kerajaan
Persekutuan telah mengambil alih pentadbiran UNISZA di bawah kerajaan
Persekutuan. Dan kerana UNISZA bukan lagi di bawah kuasa negeri, membuka ruang
ke arah penyatuan.
Yang
menimbulkan pertanyaan, mengapa di Terengganu mau digabungkan, tetapi tidak di
negeri-negeri yang lain seperti di Perak, di Selangor dan beberapa negeri yang
lain ?
Implikasi dari cadangan menggabungkan
keduapengajian tinggi dilihat.
·
Cadangan
jika dilaksanakan akan memalapkan sistem pendidikan Islam di Terengganu yang
mempunyai pendekatan pengajian dari peringkat rendah ke peringkat universitiu.
·
Menenggelamkan
imej dan identiti UNISZA yang berkembang dengan baik sejak dinaiktaraf kepada
peringkat universiti.
·
Kerajaan
Persekutuan dilihat sengaja menganaktirikan pengajian agama yang telah
berakarumbi di negeri Terengganu.
·
Rancangan
penggabungan tanpa berunding dengan kerajan negeri dan tanpa persetujuan dari
pihak universiti dilihat angkuh dan tidak menghormati misi dan visi pendidikan negeri.
·
Dilihat
kerajaan Persekutuan gopoh dan hilang
pedoman sebagai gopohnya mau menghapuskan maktab-maktab- perguruan di negara
ini.
·
Adalah
dilihat kerajaan hilang kemampuan kewangan negara, hingga sebab kekurangan
kewangan perkara penting seperti pendidikan menjadi mangsa.
Hakikatnya banyak pusat pendidikan bagi
sesebuah negara dan tempat, mencerminkan kemajuan negara dan negeri. Ianya
pendekatan yang betul dengan mengutakan ilmu, bukan menghapuskan atau
mengurangkan,
Bantahan pihak UNISZA dan pelajar-pelajar
adalah wajar. Kita berpendapat rakyat di negeri Terengganu pasti sama menentang
rancangan mau menggabungkan dua pengajian tinggi yang telah establish di negeri
itu.
Pihak berkuasa tidak seharusnya mengambil
sikap mundur ke belakang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment