BBB, 05
Zulhijjah 1436 = 19 September 2015 (Sabtu):
Salah satu pendekatan di dalam menyampaikan pendidikan dan dakwah ialah melalui medium sastera - cerita. Dengan cerita yang mempunyai daya estetika dapat menarik pendengar/pembaca sebagai khalayak menghayati cerita dan dapat disampaikan pengajaran secara langsung atau tidak langsung kepada mereka. Al-Qur`an sebagai sebuah Kitab Suci juga antaranya menggunakan cerita di dalam menyampaikan perutusan. Bahkan secara kasar dua pertiga kandungan Al-Qur`an adalah bersifat cerita.
Selepas membicarakan 9 surah Al-Qur`an mengenai
berbagai tema dan persoalan, maka tiba kepada surah yang menggunakan `Tokoh` bagi judul
surah, iaitu Surah Yunus,. Sebenarnya jika dikirakan Surah Aali Imran sebagai
tokoh (Keluarga Aali Imrn), maka Surah Yunus sebagai tokoh kedua. Terdapat 10
surah di dalam Al-Qur`an yang menggunakan nama tokoh, iaitu surah:
1 )
Aali Imran 2) Yunus
3) Hud
4)
Yusuf 5) Ibrahim
6) Maryam
7)
Luqman 8) Muhammad
9) Nuh
Walau bagaimana tidak semua surah yang
mengambil nama tokoh yang kebanyakannya ialah nama-nama Rasul dan nabi menceritakan tokoh Rasul atau Nabi secara sepenuhnya.
Sebenarnya sebuah surah sahaja yang menceritakan tokoh secara lengkap, iaitu
Surah Yusuf. Manakala bagi surah-surah yang cerita-cerita bagi judul nama Rasul
hanya sebahagian kecil ayat sahaja dan sempena bahagian ini diberi nama judul bagi
surah dengan nama Rasul/Nabi berkenaan. Ada cerita agak panjang, tetapi tidak diberi
nama nabi bagi surah seperti Cerita Nabi Musa, Nabi Adam dan Nabi Ibrahim.
Terdapat banyak lagi tokoh-tokoh dalam Al-Qur`an tapi tidak diberi nama surah,
seperti Nabi Ismail dan Fir`aun. Nama Fir`aun tidak diberi sebagai judul kerana
sifat negatifnya, demikian juga dengan beberapa watak negatif yang lain.)
Berhubung dengan Surah Yunus yang dibicarakan
tidak banyak maklumat mengenai Nabi Yunus, ianya disebut pada ayat (10. 98),
iaitu ayat yang bermaksud:
``(Dengan kisah Fir`aun itu), maka ada baiknya
kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman
(sebelum mereka ditimpa azab), supaya iman itu mendatangkan manfaat
menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian –
tatkala mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam
kehidupan dunia dari menimpa mereka. Dan Kami berikan mereka menikmati ketenangan
sehingga ke suatu masa (yang Kami
tentukan).``
Di samping maklumat di atas terdapat maklumat
berhubung dengan Nabi Yunus dalam ayat-ayat yang lain dalam Al-Qur`an seperti
dalam surah (Al-Anbiya`87- 88) yang menceritakan Nabi Yunus yang maksudnya
seperti dalam ayat di atas.
Terdapat juga ayat dalam surah (Al-Saffat:
139-146) bermaksud:
``Yunus itu utusan Allah. Ketika ia keluar
dari kampungnya, iapun menumpang sebuah perahu (kapal) yang penuh sesak
muatannya. Kemudian diadakan undian untuk melemparkan salah seorang di antara
penumpang-penumpang itu kerana terlampau berat muatannya. Maka adalah Yunus
mendapat kekalahan dalam undian itu, lalu dilemparkan ke dalam laut. Kemudian
ditelan oleh ikan yu sedang ia kena cerca.. Kalau sekiranya ia tidak bertasbih (mensucikan Tuhan), nescaya tinggallah ia
dalam perut ikan itu sampai hari Berbangkit. Kemudian Kami lemparkan ia ke tepi
laut, sedang ia menderita sakit. Kami tumbuhkan baginya tumbuh-tumbuhan yang
menjalar.``
(Ny.H.Hadiyah Salim, Qishashul Anbiya` -
Sejarah 25 Rasul, PT Alma`arif Bandung, 1988: 180-181).
Menurut Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada
Pengertian Al-Qur`an, bahawa Nabi Yunus a.s. telah diutus oleh Allah Ta`ala
kepada kaumnya - penduduk wilayah Nunui (dalam daerah Musul, Negeri Iraq).
Mereka ingkar pada mulanya, tetapi setelah mereka melihat tanda-tanda
kedatangan azab yang dijanjikan itu, maka mereka insaf lalu beriman.
(Tafsir Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur`an
diusahakan oleh Shaykh Abdullah Muhammad Basmih, 1985: 400).
Dari segi ceritanya Yunus yang berada di
tengah-tengah kaum yang menyembah berhala di wilayah yang dikenali dengan
Ninawai. Dia diutuskan kepada kaumnya yang menyembah berhala. Dia tidak
mendapat pengikut, sebaliknya ia dihalau dan mengingatkan mereka akan mengalami
bahaya dan kerosakan. Beliau bergerak hingga ke laut dan ditelan oleh ikan,
kemudian dia selamat dan kembali ke tempat asal yang dimasa ketiadaannya telah
insaf apabila hampir mengalami bencarna. Dia kembali berdakwah dan mendapat
peluang memulihkan kaumnya kepada menyembah Allah.
(Muhammad Jad al-Maula wa gharuhu, Qisas
al-Qur`an, Al-Maktabat al-Tijariyyah al-Kubra, Misr, 1349/1969: 234-238).
Selain dari pada cerita Nabi Yunus terdapat
dalam surah tersebut mengenai aspek-aspek akidah, tentang ciptaan langit, bumi,
matahari dan bulan yang dari pergerakan dapat dikira tarikh dan hisab. Semuanya
memberi tanda bagi kaum yang bertaqwa,
Dalam surah ini juga dinyatakan bahawa manusia dijadikan dari turunan
yang satu dan mereka berperanan sebagai khalifah dibumi Allah. Allah memberi
rezeki dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya Allah Pengatur
Yang Sempurna dan tidak zalim.
Di samping itu di dalam surah Yunus ini
diceritakan kebangkitan beberapa Rasul seperti Nabi Nuh, Musa dan Isa.
Al-Qur`an menegaskan apa yang terkandung di dalamnya tidak dusta. Sebaliknya
mereka yang kufur dan menentang Islam yang mendustakan Al-Qur`an.
Demikianlah Surah Yunus yang diturunkan di
Makkah ini menceritakan tentang peristiwa yang dijalani oleh Rasul-Rasul di
dalam menyampaikan dakwah. Mereka tidak sunyi dari menghadapi ujian, termasuk
dari tentangan kaum, kesukaran dan uji-ujian, termasuk Nabi Yunus yang
menghadapi keingkaran kaumnya dan mereka dingatkan dengan azab Allah dengan
penentangan mereka itu. Nabi Yunus terpaksa keluar dari kampung halaman dan
mendoakan supaya mereka di dalam hidayah dan selamat. Pertanda bala, bahaya dan
siksa disaksikan oleh kaumnya dan mereka beriman sebelum bala itu turun. Nabi
Yunus bersyukur kepada Allah di atas keselamatan kaumnya,
Sekian.
No comments:
Post a Comment