December 1, 2019

KUNJUNGAN PELAJAR KE MASJID AL-UMM


KUNJUNGAN PELAJAR KE MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 410).
BBB: 04 R. Akhir 1441H. = 01 Disember 2019M. (Ahad).
Sebagaimana disebut bahawa kali pertama Teori Takmilah diaplikasikan kepada Seni bina (Masjid (Al-Umm) secara teoritikal dibentangkan dalam seminar yang diadaka di UPSI pada awal 2014, iaitu secara kebetulan bahawa pembinaan fizikal Masjid al-Umm bermula pada awal tahun 2014 (10 Disember 2013 – Masuk Tapak).
Ketika Profesor Madya Dr. Kamariah Kamaruddin mencadangkan Penulis bercakap tentang treori Takmilah  - Cadangan pembentangan di Fakulti Bahasa UPM ialah pada Juma`ay 15 November 2019M., iaitu sesudah Masjid Al-Umm siap diguna setelah mendapat pendaftaran dan penyerahan dari JAIS pada 11 Oktober  2018 dan mulai solat Juma`at pada 12 Oktober 2018. Ini bererti setelah proses pembinaan berlalu 5 tahun lamanya (2013-2018). Penulis sendiri sudah agak mahir dari segi urusan pembinaan dan dari segi arkitektur.
Tarikh asal cadangan untuk lawatan dan kuliah ialah pada Juma`at 15 November 2019. Oleh kerana pertukaran tempat ( ke Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi), maka Dr. Kamariah minta ditangguhkan kepada 29 November – Jam 9.00 – 12.00 tengahari. Waktu ini adalah waktu kuliah beliau bagi kursus Takmilah yang bakal disampaikan Penulis. Atas persetujuan pihak Penulis menempah Dewan Mesyuarat Masjid Al-Umm bagi menerima pelajar-pelajar yang bakal tiba. Diperigatkan kerana waktu kuliah hingga hampir waktu Juma`at, maka waktu tidak lewat dari 12.00 tengahari perlu dihentikan
Menurut maklumat awal yang disampaikan, bahawa jumah pelajar yang akan datang sekitar 30 orang. Bahawa dua daripada mereka adalah pelajar pada peringkat Ph. D., beberapa orang pada peringkat sarjana, manakala selebihnya adalah pelajar dari ijazah pertama.
Sebagai persediaan bagi tarikh terebut Penulis mulai menyusun kembali bahan-bahan yang akan dcakapkan, termasuk meminta pihak pejabat – Sdr. Adham menyediakan bahana video tentang masjid, di samping menyediakan sedikit minuman.
Pada pagi Juma`at 29 November 2019 mulai ja, 8.30 pagi penulis menunggu kehadiran Pensyatah dan pelajar-pelajar berkenaan. Dan kemudian sebelum jam 9.00 pagi berpindah ke Bilik Mesyuarat  sebagai bilik kuliah. Tetapi agak sedikit kecewa jumlah yang dikatakan 30 orang itu, setelah mendaftar hanya berjumlah serama 10 orang sahaja.
Mereka terdiri dari 7 pelajar UPM yang diketuai oleh Profesot Madya Dr. Kamatiah Kamaruddin. Seorang  ialah Pendyarah Bahasa Inggeris dari UNISZA yang Penulis difahamkan, bahawa beliau sengaja  datang dari UNISZA – Hanita Hanim bt. Ismail  pada pagi ini  mau mengikuti kuliah yang bakal disampaikan. Manakala seorang lagi Dr.Maisarah Yaacob Pensyarah Institut Perguruan Islam Bangi. Walau bagaimana dengan kehadiran – terutama tiga pensyarah dari UPM, dari Unisza dan dari Institut Perguruan Islam Bangi ini diharap apa yang diperkatakan dapat sampai terutama kepada pelajar-pelajar dari ketiga-tiga Institusi penagajian tingg berkenaan.
Kuliah yang bakal disampaikan  bemula dengan alu-aluan Penulis dan memaklumkan mereka akan ditayang terlebih dahulu tayangan video tentang pembinaan fizikal Masjid al-Umm bagi membantu kefahaman awal bagi mereka sebelum Penulis bercakap tentang Talmilah dari Seni Bina dan Estetika Masjid Al-Umm. Selepas kuliah mereka akan dibawa melihat bangunan Masjid Al-Umm dari aras satu, hinngga ke arat utama dan aras di bawah tanah.
Dengan melihat video dan selepas kuliah akan lebih memberi kefahaman dan penghayatan dari segi seni bina dan estetika Masjid Al-Umm. Soal jawan juga dibuka selepas kuliah disampaikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment