TARIKH
18 MAC 2020 PENTING
(Fikrah
Bangi: 584),
BBB:
18 Syawal 1441H. = 10 Jun 2020M. (Rabu).
Selepas
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik
menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kabinet Kerajaan Pakatan Nasional, maka
tarikh 18 Mac adalah penting, khususnya
tindakan memerangi Covid-19 yang
ketara pada masa itu di China, Iran dan Itali. Kerajaan Malaysia mulai
mengambil tindakan dan mulai dari tarikh berkenaan dikeluarkan SOP untuk
diikuti rakyat.
Beberapa
akronim mulai digunakan. Yang menjadi induk bagi SOP ialah akronim PKP yang bermaksud `Perintah Kawalan Pergerakan`
Akronim
ini bermula dari Perdana Menteri, hasil dari mensyuarat Kabinet Menteri dan
diperturunkan melalui Menteri Kanan Keselamatan Dato` Seri Ismail Sabri dan
Ketua Pegawai Kesihatan Malaysia Dato` Dr. Nor Hisham Abdullah melalui Sidang
Media yang diadakan setiap hari dan merupakan berita yang ditunggu-tunggu
pengamal media dan rakyat setiap hari.
PKP
sebenarnya adalah rumusan peraturan yang dikenakan terhadap rakyat bagi
mengelak dari dijangkiti wabak Covid-`9.
P
= Perintah
K
= Kawalan
P
= Pergerakan
Arahan
utama yang sentiasa diulang-ulang, ialah perintah supaya `Berada Di Rumah` yang
merupakan tempat yang paling selamat bagi seseorang dari dijangkiti Covid-19.
Hasil
dari kawalan pergerakan timbul amalan yang kemudian dirumuskan kepada akronim
3-S (C) dan 3 – W.
Akronim
3 S.
Seseorang
tidak digalakkan berada di tempat yang
`Sesak`, ramai orang dan timbullah
konsep jarak hendaklah sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini
diamalkan dalam dewan, di tempat ibadat, bahkan di dalam kenderaan.
Konsep
S kedua ialah Sempit.
Seseorang
tidak digalakkan berada pada tempat yang sempit, tidak menjaga jarak dan tidak
cukup oxygen yang boleh menggalakkan jangkitan
Manakala
S ketiga bermaksud `Simbang`
Seseorang
juga tidak digalakkan bercakap di dalam jarak yang dekat. Seseoang juga
dikehendaki mengawal bila batuk dan bersin.
Kelompok
akronim 3 W bermaksud:
W
pertama bermaksud `Wash`, seseorang digalakkan
sering membasuh tangan, kerana virus dapat menjangkiti melalui sentuhan dan
elak dari banyak bersentuhan, bahkan tidak digalakkan bersalam, bagi mengelak
dari sentuhan yang bervirus.
W
yang kedua ialah `Wear`, iaitu memakai. Satu norma baru selepas Covid-19 ialah
digalakkan memakai `Maska` , iaitu pelitup hidung dan mulut agar tidak berlaku
sebaran virus melalui hidung dan mulut
W
yang ketiga bermaksud `Warn`, iaitu warnimg dari pihak berkuasa agar dipatuhi,
seperti mematuhi jarak, tidak keluar dari rumah, melainkan perkara mustahak
Pendek
kata selepas musim Virus Covid-19
terbentuk norma-norma yang tidak normal sebelumnya. Semuanya adalah usaha bagi mencegah
merebak dan memutuskannya dari berkembang dengan menjarakkan kedudukan. Kaedah
ini perlu dilakukan, lantaran setakat ini tiada vakstin yang dapat menghapuskan
virus tersebut.
Sekian
No comments:
Post a Comment