March 6, 2021

 

MASIH HARAP  SETIA BERSAMA

(Fikrah Bangi: 882),

BBB: 22 Rejab 1442H. = 06 Mac 2021M. (Sabtu).

Kita lanjutkan lagi pembicaraan Umno tidak akan kerjasama dengan Bersatu di dalam PN dalam pilihanraya akan datang, sedang beberapa tokoh penting di dalam  PN berpendirian sebaliknya.

Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi PN mengharapkan gabungan dalam PN akan terus setia bersama. Sebenarnya dalam tempoh pilihanraya yang makin mendekat kenyataan yang mencerminkan perpecahan dalam PN seharusnya dielekkan. Semua pihak seharusnya memperlihatkan penyatuan dalam PN.

 Semua pihak sebagaimana disebut oleh Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung Pas dan Ahmad Faizal Azumu Timbalan Pengerusi Bersatu, bahawa sebarang parti yang menarik diri dan bertanding secara persendirian tidak akan dapat mencapai majoriti untuk memerintah.

Annuar Musa, Bekas Setiausaha Agung Umno yang dipecat, melihat bahawa adalah  rugi bagi Umno jika tidak bersama  PN.  Bahkan Annuar Musa melihat, `` Tindakan Umno tidak akan kerjasama dengan Bersatu yang bersama PN itu seperti dipengaruhi Anwar Ibrahim.` Perkara ini terbukti dari episod penggulingan Bekas Menteri Perak  Ahmad Faizal Azumu dalam mana ada kecenderungan untuk kerjasama dengan Adun dari PKR bagi mendapat majoriti, sebelum dislesaikan dengan baik. Kecenderungan untuk kerjasama dengan PKR juga terbukti dalam Perlantikan Perdana Menteri dan usaha PH untuk menjatuhkan PN di Parlimen.

Dengan keadaan ini, dari peringkat awal dapat dipersoalakn tentang kesetiaan Umno di dalam PN dan imej tidak mempunyai pendirian kukuh dan berubah-berubah menjadi identiti kepimpinan Umno sendiri.

Walau bagaimana Mohammad Hassan Timbalan Presiden Umno menyatakan, pendirian yang diambil, bukan dibuat oleh pimpinan secara bersendirian, tetapi mendapat sokongan lebih dari 100 cawangan Umno.

Sikap Umno ini disindir secara tajam oleh Tengku Razaleigh Penasihat Umno, bahawa `Umno nak keluar, keluar saja.`` Merujuk kepada tindakan tidak kerjasama dengan Bersatu sehingga bubar parlimen.

Mengakui tentang pentingnya pendapat akar umbi cawangan, tetapi ianya bersifat dalaman, iaitu sokongan dari ahli-ahli parti sendiri. Ianya tidak dapat menentu dari segi menang dan kalahnya Umno dalam pilihanraya ke 15 akan datang.

Yang paling penting dan penentu menang kalah Umno pada pilihanraya akan datang ialah rakyat  pemilih yang akan memilih mereka yang difikir berkelayakan. Umno tidak sepatutnya berkeyakinan dengan prestasi yang dicapainya sebelum terbentuknya PN dan wabak Covid-19.

Perkiraan dan perhitungan semasa hendaklah menjadi perkiraan.

Rakyat kini  adalah dilihat bersetuju dan berpuashati dengan prestasi kerja yang dilakukan oleh kerajaan PN sekarang, terutama di dalam usaha membasmikan wabak Covid-19 dan mengatasi kemelut ekonomi. Adalah wajar dibuat survey dan penyelidikan terhadap kecenderungan rakyat semasa  di dalam memberi sokongan kepada kerajaan semasa atau sebaliknya. Dari segi lahirnya tiada rungutan dan bantahan ketara dari rakyat.

Di kalangan Umno sendiri dengan pendirian Umno yang tidak popular mungkin akan  mengundang  bantahan dan tindakan dengan sikap yang diambil pimpinan Umno, sebagaimana yang disuarakan oleh Shahidan Kassim, Annuar Musa yang dijangka sikap tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin dan Umno sendiri akan mendapat bantahan dan tindakan-tindakan yang akan diambil.

Apa yang dilihat,  Umno sebagai sebuah parti tidak ada salahnya, yang salah dan dilihat adalah kepada pemimpin-pemimpin yang mengendalikan parti. Imej pemimpin, tidak tanduk yang menunjukkan tidak konsisten dan tidak tetap pendirian adalah menjadi penilaian bagi rakyat.

Pendapat popular dari pemimpin-pemimpin berbagai sektor, kalangan akademik dan rakyat jelata perlu menjadi perkiraan. Andainya dengan keputusan tidak kerjasama dengan Bersatu dan PN, seterusnya Umno menyeberang dan membuat kerjasama denga pihak yang menjadi mentornya selama ini, sedang telah dislogankan rakyat bahawa  jangan kerjasama dengan parti dan tokoh yang diungkapkan, maka kita kira, pihak Umno sekali lagi melanggar lampu isyarat yang seharusnya menjadi pertimbangan di dalam membuat keputusan.

``Umno perlu kepada kepimpinan berwibawa bagi mendapat kepercayaan dan sokongan berterusan.``

Sekian.

No comments:

Post a Comment