February 28, 2017

ABU `ALI AL-RUDZBARI - PENDAPATNYA


BBB,  30 Jamadil-Awwal 1438H. = 27 Februari 2017M. Isnin):
Nama lengkap bagi Abu `Ali al-Rudhbari, ialah Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim bin Mansur [Ibn Shahru bar bin Mahr dhadhaz bin Farghududa bin Kisra].
Sebagaimana disebut bagiku `Abdullah bin `Ali, katanya, ``Aku mendengar Aba `Abdullah, Ahmad bin `At*a` al-Rudzbari, berkata sedemikian.
Dia adalah dari ahli Baghdad, tinggal di Mesir, menjadi shaykh di sana dan meninggal di sana pada tahun (m. 322H.) Abu `Ali al-Rudzbari bersahabat dengan Al-Junayd dan Abu al-Husain al-Nuri, Abu Hamzah dan  Hasnan al-Masuji dan siapa yang dalam tabaqah dari shaykh-shaykh Baghdad dan bersahabat semasa di Sham, ialah dengan Abu al-Jala`. Dia adalah seorang alim lagi faqih dan `arif dengan ilmu t*ariqat  dan mnghafal Hadith-Hadith. (Demikianlah sebagaimana disebut  kepadaku oleh Abu al-Husain bin Muhammad al-Razi).
Abu `Ali al-Rudzbari mempunyai sanad di dalam Al-Hadith sebagaimana diriwayatkan:
Mengkhabarkan kami Abu al-Fadhl, berkata, bercakap kepada kami Qusaim berkata, bercakap kepada kami Abu `Ali al-Rudzbari al-Sufi, bercakap kepada kami  Mas`ud bin Muhammad bin Mas`ud al-Ramli, bercakap kepada kami `Imran bin Harun al-Sufi, bercakap kepada kami Sulaim bin Hayyan, daripada Da`wud, daripada Abi Hind daripada al-Sha`bi daripada ibn `Abbas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Bahawa Allah Ta`ala  selagi akan memakmurkan dengan kaum di dalam negara dan membanyakkan mereka dengan harta dan tidak memperlihatkan kepada mereka semenjak menjadikan mereka  kemarahan, dikatakan, Wahai Rasulallah,``Bagaimana dengan demikian ? Maka sabda Baginda, ``Ialah dengan menyambungkan silatul rahim di kalangan mereka.``
Begitu juga terdapat sanad yang antara rawinya ialah  Abu `Ali al-Rudzbari yang sampai kepada sahabat penting, iaitu:
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Fadhl, Nas*r bin Muhammad bin Ya`qub al-T*usi berkata, bercakap kepada kami Qusaim bin Ahmad, Ghulam al-Raqqaq, bercakap kepada kami Abu `Ali al-Rudzbari al-Sufi, bercakap kepada kami Yusuf, bercakap kepada kami oleh al-Husain bin Nas*r daripada Warqa` daripada Ibn  Abi Nuh*aih*  daripada Mujahid daripada ibn `Abbas pada berfirmannya Allah Ta`ala bermaksud:  ``Mereka itu takut akan Tuhan mereka itu yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.`` (Al-Nahl: 50).
 Dimaksudkan `takut` ialah mengijlalkan Allah Ta`ala`.
Aku mendengar  `Abdullah bi Muhammad al-Dimashqi berkata,, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari, beliau disoal tentang isyarat, maka katanya, Isyarat ialah pernyataan yang mengandungi wajdan daripada  yang kena isyarat kepadanya, dan tidak lain. Dan pada hakikatnya, bahawa isyarat disertai `ilah-`illah dan `llah-`illah jauh daripada  `ayn hakikat.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari, bahawa dia disoal tentang murid dan murad, maka katanya, `Murid`  ialah yang tidak mau bagi dirinya,melainkan apa yang dikehendaki Allah baginya dan `Murad` ialah yang tidak mau dari langit-bumi  selain dariNya (Allah).
Aku mendengar Aba al-Razi berkata,, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari berkata,
``Kelebihan di atas orang yang bercakap dengan orang bertindak ialah kekurangan (yang bercakap) dan kelebihan orang bertindak di atas yang bercaklap atas kemuliaan (bagi yang bertindak).
Aku mendengar Aba Nas*r   al-T*usi  berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kazarubi berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari  berkata,
``Tiada redha bagi yang tidak bersabar, dan tidak sempurna bagi yang tidak bersyukur, Allah menyampaikan kepada arifin cintanya dan syukurnya di atas nikmatNya.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar, berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Rudzbari berkata,, berkata kepadaku bapa saudaraku (sebelah ibu) – Abu `Ali, ``Kiranya bercakap ahlu al-tauhid dengan lisan tajrid, tidak ada berbagi bagi Muhiqq melainakan mati.``
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Sanawiyy berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Zaqqaq, dia berkata, ``Aku menyoal Aba `Ali al-Rudzbari tentang taubah, maka katanya, ``Mengiktiraf, menyesal dan mencabut (kesalahan).
Menasyidkan daku Ahmad bin `Ali bin Jaa`far, berkata menasyidkan daku Ibrahim bin Fatik untuk Abi `Ali al-Rudzbari:
Rohku kepadamu keseluruhan kuhimpunkan
Kalau tidak pada engkau kerosakan tidak kucabutkan
Menangis engkau kepadanya secara keseluruhan
Hingga dikatakan tangisan tiada berakhiran
Lihatlah kepadanya dengan rasa kasihan
Selama  mana kekesalan jadi pemadam.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari berkata, ``Semanfaat yakin yang membesarkan Yang Haqq pada kedua mata engkau, dan kecil yang lain pada matamu dan mengukuhkan takut dan raja` dihatimu.``
Katanya, aku mendengar Aba `Ali berkata, ``Tidak zahir daripada nikmat-nikmat dalil apa yang tersembunyi daripada kemuliaannya.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah, katanya aku mendengar Aba `Ali berkata,
``Ustadzku dalam tasawuf Al-Junayd, ustadzklu dalam fiqh Abu al-`Abbas bin Surayj, ustadzku dalam sastera Tha`labu dan ustadzku di dalam Al-Hadith  Ibrahim al-Harbi.``
Demikian pendapat dan ungkapan Abu `Ali al-Rudzbari.

Sekian.

February 27, 2017

UNGKAPAN ABU MUHAMMAD AL-MURTA`ISH YANG BERNAS


BBB, 29 Jamadil Awwal 1438H. = 26 Februari 2017M. (Ahad):
Nama lengkap baginya ialah Abu Muhammad `Abdullah bin Muhammad al-Murta`sh al-Nisaburi dari bahagian Mahallah al-Hirah dan ada dikatakan dari Malqabadz. Dia bersahabat dengan  Abi Hafs* al-H*addad dan Abi `Uthman al-H*addad. Dia berjumpa dengan Al-Junayd dan bersahabat dengannya. Dia menetap di Baghdad hingga menjadi salah seorang Shaykh di `Iraq dan menjadi imam bagi mereka.  Kata Abu `Abdullah  al-Razi, adalah shaykh-shaykh di `Iraq berkata, ``Keajaiban di `Iraq di dalam tasawuf ada tiga: Isharat al-Shibli, Ungkapan Al-Murta`ish dan Hikayat Jaa`far al-Khuldi.
Adalah Abu Muhammad bin al-Murta`ish bermukim di Masjid al-Tanwiriyyah di Baghdad dan meninggal (di Baghdad)  pada tahun (m. 328H.).
Ungkapan-ungkapan Al-Murta`ish:
Berkata Al-Murta`ish kemahuan (al-iradah) ialah mengawal nafsu terhadap apa yang dikehendaki dan penerimaan terhadap suruhan Allah Ta`ala dan redha dengan apa yang datang qadha` ke atasnya.
Dikatakan kepadanya bahawa si pulan berjalan di atas air, maka dia berkata, padaku orang yang dapat menentang hawa nafsunya adalah lebih besar dari yang berjalan di udara.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata,  aku mendengar Aba Muhammad al-Murta`ish berkata,
``Tenang hati kepada yang lain dari Tuan (Al- Maula) menyegerakan akibat dari Allah  di dunia.``
Katanya, berkata Al-Murta`ish, ``Berlalu hakikat sesuatu, dan kekal nama-namanya, maka nama wujud dan hakikat-hakikat menghilang, dakwaan-dakwaan tentang rahsia-rahsia tersembunyi, lidah-lidah membicarakannya dengan fasih, perkara-perkara yang berhubung dengan-hak digunakan, secara dekat hilang apa yang diperkatakan dan dakwaan-dakwaan. Tiada kedapatan lagi lisan yang memperkatakan dan tiada yang mendakwa mendapat pujian.``
Aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin Zakariyya berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata, aku mendengar Al-Murta`ish berkata, ``Aku tidak menghadap Allah Ta`ala dengan rahsia yang khas, melainkan pada zahir yang am.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Jaa`far berkata, `Adalah aku bersama Al-Murta`ish duduk, maka  berkata seorang lelaki, `` Sesungguhnya malam memanjang, nyaman udara, maka Al-Murta`ish memandang kepadanya, dia diam beberapa ketika, kemudian dia berkata, ``Aku tidak tahu apa yang dikata, selain dari aku berkata, ``Aku mendengar dari setengah tukang cerita, pada malam-malam begini dia berlagu:
Aku tidak tahu adakah panjang malam atau tidak
Bagaimana bulan purnama tergantung nampak
Jikalau bercabang cahaya memanjang malam
Dan bintang benderang mengelirukan siang
Ssungguhnya bagi `ashiqin terasa pendek  malam
Kepanjangannya hanya menggusarkan berjiwa gersang.
Dengan sanad yang sama berkata Al-Murta`ish, waswas menjadikan penanggungnya tercengang, sedang ilham, membawa kepada penambahan faham dan keterangan.
Dan dengan sanad yang sama kata Al-Murta`ish, ``Usul tauhid tiga perkara,
Ma`rifat Allah Ta`ala dengan Rububiyyah, Ikrar kepadaNya dengan Wahdaniyyah dan menafikan lawan denganNya secara keseluruhan.
Dengan sanad yang sama kata Al-Murta`ish,  ``Seafdhal-afdhal amalan mentashihkan  `ubudiyyah bagi mushahadah dan melazimkan khidmat menurut Sunnah.``
Dengan sanad yang disoal Al-Murta`ish, ``Dengan apakah mencapai hamba cintakan Allah ? Maka katanya, Benci kepada perkara yang dibenci Allah, iaitu dunia dan hawa nafsu.``
Dengan sanad yang sama katanya disoal Al-Murta`ish sekali lagi, ``Dengan apakah mencapai hamba kecintaan, maka katanya,``Mendekati auliya` Allah, menyeterui akan seteru-seteruNya kemudian duduk bersama yang duduk  di dalam majlis mereka, maka dinsyidkan bait-bait berikut:
Menyerupai  seteruku, menjadiku keliru
Adalah nasibku daripada  nasib engkau itu
Menyedarkanku   tentang kekerdilan
Tidak mungkin yang menipu capai kejayaan.
Dengan sanad yang sama berkata Al-Murta`ish, ``Memperbaiki muamalat ialah dengan dua cara, iaitu sabar dan ikhlas. Sabar  dengan ujian dan ikhlas murni dalaman.
Aku mendengar Shaykh Aba Sahl, Muhammad bin Sulaiman al-Faqih berkata, berkata seorang lelaki kepada Al-Murta`ish, ``Wasiatkan daku``. Maka  katanya, ``Pergilah kepada orang yang lebih baik bagi engkau berbanding dengan ku dan tinggallah aku kepada orang yang lebih bagiku daripada engkau.``
Aku mendengar Aba al-Farja bin al-S*ani` berkata, diriwayatkan Al-Murta`ish pada sepuluh terakhir, dia keluar dari masjid jami`, maka dikatakan kepadanya, ``Apa  sebab yang mengeluarkan engkau dari masjid ? Maka katanya, ``Untuk melihat qari-qari dan melihat  ketaatan mereka membesarkannya  (Al-Qur`an).
Dengan sanad yang sama berkata Al-Murta`ish, ``Berpeganglah di atas jaminan Allah pada engkau dari segi rezeki dan bersungguhlah pada menunaikan apa yang difadhukan kepada engkau, engkau tenang dengan kekhususannya.``
Dan dengan sanad yang sama, kata Al-Murta`ish, ``Cenderung kepada sebab-sebab menyebabkan terputus hati dari bergantung pada  penyebab bagi sebab-sebab.``
Demikian pendapat Al-Murta`ish yang bernas.

Sekian.

February 26, 2017

LANJUTAN UNGKAPAN AL-SHIBLI - SECARA BERPUISI


BBB,  28 Jamadil-Awwal 1438H. =  215 Februari 2017M. (Sabtu):
Pembicaraan tentang Al-Shibli agak panjang baik oleh Al-Sarraj di dalam Al-Luma` atau oleh `Abdul Rahman Al-Sulami di dalam Al-Tabaqat al-Sufiyyah yang bahan banyak di dalam Al-Tabaqat berkenaan. Pada bahagian akhir Shibli banyak berpuisi.
Aku mendengar Al-Husain bin `Abdullah berkata, aku mendengar Ahmad al-Khulqani berkata,
Secara  gubahan puisi:
Diriku padaMu, wahai hasratku hasrat
Berakhir hayatku, belum berakhir hasrat.
Aku mendengar Shaykh Aba Sahl, Muhammad bin Salman berkata, aku mmendengar Al-Shibli berkata,
Mencintai manusia  makhluk  oleh ne`mat Engkau beri
Dan aku mencintai Engkau kerana bala yang  kualami.
Dengan sanad ini katanya, aku mendengar  Al-Shibli berkata,
``Siapa yang dalam kehidupan menemui kebenaran
Adalah dia dengan kebenaran menjadi  panduan.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata:
``Adalah kami pada satu hari di rumah Al-Shibli, maka terlambat menunaikan asar, dia melihat kepada matahari dan dia menandakan ke arah ghurub. Dia berkata,  Solat wahai  sadati  (tuan-tuan) ! Dia berdiri dan menunaikan solat. Selepas itu ia  mengungkapkan puisi:
Lupa aku hari ini asyikku – solatku
Aku tidak ketahui makanan isha`ku
Mengingati Engkau Sayyidi minumku dan makan
Wajah engkau bila ku pandang sakitku hilang.
Dengan sanad yang sama katanya, dilihat Al-Shibli pada satu hari raya keluar daripada masjid dan dia mengungkapkan puisi:
Kalaulah tidak hari raya
Maka aku tidak beraya
Berlari cintaku di hati
Seperti  air di dahan berlari.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Alangkah pincangnya dalam kelalaian. Maka kataku, wahai Sayyidi, Kelalaian  bagaimana ? Maka katanya, ``Kelalaian daripada muhasabah diri, perbuatan dan ahwal, maka dia berpuisi:
Aku menyangkakan aku cinta, sesungguhnya bakal mati
Belum  kesudahan hijrah tangis berterusan kesal kan diri.
Menasyidkan kami Abu Bakar al-Razi berkata, menasyidkan kami oleh Al-Shibli:
Bahawa aku dan  kepadanya  dalam sebenar cinta
Harap mati menurut dihajati tapi adakah diterima ?
 Dengan sanad ini berkata Al-Shibli,
Daripada mana diriku ke mana, aku sebagaimana dilihat
Aku hidup bagai tanpa hati dan berusaha tanpa matlamat.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, aku mendengar Aba al-T*ayyib al-Makki berkata,
``Datang seorang lelaki kepada Shibli, maka katanya, ``Begitu engkau telah merosakkan diri engkau dengan berbagai da`wa dan engkau tidakkah  mendakwa ? Maka dia menggubah puisi dan berpuisi sacara tamsilan:
Aku ini walau aku telah kecewa dengan diri
Hari ini masih mengharap kelembutan esok hari
Aku masih pertahan waktu penuh mengharap
Walaupun aku tidak melihat selama apa diharap
Kemuliaan diri denganmu, walau dikhianati
Masih melihat  harapan jalan masih terbentang.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin `Ali al-Bas*ri berkata, berkata  seorang lelaki kepada Shibli, ``Hingga bila istirehatnya hati para perindu ? Katanya, ``Hingga sukacita mereka yang dirindu kepada diri dan menyetujuinya. Maka dia berpuisi:
Aku rela meski rosak diriku padanya kerana aku
Suka dengan apa yang dia suka bersama baik jua
Walau diminta tenagaku menghalang bala mendatang
Aku menentang segala ujian dan tetap keras menghalang
Walau dikeluarkan dariku kesakitan kupertahan
Nyalaan rindu membahang tetap menentang.
Dan mendengar `Abdullah berkata, ditanya Shibli dan aku bersama hadir, ``Hingga ke peringkat mana rindu ahl al-arif ?, maka katanya, ``Hingga ternyata apa yang berlaku kepada mereka dari segi keghaiban daripada kebaikan `inayah kepada peringkat ri`ayah. Dia berpuisi:
Curahan rahmat bagi didikan engkau kalaulah tidak
Tidaklah hatiku limpah mesra memenuhi kehendak.
Demikianlah berbagai pendapat Al-Shibli dalam ungkapan puisi.

Sekian.

February 25, 2017

MENELITI KATA-KATA AL-SHIBLI - SAMBUNGAN


BBB, 27 Jamadil-Awwal 1438H. =  24 Februari 2017 (Juma`at):
Sebagaimana pernah disebutkan, bahawa antara tokoh terawal yang membicarakan tokoh sufi mendahului Al-Qushairy dengan Al-Risalat al-Qushayriiyyah dan Al-Sulamii di dalam Tabaqat al-Sufiyyah  ialah Abu Nasr al-Sarraj dengan kitabnya Al-Luma`. Beliau membicarakan tentang kata-kata  lapan orang tokoh sufi terkenal, iaitu tentang Abu Yazid al-Bistami, al-Shibli, Al-Junayd, Al-Husain al-Nuri, Abu Hamzah l-Sufi, Abu Bakr `Ali bin Hasan, Muhmmad bin Musa al-Farghani dan al-Wasit*i. Tumpuan pembicaraan di sini adalah  lebih terhadap pendapat  dan kata-kata Al-Shibli,  Pembicaraan yang agak panjang diberi oleh Al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyah. Pembicaraan lebih tertumpu kepada ungkapan-umhkapan  yang antaranya bersifat  kontroversi.
Seterusnya berhubung dengan Shibli, katanya,
``Aku  mendengar dari Aba Sa`id al-Razi berkata, aku mendengar bahawa Shibli disoal tentang  `Zuhd`, maka katanya. ``Memusingkan hati dari sesuatu kepada Tuhan Yang Satu.``
Katanya, aku mendengar Shibli berkata, ``Siapa yang mengenal Allah  khudhu` padaNya oleh tiap-tiap suatu, kerana bahawasanya dia menentukan kesan pemilikanNya padanya.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, aku mendengar Shibli ditanyai tentang, ``Apa itu dunia ?
Maka katanya, ``Periuk yang bergelegak, bagaimana memenuhinya.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, aku mendengar Al-Shibli ditanya tentang hawa nafsu, dengan apa dapat mengawal hawa nafsu, Katanya dengan riyadhiyyat dan bersifat qana`ah.
Dengan sanad yang sama katanya,, `Aku mendengar Shibli berkata, ``Jika tiada terlintas al- kaun terhadap Allah Ta`ala, bagaimana terlintas pada al-kaun dengan hati  sebagaimana siapa yang mengenal al-mukawwan ?
Aku mendengar Aba  al-`Abbas Muhammad bin  al-Hasan bin al-Khabbab berkata, aku mendengar setengah sahabat Shibli berkata,, ``Aku melihat Shibli pada waktu tidur (bermimpi), maka aku katakan kepadanya, ``Wahai Aba Bakr, Siapa yang membahagiakan sahabat engkau, bagaimana nasihat engkau ?. Maka katanya, ``Yang terbesar kalangan mereka ialah yang menjaga kehormatan Allah (patuh), lebih dengan berdzikir kepada Allah, mereka mendirikan haq Allah, menyegera mereka itu berlumba pada mendapatkan keredhaan Allah, mengenal mereka dengan kekurangan diri dan lebih banyak mereka itu membesarkan dengan apa yang mengagungkan Allah daripada kehormatan hambanya.
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata, ``Berkata seorang lelaki kepada Al-Shibli, ``Do`akan Allah untukku``. Maka dia menjawab secara berpuisi:
Berlalu zaman, manusia memohon  dariku shafaat
Adakah bagiku hingga ke malamku esok memberi shafaat ?
Aku mendengar dia berkata, dikatakan kepada Shibli, kulihat tubuhmu kurus, tapi cinta menyala, maka dia berkata dengan puisi:
Cinta ialah hatiku, biar badan tidak  tahu
Kalau dia tahu  tidak dapat menambah beratku.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata,, aku mendengar `Umar bin `Abdullah berkata,, aku mendengar Shibli berkata, ``Jika menerima orang `alim dengan apa yang padanya, nescaya musibah padaku,, lantaran tidaklah minuman mereka minumanku, dan dzauq mereka dzauqku. Mereka tidak akan menerima ku.``
Aku mendengar Aba Nasr al-T*usi berkata,, aku mendengar Al-H*as*ri  berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Allah membutakan penglihatan yang melihatnya, sedang dia tidak melihat kesan-kesan kekuasaanNya. Dialah satu-satunya yang  melahirkan kesan kudratNya, satu-satunya yang melahirkan saksi-saksi kemuliaanNya, maka sesungguhnya dia dalil kelebiihan di atas segala sesuatu, dilebihkan hingga tiada melebihi sesuatu melainkan Dia, bagaimana mereka berpecah pendapat, sedang tiada yang mengatasi semua.
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Nasawi berkata, aku mendengar al-Shibrawani berkata, aku mendengar al-Shibli berkata,
``Hendaklah bersama himmah engkau hingga tidak mendahului dan tidak terkemudian.``
Mendengarnya berkata, , Aku mendengar Aba `Ali al-Ja`fari  berkata, aku mendengar setengah shaykh berkata, aku mendengar Ibrahim bin Z*arif berkata, berkata Al-Junayd kepada Al-Shibli,
``Kalau engkau memulangkan persoalan engkau kepada Allah nescaya engkau rehat !,
Maka berkata Al-Shibli, ``Wahai Aba al-Qasim, ``Kalau Allah memulangkan perkara engkau nescaya engkau rehat !`` Maka berkata Al;-Junayd, ``Pedang Al-Shibli menitiskan darah !``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Lalai sekejip mata daripada Allah – bagi ahli ma`rifat, adalah syirik dengan Allah !.
Dan dengan sanad yang sama berkata , aku mendengar  Al-Shibli berkata,
``Siapa mengenal Allah, tidak ada baginya kerisauan selama-lamanya.``
Dengan sanad yang sama berkata Al-Shibli,  ``Gembira dengan Allah lebih aula daripada berduka  berdepan dengan Allah.
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Hati Ahlu al-Haqq terbang kepadaNya dengan sayap-sayap ma`rifat dan gembira dengan  `Tuan`  yang dikasihi.
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar Al-Shibli berkata, `` Kemerdekaan ialah kemerdekaan hati, tidak yang lain.``
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tidak ada bagi orang yang terlindung dengan makhluk sampai kepada Al-Haqq, sebagaimana terlindung Al-Haqq oleh makhluk.. Dan tiada bagi yang  ditarik cahaya kudus kepada unsnya sebagaimana ditarik cahaya rahmatnya kepada keampunanNya.``
Demikian antra pendapat Al-Shibli yang antaranya bersifat halus yang perlu difahami secara teliti.

Sekian.

February 24, 2017

KATA-KATA ABU BAKAR AL-SHIBLI - SEBAHAGIAN


BBB, 26 Jamadil Awwal 1438H. =  23 Februari  2017 (Khamis):
Nama penuh bagi Abu Bakar al-Shibli ialah Dulaf Ibn Jahdar al-Shibli. Dikatakan namanya Jaa`far bin Yunus, sebagaimana didengar oleh Husain bin Yahya al-Shafi`e, dia menyebut sedemikian, demikian katanya aku melihat di Baghdad, sebagaimana tertulis di atas kuburnya. Dia berketurunan Khurasan (dari Ashrushanah), tetapi dilahir  (di Samurra) dan mendapat pendidikan di Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd dan orang yang sezaman dengannya dengan berbagai shaykh. Dia adalah satu-satunya pada zamannya yang tinggi dari segi hal dan keilmuan. Menyertainya di dalam Majlis taubat ialah Khair  al-Nassaj.  Ia adalah menurut madzhab Maliki dan faqih di dalam madzhab berkenaan. Beliau lanjut umur sehingga  87 tahun dan meninggal di Baghdad pada Dzil Hijjah tahun (m. 334H.). Dikuburkan di perkuburan Khabarzan.
Aku mendengar al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq r.h.a. berkata, bahawa Al-Shibli  mengurangkan tidur kerana tumpuan kepada ibadat.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abd al-Rahman  al-Sulami berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Baghdadi berkata, adalah Shibli r.h.a. berkata pada akhir-akhir hayatnya,
Berapa daripada tempat kalau ku mati padanya
Nescaya aku dengannya menjadi pengingat jua.
Adalah Shibli bila tiba bulan Ramadhan dia meningkatkan ketaatan dan dia berkata, ``Bulan Ramadhan adalah bulan diperbesarkan Tuhan, semoga aku antara yang awal membesarkannya. Demikianlah kata Al-Qushairy sebagaimana didengar hikayat dari Abi `Ali tentangnya.
Menurut `Abdul Rahman Al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyahnya, Al-Shibli mempunyai sanad Hadith yang bersambung kepada Rasulullah s.a.w., iaitu:
Bercakap kepada kami `Abdul Wahid bin al-`Abbas, bercakap kepada kami `Ali al-Jamal berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Shibli berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Mahdi al-Misri, bercakap kepada kami `Amru bin Abi Salamah, bercakap kepada kami S*adafah bin `Abdullah, daripada T*alhah bin Zaid daripada Abi Farwah al-Rahawi daripada `At*a` dari Abi Sa`id berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Bilal bermaksud:
``Takutlah kepada Allah dalam keadaan faqir dan jangan menemuiNya dalam keadaan (rasa) kaya. Berkata ia, ``Wahai Rasulullah, Bagaimana bagiku yang demikian ? Bersabda Baginda,
``Apa yang diminta dari engkau, maka jangan ditegah, apa yang direzekikan kepada engkau jangan engkau sembunyikan, Katanya (Bilal), Wahai Rasulullah, ``Bagaimana denganku yang demikian ?
Maka bersabda Baginda, ``Demikianlah, dan jika tidak maka api neraka !.``
Aku mendengar  Mansur bin `Abdullah al-Harawi berkata, ``Aku mendengar Shibli yang dikatakan baginya,  ``Bahawa Aba Turab menyebut, bahawa dia lapar di luar kawasan perkampungan, maka diangankan melihat seluruh kawasan itu makanan dan katanya ``Seorang hamba mendapat rahmat sampai kepada tempat yang sebenar, necaya dia adalah sebagaimana  bermaksud, ``Aku di bawah bayang  kasih Tuhanku,  dia memberiku makan dan minum.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,  aku mendengar `Umar al-Muzawwiq berkata, aku mendengar Al-Shibli, dia disoal tentang ``Menunai janji, maka katanya, ``Ianya ikhlas dengan percakapan dan tiada rahsia oleh kebenaran.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata,, aku mendengar Shibli berkata, `` Apa yang engkau sangka ilmumu  sebagai ilmu  `ulama` ia adalah tohmah.``
Dan katanya, aku mendengar  dikatakan, ``Adalah Shibli apabila melihat kepada sahabat-sahabat yang bermusafir maka dia melihat kepada barang-barang bawaaan pelayaran, maka katanya, ``Keperluan yang tidak dapat dipisahkan, walaupun sebenarnya adalah gangguan !``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nasr Abadhi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Tasawuf ialah  membetulkan pancaindera engkau dan mengawal nafas-nafas engkau.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf ialah berjinakan dan berlembutan.``
Aku mendengarnya berkata,  aku mendengar Muhammad bin al-Fadhl berkata, aku mendengar Al-Shibli ditanya, ``Bila seseorang itu menjadi murid ?``. Maka katanya, ``Apabila bersamaan halnya ketika di dalam bermusafir, di dalam hadir (kebiasaan), di dalam nyata dan ghaib.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Hasan al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Kamu  dalam peliharaan` dan aku ``ditegakkan.``.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata,
``Adalah aku pada suatu hari berada di dalam halaqah pengajian Al-Shibli, tetapi dia menangis dan tidak bercakap. Maka seorang lelaki bertanya,
``Wahai Aba Bakr, ``Adakah  ini adalah tangisan keseluruhan ? Maka dia menjawab secara berpuisi, katanya:
Apabila dia mencela atau yang lain turut mencela daku
Mengadu tentang perbuatanku dan membilang kejahatanku
Manakah yang sepanjang masanya marah dan mengejek
Aku cuba melakukan kebaikan pada setiap hari terbaik.
Demikian sebahagian dari kata-kata Al-Shibli.

Sekian.

February 23, 2017

ABU HAMZAH AL-KHURASANI - PENDAPATNYA


BBB,  25 Jamadil Awwal 1438H. =  22 Februari 2017M. (Rabu):
Abu Hamzah sebagaimana dinisbahkan pada namanya -`Al-Khurasai`  adalah tinggal di Khurasan. Asalnya dari Naisabur dari satu tempat bernama Mulqabadz. Dia adalah bersahabat dengan Al-Junayd
Dan bermusafir bersama Abu Turab al-Nakhshabi dan Abi Sa`id al-Kharraz. Dia member i fatwa di kalangan shaykh dan terwara` di kalangan mereka itu. Beliau meninggal (m. 290H.).
Berkata Abu Hamzah, ``Siapa yang merasa dan mengingati mati, dia suka menggunakan baki hayatnya dengan baik. Dia sedar dengan setiap sesuatu adalah fana.``
Abu Hamzah berkata, ``Al-`Arif ialah yang berwaspada dengan hidupnya hari demi hari dan teliti dengan perbelanjaan kehidupan hari demi hari.``
Seorang lelaki telah meminta wasiat dari Abi Hamzah, maka katanya,
``Bersedialah dengan bekalan untuk pelayaran (musafir). Bekalan engkau untuk pelayaran ialah apa yang ada di tangan engkau.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba al-Tayyib al-Makki berkata,
Aku mendengar Aba Hamzah al-Khurasani  berkata, ``
``Aku kekal melarang diriku menanggung beban  bermusafir, setiap tahun hanya sekadar seribu farsakh, tiap hari dari naik matahari hingga kepada  jatuhnya (ghrubnya). Apa yang halal bagiku aku hadkan.
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Baghdadi , berkata, aku mendengar Aba Jaa`far al-Farghani berkata,, berkata Abu Hamzah al-Khurasani:
``Siapa yang menasihat dirinya mulia diri dengannya, siapa yang sebok dengan yang lain, maka hina diri dengannya.``
Dengan sanad yang sama,  maka  dikatakan bahawa Hamzah disoal tentang `al-uns`` maka katanya,
``Sempitkan dada dari mu`asharah bersama makhluk..``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah al-Khurasani, ``Yang dagang liar dari jinak berhubungan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah al-Khurasani, ``Orang yang `arif takut hilang daripada apa yang dikurniai, orang yang takut, takut hilang daripada apa yang dijanji. Dan orang yang arif mempertahankan kehidupannya hari demi hari dan mengambil kehidupannya hari demi hari.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu Hamzah al-Khurasani, `      `Siapa sufi ?`` Maka katanya,
``Orang membersih daripada segala kotoran, maka tidak kekal padanya  kotoran berlain-lainan  dari segi hal.``
Aku mendengar Aba al-`Abbas berkata, aku mendengar Aba Jaa`far al-Farohani berkata, berkata Abu Hamzah, ``Siapa yang tidak mementingkan dirinya, maka dekat hatinya muwafaqat dengan Tuannya.``
Dengan sanad ini yang sama,  aku mendengar Ab Hamzah, sesungguhnya ia ditanya seorang lelaki, maka katanya, ``Wasiatkan padaku,, maka berkata Abu Hamzah,, ``Bersedialah dengan bekalan engkau untuk bermusafir yang antara diri engkau, maka seolah-olah aku bersama engkau dan engkau dalam jumlah, yang bertolak dari kediaman engkau, maka bersedialah dengan diri engkau dan jangan turun padanya – Apabila turun ahli sufi rumah mereka, supaya dia tidak kekal berduka cita.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah kepada setengah sahabatnya,
``Takutlah dari tidak berlaku adil, harapkan kurnia kelebihan, engkau tidak aman dari tipu daya, kalaupun di dalam syurga, di dalam syurgalah berlaku kepada bapa engkau Adam apa yang berlaku, terkadang terputus dari  kaum padanya, maka dikatakan kepada mereka maksud dari ayat Al-Qur`an:
``Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman sebagai ni`mat yang lazat dan baik kesudahannya dengan (amalan-amalan salih) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia).`` (Al-Haqqah: 24).
Maka seboklah mereka dengan makan dan minum, tidak ada tipu daya di  atas dari ini dan dan tidak keinginan (hasrat) lebih besar daripada itu.``
Dengan sanad ini berkata Abu Hamzah al-Khurasani, ``Siapa yang dikhaskan Allah Ta`ala dengan pandangan kasihan belas, maka inilah pandangan yang diturunkan pada  tempat-tempat diturunkan ahli al-sa`adah dan dihiaskan dengan kebenaran zahir dan batin.``
Dengan isnad ini juga ditanya Abu Hmzah al-Khurasani, ``Adakah bercabang kasih orang yang kasih kepada sesuatu yang lain dari yang dikasihinya ?, maka katanya `Tidak`, kerana bala itu berterusan, kesukaan terputus-putus, dan kelaparan bersambung yang tidak diketahui melainkan oleh yang mengalamai bahananya.``
Dan dia berpuisi:
Keras hati yang keras tanpa sendu
Setiap bala derita bersama penemu.
Dengan sanad yang sama katanya, mendengar Abu Hamzah terhadap sahabatnya dan dia sedang mencela setengah kawan-kawannya di atas kenyataan wajdan, bahkan dikuasai hal ke atasnya dan menzahirkan rahsianya di dalam majlis yang padanya berlaku percanggahan pendapat, maka kata Abu Hamzah, ``Ringkaskan wahai saudara, soal wajd yang berlaku ada perbezaan, jangan jadikan semua tempat bersamaan dan `ayn sebagai `uyun yang satu, tiada cela dengan pengalaman perseorangan berlainan dengan secara ramai yang boleh membawa percanggahan. Seeloknya sebagai ungkapan (puisi) Ibn Rumi
Biarlah yang mencintai jangan dikeji kerana
Sekeji ubat menyakitkan bukan pada tempat
Janganlah padam apa yang dialami dengan kecelaan
Bagai api yang membakar kemudian sukar dipadam.
Demikian pendapat Abu Hamzah al-Khurasani yang dapat direnungkan.

Sekian.

February 22, 2017

KHAIRU AL-NASSAJ DAN PENDAPAT


BBB,  24 Jamadil-Awwal 1438H. = 21 Februari 2017 (Selasa):
Khairu al-Nassaj ialah panggilan kepada  watak yang nama sebenarnya ialah Muhammad bin Isma`il al-Samiri, kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Dia berasal dari Samurra dan menetap di Baghdad. Dia bersahabat dengan Aba Hamzah al-Baghdadi dan bertemu dengan Sari al-Saqati dan dia bertanya Sari al-Saqati beberapa masalah dalam majlisnya. Dia juga dikatakan kawan bagi Al-Nuri dan tabaqahnya. Dia adalah ustadz bagi jamaah sufi. Bertaubat di dalam majlisnya Ibrahim al-Khawass dan juga al-Shibli. Umurnya dikatakan panjang sehingga 120 tahun, tapi tidak  disebut baik oleh Al-Qushairy atau Al-Sulami tentang tarikh kematiannya.
Gelaran `Khair al-Nassaj` (Sebaik Tukang Tenun – atau Penenun Yang Baik) adalah diberi kepada Khair al-Nassaj, kerana bahawasanya pada satu masa dia keluar untuk menunaikan haji, maka ianya diambil oleh seorang lelaki semasa ianya di pintu kota Kufah. Maka kata Pengambil berkenaan, ``Engkau menjadi hambaku, dan nama engkau ialah `Khair`  ``- Dia seorang yang berkulit hitam. Dia tidak membantah terhadap apa yang dikatakan oleh pengambil itu. Lelaki Pengambil itu telah  menjadikan nya pekerja penenun sutera bertahun-tahun lamanya.
Setiap kali Lelaki Pengambilnya memanggil, ~Wahai Khair !`, maka dijawabnya secara lembut , ``Labbaik``. Selepas beberapa tahun, lelaki yang mengambilnya menjadi hamba  itu sedar akan kesilapannya. Maka pada suatu hari, kata lelaki itu kepada Khair al-Nassaj,
``Aku tersilap, engkau bukan hamba dan bukan nama Khair. Lelaki itu berlalu meninggalkannya ! Namun demikian nama `Khair al-Nassaj` - Tukang Tenun Yang Baik`  kekal. Bahkan kata , Khair al-Nassaj, ``Aku tak ubah nama yang dinamakan dengannya diriku oleh seorang muslim !``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Qazwini berkata, aku mendengar Aba al-Husain al-Maliki berkata,
``Aku bertanya seorang lelaki Hadhramaut tentang Khair al-Nassaj dan suruhan terhadapnya. Maka katanya, ``Bila tiba solat Maghrib dia pengsan, kemudian pulih dan membuka dua matanya. Dia mengisyarat kepada penjuru pintu rumah dan berkata,
``Berdirilah, nescaya Allah mengampunkan engkau, sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang diperintah ! Apa yang disuruh engkau dengannya, janganlah luputkan. Tinggallah aku dengan apa yang disuruh dengannya. Kemudian pergilah dengan apa yang engkau disuruh dengannya.
Dia berdoa sambil mengambil wudhu` dan bersolat. Kemudian dia rentang dua tangannya dan berkejip dua matanya. Dia bersyahadah dan meninggal !``.
Berkata Khair al-Nassaj, ``Takut ialah cemeti Allah yang dapat memperbaiki diri yang bertabiat dengan kekejian adab !``
Mengkhabarkan daku setengah daripada sahabat kami, bahawa Khairu al-Nassaj pernah bermimpi, maka dia ditanya tentang mimpinya, ``Apa yang dia lakukan terhadap engkau ?``
Maka katanya, ``Jangan engkau tanya aku tentang perkara ini, tetapi aku istirahah dari dunia yang banyak menggelincirkan !``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,  aku mendengar Khair al-Nassaj berkata, ``Siapa yang mengenal kadarnya di dunia, dia mendapat haknya di akhirat. Siapa yang jahil tentang haknya di akhirat terputus dari habuannya di dunia.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Sabar adalah dari akhlak lelaki yang unggul, dan redha adalah dari akhlak kalangan yang mulia.``.
Katanya, berkata Khair al-Nassaj, `` Terang dada orang yang muttaqin, terbuka penglihatan orang yang muhtadin, dengan cahaya hakikat keimanan.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Barang siapa bermulahaz*ah kesyukuran bertambah kenikmatan.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, `` Siapa yang mendahului dengan langkah yang tak terhasil, dia adalah mujtahid sebenar.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Ikhlas ialah yang tidak diterima amal, melainkan oleh pengamal, dengan amalannya.``
Katanya, dan berkata Khairu al-Nassaj, ```Amal yang tidak sampai kepada puncak (kesempurnaan), dia dilihat cuai, lemah dan daif.``
Katanya berkata Khairu al-Nassaj, ``Tidak ada sebab lebih mulia dari sebab orang yang dijadikan Allah Ta`ala dengan tangannya, dan dia tidak mengingkarinya, dan tidak ada ilmu yang lebih mulia dari ilmu yang diajarkannya Allah Ta`ala dengan nama keseluruhan, maka dia tidak memanfaatkannya pada waktu berlarinya qadar dan qadha` ke atasnya, dan tidak ada ibadat yang lebih sempurna dan tidak ada ibadat yang lebih bayak dari Iblis, tetapi tidak menjayakannya yang demikian dari apa yang mendahuluinya.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Tauhid,  antaranya pendapat bahawa  tiap-tiap makhluk adalah kurang, dengan sebab berdirinya dengan yang lain dan berhajatnya kepada yang lain. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Wahai manusia kamu adalah fuqara` yang berhajat kepada Allah.`` (Fat*ir: 15). Yakni berhajat kepadaNya pada setiap nafas.
``Dan Allah Dialah Maha Kaya (Fatir: 15) daripada kamu dan daripada tauhid kamu dan daripada amalan kamu (Al-Hamid  - Yang Terpuji) (Fatir: 15) yang menerima dari engkau yang Dia tidak berhajat kepadanya dan menthabitkan  engkau ke atas barang yang engkau berhajat kepadanya.``
Katanya,  berkata Khairu al-Nassaj, ``Warisan perbuatan engkau apa yang layak apa engkau lakukan. Maka carilah kelebihan warisan, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan Al-Qur`an itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya. Maka dengan isi kandungan Al-Qur`an itulah hendaknya mereka bersukacita, kerana ia lebih baik dari apa yang mereka himpunkan.`` ( Yunus: 58)..
Demikian pendapat Khairu al-Nassaj.``

Sekian.

February 21, 2017

PENDAPAT IBRAHIM AL-RUQIYY DAN MUMSHADZ AL-DAINURI


BBB,  23 Jamadil- Awwal 1438H. =  20 Februari  2017M. (Isnin):
Ibarahim al-Ruqiyy adalah dari kalangan shaykh sufi terbesar di Sham. Dia adalah dari teman Al-Junayd dan Ibn al-Jalla`. Dia meninggal pada tahun (m. 326H.). Kata Ibrahim al-Ruqiyy:
``Ma`rifat ialah menthabitkan kebenaran tanpa ada kewahaman (luar dan dalam).
Dia berkata, ``Qudrat adalah z*ahir dan penglihatan mata-mata (a`yun) terbuka, tetapi cahaya penglihatan adalah lemah.``
Katanya lagi, ``Selemah-lemah makhluk adalah dari kelemahan menolak syahwatnya dan sekuat-kuat makhluk  adalah dari kekuatan menolaknya.``
Dan katanya, ``Alamat cintakan Allah berkesan pada ketaatannya dan pengikutannya terhadap Nabinya s.a.w.``
Manakala Mumshadz al-Dainuri  (Al-Sulami) – di baca oleh Al-Qushairy Mumshad. Adalah dari kalangan pembesar sufi. Bersahabat dengan Yahya al-Jalla`. Tinggi pencapaiannya di dalam keilmuan tasawuf. Terkenal sebagai salah seorang pemuda di `Al-Jibal` (nama tempat) dan nyata kecerdasannya. Abu Zar`ah menyebutnya meninggal pada tahun (m. 299H.).
Kata Mumshadz, ``Adab murid ialah melazimkan  menghormati shaykh-shaykh sufi dan berkhidmat kepada kawan-kawan dan keluar dari sebab-sebab dan memelihara adab-adab shara` pada dirinya.
Dan kata Mumshadz, ``Aku tidak saja  semata-mata masuk ke atas seorang dari shaykh-shaykhku, melainkan aku  kosong daripada hartaku, aku tunggu  barakat yang mungkin datang kepadaku daripada melihatnya dan daripada kalamnya. Sesungguhnya siapa yang masuk kepada seseorang shaykh dengan peluangnya, mungkin terputus dari barakat melihatnya dan duduk bersamanya dan bercakap dengannya.``
Dengan maksud pertemuan adalah semata-mata secara ikhlas, tanpa bertujuan sesuatu yang menjadi harapan dalaman.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Mumshadz berkata,
Jalan kebenaran adalah jauh dan sabar bersama kebenaran adalah bersangatan ujian.``
Dengan sanad yang sama berkata Mumshadz ``Meghimpun pengertian ma`rifat, ialah sebenar-benar iftiqar kepada  Allah Ta`ala.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz, ``Jikalau engkau menghimpun hikmat kalangan yang awal dan kalangan yang akhir dan engkau mendakwa ahwal bagi pimpinan daripada auliya`, maka engkau tidak sampai kepada darajah al-`Arifin hingga  bertempat sirr engkau kepada Allah Ta`ala. Dan engkau mempercayainya apa yang dijamin oleh Allah kepada engkau.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Faris al-Dainuri berkata,
``Keluar Mumshadz  dari pintu sebuah rumah, maka disalak kepadanya oleh seekor anjing, maka kata Mumshadz, ``La ilaha illa Allah``, maka mati anjing di tempat itu juga.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Alangkah huduhnya  lalai dari ketaatan terhadap yang tidak lalai tentang kebajikan engkau.
Alangkah huduhnya lalai daripada mengingati terhadap yang tidak lalai dari menyebut engkau.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Kosong hati pada mengosongkan dari apa yang engkau berpegang dengannya oleh ahli dunia daripada kelebihan dunia mereka itu.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,
``Bagi orang `arif ada cermin, apabila dia melihat padanya, maka bertajalli baginya Tuannya.``.
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,,
``Tidaklah menulis yang sahih kepada yang sahih dan tidak bertemu sahih dengan yang sahih dan dia tidak mendustakannya pada hakikatnya.``
Dengan sanad ini kata Mumshadz, ``Siapa yang bagi Allah himmahnya, tidak memutuskannya oleh qadar dan dia tidak terjatuh di dalam kesalahan.``
Dengan sanad ini kata Mumshadz,  ``Aku melihat di dalam persafiranku, seorang shaykh yang kelihatann baik, maka kataku, ``Wahai Tuan, beri pesanan kepadaku sebagai bekalan.``  Maka katanya, ``Peliharalah himmahmu, kerana himmah adalah permulaan bagi sesuatu, siapa yang pada permulaan himmahnya baik dan benar padanya, maka eloklah barang yang selepasnya dari segi amalan dan ahwal.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz, ``Adab murid empat perkara: Hormat kepada guru-guru, khidmat kepada kawan-kawan,, keluar daripada sebab-sebab dan menjaga adab-adab shara` di atas dirinya.``
Dengan isnad yang sama kata Mumshadz, ``Bersahabat dengan orang yang baik, mewariskan di dalam hati kebaikan, dan bersahabat dengan orang yang jahat mewariskan di dalam hati kerosakan.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, disoal Mumshadz,  tentang tawakkal, maka katanya,
``Tawakkal ialah mengawal diri dari ketamakan daripada tiap-tiap sesuatu yang cenderung hati dan dirimu kepadanya.``
Dan dengan sanad yang sama kata Mumshadz, ``Roh-roh para anbiya` di dalam hal kashaf, manakala roh-roh para s*iddiqin pada kedekatan dan pandangan (qurbah dan it*la`).
Demikian pendapat  Ibrahim al-Ruqiyy dan Mumshadz al-Dainuri.

Sekian.

February 20, 2017

UNGKAPAN ABU AL-HASAN BIN AL-S*ANI` AL-DAINURI


BBB,  22 Jamadil-Awwal  1438H. = 19 Februari 2017 (Ahad):
Abu al-Hasan bin al-S*ani` al-Dainuri, nama lengkapnya ialah `Ali bin Muhammad  bin Sahl. Tinggal di Mesir dan meninggal di sana (m. 330H). Dia adalah salah seorang dari shaykh-shaykh sufi pada zamannya, sebagaimana  dikatakan:
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Aku tidak pernah melihat pada orang yang kulihat dari kalangan shaykh-shaykh lebih bercahaya daripada Abi Ya`qub al-Nahrajuri dan tidak ada sebanyak kehaibatan daripada Abi al-Hasan bin al-S*ani` al-Dainuri.
Sebagaimana Abu `Uthman ditanya tentang  Abu al-Hasan,  dikatakan:
``Aku bertanya Abu al-Hasan adakah dia dari kalangan salikin ?``, maka katanya,
``Dia adalah dari kalangan yang bekerja (al-mu`amilin) dari kalangan yang ikhlas (al-mukhlisin) dalam muamalah.``
Abu al-Hasan al-Dainuri  mempunyai sanad di dalam Hadith yang menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
``Mengkhabarkan daku `Umar bin Muhammad bin `Iraki al-Misri sebagai ijazah, bahawa `Ali bin Sahl al-Zahid al-Dainuri  bercakap kepada mereka, berkata bercxakap kepadaku `Abdullah bin Muhammad bin Bashshar berkata, bercakap kepada kami Muslim bin Ibrahim, bercakap kepada kami Hammad bin Salamah, bercakap kepada kami `Ali bin Zaid daripada `Uqbah, daripada S*ahban daripada Abi Bakrah daripada Nabi s.a.w. pada firman Allah  Ta`ala bermaksud:
``Sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.`` (Al-Waqi`ah: 39-40). Sabda Baginda, ``Kedua-duanya dari umat ini.``.
Disoal Abu al-Hasan Ibn al-S*ani` al-Dainuri daripada dalil dengan penyaksian terhadap yang ghaib, maka katanya, bagaimana dapat dijadikan dalil dengan sifat yang tidak sama umpamanya dan tidak bergerak seumpamanya.
Mengkhabarkan kami oleh `Umar bin Muhammad bin `Iraki berkata, disoal Abu al-Hasan daripada sifat murid. Maka katanya sifatnya sebagaimana firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud:
``Hingga apabila bumi yang luas ini terasa sempit kepada mereka, dan hati mereka pula menjadi sempit, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari kemerkaan Allah, melainkan kembali kepadaNya.`` (Al-Taubah: 118).
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan:
``Siapa yang berterusan didominasi masalah keduniaan yang mengganggu, maka hendaklah dia ingat
Kedukaan yang berterusan, nescaya dia dapat istirihat daripadanya.
Dengan sanad yang sama, berkata Abu al-Hasan, dia disoal, ``Apakah yang wajib bagi kawan-kawan apabila mereka berhimpun ?, maka katanya,
``Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Hendaklah mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.``  (Al-`As*r:  3).
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata, aku mendengar AL-Duqqi berkata, berkata Abu Hasan Ibn al-S*aigh, ``Sayugia bagi murid meninggalkan dunia dua kali, dengan meninggalkannya pada satu kali dengan kemewahan dan kenikmatan dan warna warni berbagai makanan dan minuman dan semua yang ada padanya. Dan apabila dikenal dengan meninggalkan dunia kelebihan dan kemuliaan, maka sayugia ditutup yang demikian halnya dengan menerima keahlian supaya tidaklah sebutannya, pada peninggalan dunia, sebagai dosa yang dia lebih besar dari menerimanya kepada dunia dan tuntutan padanya atau fitnah yang lebih besar daripadanya.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Daripada rosaknya tamak oleh kerana angan-anagan dan harapan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Adalah setengah shaykh kami berkata, ``Siapa yang mendedahkan  bagi yang dikasihi, akan berlaku ujian, bala kepada dirinya.``
Dengan isnad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Ahli mahabbah di dalam nyalaan api shauqnya pada yang dikasihi, mereka nikmat dalam bakaran cinta seperti  bayangan nikmat syurga.
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Cinta engkau pada diri engkau dialah yang merosakkannya.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu al-Hasan, ``Apakah itu ma`rifat ?`` Maka katanya, ``Melihat apa yang dikenal pada sekalian ahwal dan lemah dari menunaikan kesyukuran ni`mat, daripada segala wajah dan mengucap  tentang tiada dan kekuatan, pada tiap suatu, melainkan dengan Allah.``
Dan dengan sanad yang sama disoal Abu al-Hasan, ``Dengan apakah yang memberi kesenangan bagi yang bercinta dalam mahabbah ?`` Dan dengan apakah yang merehatkan hatinya dari goncangan ?
Maka dijawab secara berpuisi:
Kalau aku minum serbat, tidaklah aku terasa
Aku tidak terkaya dari engkau, walaupun kaya.
Dengan sanad yang sama kata Abu al-Hasan, ``Al-Ahwal seperti lintasan kilat, apabila bertempat, maka ianya sebagai sesuatu yang baru bagi diri dan menyesuaikan sebagai tabiat diri.``
Demikian ungkapan Abu  al-Hasan  bin Al-S*ani` al-Dainuri yang antaranya begitu mencabar untuk dimengerti.

Sekian.

February 19, 2017

PANDANGAN KESUFIAN ABU BAKAR AL-WASIT*I


BBB, 21 Jamadil Awwal 1438H. = 18 Februari  (Sabtu):
Abu Bakar al-Wasit*i, beliau  adalah Abu Bakar  al-Wasit*i Muhammad bin Musa berasal dari tempat  bernama  Farghanah. Sebab itu beliau juga  dikenali sebagai Ibn al-Farghanah. Beliau adalah dari kalangan ulama`  utama dan besar kedudukan,  bersahabat dengan Al-Junayd dan Abu al-Husain al-Nuri. Dia juga sebagai shaykh bagi kaumnya, tiada yang banyak bercakap tentang asal usul tasawuf sebagaimana beliau bercakap. Dia juga alim di dalam ilmu Usul dan ilmu zahir. Dia masuk ke Khurasan dan bermastautin di Kurah, Marwi dan meninggal di sini pada tahun (m. 320H.).
Berkata Al-Wasiti, ``Takut dan harap adalah dua punca yang menegah daripada keji adab.``
Berkata Al-Wasiti, ``Mutala`ah tentang gantian ketaatan melupakan pada fdhilat ketaatan.``
Berkata Al-Wasiti, ``Apabila Seseorang itu terbawa kepada kehinaan, maka ianya terbawa kepada pergaulan yang menjatuhkan kedudukannya.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdil `Aziz al-Maruzi berkata, aku mendengar Al-Wasiti r.h.a. berkata, ``Tiada ikhlas bagi yang buruk adab, diri mereka terdedah kepada kejahatan dan kehinaan. Hidup dalam kepicikan. Dengan tiada ibadat tertutup, lantas jiwa adalah sebagai sarang  kejahatan seperti marah dan takabbur. Sumber makan dari yang haram, maka hasilnya sebagai sumber kejahatan. Firman Allah:
``Allah membinasakan (mematikan)  mereka, bagaimana mereka boleh berpaling dari kebenaran ? (Al-Taubah: 30).
Aku mendengar Ustaz `Ali al-Daqqaq r.h.a. bercerita tentang Al-Wasit*i yang pada satu hari Juma`at melalui depan sebuah kedai kasut dalam menuju ke masjid, tiba-tiba tali kasutnya terputus, maka ditawarkan oleh tuan kedai kasut itu untuk membaiki tali kasutnya. Tawaran itu diterima. Maka bertanya Al-Wasiti kepada tuan kedai kasut itu, mengapa tiba-tiba tali kasutnya putus ? Pertanyaan tidak dijawab tuan kedai, Sebaliknya Al-Wasiti memberitahu, bahawa oleh kerana dia tidak mandi sunat pada pagi Juma`at itu. Tuan kedai itu memberitahu, Tuan ! Di situ ada bilik mandi, persilakan untuk mandi. Al-Wasiti pun mandi.
Moral dari cerita mungkin bersifat bergurau secara benar, atau menyampaikan pengajaran bahawa sunat mandi untuk berjuma`at untuk menjaga kebersihan yang memang dituntut bila mau ke solat Juma`at.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Wa`iz* berkata, Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Musa Ibn al-Farghani al-Wasit*i di Marwi berkata, ``Saksilah dengan mushahadah yang haqq kepada  diri engkau. Dan jangan engkau melihatnya sebagai mushahadah bagi orang lain.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata, ``Dibalakan kita berzaman, kerana tidak beradab dengan adab-adab Islam, kita tentunya tidak menurut adab al-Jahiliyyah dan  tidak dikenali sebagai orang yang mempunyai marwah.``
Katanya dan aku mendengarnya berkata, ``Tawanan oleh beberapa jenis. Yang tertawan dirinya oleh nafsunya, yang tertawan oleh syaitan dan hawanya, ditawan oleh harta material, dalam kata dan lintasan. Mereka adalah orang-orang fasiq, selama penyaksian sedemikian meninggalkan kesan mengganggu kalbu secara ingatan, maka dia menutupnya, jauh dari `ayn haqiqat, tidak wara` sebagai kalangan yang wara`, tidak zuhud sebagai kalangan yang zuhud, kerana gangguan yang menghalang pada rahsia diri.  Siapa yang berusaha berpaling dari gangguan dan menghayati kewarakan walau sedikit cuma, maka dia dapat melihat jalan benar pada kewarakan dan hakim pada adabnya.``
Katanya, dan aku mendengar ianya berkata, ``Sefaqir fuqara` siapa yang dilindung oleh haq akan hakikat haqnya daripadanya.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata, `` Cinta membawa kepada shauq dan shauq membawa kepada uns, siapa yang luput daripada shauq dan uns sesungguhnya dia hilang daripada cinta.``
Katanya dan aku mendengar dia berkata, ``Bagaimana boleh dilihat kelebihan itu kelebihan, sedang ia tidak aman daripada tipu daya.``
Katanya, dan aku mendengar  dia berkata, ``Al-Muwahhid (yang mengesakan Allah) tidak melihat melainkan segalanya dari tindakan rububiyyah Allah, kepadaNya tumpuan `ubudiyyahnya semata-mata kepadaNya, di dalamnya terkamir qadar dan bahagian.``
Aku mendengar Aba `Uthman Sa`id bin (Abi) Sa`id berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin Hatim al-Darabadarji berkata, aku mendengar Al-Wasiti berkata, ``
``Waktu kurang dari sesaat, engkau mengalami sama ada ni`mat atau azab, sebelum waktu itu, engkau mengalami hal dalam waktu berkenaan. Apa yang selepas itu engkau tidak mengetahui baik atau sebaliknya.``
Aku mendengar Shaykh  Aba `Abdullah al-Hadhrami al-Faqih berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Wasit*i berkata:
``Mereka yang berdzikir dengan dzikir mereka kadang lebih lalai daripada orang yang lupa dari berdzikir, kerana dzikirnya sama.``
Dan aku mendengar Aba  al-Hasnuni berkata,  berkata Abu Bakar al-Wasiti, ``Manusia (yang mendapat hidayah) ada tiga lapisan (kurniaan):
Lapisan pertama yang diberi Allah kepada mereka cahaya hidayah. Mereka terpelihara daripada kufur, syirik dan nifaq.
Lapisan kedua: Mereka diberi cahaya `inayah, mereka terpelihara dari dosa kecil dan besar.
Lapisan ketiga: Mereka  yang dikurniai dengan kifayah, mereka terpelihara daripada lintasan-lintasan yang merosakkan dan dan tindak tanduk orang yang lalai.``
Demikian pandangan kesufian Abu Bakar al-Wasit*i untuk direnungi.

Sekian.

February 18, 2017

KATA-KATA ABU H*AMZAH AL-BAGHDADI AL-BAZZAR


BBB,  20 Jamadil Awwal 1438H. =  17 Februari 2017M. (Juma`at):
Abu Hamzah adalah dari kalangan sufi pada peringkat  awal  berlakunya kerancakan perkembangan  tasawuf. Dia pendukung pendekatan Sunni yang teguh.
Abu H*amzah bersahabat dengan Al-Sari al-Mughallas al- Saqati dan Bish al-Hafi. Dia menjadi teman bagi Abi Turab al-Nakhshabi dalam musafir mereka. Dia adalah dari antara anak-anak `Isa bin Abi Abban dan adalah Ahmad bin H*anbal, apabila berlangsungnya sesuatu majlis yang berkait dengan percakapan kesufian, maka dia bertanya  pendapat Abu Hamzah al-Bazzar dengan katanya, ``Apa pendapat engkau wahai sufi ?``
Adalah Abu Hamzah al-Bazzar mengajar di Masjid al-Ras*afah di Baghdad sebelum dia mengajar perkara yang sama di Masjid al-Madinah (bukan Madinah al-Munawwarah). Dia cenderung dari segi keilmuan  kepada Hasan al-Masuji. Abu Hamzah juga terkenal sebagai seorang  yang mendalam dari segi qira`at  Al-Qur`an. Dia berulang kali ke Bas*rah.
Pada satu hari ia mengajar di Masjid al-Madinah, dengan kesihatannya yang kurang baik dan keadaannya berubah. Dia jatuh dari kerusinya dan meninggal pada Juma`at kedua. Kematiannya sebelum  Al-Junayd. Adalah dikatakan peristiwa kematiannya di atas pada tahun (m. 289H.).
Berkata Abu H*amzah al-Bazzar, ``Siapa yang mengetahui jalan yang Haqq, memudahkan perjalanan kepadanya. Tidak ada dalil jalan kepada Allah Ta`ala, melainkan dengan menurut Rasulullah s.a.w. ahwal, perbuatan dan sabda Baginda.
Berkata Abu Hamzah al-Bazzar, ``Siapa yang direzekikan tiga perkara, dia berjaya dari kecelaan. Iaitu perut yang kosong bersama dengan hati yang qana`ah, faqr yang berterusan beserta  zuhud kekinian dan sabar yang sempurna beserta dzikir berterusan.
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar Ibrahim bin `Ali al-Mutraidi berkata, aku mendengar Aba H*amzah berkata, ``Adalah mustahil engkau mencintainya, kemudian engkau tidak mengingatinya, adalah mustahil engkau menyebutnya kemudian engkau tidak berminat menyebutnya dan adalah mustahil engkau mendapati mesranya, kemudian engkau sebok dengan yang lain (melupainya).``
Aku mendengar Aba Bakr berkata,  aku mendengar Aba Ishaq bin al-Aa` mash berkata, kata seorang lelaki kepadaku, ``Aku bertanya Aba Hamzah, maka kataku, ``Saya soal ? Maka dia berkata, ``Soallah``. Maka kataku, ``Aku tidak ada soalan``. Maka katanya kerana engkau menyoal tentang sesuatu yang telah disoal !.``
Dan aku mendengar Ab Bakr, aku mendengar Khair al-Nassaj berkata, aku mendengar Aba Hamzah berkata, ``Aku keluar daripada negeri Rum dan aku berhenti  pada seorang rahib, maka kataku kepadanya,  ``Adakah apa-apa berita tentang mereka yang telah lalu ? Maka katanya, ``Ya !
Dengan membaca ayat Al-Qur`an bermaksud:
(Satu kumpulan di dalam syurga dan satu kumpulan lagi di dalam neraka (sa`ir) `  (Al-Shura: 7)
Katanya, aku mendengar Aba H*amzah) berkata, ``Mendapat istirihat bagi barang siapa hatinya telah menggugurkan darinya kecintaan pada dunia, apabila kosong hati dari cinta  dunia, masuklah ke dalamnya zuhud, dan apabila masuk di dalamnya zuhud mewarisinya tawakkal.``
Aku mendengar  Nas*r bin Abi Nas*r berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Mutaannaqi al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, Bersama Abu Hamzah dalam bermusafir yang dia  dari Makkah. Ternyata ia penat dari pelayaran, aku memberi salam kepadanya dan aku memberi minum kepadanya, maka katanya `sikbaj` (jenis minuman) dan `asidah (makanan) dihulurkan kepadaku.  Kemudian aku mengambil makwak (timbangan) yang kecildan menimbang sepuluh kati daging, bazinjan, khala dan sepuluh kati dibs. Dengannya kami memasak `asidah, sikbajah dan kami meletakkan ke dalam bekas dan menutupnya. Apabila dia masuk dia menikmati hidangan. Apabila selesai aku masuk ke dalam dan melihatnya. Maka dia berkata kepadaku, ``Wahai Aba al-Qasim, jangan  hairan, ini adalah dari Makkah. Makanan ketiga.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Hamzah berkata, ``Bukanlah pemurah dengan memberi seseorang yang tidak perlu, tetapi pemurah  adalah dengan memberi apa yang diperlui oleh seseorang itu.``
Katanya dan aku mendengar dari Aba Hamzah berkata, ``Apabila Allah membukakan engkau jalan daripada kebaikan, maka hendaklah engkau melazimkannya, engkau janganlah memberi perhatian yang membuat engkan berbangga dengannya, tetapi hendaklah melakukan dengan rasa syukur terhadap yang mentaufikkan engkau dengannya, kerana dengan menarik  perhatian orang menjatuhkan engkau dari maqam engkau. Dengan bersyukur menambahkan kurniaan, kerana Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
``Sekiranya kamu bersyukur necaya aku menambahkan lagi kurniaan kepada kamu.`` (Ibrahim:  7)
Katanya, dan aku mendengar Aba Hamzah berkata,
``Apabila engkau selamat kewajipan engkau terhadap diri engkau, sesungguhnya engkau telah tunaikan hak diri engkau dan apabila engkau selamat menunaikan hak makhluk, maka engkau telah selamat menunaikan hak-hak mereka itu.``
Demikian apa yang dapat dirakamkan oleh  Al-Qushairy  dan juga Al-Sulami terhadap kata-kata Abu Hamzah al-Baghdadi al-Bazzar.

Sekian.

February 17, 2017

PANDANGAN `ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-KHARRAZ DAN BANNAN AL-HAMMAL


BBB, 19 Jamadil-Awwal 1438 = 16 Februari 2017 (Khamis):
`Abdullah bin Muhammad al-Kharraz, ialah Abu Muhammad `Abdullah bin Muhammad al-Kharraz dari kalangan shaykh-shaykh sufi terkenal, berasal dari Al-Rayy, berpindah ke Makkah dalam tempoh beberapa tahun lamanya dan bersahabat antaranya dengan Abu Hafs* al-Naisaburi,  Abu `Amran al-Kabir dan dikatakan sahabat-sahabat Abu Yazid membesarkan kedudukannya. Dia terkenal sebagai ahli wara`, menegakkan kebenaran dan amat prihatin terhadap makanan yang halal. Dia meninggal sebelum 10 tahun  300H. ( sebelum. 290H.).
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, aku mendengar Muhammad bin Da`wud al-Dinuri yang dikenali dengan Al-Duqqi berkata, ``Aku masuk menemui `Abdullah al-Kharraz, aku tidak menjamah makanan sejak empat hari, maka katanya, salah seorang daripada kamu tidak makan beberapa hari, dia mengulang-ngulang menyebut lapar, kemudian dia berkata, bagaimana begitu, dan adalah tiap-tiap diri penentuan, boleh hilang  dengan tumpuan kepada  Allah. Tidakkah engkau melihat sedemikian  banyak berlaku ?
Katanya, berkata `Abdullah, ``Lapar ialah makanan orang-orang zahid dan dzikir makanan orang-orang `arif.``
Katanya, berkata `Abdullah, ``Kehambaan pada zahir dan kemerdekaan dari segi batin adalah dari akhlak yang mulia.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Siapa yang memulia dengan perkara kepentingan dunia, maka dia seboklah dengan apa yang dilakukan dengannya.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Dengan ibarat dikenali `ulama`, dengan isyarat dikenali hukama` dan dengan lat*a`if (kehalusan) bertempat oleh pemuka dari shaykh-shaykh.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Himmah berbeza dalam dua tempat. Ada yang himmahnya pada tahap tinggi dengan kedudukan dan tempat yang istimewa dia menikmati kemewahan dan perhiasan, tetapi tidak sama dengan yang duduk bersama maulanya, iaitu tuan dari kalangan shaykh-shaykh dengan melihat kepada  wajahnya yang mulia.``
Katanya dan disoal `Abdullah daripada alamat sabar, maka katanya, ``Tinggalkan aduan dan menyembunyikan dharurat dan balwa.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Hamba adalah lemah dari mencapai citanya, melainkan melalui Tuannya.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Memelihara rahsia ialah tanpa berpaling kepada yang lain, adalah alamat penerimaan terhadap Allah Ta`ala.``
Manakala Bannan al-Hammal, beliau adalah Bannan bin Muhammad bin Hamdan bin Sa`id, Kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Beliau berasal dari Wasit dan menetap di Mesir dan meninggal di sana pada Ramadhan tahun (m. 316H.) Dia dari kalangan shaykh tasawuf terkenal,  bercakap dan mempertahankan kebenaran, menyuruh membuat ma`ruf, menegah dari perkara munkar. Banyak maqamat (ungkapan kesufian) terkenal dan ungkapan-ungkapan yang diingat.  Dia bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh pada zamannya. Dia adalah guru kepada Abu al-Husain al-Nuri.
Bannal al-Hammal mempunyai sanad Hadith hingga kepada Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami oleh Al-Hasan bin Rashiq sebagai ijazah, bahawa Bannan bin Muhammad al-Hammal al-Zahid yang berasal dari Wasit.  Abu al-Hasan bercakap kepada kami, berkata, bercakap kepada kami Bakkar bin Qutaibah al-Qadhi, bercakap kepada kami Abu Daud daripada Hisham daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Rashid daripada Abd al-Rahman bin Shibl berkata, ``Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda, ``Bahawa yang melakukan dosa besar mereka adalah penghuni –penghuni neraka. Mereka berkata, ``Siapa mereka itu wahai Rasulallah ?`` Sabda Baginda, `Perempuan`. Mereka berkata, Ya Rasulallah ! Tidakkah mereka ibu-ibu kami, saudara-saudara perempuan kami dan isteri-isteri kami ? Bersabda Baginda , Ya ! Akan tetapi mereka apabila dikurniakan sesuatu tidak mereka bersyukur dan apabila mengalami bala mereka tidak bersabar.``
Disoal Bannan mengenai hal kesufian, maka katanya, percaya kepada yang  dijaminkan, menunaikan suruhan, menjagakan rahsia dan menjauhi perkara yang tidak baik dalam kehidupan.
Dengan sanad, berkata Abu Muhammad (al-Bannan), ``Setinggi-tinggi himmah bagi satu kaum dan sampai kepada darajah al-awsat ialah do`a dan himmah para `arifin ialah dzikir.``
Berkata Abu Muhammad, `Siapa yang menyangka dialah menghasilkan sesuatu amalan yang besar atau kecil dia adalah sesat, kerana Nabi s.a.w. bersabda bermaksud ``Tidak menjayakan  salah seorang daripada kamu dengan amalannya.`` Maka jika tidak berjaya bagi yang melakukan bagaimana dapat dicapai tujuan ? Siapa yang bergantung kepada kurnia Allah, maka yang demikianlah yang diharap bagi penyampaian.``
Berkata Abu Muhammad,, ``Dzikir engkau bergantung pada engkau, hingga bersambung dzikir engkau dengan dzikirnya, dengan demikian baru terangkat dan melepaskan dari halangan, apa yang bersertaan berlaku, kalau tidak  hilang. Tinggallah yang asal, hilang cabangan seolah-olah tidak berlaku.``
Berkata Abu Muhammad, ``Dilihat kepada usul dengan menggunakan yang furu`. Sahih yang furu`bergantung pada usul. Tidak ada jalan bagi maqam mushahadah. Adapun usul ialah dengan membesarkan apa yang dibesarkan Allah dari yang pertengahn hinggalah kepada furu``.
Katanya, berkata Al-Bannan, ``Siapa diselimuti lemah kehinaan dia mati dari kemampuan bermushahadah, siapa diselimuti dengan kemuliaan yang dikadarkan, maka dia hidup dari penyaksian. Dan menjadi sebab bagi kehidupan diri. Ini menjadi perbezaan antara diri dan roh.
Dan katanya, berkata Al-Bannan, ``Melihat sebab-sebab secara berterusan memutuskan dari mushahadah terhadap yang menjadikan sebab-sebab. Dengannya boleh membawa kepada kebatilan.``
Demikian pandangan  oleh Abdullah Muhammad al-Kharraz dan Bannan al-Hammal yang dapat dinilai  dan difahami.

Sekian.

February 16, 2017

KEISTIMEWAAN UNGKAPAN IBRAHIM AL-KHAWAS*S*


BBB, 18 Jamadil Awwal 1438H. =  15 Februari 2017M. (Rabu):
Nama penuh bagi Ibrahim al-Khawas*s*  ialah Ibrahim bin Ahmad bin Isma`il , kunyahnya ialah Abu Ishaq. Dia adalah salah seorang yang menerokai konsep `Tawakkal`. Dia adalah salah seorang shaykh sufi pada zamannya. Dia adalah salah seorang sahabat Al-Junayd dan al-Thauri, mendalami bidang siyyahat dan riyadhat dan dia memperkatakannya (sharh) secara panjang lebar. Dia meninggal di Jami` di al-Rayy pada tahun (m. 291H.). Pengurusan jenazahnya dan pengkebumiannya dilakukan oleh Yusuf bin al-Husain.
Berhubung dengan ungkapan Ibrahim  al-Khawas*s*:
Aku mendengar Muhammad bin al-Razi berkata, ``Sakit  Ibrahim al-Khawas*s*  di al-Rayy, di Masjid al-Jami`. Dia sukar berdiri  dan adalah apabila berdiri dia masuk di dalam air dan mandi dan kembali ke masjid, dia solat dua raka`at, maka dia kembali ke air mandi  sekali lagi  hingga dia meninggal, r.h.a. sedang dia di dalam air.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin al-Husain al-Baghdadi berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawass berkata,
``Bukanlah ilmu dengan banyaknya riwayat, sesungguhnya orang alim itu siapa yang mengikut ilmu dan menggunakannya dan mengikuti dengan sunnah-sunnah, walaupun dia sedikit ilmu.``
Aku mendengar  Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata, aku mendengar al-Azdi berkata,  aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata,
``Ubat penyakit hati lima perkara, ``Membaca Al-Qur`an dengan tadabbur, kosongkan perut, qiyam al-laili, tadharru` ketika bersahur, dan duduk (belajar) dengan orang `alim.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain al-Baghdadi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad al-Khuldi berkata, aku mendengar  Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, ``Siapa yang tidak bersabar dia tidak berjaya.``
Katanya, ``Aku mendengarnya  (Ibrahim al-Khawas*s*) berkata, ``Siapa yang tidak menangis oleh dunia ke atasnya, maka tidak ketawa oleh akhirat dengannya.``
Aku mendengar Aba Nas*r, Muhammad bin Ahmad bin Ya`kub al-T*usi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad berkata, ``Aku  bermalam satu malam bersama Ibrahim, aku terjaga, maka aku melihat dia sedang bermunajat hingga ke pagi, dia berpuisi:
Hening petang dalam pertemuan ada kerehatan
Adakah  sembuh kesakitan dengan adanya kawan ?
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Uthman al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, dia disoal tentang wara`, maka dia berkata ``Bahawa tidak bercakap kepada seseorang melainkan perkara yang hak.`` sama ada ia marah atau redha, dan adalah yang diberi kepentingan ialah redha Allah Ta`ala.``
Katanya, berkata Ibrahim, ``Ilmu semuanya di dalam dua kalimah, ``Kami tidak berkemampuan apa yang  dimemadakan (kufita) dan tidak kami persiakan apa yang dituntut memada (ma ustukfita).
Katanya, berkata Ibrahim, ``Yang berhijrah dengan modal harta yang lainnya adalah orang yang muflis.``
Aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, ``Hendaklah jadikan hatimu suatu yang tenang, genggammu yang kosong, maka diri boleh pergi ke mana sahaja.``
Aku mendengar  Aba Bakr berkata, aku mendengar Abu Bakr al-Zanji berkata, aku mendengar Ibrahim berkata, ``Aku melihat seorang tua memanjat, selepas tujuh belas hari dengan sebab-sebab tertentu di atas tanah, maka seorang shaykh bersamanya menegahnya, dia enggan dari menerima, maka dia jatuh dan tidak bangkit oleh  sebab-sebab yang membatasnya.``
Katanya, berkata Ibrahim, ``Di atas qadar kemuliaan mu`min menunaikan suruhan Allah dipakaikannya oleh Allah kemuliaanNya, dan bermukim kemuliaannya di dalam hati-hati orang-orang muminin yang demikian firman Allah bermaksud:
``Bagi Allah `izzah  dan bagi RasulNya  dan bagi orang mu`minin.`` (Al-Munafiqun: 8 ).
Katanya, berkata Ibrahim, ``Akibat hati tersangat  akibat,  maqamnya tertinggi maqam, karamatnya terafdhal karamat, dzikirnya semulia-mulia dzikir, dzikirnya menarik cahaya, padanya berlaku percakapan, dia adalah khusus mengenai ingatan dan kecaman.``
Katanya, berkata  Ibrahim,
Terpilih daripada orang terpilih dari hambanya, bukan dari kedepan mereka itu kepadanya, tetapi dari iradah baginya pada mereka itu., kemudian dia tahu apa yang keluar dari mereka  itu, apa yang lahir di kalangan mereka. Firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud:
``Dan demi  sesungguhnya, kami telah meilih mereka dengan berdasarkan ilmu..`` (Al-Dukhan: 32).
Ya`ni daripada kami dengan apa yang ada di kalangan mereka dari pelbagai perkara yang berlainan, kerana siapa yang membeli suatu bekas dia mengetahui aib  yang tidak dipulangkan.
Kita mau tahu konsep tawakkal yang  menjadi pendekatannya yang khusus sebagaimana disebut mengenai latar belakangnya, namun tiada ungkapan mengenai konsep tawakkal berkenaan dan tiada pula pembicaraan oleh pensharh mengenainya.
Demikianlah ungkapan-ungkapan Ibrahim al-Khawas*s*  yang dapat dibicarakan secara ringkas dan terhad.


Sekian.

February 15, 2017

LUAHAN PENDAPAT ABU AL-`ABBAS BIN `AT*A` AL-ADAMI


BBB,  17 Jamadil-Awwal 1438H. = 14 Februari  2017M. (Selasa):
Abu al-`Abbas bin `At*a` al-Adami, nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Sahl bin `At*a` al-Adami,  adalah dari kalangan shaykh sufi terkenal dan `ulama` mereka itu. Adalah Al-Kharraz memuliakan kedudukannya. Dia adalah dari teman Al-Junayd dan bersahabat dengan Ibrahim al-Marastani. Dia mendalam dari segi pemahaman terhadap Al-Qur`an dan mempunyai keistimewaan berhubung dengannya. Dia meninggal pada tahun (m. 309H.)
Ibn `At*a` al-Adami mempunyai sanad di dalam riwayat Al-Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdul Wahid bin Ahmad al-Hashimi, di Baghdad, berkata, bercakap kepada kami Abu Nu`aim. Ahmad bin `Abdullah bin Ahmad, bercakap kepada kami `Abdullah bin `Ali bin Hubaish al-Maqri al-Sufi, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas, Ahmad bin Muhammad bin Sahl bin `At*a`, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami Hashim bin al-Qasim, bercakap kepada kami `Abdul Akhir bin Dinar daripada Zaid bin Aslam, daripada `At*a` bin Yasar, daripada Abi Waqid al-Laythi berkata, ``Telah datang Rasulullah s.a.w. le Madinah dan manusia berkerumun (yajubbun) pada  bonggak (asnimat) unta dan mereka memotong  bahagian  (ilyat) kambing, maka bersabda Rasulullah s.a.w., Jangan potong dari binatang, sedang dia hidup – Maka dia boleh mati.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Qurashiyy berkata, aku mendengar Ibn `At*a` berkata:
``Siapa yang melazimkan dirinya dengan adab-adab shari`ah Allah memberi cahaya ke dalam hatinya dengan cahaya ma`rifat. Dan tidak ada maqam yang lebih mulia  dari maqam menurut Kekasih s.a.w. dari segi suruhan-suruhannya, perbuatan-perbuatannya dan akhlaknya.``
Dan berkata Ibn `At*a`, ``Sebesar-besar kelalaian ialah kelalaian hambanya dari Tuhannya `Azza wa Jalla dan lalainya dari suruhan-suruhanNya dan larangan-laranganNya dan lalainya daripada adab-adab mu`amalatnya.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Shirazi r.h.a. berkata, aku mendengar `Abdul Rahman bin Ahmad al-Sufi berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata,
``Tiap-tiap apa yang disoal daripadanya, maka tuntut pada kejayaan ilmu, maka jika engkau tidak dapatinya, maka tuntut pada medan hikmah, maka jika engkau tidak dapati, maka pertimbangkan dengan tauhid, maka jika engkau tidak dapati pada ketiga-tiga tempat, maka pukullah dia pada wajah syaitan.``

Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdul `Aziz berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a`  berkata,
``Pada Baitullah Maqam Ibrahim,, di dalam hati ada kesan-kesan Allah Ta`ala. Dan bagi rumah ada rukun-rukun, bagi hati ada rukun-rukun, rukun di rumah dari batu-batu binaan dan rukun hati logam-logam cahaya ma`rifat.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a`  berkata,
``Allah menciptakan para nabi bagi mushahadah, kerana firman Allah Ta`ala bermaksudf:
``Atau dia menggunakan pendenganrannya  dengan bersungguh-sungguh  (kepada pengajaran) dengan menumpukan hati dan fikiran padanya (menyaksikan).`` (Qaf: 37)
Dan Dia menciptakan para auliya` bagi berjiran seperti  sabda Nabi s.a.w. bermaksud (muliakan jiran engkau) dan Dia menciptakan orang-orang salih bagi melazimkan diri dengan mereka itu, seperti firman Allah bermaksud, ``Dan melazimkan mereka itu dengan kalimah taqwa.`` (Al-Fath: 26) dan Allah menciptakan orang awam bagi mujahadah seperti firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan mereka yang berjihad pada jalan kami nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami.`` (Al-`Ankabut: 69).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata, ``Ilmu yang terbesar ialah haibah dan malu`, siapa yang kosong daripadanya dia tiada mendapat kebajikan.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Tiga disertai dengan tiga, Fitnah disertai dengan kemahuan, mihnah disertai dengan ikhtiar dan balwa disertai dengan da`wa.``
Aku mendengar  Aba al-Husain berkata, aku mendengar  Ibn `At*a` berkata, (berpuisi)
Kuletakkan diriku dengan kerendahan  dan tenang
Di sisi yang tinggi dan  rasa diri penuh kebesaran
Apabila tanpa kerendahan di samping yang kaya
Beza,  bagiku tiada , di samping yang faqir dan yang kaya.
Aku mendengar Aba al-Husain berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata, ``Keinsafan ialah barang yang antara dengan Allah dan hamba tiga perkara, pada pertolongan, kesungguhan dan adab.
Daripada hamba pertolongan dan daripada Allah kedekatan (al-qurbah)
Daripada hamba kesungguhan dan daripada Allah taufiq
Dan daripada hamba adab dan daripada Allah kemuliaan (al-karamah).
Dikata, berkata Abu al-`Abbas bin `At*a`:
Siapa beradab dengan adab salihin, maka dia layak menerima hamparan karamah (kemuliaan).
Siapa beradab dengan adab auliya` dia layak dengan hamparan kedekatan (al-qurbah)
Siapa beradab dengan adab al-siddiqin dia layak dengan hamparan mushahadah
Dan siapa beradab dengan adab para anbiya`, maka dia layak dengan hamparan uns dan penerimaan.
Demikian luahan pendapat Abu al-`Abbas bin `At*a` al-Adami.

Sekian.