BBB, 06 Sha`ban 1437 = 13 Mei 2016 (Juma`at):
Membaca
kulit luar pengenalan bagi buku ini mengundang kita untuk mengetahui sejauh mana kandungan buku ini berlainan dari segi pendekatan berbanding
dengan buku-buku akidah yang lain. Kata kulit luar bagi buku ini:
Sesungguhnya sempurna Islam yang dengan akidah menenangkan hati,
mententeramkan akal yang membawa insan
kepada redha dan bahagia dan menyampaikan mereka ke pantai keselamatan. Buku
ini begitu penting bagi pembaca tentang ilmu akidah pada zaman kini.``
Pengarang buku ini kata keterangan kulit itu
(iaitu Muhammad Al-Ghazali – Bukan Imam Abu Hamid al-Ghazali), tidak perlu diperkenalkan
lagi. Dia adalah salah seorang pengarang buku-buku Islam yang terkenal zaman
sekarang. Dia menulis puluhan buku di dalam bidang akidah. Semoga Allah
membalas di atas amal kebajikan dan mengambil mafaat oleh orang Islam dengan
apa yang ditulis.``
Buku diterbit oleh Dar al-Qalam, Beirut
cetakan pertama (1403H./1983M.).
Melihat kepada kandungannya didapati pendekatannya tidaklah membawa
kelainan jauh dari pendekatan kitab-kitab akidah tradisional, tetapi tidaklah
ia terikat dengan permulaan pembicaraan – maksud tidak ada pembicaraan tentang
hukum akal, tentang jumlah sifat-sifat Allah yang pendekatan tradisional
dikenali sebagai Sifat 20, dan tidak ada pembicaraan tentang pecahan
sifat-sifat tersebut kepada pecahan taradisional iaitu nafsiyyah, salbiyyah,
ma`ani dan ma`nawiyyah, bahkan pembicaraan seturut tidak mengikut seturut
berhubung dengan rukun iman.
Persoalan utama yang menjadi `Sentrik
Persoalan` atau topik ialah:
a) `Allah` Tajuk Utama
Tajuk ini dan pecahan-pecahan menjadi tajuk
dominan di dalam pembicaraan.
b) Alam (Dalam membicarakan tentang Allah)
c) Insan
Insan yang beri`tiqad (Tidak disebut secara
langsung) yang kepadanya dituju pembicaraan . Di bawah insan dibicarakan
perkara-perkara sebagai topik-topik berikut
1) Qadha` dan qadar
2) Amal Asas Iman
3) Tarbiyyah
4) Keimanan dan perlakuan kesalahan
5) Taubah dan Keterpeliharaan
6) Adakah ma`siat
itu penyakit ?
Seterusnya kepada pecahan:
d) Kerasulan/ Kenabian
e) Kembali Kepada Yang Abadi (Hari Akhirat)
Sebenarnya melihat kepada susunan persoalan,
walaupun dimaksudkan sebagai pendekatan baru yang dikatakan menarik itu,
tidaklah begitu menarik, lagi pula tidak merangkumi semua aspek akidah utama.
Sebagai contoh satu tajuk yang penting yang
termasuk di bawah rukun iman yang enam ialah mengenai Al-Qu`an, (Percaya Kepada
Kitab) . Walaupun di sana sini disertakan dengan hujah-hujah ayat al-Qur`an, tetapi sebagai rukun iman
yang penting dan persoalan akidah utama, bahkan menjadi sumber bagi keilmuan
Islam dan menjadi sumber bagi
maklumat-maklumat ketuhanan patut diberi topik penting untuk pembicaraan, kalau
pun tidak seluas dan sepanjang pembicaraan yang diberikan kepada tajuk `Allah`.
Didapati ruang dan pembicaraan juga tidak
diberi terhadap malaikat. Sebagai salah satu rukun iman patut diberi
pembicaraan dan huraian terhadap konsep kemalaikatan ini.
Walau bagaimana kita tidak boleh menilai pada
susunan tajuk-trajuk kandungan, walaupun ianya satu cara menanggapi kandungan
secara sepintas lalu. Kaistimewaan buku ini mungkin pada cara pembicaraan
tentang tajuk-tajuk yang disenaraikan, khususnya bahagian Ketuhanan yang
memakan ruang 94 daripada 235 halaman.,
Jelaslah tumpuan utama bagi pembicaraan di
dalam buku `Aqidah al-Muslim ialah begi mengukuhkan keyakinan terhadap Allah
yang bila kekukuhan kefahaman berhubung dengan Allah, maka bidang-bidang yang
lain berhubung dengan keimanan turut sama mengukuh dalam keyakinan. Sebenarnya
semua pendekatan di dalam kitab-kitab akidah adalah bermula dengan kepercayaan
terhadap Allah (Selepas membicarakan rukun akal). Demikian pendekatan pembicaraan Muhammad Al-Ghazali tidak lari dari
membicarakan pada bahagian permulaan terhadap Allah dan juga sifat-sifat, namun
format pembicaraan dan pendekatan
berlainan dari kitab-kitab akidah tradisional.
Dapatlah difahamkan pengarang bukan bertujuan
menulis bagi membicarakan rukun iman per se, tetapi memilih dimensi-dimensi
yang penting yang dibawa di dalam pembicaraan
Pada kata pengantar bagi buku Muhammad al-Ghazali,
yang dibuat oleh Muhammad Hilmi al-Munawi menulisr pada bahagian permulaan
buku,
``Bahawa ummah dahaga kepada keimanan dan
kemajuan kini tidak mampu memberi kepada ummah harapan ini secara memuaskan.
Melalui buku ini kita dapat menghilangkan
dahaga dengan huraian kewahyuan yang suci dan memuaskan. Di dalam buku ini ada
bukti-bukti naqal, kaedah-kaedah dan fikiran-fikiran segar. Kita mengharap
dengan pendekatan segar yang dikemukakan oleh pengarang akan membuka hati-hati
menghayati dan memahami serta menebalkan keimanan terhadap Allah dan berkhidmat
bagi agama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment