BERILMU
ATASI KEKEJIAN: PERLU PERADABAN
(Fikrah Bangi: 295),
BBB: 23 Zulkaedah 1440H. = 25 Julai 2019M. (Rabu).
Bagi mengatasi kekejian yang bersifat
kebinatangan, iblis syaitan, hawa nafsu dan berbagai kekejian ialah dengan berilmu.
Dengan berilmu bererti mengatasi kejahilan
dan jahil adalah musuh utama bagi manusia. Dengan jahil manusia bertindak
secara salah dan merosakkan. Berilmu bererti tahu tentang sesuatu dan apabila
tahu, dia mengerti tentang sesuatu dan dia mengambil tindakan yang betul
tentang sesuatu yang dia tahu. Untuk berilmu perlu berlajar dan berpengalaman..
Misalnya masuk di dalam sungai bahaya dan boleh melemaskan dan boleh
menyebabkan kematian. Bagi mengatasi ialah dengan belajar seperti berenang,
membuat perahu untuk dinaiki, bahkan kapal dan sebagainya. Dengan berilmu di
dalam berbagai bidang manusia dapat mengetahui berbagai perkara dan mengatasi
masalah, mengujudkan berbagai keperluan, misalnya dari segi tempat tinggal,
kaedah perhubungan, menghasilkan keperluan makanan, mengatur kediaman sehingga
mewujudkan kampung, pekan dan bandar dan
mereka hidup maju dan bertamadun.
Kejayaan mewujudkan cara hidup yang
bertamadun adalah hasil dari keilmuan dan mengelakkan daripada perkara-perkara
keji dan membinasakan. Dengan ilmu manusia mengenali sifat kebinatangan. Mereka
dapat mengatasi tabiat garang tidak menentu manusia yang boleh membahayakan,
Mereka memahami sifat iblis syaitan yang boleh membawa manusia bersengkita dan
berbalah dan berperang. Mereka mewujudkan hubungan baik antara sesama manusia,
jiran tetangga, antara kawasan dengan kawasan, antara negeri dengan negeri,
antara bangsa dengan bangsa, lantas mewujudkan hubungan yang murni. Mereka
kenal sifat nafsu yang bermaharajalela dan elemen ini diusekat dengan ilmu dan bermoral,
diwujudkan aturan, hukuman dan bagi mereka yang melakukan kesalahan, lantaran
menurut nafsu mereka bolehy dihukum.
Sesungguhnya ilmu amat penting bagi kamajuan
dan tamadun manusia, sebab itu dalam
sesebuah negara dan masyarakat diwujudkan sistem pengajian dan pembelajaran dan
ianya merupakan kewajipan bagi anak-anak dan pelajar-pelajar untuk belajar dan
memperbaiki prestasi diri. Ilmu sebenarnya
memimpin kepada jalan yang benar, meluaskan pandangan dan membuka berbagai
peluang bagi berbagai kerjaya dan kehidupan. Meneroka bidang ilmu memperluaskan
peluang dan meningkatkan kemajuan.
Potensi ilmu begitu luas, sebab itu bagi
membina bangsa yang maju, mempelajari ilmu seharusnya bukan saja bagi anak-anak
dan remaja, sebaliknya hendaklah bersifat menyeluruh. Bermaksud termasuk orang
dewasa, bahkan bagi semua peringkat manusia. Kurikulum ilmu diwujudkan bagi
semua bidang dan pekerjaan. Peluang pembelajaran hendakl;ah disediakan bagi
semua sektor. Dengan berilmu bererti lebih maju dan tidak rugi masa, sebaliknya
menguntung dan memanfaatkan. Konsep belajar bagi masyarakat bagi semua lapisan
adalah berterusan dari buaian hingga ke liang lahad.
Jika masyarakat dapat diatur sebaik mungkin
dan setiap orang mempunyai peluang kehidupan dan mereka terus belajar, bahkan
mencintai pelajaran dan keilmuan, ia adalah pertanda yang baik bagi kemajuan
negara.
Bagi sebuah negara, maka pemimpinnya
seharusnya mereka yang mencintai ilmu, selaku bercakap tentang ilmu, selaku
berdamping dengan ilmu dan segala infra-struktur keimuian, jika semua barisan
kepimpinan utamajkan ilmu, ia menandakan negara yang baik dan berilmu. Mereka
menghormati ilmu, memberi kedudukan yang utama bagi ilmuan dan tidak
memperlekehkankan mereka. Idealnya negara berilmu dan pemimpin-pemimpin
berilmu, cintakan ilmu dan menggalakkan masyarakat berilmu, maka insya Allah
negara maju dengan rakyat berilmu.
Walau bagaimana dengan berilmu sahaja dan
lupa pada nilai, pimpinan dan masyarakat boleh hilang pedoman. Seorang pemimpin
oleh karana takut kedudukannya tergugat
dipengaruhi oleh sifat nafsu boleh mengadakan berbagai tipuan dan
angkara keji bagi menjatuhkan lawan,
seorang hakim yang menghukum boleh terjebak dengan rasuah, kerana maukan
kemewahan, seorang rakyat biasa hilang
rasa tanggungjawab dan sanggup mencemarkan sumber air bagi masyarakat. Gejala-gejala
di atas tidak cukup dengan ilmu
Sebab itu bagi kesempurnaan berilmu ia
hendaklah disertakan dengan nilai peradaban.
Sekian.
No comments:
Post a Comment