BBB,
20 Jamadil Awwal 1438H. = 17
Februari 2017M. (Juma`at):
Abu Hamzah adalah dari kalangan sufi pada
peringkat awal berlakunya kerancakan perkembangan tasawuf. Dia pendukung pendekatan Sunni yang
teguh.
Abu H*amzah bersahabat dengan Al-Sari
al-Mughallas al- Saqati dan Bish al-Hafi. Dia menjadi teman bagi Abi Turab
al-Nakhshabi dalam musafir mereka. Dia adalah dari antara anak-anak `Isa bin
Abi Abban dan adalah Ahmad bin H*anbal, apabila berlangsungnya sesuatu majlis
yang berkait dengan percakapan kesufian, maka dia bertanya pendapat Abu Hamzah al-Bazzar dengan katanya,
``Apa pendapat engkau wahai sufi ?``
Adalah Abu Hamzah al-Bazzar mengajar di
Masjid al-Ras*afah di Baghdad sebelum dia mengajar perkara yang sama di Masjid
al-Madinah (bukan Madinah al-Munawwarah). Dia cenderung dari segi keilmuan kepada Hasan al-Masuji. Abu Hamzah juga
terkenal sebagai seorang yang mendalam
dari segi qira`at Al-Qur`an. Dia
berulang kali ke Bas*rah.
Pada satu hari ia mengajar di Masjid
al-Madinah, dengan kesihatannya yang kurang baik dan keadaannya berubah. Dia
jatuh dari kerusinya dan meninggal pada Juma`at kedua. Kematiannya sebelum Al-Junayd. Adalah dikatakan peristiwa
kematiannya di atas pada tahun (m. 289H.).
Berkata Abu H*amzah al-Bazzar, ``Siapa yang
mengetahui jalan yang Haqq, memudahkan perjalanan kepadanya. Tidak ada dalil
jalan kepada Allah Ta`ala, melainkan dengan menurut Rasulullah s.a.w. ahwal,
perbuatan dan sabda Baginda.
Berkata Abu Hamzah al-Bazzar, ``Siapa yang
direzekikan tiga perkara, dia berjaya dari kecelaan. Iaitu perut yang kosong
bersama dengan hati yang qana`ah, faqr yang berterusan beserta zuhud kekinian dan sabar yang sempurna
beserta dzikir berterusan.
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin
`Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar Ibrahim bin `Ali al-Mutraidi
berkata, aku mendengar Aba H*amzah berkata, ``Adalah mustahil engkau
mencintainya, kemudian engkau tidak mengingatinya, adalah mustahil engkau
menyebutnya kemudian engkau tidak berminat menyebutnya dan adalah mustahil
engkau mendapati mesranya, kemudian engkau sebok dengan yang lain (melupainya).``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku mendengar Aba Ishaq bin al-Aa` mash
berkata, kata seorang lelaki kepadaku, ``Aku bertanya Aba Hamzah, maka kataku,
``Saya soal ? Maka dia berkata, ``Soallah``. Maka kataku, ``Aku tidak ada
soalan``. Maka katanya kerana engkau menyoal tentang sesuatu yang telah disoal
!.``
Dan aku mendengar Ab Bakr, aku mendengar
Khair al-Nassaj berkata, aku mendengar Aba Hamzah berkata, ``Aku keluar
daripada negeri Rum dan aku berhenti
pada seorang rahib, maka kataku kepadanya, ``Adakah apa-apa berita tentang mereka yang
telah lalu ? Maka katanya, ``Ya !
Dengan membaca ayat Al-Qur`an bermaksud:
(Satu kumpulan di dalam syurga dan satu
kumpulan lagi di dalam neraka (sa`ir) `
(Al-Shura: 7)
Katanya, aku mendengar Aba H*amzah)
berkata, ``Mendapat istirihat bagi barang siapa hatinya telah menggugurkan
darinya kecintaan pada dunia, apabila kosong hati dari cinta dunia, masuklah ke dalamnya zuhud, dan
apabila masuk di dalamnya zuhud mewarisinya tawakkal.``
Aku mendengar Nas*r bin Abi Nas*r berkata, aku mendengar
Muhammad bin `Abdullah al-Mutaannaqi al-Baghdadi berkata, aku mendengar
Al-Junayd berkata, Bersama Abu Hamzah dalam bermusafir yang dia dari Makkah. Ternyata ia penat dari
pelayaran, aku memberi salam kepadanya dan aku memberi minum kepadanya, maka
katanya `sikbaj` (jenis minuman) dan `asidah (makanan) dihulurkan
kepadaku. Kemudian aku mengambil makwak
(timbangan) yang kecildan menimbang sepuluh kati daging, bazinjan, khala dan
sepuluh kati dibs. Dengannya kami memasak `asidah, sikbajah dan kami meletakkan
ke dalam bekas dan menutupnya. Apabila dia masuk dia menikmati hidangan.
Apabila selesai aku masuk ke dalam dan melihatnya. Maka dia berkata kepadaku,
``Wahai Aba al-Qasim, jangan hairan, ini
adalah dari Makkah. Makanan ketiga.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Hamzah
berkata, ``Bukanlah pemurah dengan memberi seseorang yang tidak perlu, tetapi
pemurah adalah dengan memberi apa yang
diperlui oleh seseorang itu.``
Katanya dan aku mendengar dari Aba Hamzah
berkata, ``Apabila Allah membukakan engkau jalan daripada kebaikan, maka
hendaklah engkau melazimkannya, engkau janganlah memberi perhatian yang membuat
engkan berbangga dengannya, tetapi hendaklah melakukan dengan rasa syukur
terhadap yang mentaufikkan engkau dengannya, kerana dengan menarik perhatian orang menjatuhkan engkau dari maqam
engkau. Dengan bersyukur menambahkan kurniaan, kerana Allah Ta`ala berfirman
bermaksud:
``Sekiranya kamu bersyukur necaya aku
menambahkan lagi kurniaan kepada kamu.`` (Ibrahim: 7)
Katanya, dan aku mendengar Aba Hamzah
berkata,
``Apabila engkau selamat kewajipan engkau
terhadap diri engkau, sesungguhnya engkau telah tunaikan hak diri engkau dan
apabila engkau selamat menunaikan hak makhluk, maka engkau telah selamat
menunaikan hak-hak mereka itu.``
Demikian apa yang dapat dirakamkan
oleh Al-Qushairy dan juga Al-Sulami terhadap kata-kata Abu
Hamzah al-Baghdadi al-Bazzar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment