September 22, 2019

POTENSI DAKWAH DI MALAYSIA


POTENSI DAKWAH DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi 354),
BBB: 22 Muharram 1441H. = 22 Septer 2019M. (Ahad).
Dakwah adalah mekanisme utama di dalam menyebarkan Islam. Metod dalwah terus dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam di dalam memperkembangkan Islam. Dakwah adalah secara ke dalam dan ke luar. Ke dalam ialah kepada penganut Islam sendiri bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti keislaman mereka. Manakala dakwah ke luar ialah ditujukan kepada mereka yang belum Islam dengan niat murni, oleh kerana menerima nikmat keislaman itu hidayah dan  rahmat, maka adalah dihasratkan agar mereka ynag bukan Islam turut sama mendapat hidayah dan rahmat.
Untuk mendakwah ke luar tentulah memerlukan mereka yang belum Islam untuk didakwahkan. Negara kita Malaysia adalah wadah yang paling unggul bagi menjalankan dakwah. Di negara kita Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang ideal untuk di dakwah. Statistik menunjukkan bahawa penduduk Islam adalah 70%, manakala yang bukan Islam adalah 30%. Penduduk yang bukan Islam ini terdiri dari kaum Cina, India, Kaum Asli dan berbagai penduduk. Jumlah ini ideal bagi pendakwah untuk berusaha menarik mereka untuk menerima Islam. Usaha menjalankan dakwah selama ini dilakukan oleh:
1)       Kepimpinan yang berpengaruh
2)      Badan-badan dakwah
3)      Agensi-agensi dakwah
4)      Sosialisasi
5)      Badan politik
Sengaja diletak pada bahagian pertama, bahawa pemimpin yang berpengaruh dan dengan sedar menyebarkan agama Islam, maka kesan kepimpinan memberi impak yang penting di dalam penyebaran agama Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah pemumpin politik utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi Tunku juga berperanan menjalankan dakwah keislaman. Tunku menubuhkan PERKIM  (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaya/Malaysia) dalam mana badan ini berfungsi menjalankan dakwah keislaman. Sebuah bangunan Perkim didirikan di Kuala Lumpur dengan bantuan kewangan dari Libya di bawah pimpinan Mu`ammar Ghadapi. Perkim telah banyak mengislamkan yang bukan Islam dan memberi perhatian dari segi kebajikan. Perkim masih meneruskan kegiatan dakwah.
Selepas penubuhan Malaysia, Tunku secara tidak langsung menggerakkan kegiatan dakwah pada peringkat tinggi. Di Kuala Lumpur beberapa tokoh pimpinan Cina mnerima  Islam seperti  Tan Sri Omar Ong Yoke Lin dan isteri, Tan Sri Tahir Tan dan beberapa yang lain. Pada peringkat negeri Sabah, sebuah negeri yang dilihat kuat dengan Kristian pada peringkat awal pembentukan Malaysia, tetapi dengan berkat dakwah terutama pada masa Tun Mustafa menjadi Ketua Menteri ramai dari penduduk negeri itu menerima Isla,. Antara pimpinan tertinggi menerima Islam ialah Tun Fuad Stephen. Masjid-masjid didirikan, begitu juga dengan sekolah-sekolah agama, maka sebahagia besar bumiputera dan berbagai kaum  menerima Islam.. Kini Sabah dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dengan Islam.
Di Sarawak pada masa negeri itu di bawah pimpinan TunAbdul Rahman Ya`kob, beliau menubuhkan badan dakwah seperti Bina dan sebagainya dan berusaha mengembangkan agama Islam di negeri itu. Walau bagaimana keperluan dakwah di negeri itu perlu digandakan bagi menarik penduuk di negeri itu yang berbagai kaum itu bagi menerima Islam,
Komitmen pemimpinadalah penting, jika ada kesedaran dan azam, maka usaha dakwah menjadi lebih licin.
Walau bagaimana kepimpinan kini tidak begitu ketara dari segi               komitmen dakwah sebagaimana peranam  yang telh diambil oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Mustafa dan Tun Abdul Rahman Ya`kob..
Jika ada semangat dari pemimpin-pemimpin tertingga melibatkan diri dengan dakwah, maka penyebaran Islam menjadi lebih pesat di negara ini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment