CIRI NEGARA
BERILMU
(Fikrah
Bangi: 774),
BBB: 25 Safar 1442H. = 13 Oktober 2020M. (Selasa).
Negara
berilmu adalah negara maju. Berbahagialah negara jika warga negaranya adalah
pencinta ilmu. Ciri negara berilmu adalah:
Pemimpin
di dalam negara adalah mereka yang cintakan ilmu. Mereka berusaha menyemarakkan
keilmuan di dalam negara. Jika bercakap selalu bersifat ilmu dan gemar memetik
pendapat-pendapat ilmuan di dalam percakapan dan ucapan.
Lantaran
pemimpin orang berilmu dan cintakan ilmu, maka banyak usaha dilakukan bagi memperkembangkan
ilmu. Lantaran itu negara dilengkapkan
dengan infra-struktur keilmuan. Didirikan tempat belajar dari peringkat
pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat tinggi
didirikan universiti menurut bidang dan keperluan.
Sebahagian
bajet negera digunaklan untuk memajukan
ilmu di kalangan masyarakat. Setiap warga negara diwajibkan belajar bagi golongan muda dan
digalakkan belajar bagi semua peringkat dengan peruntukan yang mencukupi..
Tanda
negara berilmu, pimpinan dan masyarakat menghormati mereka yang berilmu.
Pendapat-pendapat ilmuan didengari dan dirujuk. Mereka terhormat dan
berkedudukan tinggi di tengah masyarakat.
Para
ilmuan adalah melibatkan diri dengan masyarakat. Mereka menyampaikan ilmu
secara ikhlas, menyedarkan masyarakat dan membimbing mereka ke arah kejayaan.
Negara
ilmu, selain dari mempunyai pengajian-pengajian tinggi terkenal, mempunyai
ramai ilmuan dan pelajar-pelajar cemerlang. Lantaran negara terkenal dengan
perkembangan keilmuan, tidak saja cenderung dan terlibat diri dengan ilmu dan
masyarakat berilmu, lantaran itu negera berilmu menjadi tempat yang didatangi
pelajar-pelajar dari luar negara untuk menikmati pengajian yang terkenal di
negara berkenaan.
Negara
yang mempunyai ramai ilmuan, ramai daripada ilmuan menghasilkan
penerbitan-penerbitan terkenal yang dirujuk oleh pelajar dan masyarakat. Mereka
mencetuskan idea-idea yang bernas yang dimanfaatkan oleh masyarakat.
Pendapat-pendapat
ilmuan diberi ruang dan disalurkan melalui konvensyen, seminar, syarahan, forum,
diskusi dan sebagainya dan pendapat mereka dihebahkan melalui media-media.
Pendapat-pendapat
ilmuan diturunkan ke tengah masyarakat melalui institusi ibadat seperti masjid
dan surau, dewan-dewan orang ramai dan perhimpunan-perhimpunan.
Dengan
memasyarakatkan ilmu di tengah masyarakat menghasilkan kesedaran keilmuan tinggi di tengah masyarakat. Misalnya
kesedaran tentang ekonomi, peluang dan
pembahagian yang adil. Bayangkan negara Malaysia yang kaya raya ini, jika kesaksamaan
ekonomi dilakukan dengan adil, tidak ada yang terlampau kaya dan tidak ada yang
terlampau miskin, bererti semua kecukupan dari segi keperluan, maka dapat dikurangkan jurang
kemiskinan. Jika semuanya mendapat hak yang wajar dan mereka berilmu, maka akan
mengurangkan masalah sosial. Kurang dari pelaku-pelaku rasuah, kurang dari
pencuri, kurang dari mereka yang
melakukan jenayah. Dengan berkurangnya mereka yang susah, maka bererti
masyarakat dapat menikmati ketenangan di dalam kehidupan. Dengan demikian
mereka hidup dalam keadaan lebih berbahagia. Mereka semua mempunyai pekerjaan
yang sesuai, mempunyai perumahan hasil
dari projek perumahan untuk rakyat. Dengan ketenangan dan kebahagiaan membuka ruang kepada mereka
melakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti menggalakkan keluarga di dalam
mendalami ilmu,mengamalkan di dalam kehidupan yang mengharmonikan masyarakat.
Dengan
ilmu meningkatkan akhlak masyarakat
dengan peribadi-peribadi mulia. Mereka menghargai nilai-nilai
kemanusiaan seperti tolong menolong dan menghormati antara satu sama lain.
Menghargai dan menjaga alam sekitar yang merupakan sebagai ruang untuk semua.
Jika kesedaran menjaga alam sekitar timbul, kebersihan dapat dijaga. Semua
berada di dalam suasana alam sekitar yang sihat dan menyenangkan.
Masyarakat
yang berpelajaran ialah masyarakat yang menghormati dan menjaga nilai budaya
murni masyarakat yang mencirikan imej dan identiti masyarakat. Nilai budaya
mengukuhkan kemajuan fizikal yang dicapai dan menjadikan masyarakat bertamadun
dan berperadaban tinggi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment