June 23, 2008

Kata-kata aluan MB Selangor Sempena Perasmian Pelancaran Bangi Bandar Ilmu

Ucapan Perasmian Pelancaran Bangi Bandar Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah....
Waasolatuwasslamu’ala asyrafil ambiyai wal mursalin Wa’ala alihi wasahbihi ajma’in....

Saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berhormat Dr. Halimah Ali, Ahli Mesyuatrat Kerajaan Negri Selangor
Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat
Yang Berbahagia Dato Adanan Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Dato-dato, datin-datin
tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Pertama-tamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi nikmat kepada kita, dapat bertemu dalam majlis perasmian pelancaran bangi Bandar Ilmu pada pagi ini.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar yang telah mengilhamkan inisiatif ini iaitu mahu menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian;
Usaha yang dilakukan ini sebenarnya sangat bertepatan dengan matlamat dan cita-cita Kerajaan Negeri Selangor sendiri. YB berhasrat menjadikan Selangor sebagai hub ilmu.
Baru-baru ini exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, iaitu Yang Berhormat Dr. Halimah Ali, kerajaan negeri baru-baru ini telah memulakan program mennjejaki para ilmuan di seluruh negeri Selangor. Program ini dinamakan "jejak ilmuan."
Program jejak ilmuan ini ialah mencari dan menjejaki para ilmuan terbilang di seluruh negeri Selangor ini bagi membentuk suatu data-base ilmuan, dengan tujuan untuk memastikan para sarjana dan ilmuan diletakkan di tempat yang mulia, dipandang tinggi dan dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat, khususnya golongan muda hari ini.
Oleh yang demikian, pelancaran Bangi Bandar Ilmu pada hari ini sangat bertepatan dengan hasrat dan cita-cita kerajaan negeri tersebut. Dengan usaha-usaha murni seperti ini, baik yang dilaksanakan di peringkat negeri ataupun di peringkat DUN-DUN, saya percaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor akan mendapat rahmat dan hikmat kewujudan para ilmuan semua.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian; Ilmu sangat penting dalam kehidupan, tidak kira dalam era mana kehidupan itu, lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan ini. Ini kerana dengan ilmulah manusia boleh maju dan mencipta lebih banyak pembaharuan di atas muka bumi ini bagi memenuhi maksud "Khalifah fi al-Ard." Betapa besarnya peranan ilmu, begitulah juga besarnya peranan para ilmuan. Tanpa mereka siapalah kita semua. Sebab itu Allah SWT telah berfirman di dalam surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud' "Katakanlah; apakah sama antara orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu..." Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya; "Sesiapa yang mahukan kehidupan dunia maka ia mesti berilmu, sesiapa yang mahukan kehidupan Akhirat dia mesti berilmu, dan sesiapa yang mahukan kehidupan kedua-duanya sekali dia mesti berilmu."




Tuan-tuan dan puan-puan sekelian; Saya yakin kita semua sangat gembira sekiranya Bangi boleh memimpin dalam memertabatkan ilmu dan para ilmuan. Bangi mempunyai prasarana yang baik bagi menjadikannya benar-benar Bandar Ilmu kerana Bangi berada di persekitaran yang baik dan kondusif serta dikelilingi oleh banyak institusi pengajian tinggi yang tersohor. Bangi bukan sahaja dihuni oleh ramai para ilmuan, malah sarat dengan pakar-pakar dalam pelbagai bidang ilmu, baik di peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Sebagai Bandar Ilmu, Bangi mesti realistik. Oleh itu, sebelum masyarakat luar menikmati ilmu yang ada di Bangi ini, masyarakat setempat mesti terlebih dahulu mendapat nikmat limpahan ilmu Bangi ini.



Tuan-tuan dan puan-puan sekelian; Saya percaya Yang Berhormat Dr. Shafie Abu bakar mampu merealisasikan cita-cita murni ini, sebab beliau memangterkenal sebagai tokoh masyarakat yang cintakan ilmu dan budaya, serta sangat rapat dengan semua lapisan masyarakat di segenap peringkat. Buat akhirnya, sekali lagi saya dan Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Bangi dan Ahli Jawatankuasa atas inisiatif menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Saya berdoa, mudah-mudahan ianya berjalan lancar. Dengan ucapan ini, saya doa semoga usaha menjadikan Bangi Bandar Ilmu ini sebagai Bandar Ilmu menjadi kenyataan dan dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, dengan ini saya merasmikan program Bangi Bandar Ilmu. Sekian terimakasih. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

June 18, 2008

Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Minyak Menular Ke Bangi

Beberapa siri demontrasi membantah kenaikan harga minyak dibeberapa tempat dalam negara menular ke Bangi. Demontrasi aman disertai oleh PAS, PKR, DAP, badan NGO-JERIT(Jaringan Rakyat Tertindas) dan Hizbul Tahrir telah diadakan di seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar menyeru kerajaan agar lebih prihatin terhadap kesusahan rakyat yang terkesan dari kenaikkan harga minyak.

“ Sebagai Negara pengeluar minyak kita sewajarnya mencontohi Arab Saudi. Harga minyak disana adalah empat puluh sen seliter jauh lebih murah berbanding negara kita. Walaupun berlaku kenaikkan harga minyak dunia. Kerajaan hendaklah ‘review’ balik harga minyak agar tidak membebankan rakyat” katanya dalam ucapan ringkas.

Sebelum dari itu ahli parlimen Serdang, Cik Teo Nie Chee mendesak kerajaan mengumumkan kepada rakyat keuntungan sebenar Petronas dan agihan keuntungannya. Pembangunan dari keuntungan Petronas didapati membelakangkan kepentingan rakyat.

Wakil dari Angkatan Muda Keadilan, En. Ahmad Farid menegaskan beberapa siri demontrasi akan diadakan bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak. Terkini satu kempen menggumpulkan satu juta tanda tangan sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang ditemui menyatakan kekesalan kerana kerajaan sepatutnya menaikkan harga minyak pada bulan Ogos seperti yang diumumkan baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan kenaikkan yang begitu tinggi dan mengluh kerana harga barang keperluan lain turut naik.

Beberapa anggota polis yang ditempatkan berjaya mengawal keadaan. Perhimpunan berlansung selama satu jam lebih.

June 10, 2008

RAHSIA KERAJAAN KELANTAN

RAHSIA KERAJAAN PAS KELANTAN DIBONGKAR.

Bagaimana kerajaan PAS Kelantan dapat mengekalkan pemerintahan sejak tahun 1990 dengan berbagai diskriminasi ekonomi dan manipulasi media? Dan lebih menakjubkan bagaimana dasar-dasar yang dilaksanakan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain juga kerajaan pusat?

Persoalan ini diselongkari oleh satu kumpulan 40 orang dari PAS Serdang diketuai oleh Hj. Ahmad Yusof. Bertolak dari Bangi atas bingkisan YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar pada
5 Jun 2008 tepat jam 9.30 malam berbekalkan hati yang remok kesan kenaikkan harga petrol.


Tiba di Kota Bahru sesempat subuh dan dihidangkan kuliah pagi Jumaat yang khabarnya menjadi tarikan baru pelancong. Seterusnya taklimat dan soal terjawab oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan pada ruang yang begitu selesa dipuncak bangunan.


Tidak cukup setakat deria telinga yang mendengar dan mulut yang menyoal. Deria mata menuntut hak untuk melihat sendiri. Lokasinya Pulau Melaka dimana letaknya teratak kediaman Menteri Besar Kelantan,Tn. Guru Nik Abd. Aziz. Anehnya tidak berpagar apatah lagi kereta yang menjalar..


Seterusnya pusat ilmu di Pasir Tumboh lalu singgah sebentar di Kubang Kerian beramah mesra sesama Islam. 3 hari 4 malam diakhiri pada kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan mengutip pengisian. Kagum sekali bagaimana kediaman yang begitu selesa ditinggalkan dengan kediaman sederhana Pulau Melaka menjadi pilihan..


Cukuplah 2 faktor disyaratkan kenapa PAS Kelantan masih kekal memerintah.


  1. Kepimpinan dan ketokohan ulamak yang menerajui penuh kesederhanaan dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding diri sendiri.




  2. Barisan pelaksana dasar kerajaan yang cakna terhadap rakyat. Menghormati kepimpinan , segan serta kekok untuk melakukan kemungkaran dan pembaziran. Tanpa memikirkan sangat habuan keduniaan mereka unggul dalam pemerintahan.

Ayuh Bangi kita contohi mereka.






MEDIA