BIDANG KEILMUAN DAN UNIVERSITI
(Fikrah Bangi: 560)
BBB:
19 Ramadhan 1441H. = 12 Mei 2020M. (Selasa).
Universiti adalah gedung ilmu. Dari segi
idealnya terdapat berbagai ilmu di universiti. Perpustakaannnya menyimpan
segala bidang ilmu dan di universiti terdapat maha guru maka guru yang
mempunyai keilmuan tinggi di dalam berbagai bidang. Pendeknya apa yang hendak
dicari dan dipelajari terdapat di universiti – Universiti Lautan, bahkan Alam Ilmu.
Namun dari segi realitinya, ilmu terlampau
luas dan banyak. Sebuah universiti tidak lengkap dari segi ilmu. Manakala
tenaga pengajarnya,hatta seorang atau sejumlah tenaga profesor emeritus pun
tidak dapat menguasai bidang-bidang ilmu. Lantaran itu tidak ada universiti yang
lengkap semua bidang, bahkan tidak ada satu universiti yang dapat mendakwa
lengkap dengan bidangnya yang tersendiri. Demikian juga dengan tenaga ilmuan
dan pengajar yang pakar di dalam sesuatu bidang dapat mendakwa dia lengkao
dengan keilmuan yang dikuasainya. Lantaran itu universiti ada bidang yang terkenal dengannya, begitu juga dengan
tenaga pengajarnya.
Bagi negara yang mementingkan ilmu
memerlukan semua kepakaran keilmuan
dan memerlulan pakar pakar di dalam semua
bidang keilmuan. Keperluan bukan setakat pemilikan, tetapi untuk memberi
peluang pelajar-pelajar berkelayakan mempelajarinya dan memperkembangkannya
bagi tujuan kemajuan negera dan bangsa. Lantaran kerana ilmu itu luas dan tiada
satu individu menguasainya semua, lantaran itu perlunya ada banyak universiti
dan banyak ilmuan yang tiap-tiap satu mempunyai kepakaran yang lebih berbanding
dengan antara yang lain. Negara perlu kesemua dan kepelbagaian ilmu bagi
kemajuan bangsa dan negara. Lengkapkah keilmuan dan kepakaran di dalam berbagai-bagai keilmuan di negara kita ?
Telah dibicarakan pada peringkat
pertumbuhan universiti di negara kita, kelihatan tidak ada perancangan jangka
pendek dan panjang di dalam, mewujudkan keperluan universiti secara teratur
menurut prioriti keperluan negara. Kewujudan universiti di negara ini bukan
dari rangka perancangan diatur, tetapi tumbuh dari desakan dan cadangan-cadangan
dari kelompok yang mencadangkan pembinaan sesebuah universiti. Ini dilihat kepada pertumbuhan awal universiti
awam, manakala pada peringkat pertengahan dan akhir lebih bersifat komersil,terutama
dengan kelahiran universiti-universiti bersifat swasta yang lebih didorong dari segi komersil. Sudah cukupkan
jumlah universiti yang berjumlah lebih daripada tiga puluh buah itu ? Dari segi jumlah adalah lebih
daripada cukup, tetapi dari segi bidang boleh dipersoalkan, lebih dari itu dari
segi kepakaran dan identiti, maaf tidak sampai, walaupun segelintir kepada
universiti terkenal dengan kepakaran ilmu dan identiti tersendiri berbanding
dengan universiti yang lain di dalam bidang berkenaan dan yang lain.
Di dalam perkembangan yang tidak diatur
secara teratur menurut keperluan dan strategik kedudukan pertumbuhan
universiti-universiti merangkumi bidang-bidang yang diperlu, bahkan amat
diperlukan. Universiti-universiti berkenaan dapat dilihat terlebih dahulu dari
segi nama yang tidak mencerminkan bidang dan ada yang mencerminkan bidang,
iaitu:
`1 ) Nama Umum
Tidak mencerminkan bidang pengkhususan
seperti Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Universiti Utara Malaysia dan sebagainya.
2) Nama Mencerminkan Bidang
Pada dasarnya mencerminkan budang,tetapi
tidak menghalang dari wujudnya bidang-bidang yang lain seperti Universiti
Pertanian Malaysia (diubah kemudiannya
kepada nama UniversitiPutra Malaysia – tanpa mengubah akronimnya), Universiti Saibs Malaysia, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, , Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Multi Media dan sebagainya.
3)
Nama Berdasarkan Tokoh
Diambil nama dari tokoh-tokoh terkenal
Negara, seperti Universiti Tun Hussein Onn,
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Universuti Tun Azlan Shah dan sebagainya
4). Berdasarkan Nama Tempat
Mencerminkan nama dan lokasi universiti
berkenaan seperti Universiti Pahang, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.
5) Nama Berdasarkan Kemampuan Agensi
Ditaja dan dibiayai oleh agensi berkenaan.
Ia adalah dari agensi kerajaan seperti Universiti Tenaga Nasional, Universiti
Petronas, Universiti ITM dan sebagainya.
Catatan bagi universiti swasta ada pecahanb-pecahan tersendiri.
Sekian
No comments:
Post a Comment