Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, 22 Jamadil Awwal 1435
= 22 April 2014 (Selasa):
Kempen `Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit` yang mula
dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn
al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Negeri Selangor pada 26 Jun
2010 di Taman Tasik Shah Alam berterusan menjadi acara tahunan dan hari ini 22
April 2014 Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim melancarkan
kempen `Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit` bagi 2014 mulai jam 10.00 pagi ini
bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini dengan disertai serentak oleh 96
perpustakaan seluruh Negara melalui kerjasama Majlis Buku Negara.
Tan Sri Khalid mengucapkan terima kasih di atas kejayaan
Perpustakaan Raja Tun Uda yang diketuai Pengarahnya Puan Mastura mengadakan
Kempen Membaca pada hari ini.
Hadir sama ialah Y.B. Puan Hajah Halimah Ali Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Y.B. Puan Hajah Rodziah Ismail
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Y.B. Nor Hanim Adun Seri Serdang yang juga
Pembantu Exco Pendidikan, Y.B. Ustaz Shafie Ngah Adun Bangi, pegawai-pegawai
kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar dan orang ramai.
Menurut Y,A.B. Dato` Menteri Besar kempen Jom Baca Bersama
Untuk 10 minit walaupun pendek dan lebih bersifat gemek, berinspirasikan `Iqra`
ayat Qur`an pertama diturunkankan diharap dapat memberi kesan membentuk rakyat
menjadi masyarakat membaca. Di rumah ujarnya wajar diadakan Perpustakaan Kecil
sebagai bahan pembacaan keluarga bagi memupuk anak-anak supaya minat membaca. Menurutnya
pepatah berkata, ``Melentur buluh biarlah dari rebung`. Dengan membaca kita dapat
mengetahui dengan lebih luas bidang-bidang ilmu dan peristiwa-peristiwa yang
terjadi. Menurut Y.A.B. pentingnya melatih diri membaca dengan cepat, kerana
banyak bahan yang perlu dibaca dan masa amat terhad. Pembacaan hendaklah secara
konsentrasi dan harus faham kandungan. Menurutnya, ``Kajian menunjukkan,
tumpuan penuh dapat diberikan kepada sesuatu bidang pengajaran, seminar atau
latihan dalam masa 45 minit pertama, kemudian makin menurun penguasaan, Sebab
itu tumpuan hendaklah diberi dalam jam pertama betul, betul dan tidak
ketinggalan. Y.A.B. juga mengingatkan hadirin untuk mengubah tabiat malu tak
bertempat. Beliau mau masyarakat di Malaysia menjadi pencinta ilmu dan maklumat
dan mencontohi orang Jepun dan Barat yang berbudaya membaca dan membaca di mana
saja seperti di hentian bas, di taman rekreasi, dalam komuter, di pondok, di
ladang dan sebagainya. Kata Y.A.B Menteri Besar, Selangor Negeri Maju, kini mempunyai 5,785,
200 orang penduduk. Jika 1% daripada mereka membaca bererti 5,785 orang
membaca. Sifat suka membaca tentulah lebih tinggi dari itu. Beliau mau lebih
ramai lahir di Selangor golongan yang dikenali sebagai `Ulu`l-Albab` yang dapat membawa Selangor menjadi lebih maju.
Terdahulu daripada itu, Y.B. Dr. Halimah Ali Selaku
Pengerusi Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor yang juga Exco
Pendidikan berterima kasih di atas komitmen Menteri Besar yang sanggup hadir
merasmikan Kempen Jom Membaca Bersama
Untuk 10 Minit. Beliau juga berterima kasih kepada hadirin yang target asal
adalah dalam 700 orang, tapi yang hadir pada pagi ini adalah 2,000 orang. Menurut Dr. Halimah
Kempen Membaca yang dilancarkan pada 26 Jun 2010 adalah jumlah terbesar dan
dirakam di dalam Guiness Books of Record. Hasil dari kempen berkenaan, jika
pada 2008 tiada tarikan untuk datang ke perpustakaan tapi hasil dari rebranding,
inovasi dan kreativiti yang diadakan, maka jumlah pembaca meningkat kepada 2.9 juta orang (2010-2014). Menurut beliau bagi
mencapai Selangor Maju, Negeri Idaman dan Berkebajikan tidak lain dari memupuk
masyarakat berilmu melalui pembacaan. Inilah harapan kita dan kita tak
jemu-jemu kempen agar rakyat Selangor menjadi masyarakat membaca.
Sebelum daripada Dr. Halimah berucap, Puan Mastura Pengarah
Lembaga Perpustakaan Raja Tun Uda menerangkan tentang konsep 10 minit membaca
yang setiap ahli hadir disediakan buku
di atas kerusi mereka. Pembacaan bermula pada jam 10.00 pagi. Sebelum sedikit
jam 10.00 Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dijemput bersama
exco-exco dan adun-adun bersama pelajar-pelajar membaca buku yang telah
disediakan atau buku yang dibawa sendiri. Selepas pembacaan berlangsungnya
upacara perasmian dalam mana selepas Y.A.B. berucap, jam 11.00 pagi Y.A.B Dato`
Menteri Besar merasmikan pelancaran buku.
`Oh Uniknya Bumi Kita` karangan Puan Sa`diah dan berikutnya
penyampaian hadiah kepada pembaca/peminjam buku dari berbagai perpustakaan di
Selangor antaranya:
Pembaca dari kakitangan perpustakaan paling banyak meminjam bagi
tahun 2013:
Puan Noraini bt. Ahmad – Perpustakaan Sungai Besar 95
naskhah setahun.
Pembaca dari kalangan kanak-kanak
Nur Aisyah bt. Azhar
- meminjam 121 buah buku
Kalangan Remaja
Hasnizan bt Yusof – Pinjam 108 buku
Kalangan Veteren
Ahmad Zawawi Shaari (Sg.
Udang, Kelang) pinjam 189 buku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment