January 13, 2020

CALON PILIHANRAYA 1999


CALON PILIHANRAYA 1999
(Fikrah Bangi:  449),
BBB: 17 Jamadil Awwal 1441H. = 13 Januari 2020M. (Isnin).
Selepas pembubaran parlimen pada 10.9. 1999, maka bermulalah parti-parti politik mempersiapkan diri untuk bertanding di dalam pilihanraya. Pertandingan utama pada akhir tahun 1999 ini ialah antara BN yang diketua oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden bagi BN ialah Dr. Mahathir Mohamad, manakala bagi pihak pembangkang pada masa itu, ialah Parti Alternatif terdiri dari Pas yang Presidennya ialah Dato` Fadzil Noor, Keadilan yang baru ditubuhkan diketuai Dr. Wan Azizah Ismail dan Dap diketuai oleh Lim Kit Siang.
Aku yang mulai terlibat dengan Pas dan dilantik mengetuai Cawangan 1/3 , Bandar Baru Bangi mulai 21 Mei 1999,  maka sebagai ahli baru tidak sewajarnya mendahului ahli-ahli lain yang lebih dahulu. Namun mulai dari terlibat dan menjadi ahli Pas, aku dan sahabat-sahabat bergerak dan terlibat secara menyeluruh di Hulu Langat. Walau pun begitu, kawasan Kajang adalah menjadi tumpuan bagi kegiatan. Kami bergerak di sekuruh kawasan di Bandar Baru Bangi yang terdiri dari semua seksyen (16 Seksyen)  di BBB,  perkampungan  Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam, juga Kajang Mewah, tetapi tidak masuk Sungai Chua. termasuk sebahagian dari Sungai Merab. Kampung Teras Jernang dan Sungai Tangkas membawaklah kawasan UKM ke Pekan Bangi. Kawasan DUN Kajang  pada masa itu, selain dari Bangi dan Kajang, termasuklah Batu 10 Cheras bersempadan dengan Pusat  Latihan  Polis Cheras. Termasuk di bawah Kajang ialah Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Mahkota dan Sungai Long. Di Dun Kajang kami juga bergerak  di kawasan Dusun Tua, Semenyih dan Beranang. Kami juga bergerak hingga ke berbagai kawasan  yang Pas mempunyai potensi di Negeri Selangor.
Apabila parlimen dibubarkan, aku tidak pasti dari segi pencalonan, Cuma di dalam hati, jika ditakdirkan dicalon, maka kemungkinan yang paling dekat ialah Dun Kajang yang Bangi tempat aku tinggal berada di bawah Dun Kajang. Mereka yang agak giat bagi kawasan yang lain, ialah Cikgu Fadhil  yang bergiat di Dusun Tua, manakala saudara Abdul Aziz bekas guru bergiat di Semenyih. Beliau menyusun charter bagi kegiatan kempen bagi bahagian Semenyih yang termasuj di bawah DUN Beranang.
Selepas pembubaran parlimen, maka pada 15 November 1999 aku dijemput oleh Hj. . Yunin AJK Pas Hulu Langat  bersama Cikgu Fadhil dibawa ke Markas Pas di Melewar. Pada masa itu mulai disebut-sebut tentang calon yang akan bertanding di Hulu Langat. Namaku disebut, bahawa kemungkinan bertanding di Beranang. Ini agak kurang menyenangkan, kerana ia di luar dari kawasan kediamanku di Bangi. Beranang adalah kawasan tradisi Melayu yang amat setia dengan Umno. Pada masa itu juga diperkatakan bahawa Dr. Che Rusli Che` Mat YDP Pas Hulu Langat akan balik bertanding di Perlis, juga Dato` Dr. Haron Din juga pulang bertanding di Perlis. Bagiku, walaupun tidak merasa senang jika bertanding di Beranang, maka aku pergi juga membuat tinjauan, terutama di Pekan Beranang dan berjama`ah di Masjid Beranang.
Walau bagaimana pada 18 November 1999, kami dikehendaki ke Markas Pusat Pas di Taman Melewar tanpa mengetahui tujuan sebenar. Pada malam itu sebenarnya akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya 1999 itu.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Ustaz Hasan Shukri Setia Usaha Agung Pas Pusat. Pada pengumuman itu aku dikembalikan menurut cadangan asal bertanding di Dun Kajang. Antara yang lain di Hulu Langat ialah Cikgu Fadhil bertanding di Dusun Tua, manakala bagi Berang nama Cikgu Aziz tidak naik, sebaliknya yang naikialah Tuan Haji Zaibuddin Lampok danbagi kawasan parlimen Hulu Langat ialah Dr Mohd. Nor Nawawi. Kedua nama ini sebelumn ini tidak muncul di Hulu Langat. Antara calon Dun lain di Selangor ialah Dr. Hasan Ali di Sungai Burung, Ustaz Ismail Kamus di Ampang dan Ustaz Salehin di Sungai Besar.
Mulai dari pengumuman itu kegiatan kempen makin dipertingkatkan.
Sekian.

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete