February 26, 2017

LANJUTAN UNGKAPAN AL-SHIBLI - SECARA BERPUISI


BBB,  28 Jamadil-Awwal 1438H. =  215 Februari 2017M. (Sabtu):
Pembicaraan tentang Al-Shibli agak panjang baik oleh Al-Sarraj di dalam Al-Luma` atau oleh `Abdul Rahman Al-Sulami di dalam Al-Tabaqat al-Sufiyyah yang bahan banyak di dalam Al-Tabaqat berkenaan. Pada bahagian akhir Shibli banyak berpuisi.
Aku mendengar Al-Husain bin `Abdullah berkata, aku mendengar Ahmad al-Khulqani berkata,
Secara  gubahan puisi:
Diriku padaMu, wahai hasratku hasrat
Berakhir hayatku, belum berakhir hasrat.
Aku mendengar Shaykh Aba Sahl, Muhammad bin Salman berkata, aku mmendengar Al-Shibli berkata,
Mencintai manusia  makhluk  oleh ne`mat Engkau beri
Dan aku mencintai Engkau kerana bala yang  kualami.
Dengan sanad ini katanya, aku mendengar  Al-Shibli berkata,
``Siapa yang dalam kehidupan menemui kebenaran
Adalah dia dengan kebenaran menjadi  panduan.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata:
``Adalah kami pada satu hari di rumah Al-Shibli, maka terlambat menunaikan asar, dia melihat kepada matahari dan dia menandakan ke arah ghurub. Dia berkata,  Solat wahai  sadati  (tuan-tuan) ! Dia berdiri dan menunaikan solat. Selepas itu ia  mengungkapkan puisi:
Lupa aku hari ini asyikku – solatku
Aku tidak ketahui makanan isha`ku
Mengingati Engkau Sayyidi minumku dan makan
Wajah engkau bila ku pandang sakitku hilang.
Dengan sanad yang sama katanya, dilihat Al-Shibli pada satu hari raya keluar daripada masjid dan dia mengungkapkan puisi:
Kalaulah tidak hari raya
Maka aku tidak beraya
Berlari cintaku di hati
Seperti  air di dahan berlari.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Alangkah pincangnya dalam kelalaian. Maka kataku, wahai Sayyidi, Kelalaian  bagaimana ? Maka katanya, ``Kelalaian daripada muhasabah diri, perbuatan dan ahwal, maka dia berpuisi:
Aku menyangkakan aku cinta, sesungguhnya bakal mati
Belum  kesudahan hijrah tangis berterusan kesal kan diri.
Menasyidkan kami Abu Bakar al-Razi berkata, menasyidkan kami oleh Al-Shibli:
Bahawa aku dan  kepadanya  dalam sebenar cinta
Harap mati menurut dihajati tapi adakah diterima ?
 Dengan sanad ini berkata Al-Shibli,
Daripada mana diriku ke mana, aku sebagaimana dilihat
Aku hidup bagai tanpa hati dan berusaha tanpa matlamat.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, aku mendengar Aba al-T*ayyib al-Makki berkata,
``Datang seorang lelaki kepada Shibli, maka katanya, ``Begitu engkau telah merosakkan diri engkau dengan berbagai da`wa dan engkau tidakkah  mendakwa ? Maka dia menggubah puisi dan berpuisi sacara tamsilan:
Aku ini walau aku telah kecewa dengan diri
Hari ini masih mengharap kelembutan esok hari
Aku masih pertahan waktu penuh mengharap
Walaupun aku tidak melihat selama apa diharap
Kemuliaan diri denganmu, walau dikhianati
Masih melihat  harapan jalan masih terbentang.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin `Ali al-Bas*ri berkata, berkata  seorang lelaki kepada Shibli, ``Hingga bila istirehatnya hati para perindu ? Katanya, ``Hingga sukacita mereka yang dirindu kepada diri dan menyetujuinya. Maka dia berpuisi:
Aku rela meski rosak diriku padanya kerana aku
Suka dengan apa yang dia suka bersama baik jua
Walau diminta tenagaku menghalang bala mendatang
Aku menentang segala ujian dan tetap keras menghalang
Walau dikeluarkan dariku kesakitan kupertahan
Nyalaan rindu membahang tetap menentang.
Dan mendengar `Abdullah berkata, ditanya Shibli dan aku bersama hadir, ``Hingga ke peringkat mana rindu ahl al-arif ?, maka katanya, ``Hingga ternyata apa yang berlaku kepada mereka dari segi keghaiban daripada kebaikan `inayah kepada peringkat ri`ayah. Dia berpuisi:
Curahan rahmat bagi didikan engkau kalaulah tidak
Tidaklah hatiku limpah mesra memenuhi kehendak.
Demikianlah berbagai pendapat Al-Shibli dalam ungkapan puisi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment