WILAYAH
DAN KEPIMPINAN
(Fikrah
Bangi: 622),
BBB:
08 Zulhijjah 1441H. = 29 Julai 2020M. (Rabu).
Kewajaran
Singapura seharusnya berada di dalam Malaysia, bukan setakat ianya sebelum itu adalah di bawah penjajah British,
tetapi Singapura dari segi geografi merupakan hujung bagi Semenanjung Tanah
Melayu dan sebelum Merdeka Singapura sebagai Pusat Pentadbiran British di
Semenanjung Tanah Melayu. Kegiatan dagang, penerbitan akhbar dan penyiaran
adalah dari Singapura sebelum Kuala Lumpur menjadi Pusat Pemerintahan Malaya
selepas merdeka. Singapura dari segi sejarah dan budaya adalah pusat
pemerintahan Tanah Melayu apabila Sang Nila Utama berpindah dari Palimbang ke
Singapura yang nama asalnya ialah Temasik. Selepas itu Sang Nila Utama
berpindah Ke Johor dan seterusnya ke Melaka.
Brunei
adalah Negara di bawah Pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei i yang pernah memerintah sebahagian
besar Borneo sebelum kedatangan British. Kemasukan Brunei ke dalam Malaysia
dapat mengukuhkan pemerintahan Diraja Melayu yang cirinya sama dengan
pemerintahan di Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimana menjelang pembentukan
Malaysia berlaku pemberontakan di negara itu dipimpin oleh Azhari dan
menyebabkan negara itu terbantut dari
menyertai Malaysia.
Walaupun
Singpura yang dikeluarkan dari Malaysia
(1965) dan Brunei tidak menyertai Malaysia, kedua negara itu tidak bersama dari
segi politik dan pemerintahan, tetapi berada
di dalam geografi berdekatan dan
di tengah geografi Malaysia. Kedua-dua
negara amat rapat dengan Malaysia, bahkan
dari segi ekonomi antara dua pihak bergantung antara satu sama lain.
Kedua-dua negara berada di dalam kawasan aman yang sama dinikmati oleh Malaysia,
Singapura dan Brunei. Ketiga-tiga negara ibarat tiga biji buah yang berada pada
tangkai yang sama. Antara satu sama lain bergantung dan perlu memerlui antara
satu sama lain. Banyak kerjasama antara satu pihak dengan yang lain.
Ikatan
Sabah adalah wilayah yang berada di
bawah Penjajah British. Pernah berada di bawah pentadbiran East Hindia Company
British sebelum menyertai Malaysia, Bahagian utaranya dekat dengan kawasan Sulu
di Selatan Filipina yang pemerintah Sulu pernah mendakwa bahagian utaranya
adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu. Pemimpin awal yang sama berjuang bagi pembentukan Malaysia ialah Tun
Mustafa dan Tun Fuad Stephen dan beberapa yang lain. Kita merasa mereka yang
berjuang pada peringkat awal sehingga sama menubuhkan Malaysia, kurang diberi
kedudukan dan tempat di dalam
pembentukan Malaysia.
Keadaan
yang hampir sama dengan Sabah ialah Sarawak,
bahawa Sarawak adalah di bawah penjajahan
British. Sarawak sebelum merdeka adalah di bawah pemerintahan Raja Brook dan
keturunannya.. Agak menarik, bagaimana rakyat Sarawak amat menghormati
pemerintahan Brook yang mewarnai sejarah wilayah ini. Sarawak adalah wilayah
yang mempunyai banyak
suku kaum yang mewarnai budaya
wilayah itu. Antaranya, Melayu,
Melanau, Kelabit, Bajau, Batak, Orang Ulu, dan berpuluh lagi kaum yang masing-masing
mempunyai bahasa dan dialek sendiri.
Sebagaimana
di Sabah, kita merasa tokoh-tokoh awal
yang sama berjuang bagi pembentukan Malaysia tidak diberi kedudukan yang
sewajarnya. Tokoh-tokoh yang disebut dahulu seperti Tan Sri Jugah Anak Baring, Tan Sri Kaloningkan, Abdul Rahman Ya`job dan
lain-lain lagi
Dengan
pembentukan Malaysia, negara ini menguasai dua pintu masuk, iaitu Selat Melaka
dan Laut Malaysia yang mengawal kawasan
antara Teluk Siam dan Filipina ke utara..
Malaysia
sama membina kemakmuran di rantau aman
Asean dan Asia Tenggara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment