POTENSI DAKWAH DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi 354),
BBB: 22 Muharram 1441H. = 22 Septer 2019M.
(Ahad).
Dakwah adalah mekanisme utama di dalam
menyebarkan Islam. Metod dalwah terus dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam
di dalam memperkembangkan Islam. Dakwah adalah secara ke dalam dan ke luar. Ke
dalam ialah kepada penganut Islam sendiri bagi memperbaiki dan meningkatkan
kualiti keislaman mereka. Manakala dakwah ke luar ialah ditujukan kepada mereka
yang belum Islam dengan niat murni, oleh kerana menerima nikmat keislaman itu
hidayah dan rahmat, maka adalah
dihasratkan agar mereka ynag bukan Islam turut sama mendapat hidayah dan
rahmat.
Untuk mendakwah ke luar tentulah memerlukan
mereka yang belum Islam untuk didakwahkan. Negara kita Malaysia adalah wadah
yang paling unggul bagi menjalankan dakwah. Di negara kita Malaysia mempunyai
jumlah penduduk yang ideal untuk di dakwah. Statistik menunjukkan bahawa
penduduk Islam adalah 70%, manakala yang bukan Islam adalah 30%. Penduduk yang
bukan Islam ini terdiri dari kaum Cina, India, Kaum Asli dan berbagai penduduk.
Jumlah ini ideal bagi pendakwah untuk berusaha menarik mereka untuk menerima
Islam. Usaha menjalankan dakwah selama ini dilakukan oleh:
1) Kepimpinan yang berpengaruh
2) Badan-badan dakwah
3) Agensi-agensi dakwah
4) Sosialisasi
5) Badan politik
Sengaja diletak pada bahagian pertama,
bahawa pemimpin yang berpengaruh dan dengan sedar menyebarkan agama Islam, maka
kesan kepimpinan memberi impak yang penting di dalam penyebaran agama Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah pemumpin politik
utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi Tunku juga berperanan
menjalankan dakwah keislaman. Tunku menubuhkan PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaya/Malaysia)
dalam mana badan ini berfungsi menjalankan dakwah keislaman. Sebuah bangunan
Perkim didirikan di Kuala Lumpur dengan bantuan kewangan dari Libya di bawah
pimpinan Mu`ammar Ghadapi. Perkim telah banyak mengislamkan yang bukan Islam
dan memberi perhatian dari segi kebajikan. Perkim masih meneruskan kegiatan
dakwah.
Selepas penubuhan Malaysia, Tunku secara
tidak langsung menggerakkan kegiatan dakwah pada peringkat tinggi. Di Kuala
Lumpur beberapa tokoh pimpinan Cina mnerima
Islam seperti Tan Sri Omar Ong
Yoke Lin dan isteri, Tan Sri Tahir Tan dan beberapa yang lain. Pada peringkat
negeri Sabah, sebuah negeri yang dilihat kuat dengan Kristian pada peringkat
awal pembentukan Malaysia, tetapi dengan berkat dakwah terutama pada masa Tun
Mustafa menjadi Ketua Menteri ramai dari penduduk negeri itu menerima Isla,. Antara
pimpinan tertinggi menerima Islam ialah Tun Fuad Stephen. Masjid-masjid
didirikan, begitu juga dengan sekolah-sekolah agama, maka sebahagia besar
bumiputera dan berbagai kaum menerima
Islam.. Kini Sabah dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dengan Islam.
Di Sarawak pada masa negeri itu di bawah
pimpinan TunAbdul Rahman Ya`kob, beliau menubuhkan badan dakwah seperti Bina
dan sebagainya dan berusaha mengembangkan agama Islam di negeri itu. Walau
bagaimana keperluan dakwah di negeri itu perlu digandakan bagi menarik penduuk
di negeri itu yang berbagai kaum itu bagi menerima Islam,
Komitmen pemimpinadalah penting, jika ada
kesedaran dan azam, maka usaha dakwah menjadi lebih licin.
Walau bagaimana kepimpinan kini tidak
begitu ketara dari segi
komitmen dakwah sebagaimana peranam yang
telh diambil oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Mustafa dan Tun Abdul Rahman Ya`kob..
Jika ada semangat dari pemimpin-pemimpin
tertingga melibatkan diri dengan dakwah, maka penyebaran Islam menjadi lebih
pesat di negara ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment